405 - *AKTA KREDIT LANJUTAN 1966
This Act lets the Minister make overseas credit arrangements for development purposes and related financing instruments, subject to limits and conditions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 405 - *AKTA KREDIT LANJUTAN 1966
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
405 - *AKTA KREDIT LANJUTAN 1966
AI-assisted research summary: This Act lets the Minister make overseas credit arrangements for development purposes and related financing instruments, subject to limits and conditions.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 405 AKTA KREDIT LANJUTAN 1966 Sebagaimana pada 1 November 2013 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Extended Credit Act 1966 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA KREDIT LANJUTAN 1966 Kali pertama diperbuat … … … … … 1966 (Akta No. 50 tahun 1966) Disemak … … … 1989 (Akta 405 m.b.p. 15 Disember 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 405 AKTA KREDIT LANJUTAN 1966 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Kuasa Menteri untuk membuat perkiraan kredit lanjutan 4. Pelaksanaan obligasi di bawah mana-mana perkiraan kredit lanjutan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 405 AKTA KREDIT LANJUTAN 1966 Suatu Akta untuk memberi kuasa bagi mendapatkan pinjaman di luar Malaysia dalam bentuk penerimaan barang atau perkhidmatan dan menangguhkan pembayaran harga baginya dan nilai perkhidmatan bersama dengan bunga ke atasnya ke tarikh di masa depan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [31 Mac 1966] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kredit Lanjutan 1966. Tafsiran 2. Bagi maksud Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Menteri” ertinya Menteri Kewangan; “perkiraan kredit lanjutan” ertinya suatu perkiraan di mana satu pihak kepada perkiraan itu menerima barang atau perkhidmatan daripada pihak lain dan dibenarkan di bawah terma-terma perkiraan itu untuk menangguhkan pembayaran harga barang yang diterima sedemikian dan nilai perkhidmatan yang diberi bersama dengan bunga ke atasnya (jika ada) ke tarikh di masa depan. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 405 A Kuasa Menteri untuk membuat perkiraan kredit lanjutan 3. (1) Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, Menteri bolah dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang Pembangunan atau bagi satu atau lebih daripada maksud itu membuat perkiraan kredit lanjutan di luar Malaysia dan boleh, bagi maksud memberi kesan kepada terma-terma mana-mana perkiraan kredit lanjutan yang dibuat itu— (a) mengeluarkan bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas terma dan syarat mengenai pembayaran balik, penebusan atau perkara lain (termasuk peruntukan untuk kumpulan wang penjelas) sebagaimana yang ditentukan oleh atau dengan kuasa Menteri; dan (b) dari semasa ke semasa membayar dengan cara ansuran harga barang yang diterima atau nilai perkhidmatan yang diberi dan bunga yang boleh dikenakan ke atasnya mengikut perkiraan kredit lanjutan itu. (2) Bagi maksud seksyen 2 *Ordinan Kumpulan Wang Pembangunan 1958 [Ord. 18 tahun 1958], harga barang yang diterima atau nilai perkhidmatan yang diberi di bawah mana-mana perkiraan kredit lanjutan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah dikira sebagai wang. (3) Harga barang yang diterima dan nilai perkhidmatan yang diberi di bawah terma perkiraan kredit lanjutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah boleh pada agregatnya melebihi jumlah wang yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan perintah sedemikian hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya dibentangkan oleh Menteri di hadapan Dewan Rakyat. *CATATAN–Ordinan Kumpulan Wang Pembangunan 1958 [Ord. 18 tahun 1958] telah dimansuhkan oleh Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]-lihat seksyen 10 Akta 406. Kredit Lanjutan 7 (3A) Mana-mana perjanjian yang dimasuki berkenaan dengan perjanjian lanjutan kredit di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat di bawah nama Persekutuan dan boleh ditandatangani bagi pihak Persekutuan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa padanya secara bertulis oleh Menteri. (4) Apa-apa perjanjian yang dibuat berkenaan dengan mana- mana perkiraan kredit lanjutan di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Malaysia oleh Menteri atau mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian secara bertulis oleh Menteri. Pelaksanaan obligasi di bawah mana-mana perkiraan kredit lanjutan 4. (1) Tertakluk kepada Akta ini tetapi walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain yang sedia ada, apa-apa perkiraan kredit lanjutan yang dibuat di bawah seksyen 3 dan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut perkiraan sedemikian dan apa-apa gerenti atau aku janji yang diberi berkenaan dengan mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang atau surat cara sedemikian oleh Menteri adalah sah dan boleh dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh dalam Malaysia mengikut terma-termanya masing-masing. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta— (a) memperuntukkan bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan cukai pendapatan atau duti setem masing-masingnya hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu untuk memberi kesan penuh dan sempurna kepada mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau gerenti itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 405 A (b) memberi pengecualian daripada kawalan pertukaran sebagaimana dia fikirkan perlu terhadap mana-mana transaksi yang dikehendaki untuk memberi kesan kepada pembayaran mana-mana jumlah wang mengikut terma-terma mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau garenti itu walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kawalan pertukaran. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 405 AKTA KREDIT LANJUTAN 1966 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A185 Akta Kredit Lanjutan 30-03-1973 (Pindaan) 1973 Akta A477 Akta Pinjaman 01-02-1980 (Tempatan) Luar Negeri dan Kredit Lanjutan (Pindaan) 1980 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 405 AKTA KREDIT LANJUTAN 1966 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A185 30-03-1973 Akta A477 01-02-1980
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
405 - *AKTA KREDIT LANJUTAN 1966
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in