95 - AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966
This Act restricts petroleum exploration, prospecting, and mining unless done under an exploration licence or petroleum agreement.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act restricts petroleum exploration, prospecting, and mining unless done under an exploration licence or petroleum agreement. Disputes between the Government, the Petroleum Authority, and a licensee must be referred to arbitration unless the licence expressly sends the matter to the Petroleum Authority instead.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 95 - AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
95 - AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
95 - AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act restricts petroleum exploration, prospecting, and mining unless done under an exploration licence or petroleum agreement.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 95 AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Petroleum Mining Act 1966. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 Pertama kali diperbuat … … … 1966 (Akta No. 58 tahun 1966) Disemak … … … … … … 1972 (Akta 95 m.b.p. 1 November 1972) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 1999 Pelombongan Petroleum 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 95 AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Nama dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Sekatan ke atas pengeksplorasian, pencarigalian dan perlombongan petroleum 4. Orang yang boleh membuat permohonan 5. Cara permohonan boleh dibuat 6. Luputnya kelulusan 7. Lesen pengeksplorasian 8. Perjanjian petroleum 9. Perjanjian petroleum tunggal bagi kawasan berdampingan 10. Pemberian lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum 11. Pemberitahuan mengenai apa-apa pelaksanaan, penyerahan balik, dsb., sesuatu perjanjian petroleum 12. Peraturan-peraturan 13. Pemansuhan dan kecualian 14. Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 Pelombongan Petroleum 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 95 AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan perlombongan petroleum dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—1 Disember 1966; Sabah dan Sarawak—8 November 1969, P.U. (A) 467/1969] Nama dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlombongan Petroleum 1966. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia tetapi dalam pemakaiannya bagi Sabah dan Sarawak ia hendaklah berkuat kuasa hanya berkenaan dengan tanah di luar pesisir. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah seksyen 12; “kerja pengeksplorasian” ertinya apa-apa kerja yang dijalankan berkaitan dengan pengeksplorasian petroleum; “lesen pengeksplorasian” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 7; “pantai pasang surut” ertinya semua bahagian tanah yang terletak di antara pinggir laut dengan tikas air surut bagi pasang perbani biasa; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 “pelantar benua” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83]; “pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya suatu lesen pengeksplorasian dikeluarkan dan termasuk penggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya; “perjanjian petroleum” ertinya perjanjian yang dibuat di bawah seksyen 8 dan 9; “petroleum” termasuk apa-apa minyak galian atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang wujud dalam keadaan semula jadi di dalam lintap tetapi tidak termasuk arang batu atau syal bitumen atau longgokan berlintap lain yang daripadanya minyak boleh diekstrak dengan cara penyulingan memusnah; “Pihak Berkuasa Petroleum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(3); “tanah”, berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuk tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdampingan dengan tanah di daratan dan berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, ertinya kawasan tanah di luar pesisir sahaja; “tanah di daratan” termasuk pantai pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah Negeri; “tanah di luar pesisir” ertinya kawasan pelantar benua. Sekatan ke atas pengeksplorasian, pencarigalian dan perlombongan petroleum 3. (1) Tiada seorang pun boleh mengeksplorasi, mencari gali atau melombong, atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan untuk mengeksplorasi, mencari gali atau melombong, petroleum di atas mana-mana tanah kecuali menurut suatu lesen pengeksplorasian atau suatu perjanjian petroleum. (2) Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan seksyen ini atau mana-mana syarat sesuatu lesen pengeksplorasian atau sesuatu perjanjian petroleum yang dikeluarkan kepadanya atau dibuat olehnya melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, Pelombongan Petroleum 7 boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan segala jentera, alat, loji, bangunan dan harta lain bersama-sama dengan apa-apa galian atau hasil lain yang mungkin dijumpai di atau dibuktikan telah didapati daripada tanah yang diekplorasi, dicari gali atau dilombongi dengan cara yang menyalahi undang- undang sedemikian boleh dilucuthakkan. Orang yang boleh membuat permohonan 4. (1) Mana-mana orang yang berhasrat hendak mengeksplorasi, mencari gali atau melombong petroleum boleh memohon mengikut Akta ini bagi mendapatkan suatu lesen pengeksplorasian atau suatu perjanjian petroleum berkenaan dengan mana-mana kawasan tanah. (2) Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen pengeksplorasian atau bagi mendapatkan petroleum hendaklah dipertimbangkan dan diluluskan atau ditolak, mengikut mana yang berkenaan, oleh Pihak Berkuasa Petroleum. (3) Pihak Berkuasa Petroleum ialah— (a) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan (b) berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di luar pesisir, Yang di-Pertuan Agong. Cara permohonan boleh dibuat 5. (1) Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen pengekplorasian atau bagi mendapatkan perjanjian petroleum hendaklah dibuat secara bertulis dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah dialamatkan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi Negeri itu atau, kepada Menteri untuk dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Petroleum. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan apa- apa fi yang ditetapkan. