181 - *AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977
This Act sets rules for federal grants to States, including how much may be allocated, how the money is divided, and how States must use certain grants.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 181 - *AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
181 - *AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977
AI-assisted research summary: This Act sets rules for federal grants to States, including how much may be allocated, how the money is divided, and how States must use certain grants.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 181 AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 2 Mac 1977 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 10 Mac 1977 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1326 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 29 Disember 2007 CETAKAN SEMULA TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 2002 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 181 AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 11. . Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 22. . Pemberian kepada Negeri 33. . (Dipotong) 44. . Pembahagian antara Negeri sama banyak dan berdasarkan bilangan penduduk 44 AA.. Pembahagian antara Negeri yang keluaran kasar dalam Negeri per kapitanya kurang daripada purata negara 44BB .. Pembahagian antara Negeri mengikut peratusan keluaran kasar dalam negeri 55. . Peruntukan selepas audit 66. . Maksud pemberian 77. . Pemberian dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 181 AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977 Suatu Akta untuk memperuntukkan pemberian pertambahan hasil kepada Kerajaan Negeri berdasarkan pertambahan hasil persekutuan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri bagi maksud tertentu. [1 Januari 1975] BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (3) Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberi pemberian bagi maksud tertentu kepada mana-mana Negeri mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang itu; MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DI PERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1977 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1975. Pemberian kepada Negeri 2. (1) Apabila terdapat pertambahan dalam hasil Persekutuan dalam mana-mana tahun kewangan berbanding dengan tahun kewangan yang sebelumnya, Menteri hendaklah bagi tahun kewangan yang berikutnya 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 181 memperuntukkan bagi maksud membuat pemberian di bawah seksyen 4, 4 A dan 4 suatu amaun yang tidak melebihi dua ratus lima puluh juta ringgit B yang hendaklah dibahagikan seperti yang berikut: (a) suatu bahagian daripada amaun itu yang tidak melebihi lima puluh juta ringgit bagi maksud seksyen 4; (b) suatu bahagian daripada amaun itu yang tidak melebihi satu ratus juta ringgit bagi maksud seksyen 4 ; dan A (c) bahagian selebihnya yang tidak melebihi satu ratus juta ringgit bagi maksud seksyen 4 . B (2) Walau apa pun subseksyen (1), had dua ratus lima puluh juta ringgit, lima puluh juta ringgit dalam perenggan (a), satu ratus juta ringgit dalam perenggan (b) dan satu ratus juta ringgit dalam perenggan (c) boleh dikaji semula dan diubah oleh Menteri. 3. (Dipotong oleh Akta A475). Pembahagian antara Negeri sama banyak dan berdasarkan bilangan penduduk 4. Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(a) hendaklah dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri seperti yang berikut— (a) setengah daripada jumlah itu hendaklah dibahagi-bahagikan sama banyak antara tiga belas buah Negeri; dan (b) setengah yang selebihnya hendaklah dibahagi-bahagikan secara berkadar antara Negeri-Negeri, berdasarkan bilangan penduduk tiap- tiap buah Negeri sebagaimana yang ditentukan dalam banci akhir yang diambil sebelum tahun kewangan yang sebelumnya, mengikut dua bahagian bagi seorang bagi lima ratus ribu orang yang pertama, satu bahagian bagi seorang bagi lima ratus ribu orang yang berikutnya dan setengah bahagian bagi seorang bagi bilangan penduduk yang selebihnya bagi tiap-tiap buah Negeri. Pemberian Pertambahan Hasil 7 Pembahagian antara Negeri yang keluaran kasar dalam Negeri per kapitanya kurang daripada purata negara 4 . Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(b) hendaklah A dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri yang keluaran kasar dalam negeri per kapitanya kurang daripada purata negara bagi keluaran kasar dalam negeri per kapita. Keluaran kasar dalam negeri per kapita bagi