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 (3) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan dua salinan peta pejabat ukur yang menunjukkan dengan ditandakan di atasnya sempadan kawasan tanah yang berkenaan dengannya lesen pengekplorasian atau perjanjian petroleum, mengikut mana yang berkenaan, dipohon; dan mengenai permohonan bagi mendapatkan lesen pengekplorasian, permohonan itu hendaklah disokong dengan keterangan bahawa pemohon itu bertujuan hendak menjalankan kerja pengeksplorasian dengan suci hati. (4) Pemohon hendaklah apabila diminta oleh Menteri Besar, Ketua Menteri atau, mengikut mana yang berkenaan, Menteri, memberikan apa-apa keterangan yang difikirkan perlu oleh Pihak Berkuasa Petroleum tentang kedudukan kewangan dan kelayakan tekniknya dan tentang kebolehannya untuk mematuhi apa-apa terma dan syarat lesen pengekplorasian atau, mengikut mana yang berkenaan, perjanjian petroleum itu; dan jika keterangan sedemikian tidak diberikan dalam tempoh tiga bulan dari permintaan baginya, permohonan itu hendaklah, melainkan jika Pihak Berkuasa Petroleum memutuskan selainnya, disifatkan telah ditarik balik. (5) Segala maklumat yang terkandung dalam, atau diberikan kepada Pihak Berkuasa Petroleum menurut, sesuatu permohonan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dianggap sulit. (6) Jika mana-mana orang menghendaki suatu lesen pengeksplorasian atau suatu perjanjian petroleum berkenaan dengan dua kawasan atau lebih yang berasingan, permohonan yang berasingan hendaklah dibuat berkenaan dengan setiap kawasan itu. Luputnya kelulusan 6. Jika sesuatu perjanjian petroleum tidak dilaksanakan dalam masa enam bulan berikutan tarikh kelulusan permohonan baginya, hak pemohon terhadap sesuatu perjanjian hendaklah disifatkan telah luput melainkan jika Pihak Berkuasa Petroleum berpendapat bahawa kelewatan itu tidak disebabkan oleh kesilapan pemohon. Lesen pengeksplorasian 7. (1) Pihak Berkuasa Petroleum boleh mengeluarkan suatu lesen pengeksplorasian berkenaan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan tanah yang dipohon, dan tiap-tiap lesen pengekplorasian yang dikeluarkan di bawah Akta ini boleh membenarkan pemegang lesen itu mengekplorasi petroleum di keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan tanah yang dinyatakan dalam lesen itu: Pelombongan Petroleum 9 Dengan syarat bahawa— (i) sesuatu lesen pengeksplorasian tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah yang telah pun diliputi oleh suatu perjanjian petroleum yang dibuat di bawah seksyen 8; dan (ii) tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pihak Berkuasa Petroleum mengeluarkan, berkenaan dengan kawasan tanah yang sama lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau lesen pengeksplorasian yang lain kepada orang atau orang lain. (2) Setiap pemegang lesen hendaklah menikmati hak dan kebebasan yang diberikan di bawah lesennya sepanjang lesen itu berterusan sama seperti pemegang lesen lain yang kepadanya telah diberikan atau mungkin akan diberikan kemudiannya lesen pengeksplorasian berkenaan dengan kawasan yang sama. (3) Tiap-tiap lesen pengeksplorasian hendaklah bagi suatu tempoh permulaan selama dua tahun dan selepas itu boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa apabila permohonan bagi pelanjutan lesen itu diminta dan disokong oleh keterangan bahawa pemegang lesen itu telah sebenarnya menjalankan kerja pengeksplorasian secara yang munasabah dalam masa sahnya lesen pengeksplorasian itu. (4) Pemegang lesen boleh pada bila-bila masa memohon kepada Pihak Berkuasa Petroleum bagi mendapatkan suatu perjanjian petroleum berkenaan dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan yang dipegang di bawah lesen pengeksplorasiannya; dan apabila dikeluarkan suatu perjanjian petroleum yang meliputi kawasan itu atau mana-mana bahagiannya semua lesen pengeksplorasian yang meliputi kawasan itu atau mana-mana bahagiannya hendaklah tamat tanpa Pihak Berkuasa Petroleum kena membayar apa-apa pampasan kepada pemegang lesen. (5) Sesuatu lesen pengeksplorasian hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua: Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat apa-apa pengubahsuaian dan penyisihan dan boleh menambahkan apa-apa fasal tambahan yang meliputi perkara yang berkaitan sebagaimana yang didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Petroleum. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 Perjanjian petroleum 8. (1) Apabila sesuatu permohonan dibuat bagi maksud itu oleh mana-mana orang yang berhasrat hendak mengeksplorasi, mencari gali atau melombong petroleum Pihak Berkuasa Petroleum boleh, tertakluk kepada subseksyen (2) dan seksyen 9, membuat suatu perjanjian petroleum dengan orang itu berkenaan dengan mana- mana kawasan tanah yang termasuk dalam permohonan itu. (2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 9, tiap-tiap perjanjian petroleum hendaklah meliputi suatu kawasan tanah yang tidak melebihi 4,000 batu persegi, dan hendaklah dalam bentuk dan hendaklah mengandungi terma dan syarat contoh perjanjian petroleum di bawah perenggan 12(1)(i): Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat apa-apa pengubahsuaian dan penyisihan dan boleh menambahkan apa-apa fasal tambahan yang meliputi perkara yang berkaitan berkenaan dengan mana-mana perjanjian petroleum tertentu sebagaimana yang didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Petroleum. Perjanjian petroleum tunggal bagi kawasan berdampingan 9. (1) Walau apa pun subseksyen 8(2) dan tertakluk kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat suatu perjanjian petroleum tunggal berkenaan dengan dua kawasan tanah berdampingan atau lebih walaupun jumlah kawasan yang diliputi oleh perjanjian itu melebihi 4,000 batu persegi. (2) Jika jumlah kawasan yang diliputi oleh sesuatu perjanjian petroleum tunggal yang dibuat berkenaan dengan dua kawasan berdampingan atau lebih melebihi 4,000 batu persegi, obligasi berkenaan dengan komitmen perbelanjaan dan bayaran tahunan tetap di bawah perjanjian itu hendaklah dinaikkan secara berkadar mengikut kadar kawasan yang lebih itu berbanding dengan kawasan 4,000 batu persegi itu. (3) Bagi maksud seksyen ini, “kawasan berdampingan” ertinya kawasan yang terletak di atas struktur geologi yang sama atau meliputi suatu kumpulan struktur yang serupa dan berkaitan dari segi geologi. Pelombongan Petroleum 11 Pemberian lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum 10. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang lebih daripada satu lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum dikeluarkan kepada, atau dibuat dengan, atau wujud pada masa yang sama bagi orang yang sama. Pemberitahuan mengenai apa-apa pelaksanaan penyerahan balik, dsb., sesuatu perjanjian petroleum 11. Pihak Berkuasa Petroleum hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas pelaksanaan, penyerahan balik, penamatan atau penyerahhakan mana-mana perjanjian petroleum atau hak di bawahnya di bawah Akta ini, menyiarkan suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai hal itu yang menyatakan nama orang yang dengannya perjanjian petroleum itu dibuat, nama mana-mana pemegang serah hak dan kedudukan kawasan yang berkenaan. Peraturan-peraturan 12. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan- peraturan secara am bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, dan khususnya peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan mengenai— (i) bentuk dan kandungan contoh perjanjian petroleum; (ii) pelantikan, kewajipan, keistimewaan dan kuasa pegawai untuk menguatkuasakan Akta ini termasuklah lesen pengeksplorasian dan apa-apa perjanjian petroleum yang dikeluarkan atau dibuat di bawahnya; (iii) fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa jua yang dikehendaki dilakukan di bawah Akta ini termasuklah pengeluaran suatu lesen pengeksplorasian dan pembuatan sesuatu perjanjian petroleum; (iv) pencegahan kebakaran dalam kawasan di mana pelombongan minyak dijalankan; (v) penubuhan kawasan keselamatan di sekeliling mana-mana pepasangan rizab petroleum yang didirikan di dasar laut: Dengan syarat bahawa tiada kawasan keselamatan di sekeliling pepasangan pelombongan petroleum yang didirikan di atas tanah di luar pesisir di luar perairan wilayah boleh dikehendaki melebihi lingkungan lima ratus meter; 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 (vi) keselamatan am, kesihatan, keadaan kerja dan kebajikan orang yang bekerja dalam pelombongan minyak sama ada di daratan atau di luar pesisir; dan (vii) pemindaan Jadual Pertama. (2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (1)(i) hingga (iii), setakat yang berhubungan dengan Negeri, tidak boleh berkuat kuasa dalam mana-mana Negeri sehingga peraturan itu dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan; dan apa- apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan (1)(vi) boleh memperuntukkan bahawa peraturan itu hendaklah sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buruh dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung dengan perkara yang ditentukan dalam perenggan itu. Pemansuhan dan kecualian 13. (1) Segala sebutan mengenai lesen mencari gali minyak dan pajakan melombong minyak dalam Enakmen Pelombongan bagi Negeri dalam Semenanjung Malaysia [N.M.B. Bab 147, J. No. 69, K. No. 67, Kn. 10/1939, Ps. 1/1340, Tr. 51/1356] hendaklah disifatkan telah dimansuhkan: Dengan syarat bahawa apa-apa lesen mencari gali minyak atau pajakan melombong minyak yang dikeluarkan di bawah mana- mana Enakmen itu hendaklah terus wujud selama tempoh masa yang baginya lesen atau pajakan itu dikeluarkan dan tidaklah tersentuh oleh Akta ini. (2) (a) Ordinan Pelombongan Sabah [Ord. 20/1960], Ordinan Pelombongan Minyak Sarawak [Bab 85] dan mana-mana undang- undang Negeri lain yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak yang berhubungan dengan perlombongan hendaklah terus berkuat kuasa kecuali yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir dan peruntukan-peruntukan Ordinan tersebut dan mana-mana undang- undang sedemikian setakat yang berhubungan dengan pengeksplorasian, pencarigalian atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir hendaklah disifatkan telah dimansuhkan. (b) Apa-apa lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak sebaik sebelum 8 November 1969 bagi pengeksplorasian, pencarigalian Pelombongan Petroleum 13 atau perlombongan petroleum di tanah di luar pesisir hendaklah terus berkuat kuasa tertakluk kepada perenggan (c), (d) dan (e). (c) Segala hak yang terakru atau patut diberikan kepada dan segala liabiliti dan obligasi yang dikenakan ke atas atau ditanggung oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak di bawah atau menurut kuasa apa-apa lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang disebut dalam perenggan (b) hendaklah terakru dan patut diberikan kepada dan hendaklah dikenakan ke atas dan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. (d) Peruntukan lesen mencari gali, pajakan perlombongan atau perjanjian yang disebut dalam perenggan (b) hendaklah ditafsirkan tertakluk kepada Akta ini. (e) Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa sebelum 31 Disember 1972, melalui perintah, membuat apa-apa peruntukan peralihan atau kecualian yang selanjutnya sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat. Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik 14. (1) Jika seseorang pemegang lesen atau seseorang yang menjadi suatu pihak kepada sesuatu perjanjian petroleum telah tidak dibenarkan memasuki mana-mana tanah beri hakmilik oleh pemunya tanah itu, pemegang lesen atau orang itu boleh membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi mendapatkan kebenaran untuk memasuki tanah itu; dan Pihak Berkuasa Negeri itu boleh, tertakluk kepada subseksyen (2), memberikan kebenaran yang dipohon itu dengan syarat bahawa pemohon itu mengaku janji akan membayar pampasan bagi segala kerosakan yang mungkin disebabkan kepada tanah itu atau tanaman atau harta di dalamnya kerana kemasukan itu atau atas apa-apa syarat lain sebagaimana didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Negeri patut dikenakan. (2) Sebelum memberikan kebenaran di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemunya tanah beri hakmilik itu hak untuk didengar, dan kebenaran yang diberikan sedemikian muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana- mana mahkamah. (3) Apabila dikemukakan kepada pemunya tanah beri hakmilik kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1), pemunya itu hendaklah membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau seseorang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanah itu. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 (4) Jika, selepas kebenaran yang disebut di bawah subseksyen (1) dikemukakan kepadanya, pemunya tanah beri hakmilik itu enggan atau tidak membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau orang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanahnya, pemunya itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ringgit bagi tiap-tiap hari dia terus enggan atau tidak membenarkan orang itu masuk. (5) Bagi maksud seksyen ini ungkapan “pemunya” termasuklah pemegang gadaian, penerima pajak, penghuni atau mana-mana orang yang ada kepentingan mengenai tanah itu; dan ungkapan “kemasukan” termasuklah penggunaan apa-apa hak yang terkandung dalam lesen atau perjanjian petroleum itu. JADUAL PERTAMA [Subseksyen 5(1) dan perenggan 12(1)(vii)] PERMOHONAN BAGI MENDAPATKAN LESEN PENGEKSPLORASIAN ATAU BAGI MENDAPATKAN PERJANJIAN PETROLEUM (1) Nama penuh pemohon (pemohon-pemohon): (2) Jika permohonan dibuat oleh individu atau individu-individu— (a) alamat: (b) kewarganegaraan: (c) pekerjaan: setiap individu. (3) Jika permohonan dibuat oleh syarikat— (a) undang-undang yang di bawahnya syarikat itu diperbadankan: (b) tempat utama perniagaan: (c) jika tempat utama perniagaan di luar Malaysia, nama dan alamat ejen yang diberi kuasa dengan sewajarnya di Malaysia: (d) jenis perniagaan: (e) nama dan kewarganegaraan setiap pengarah: (f) nama setiap pemegang syer utama dan jumlah syer yang dipegang olehnya: Pelombongan Petroleum 15 (4) Sama ada perjanjian petroleum di daratan atau perjanjian petroleum di luar pesisir atau lesen pengeksplorasian petroleum diperlukan: (5) Kedudukan dan anggaran keluasan tanah yang berkenaan dengannya permohonan dibuat: (6) Butir-butir ringkas mengenai pengalaman terdahulu dalam kerja mencari gali petroleum atau memajukan medan minyak: (7) Nama dan kelayakan pakar atau penasihat teknik: (8) Butir-butir ringkas mengenai kepentingan dalam dan akses kepada kemudahan penapisan dan pemasaran di luar Malaysia: (9) Amaun modal bagi operasi di bawah lesen pengeksplorasian atau perjanjian petroleum yang dipohon— (a) yang ada pada masa ini: (b) yang boleh diadakan oleh pemohon dan sumbernya: Saya/Kami dengan ini mengaku bahawa semua butir yang dinyatakan di atas adalah betul. Tandatangan Pemohon (Pemohon-pemohon)* *Jika pemohon ialah suatu syarikat nyatakan atas sifat apa borang ditandatangani. JADUAL KEDUA [Subseksyen 7(5)] Kerajaan............ LESEN PENGEKSPLORASIAN Tafsiran 1. (1) Dalam lesen ini— “kawasan pengeksplorasian” ertinya kawasan tanah di luar pesisir/di daratan yang dinyatakan dalam Jadual di bawah ini, dan jika sebahagian daripada kawasan itu telah terhenti menjadi perkara lesen ini mengikut terma dan syarat lesen ini, kawasan itu sebagaimana yang dikurangkan mengikutnya; “pemegang lesen” ertinya ......................................* dan termasuk pengganti- penggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya; *Masukkan nama dan alamat pemegang lesen. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 Raja† †“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Negeri dan, Yang Di-Pertuan Negeri† Menteri Besar† kecuali dalam Fasal 2,3,4, 8(2), 25 dan 26 termasuk ; Ketua Menteri† †“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Yang di-Pertuan Agong dan, kecuali dalam Fasal 2, 3, 4, 8(2), 25 dan 26, termasuk Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah dan lombong; “telaga” termasuklah lubang gerek. (2) Apa-apa obligasi yang dikehendaki dipatuhi oleh pemegang lesen hendaklah, pada bila-bila masa apabila pemegang lesen itu daripada seorang, bersesama dan berasingan. (3) Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam lesen ini yang tidak ditakrifkan dalam lesen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Pelombongan Petroleum 1966 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta itu. Hak untuk mencari petroleum 2. Sebagai balasan bagi bayaran yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan pelaksanaan dan kepatuhan oleh pemegang lesen akan segala terma dan syarat lesen ini, LESEN DAN KEBEBASAN dengan ini diberikan di bawah Akta Pelombongan Petroleum 1966 kepada pemegang lesen untuk mencari petroleum dalam kawasan pengeksplorasian sepanjang berterusannya lesen ini bersama dengan orang lain yang telah diberi atau mungkin akan diberi kemudiannya hak yang serupa dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lesen ini: Dengan syarat bahawa sekiranya Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum berkenaan dengan kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya dengan pemegang lesen atau dengan mana-mana orang lain hak- hak yang dengan ini diberikan berkenaan dengan kawasan yang diliputi oleh perjanjian petroleum itu hendaklah tamat dengan serta-merta tanpa Pihak Berkuasa Petroleum kena membayar apa-apa pampasan kepada pemegang lesen itu. †Potong-mana-mana yang tidak berkenaan. Pelombongan Petroleum 17 Perizaban yang berhubungan dengan kuasa untuk mengerjakan galian, untuk memberikan lesen, pajakan, dsb. 3. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (2), hak dan kuasa yang diberikan di bawah lesen ini tertakluk kepada perizaban yang berikut, iaitu dengan ini dirizabkan— (a) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk mencari, menggali, mengerjakan dan mendapatkan apa-apa arang batu atau galian atau bahan lain termasuk petroleum di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya; (b) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum berkenaan dengan keseluruhan kawasan pengeksplorasian untuk memberikan pajakan atau lesen kepada mana-mana orang untuk mencari, menggali, mengerjakan, melombong dan mendapatkan apa-apa batu arang atau galian lain (termasuk petroleum) di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya; (c) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk masuk ke dalam atau ke atas apa-apa bahagian tanah berlesen yang merupakan tanah Kerajaan atau yang diletakhakkan pada Kerajaan Persekutuan bagi maksud menggunakan segala hak yang diberikan oleh undang- undang kepada Pihak Berkuasa Petroleum termasuk hak yang diberikan kepada pemegang lesen dalam Fasal 2 dan apa-apa hak untuk memberikan pajakan atau lesen atas semua tanah atau mana-mana bahagiannya. (2) Perizaban yang terkandung dalam Fasal ini tidak boleh digunakan dengan cara yang boleh menghalang atau mengganggu atau membolehkan mana-mana orang atau badan menghalang atau mengganggu hak dan kuasa pemegang lesen di bawah lesen ini. Kuasa untuk menyisihkan bahagian 4. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang terdahulu Pihak Berkuasa Petroleum mempunyai kuasa pada bila-bila masa untuk menyisihkan dari kawasan pengeksplorasian mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian yang dari semasa ke semasa dikehendaki bagi apa-apa jua maksud awam: Dengan syarat bahawa bahagian yang disisihkan di bawah Fasal ini hendaklah terus menjadi sebahagian daripada kawasan pengeksplorasian tertakluk kepada lesen ini tetapi tiada apa-apa operasi di bawah lesen ini boleh dijalankan ke atas atau dalam bahagian itu, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang mengawal bahagian yang disisihkan itu. (2) Pemegang lesen hendaklah dibebaskan daripada segala liabiliti dan obligasi di bawah lesen ini berkenaan dengan mana-mana bahagian yang disisihkan menurut Fasal ini kecuali liabiliti dan obligasi yang telah terakru sebelum penyisihan itu. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 Sekatan ke atas kuasa pemegang lesen 5. (1) Tiada apa-apa jua dalam lesen ini boleh memberi kuasa atau membenarkan pemegang lesen memasuki atau menduduki atau menggunakan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan boleh Fasal 2 berhubung dengan— (a) mana-mana kawasan yang dianggap suci (dan bagi maksud perenggan ini, jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada mana-mana kawasan itu dianggap suci, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Menteri Besar*/Ketua Menteri* yang keputusannya adalah muktamad); (b) melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada Pihak Berkuasa Petroleum (kebenaran itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat munasabah yang dikenakan), mana-mana bahagian yang berikut dalam kawasan pengeksplorasian itu: (i) mana-mana bahagian yang diasingkan atau digunakan atau diuntukkan atau diserahkan bagi maksud awam; (ii) mana-mana bahagian yang terletak dalam atau diliputi oleh mana-mana perbandaran, bandar, kampung, pasar, tanah perkuburan atau pusara atau yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri; (iii) mana-mana bahagian yang menjadi tapak atau dalam lingkungan lima puluh ela dari mana-mana bangunan, pepasangan, kolam air, empangan, jalan awam atau jalan trem atau yang diuntukkan bagi atau terletak dalam lingkungan lima puluh ela dari mana- mana jalan keretapi; dan (iv) mana-mana bahagian yang sebenarnya sedang diusahakan dengan tanaman; (c) mana-mana bahagian yang terdiri daripada tanah beri hakmilik (selain tanah yang termasuk dalam subperenggan (b)) melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada pemunya tanah, atau, dalam hal pemunya enggan memberikan kebenaran itu, daripada Menteri Besar* /Ketua Menteri *: Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar kepada pemunya tanah itu pampasan yang berpatutan dan mencukupi bagi apa-apa kerosakan tanah atau tanaman yang tumbuh di atas tanah itu atau apa-apa harta di dalamnya yang disebabkan oleh pemegang lesen atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya berkaitan dengan operasi yang dibenarkan di bawah lesen ini. Sekiranya ada apa-apa pertikaian tentang siapakah yang sebenarnya yang menjadi penghuni sah, atau pemunya, tanah itu, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan Menteri Besar*/Ketua Menteri* apa-apa jumlah wang yang ternyata padanya merupakan pembayaran penuh atau sebahagian yang munasabah apa-apa jua pampasan yang pemegang lesen mungkin didapati kena membayarnya kepada orang itu tetapi tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun itu yang dibayar yang melebihi pampasan tersebut. *Potong mana-mana yang tidak berkenaan. Pelombongan Petroleum 19 (2) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia. (3) Pemegang lesen tidak boleh menghalang atau mencegah mana-mana orang mendapat akses kepada atau menggunakan atas risikonya sendiri apa-apa jalan yang dibina mengikut lesen ini: Dengan syarat bahawa— (a) jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh menyebabkan kerosakan yang ketara kepada jalan itu atau akan menambahkan belanja penyenggaraan jalan itu dengan banyaknya, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika selepas diminta berbuat demikian, orang itu membayar sumbangan yang munasabah untuk belanja penyenggaraan jalan itu; dan (b) jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan-apa-apa cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh secara material mengganggu penggunaan dan penikmatan bebas jalan itu oleh pemegang lesen, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika, selepas diminta berbuat demikian, orang itu mengehadkan penggunaan jalan itu untuk menghentikan gangguan itu. Kaedah mencari gali 6. Hak untuk mencari petroleum yang diberikan oleh lesen ini hendaklah termasuk mencari gali dan menjalankan pengukuran geologi dengan cara geofizik, topografi dan kimia dan menggerudi bagi maksud mendapatkan maklumat geologi tentang lintap dalam kawasan pengeksplorasian tetapi tidak termasuk apa-apa hak untuk mendapatkan petroleum atau apa-apa hak untuk menggerudi telaga bagi pengeluaran petroleum. Tempoh lesen 7. Lesen ini hendaklah berkuat kuasa dan terus berkuat kuasa selama tempoh dua tahun selepas....................................20......... melainkan jika ditamatkan sebelum tarikh itu atau dilanjutkan di bawah mana-mana peruntukan lesen ini. Hak pemegang lesen untuk menamatkan lesen 8. (1) Tanpa menyentuh apa-apa obligasi atau liabiliti yang dikenakan oleh atau ditanggung di bawah terma dan syarat lesen ini pemegang lesen boleh pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun tersebut menamatkan lesen ini dengan terlebih dahulu memberikan notis bertulis tidak kurang daripada enam bulan kepada Pihak Berkuasa Petroleum bagi maksud itu. (2) Jika pemegang lesen memohon secara bertulis, tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh lesen ini, supaya lesen ini dilanjutkan, Pihak Berkuasa Petroleum boleh, mengikut subseksyen 7(3) Akta Perlombongan Petroleum 1966, melanjutkan lesen ini berkenaan dengan keseluruhan kawasan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 pengeksplorasian yang pada masa ini terkandung dalam lesen ini atau mana- mana bahagiannya selama tempoh satu tahun lagi atas terma dan syarat yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen ini: Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar balasan tambahan bagi pelanjutan yang dipohon olehnya itu dan hendaklah telah melaksanakan obligasinya di bawah lesen ini setakat tarikh permohonan itu. (3) Jika apa-apa pelanjutan seterusnya dikehendaki permohonan yang serupa hendaklah dibuat dan perenggan (2) hendaklah terpakai bagi permohonan itu. Pembayaran balasan bagi lesen 9. (1) Pemegang lesen hendaklah membayar kepada Pihak Berkuasa Petroleum apabila diberi lesen ini sebanyak................................ ringgit. (2) Pemegang lesen tidak dengan sebab penamatan lesen atau apa-apa pengurangan kawasan pengeksplorasian berhak dibayar apa-apa pampasan atau diberi rebat mana-mana bahagian apa-apa jumlah wang yang kena dibayar menurut lesen ini. Memulai dan meninggalkan serta menutup telaga 10. (1) Pemegang lesen tidak boleh memulai atau, selepas meninggalkannya dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tidak boleh memulai semula penggerudian mana-mana telaga tanpa keizinan bertulis Pihak Berkuasa Petroleum. (2) Pemegang lesen tidak boleh meninggalkan mana-mana telaga tanpa terlebih dahulu memberitahu Pihak Berkuasa Petroleum secara bertulis kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (5) dan (6). (3) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua syarat yang tertakluk kepadanya apa-apa keizinan di bawah perenggan (1) diberikan. (4) Jika sesuatu syarat sebagaimana yang disebut dalam perenggan (3) adalah berhubung dengan kedudukan atau dalamnya telaga itu atau arahnya atau jika sesuatu syarat di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu adalah berhubung dengan apa-apa penyelongsongan, penutupan atau pengedapan telaga itu, Pihak Berkuasa Petroleum boleh dari semasa ke semasa mengarahkan supaya telaga itu dan segala rekod yang berhubungan dengannya diperiksa dengan apa-apa cara pada bila-bila masa atau pada lat tempoh dan oleh mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan melalui arahan Pihak Berkuasa Petroleum dan pemegang lesen itu hendaklah membayar kepada mana-mana orang itu atau kepada Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa fi dan perbelanjaan bagi pemeriksaan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Petroleum. (5) Jika hak pemegang lesen dalam mana-mana bahagian kawasan pengeksplorasian tamat oleh sebab Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum dengan orang lain sebagaimana yang tersebut dalam proviso kepada Fasal 2, pemegang lesen itu hendaklah dalam tempoh satu bulan selepas itu menutup mana-mana telaga pemegang lesen itu dalam bahagian kawasan pengeksplorasian itu. Pelombongan Petroleum 21 (6) Semua telaga pemegang lesen (selain telaga yang baginya perenggan (5) terpakai) dalam kawasan pengeksplorasian hendaklah, melainkan jika diputuskan sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Petroleum, ditutup oleh pemegang lesen tidak kurang daripada satu bulan sebelum berakhinya atau tamatnya hak pemegang lesen itu di bawah lesen ini. (7) Penutupan mana-mana telaga hendaklah dilakukan mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang terpakai bagi telaga itu atau telaga-telaga pada amnya atau bagi sesuatu kelas telaga yang telaga itu termasuk dalamnya dan hendaklah dilakukan dengan cekap dan baik. Jarak telaga dari sempadan kawasan pengeksplorasian 11. Tiada telaga boleh digerudi atau dibuat sehingga mana-mana bahagiannya kurang daripada satu ratus dua puluh lima meter dari mana-mana sempadan kawasan pengeksplorasian kecuali dengan keizinan bertulis Pihak Berkuasa Petroleum. Penghindaran kaedah kerja mudarat 12. (1) Pemegang lesen hendaklah menyenggara semua radas dan alat dan semua telaga yang belum ditinggalkan dan ditutup sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 10 dalam keadaan baik dan terpelihara dan hendaklah menjalankan semua operasi dalam atau berkaitan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang sepatutnya dan baik mengikut kaedah dan amalan pengeksplorasian yang lazim digunakan dalam amalan medan minyak yang baik dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu pemegang lesen hendaklah mengambil segala langkah yang praktik untuk— (a) menghalang pelepasan atau pembaziran petroleum yang ditemui di kawasan pengeksplorasian; (b) memulihara kawasan pengeksplorasian bagi operasi yang produktif; (c) menghalang kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum; (d) menghalang kemasukan air melalui telaga ke lintap yang mengandungi petroleum; dan (e) menghalang pelepasan petroleum ke dalam mana-mana air dalam atau di sekitar kawasan pengeksplorasian. (2) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan secara bertulis yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1). Jika pemegang lesen membantah mana-mana arahan itu atas alasan bahawa arahan itu tidak munasabah dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh arahan itu diberikan, merujukkan perkara itu kepada timbang tara mengikut cara yang diperuntukkan oleh Fasal 27. (3) Pemegang lesen hendaklah memberikan notis kepada Pihak Berkuasa Petroleum tentang apa-apa kejadian yang menyebabkan pelepasan atau pembaziran petroleum, kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum atau kemasukan air melalui telaga kepada lintap yang mengandungi petroleum dalam masa tiga hari dari kejadian itu berlaku. 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 Penebangan pokok kayu 13. (1) Pemegang lesen tidak boleh menebang atau mengambil apa-apa pokok kayu atau pokok yang dilindungi kecuali dengan keizinan pihak berkuasa yang berkenaan dan dengan bayaran fi dan royalti yang ditetapkan melalui undang- undang. (2) Jika pemegang lesen menebang atau mengambih apa-apa pokok produktif lain, dia hendaklah membayar pampasan yang berpatutan dan mencukupi kepada pemunyanya: Dengan syarat bahawa sekiranya timbul apa-apa pertikaian atau ketidakpastian tentang pemunya apa-apa pokok produktif, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan Menteri Besar* /Ketua Menteri *, apa-apa amaun yang pada pendapatnya merupakan bayaran yang munasabab sama ada secara penuh atau sebahagian bagi apa-apa jua pampasan yang mungkin didapati kena dibayar oleh pemegang lesen itu kepada pemunya pokok itu tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun yang telah dibayar melebihi pampasan tersebut. Penangkapan ikan dan pelayaran 14. Pemegang lesen tidak boleh menjalankan apa-apa operasi yang dibenarkan oleh lesen ini dalam atau berdekatan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang pada pendapat Pihak Berkuasa Petroleum boleh mengganggu dengan tidak sewajarnya pelayaran atau penangkapan ikan di perairan kawasan pengeksplorasian atau pemuliharaan sumber hidupan laut. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja 15. Pemegang lesen hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang diambil bekerja dalam atau berdekatan dengan kawasan pengeksplorasian. Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod 16. (1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod yang tepat dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang penggerudian, pemerdalaman, penutupan atau peninggalan semua telaga dan tentang apa-apa perubahan dalam selongsongnya. Rekod tersebut hendaklah mengandungi butir-butir perkara yang berikut: (a) tapak dan nombor yang diberikan kepada tiap-tiap telaga; (b) tanah bawah dan lintap yang melaluinya telaga digerudi; (c) selongsong yang dimasukkan ke dalam mana-mana telaga dan apa- apa pengubahan terhadap selongsong itu; (d) apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian-galian lain yang ditemui; dan (e) apa-apa perkara lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa. *Potong mana-mana yang tidak berkenaan. Pelombongan Petroleum 23 (2) Pemegang lesen hendaklah menyimpan di Malaysia pelan geologi dan geofizik dan peta yang tepat yang berhubung dengan kawasan pengeksplorasian dan apa-apa rekod lain yang berhubungan dengannya yang perlu untuk memelihara segala maklumat yang dipunyai oleh pemegang lesen tentang kawasan pengeksplorasian itu. (3) Pemegang lesen hendaklah menyerahkan salinan rekod, pelan dan peta tersebut yang disebut dalam perenggan (1) dan (2) kepada Pihak Berkuasa Petroleum sebagaimana dan apabila dikehendaki. Penyata 17. (1) Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum tiap- tiap tiga bulan semasa lesen ini berkuat kuasa suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang perkembangan operasinya di kawasan pengeksplorasian itu. Penyata itu hendaklah mengandungi— (a) suatu pernyataan tentang kawasan tempat apa-apa kerja geologi, termasuk pengukuran dengan apa-apa cara geofizik, topografi atau kimia, telah dijalankan; (b) nombor yang diberikan kepada setiap telaga, dan dalam hal mana- mana telaga yang penggerudiannya telah dimulakan atau yang nombornya telah ditukar dalam bulan itu, koordinat tapak telaga itu; (c) suatu pernyataan tentang dalamnya penggerudian setiap telaga; dan (d) suatu pernyataan tentang apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian lain yang mempunyai nilai ekonomi yang ditemui dalam masa menjalankan operasi tersebut. (2) Dalam masa dua bulan selepas berakhir setiap tahun kalendar yang dalamnya lesen ini berkuat kuasa dan dalam masa dua bulan selepas berakhirnya atau tamatnya lesen ini pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang operasi yang dikendalikan olehnya dalam kawasan eksplorasi dalam tahun itu atau dalam tempoh sebelum berakhirnya atau tamatnya lesen ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama dengan suatu pelan berdasarkan skala yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang menunjukkan kedudukan semua telaga. Pemegang lesen hendaklah juga menunjukkan di atas pelan tersebut semua kerja yang dilakukan olehnya berkaitan dengan pencarian petroleum. (3) Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa maklumat lain, termasuk maklumat dalam bentuk peta dan pelan, tentang perkembangan operasinya dalam kawasan eksplorasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa. Pemberitahuan tentang penemuan petroleum 18. Pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta melaporkan penemuan petroleum atau lintap yang mengandungi petroleum kepada Pihak Berkuasa Petroleum. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 Pemegang lesen hendaklah menyimpan sampel 19. Setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, pemegang lesen hendaklah melabelkan dengan betul dan menyimpan untuk rujukan selama tempoh dua belas bulan sampel-sampel dasar laut dan lintap yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dan sampel apa-apa petroleum atau air yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dalam kawasan pengeksplorasian. Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya berhak untuk menghendaki supaya bahagian itu bagi mana-mana sampel sedemikian diserahkan kepadanya dan menyimpan mana-mana sampel atau bahagiannya yang diserahkan sedemikian, dan berhak untuk memeriksa dan menganalisis mana-mana sampel yang disimpan oleh pemegang lessen itu. Laporan dianggap sulit 20. Semua rekod, penyata, pelan, peta dan maklumat yang dikehendaki atau mungkin dari semasa ke semasa dikehendaki supaya diberikan oleh pemegang lesen di bawah lesen ini hendaklah dibekalkan atas perbelanjaan pemegang lesen itu dan tidak boleh (kecuali dengan persetujuan bertulis pemegang lesen dan dia tidak boleh secara tidak munasabah enggan memberikannya) dizahirkan sepanjang tempoh sah lesen itu dan dua tahun selepas itu kepada mana-mana orang yang tidak berada dalam perkhidmatan atau penggajian Kerajaan. Pihak Berkuasa Petroleum walau bagaimanapun berhak pada bila-bila masa untuk menggunakan apa-apa maklumat yang diterima daripada pemegang lesen bagi maksud menyediakan dan menyiarkan apa-apa penyata dan laporan yang dikehendaki. Kuasa untuk memeriksa rekod 21. Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum boleh pada bila-bila masa yang munasabah memeriksa dan membuat ringkasan atau salinan apa-apa rekod, penyata, pelan atau peta yang dikehendaki disimpan atau dibuat oleh pemegang lesen mengikut lesen ini. Hak akses 22. Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum berhak pada bila-bila masa yang munasabah untuk masuk ke dalam dan ke atas apa- apa pepasangan dan kelengkapan pemegang lesen yang digunakan atau akan digunakan berkaitan dengan pencarian petroleum dalam kawasan pengeksplorasian bagi maksud yang disebut kemudian daripada ini— (a) memeriksa pepasangan, telaga, loji, alat dan kerja yang dibuat atau dijalankan oleh pemegang lesen menurut lesen ini dan takat pemeliharaan dan keadaannya; dan (b) menjalankan apa-apa kerja atau membekalkan dan memasang apa-apa kelengkapan yang Pihak Berkuasa Petroleum berhak untuk menjalankan atau membekalkan dan memasangnya menurut lesen ini. Pelombongan Petroleum 25 Kuasa untuk menjalankan kerja 23. Jika pemegang lesen pada bila-bila masa tidak melaksanakan obligasi yang berbangkit di bawah mana-mana terma dan syarat Fasal 10, 12 dan 15 lesen ini dan dalam mana-mana hal itu Pihak Berkuasa Petroleum berhak, selepas memberikan notis bertulis yang munasabah kepada pemegang lesen tentang niatnya, menjalankan apa-apa kerja dan membekalkan dan memasang apa-apa kelengkapan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Petroleum mungkin perlu untuk menjamin pelaksanaan obligasi tersebut atau mana-mana daripadanya dan mendapatkan kos dan perbelanjaan kerana berbuat demikian daripada pemegang lesen. Tanggung rugi terhadap tuntutan pihak ketiga 24. Pemegang lesen hendaklah pada sepanjang masa melindungi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Petroleum dan semua pegawai awam Kerajaan secara berkesan daripada tanggung rugi terhadap semua prosiding, kos, caj, tuntutan dan permintaan apa jua pun yang mungkin dibuat atau dibawa terhadap Kerajaan atau Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana pegawai awam Kerajaan oleh mana-mana pihak ketiga berhubung atau berkaitan dengan lesen ini atau apa-apa perkara atau benda yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan menurut lesen ini. Perjanjian untuk tidak menyerah hak 25. Pemegang lesen tidak boleh tanpa keizinan bertulis Pihak Berkuasa Petroleum menyerah hak atau melepaskan mana-mana hak yang diberikan oleh lesen ini berhubung dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan pengeksplorasian atau memberikan apa-apa sublesen berkenaan dengan mana- mana hak sedemikian. Kuasa pembatalan 26. (1) Jika mana-mana peristiwa yang dinyatakan dalam perenggan (2) berlaku dan dalam mana-mana hal itu Pihak Berkuasa Petroleum boleh membatalkan lesen ini dan sesudah itu lesen ini dan semua hak yang dengan ini diberikan hendaklah terhenti dan tamat tetapi walau bagaimanapun tertakluk kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa obligasi atau liabiliti yang ditanggung oleh pemegang lesen atau yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah terma dan syarat lesen ini. (2) Peristiwa yang disebut da1am perenggan (1) ialah— (a) apa-apa balasan yang kena dibayar di bawah lesen ini atau mana- mana bahagiannya yang menjadi tertunggak atau tidak dibayar selama tempoh dua bulan selepas sahaja mana-mana hari ia sepatutnya dibayar; (b) apa-apa kemungkiran atau ketidakpatuhan mana-mana terma dan syarat lesen ini oleh pemegang lesen; (c) kebankrapan pemegang lesen; (d) pembuatan oleh pemegang lesen apa-apa perkiraan atau komposisi dengan pemiutangnya; (e) jika pemegang lesen itu suatu syarikat, pelantikan penerima atau apa-apa pelikuidasian sama ada wajib atau sukarela. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 Timbang tara 27.
Part document.segment-2
95 - AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
95 - AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 — segment 2
AI-assisted research summary: Disputes between the Government, the Petroleum Authority, and a licensee must be referred to arbitration unless the licence expressly sends the matter to the Petroleum Authority instead.
(l) Jika pada bila-bila masa apa-apa pertikaian, perselisihan atau persoalan berbangkit antara Kerajaan dan Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lesen tentang apa-apa perkara yang berbangkit di bawah atau oleh sebab lesen ini atau tentang hak masing-masing, dan liabiliti mereka yang berkenaan dengan lesen ini ia hendaklah dirujukkan kepada timbang tara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perenggan (2), kecuali jika diperuntukkan dengan nyata oleh lesen ini bahawa perkara atau benda yang berkaitan dengan pertikaian, perselisihan atau persoalan itu hendaklah ditentukan, diputuskan, diluluskan atau dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Petroleum. (2) Timbang tara yang disebut dalam perenggan (1) hendaklah, mengikut Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93], *oleh seorang penimbang tara yang, jika tiada persetujuan antara Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lessen tentang pelantikannya, hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan pada masa ini. JADUAL (Kawasan Pengeksplorasian) Bertarikh...............di……......…………….pada..........20……. ............................................................... Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri *CATATAN—Akta ini dimansuhkan oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646] berkuat kuasa pada 15-03-2006 melalui P.U. (B) 65/2006–lihat seksyen 51 Akta 646. Pelombongan Petroleum 27 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 95 AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 467/1969 *Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa 08-11-1969 Perlu) No. 10 1969 Akta 160 Akta Mata Wang (Ringgit) 29-08-1975 Malaysia 1975 Akta A885 Akta Perlembagaan (Pindaan) 24-06-1994 1994 *NOTA Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No. 10 1969 meminda Akta Pelantar Benua, No. 57 Tahun 1966 (disemak sebagai Akta 83) dan Akta Pelombongan Petroleum, No. 58 Tahun 1966 (disemak sebagai Akta 95) supaya kedua-dua Akta ini, yang dahulunya hanya terpakai di Negeri-Negeri Tanah Melayu sahaja, terpakai di seluruh Malaysia. Akta Semakan 83 dan 95 menggabungkan segala pindaan yang dibuat oleh Ordinan No. 10 1969. Apabila Ordinan itu terhenti berkuat kuasa di bawah Fasal 7 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, pindaan-pindaan yang dibuat oleh Ordinan No. 10 1969 itu akan terhenti berkuat kuasa dan tidak lagi akan terpakai di luar Negeri-Negeri Tanah Melayu. Di Negeri-Negeri Tanah Melayu, Akta-Akta itu akan terpakai tanpa pindaan yang dibuat oleh Ordinan itu. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 95 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 95 AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang P.U. (A) 467/1969 29-08-1975 1 P.U. (A) 467/1969 29-08-1975 2 P.U. (A) 467/1969 29-08-1975 3 Akta 160 29-08-1975 13 P.U. (A) 467/1969 08-11-1969 14 Akta 160 29-08-1975 Jadual Kedua Akta 160 29-08-1975 Akta A885 29-08-1994
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
95 - AKTA PERLOMBONGAN PETROLEUM 1966
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in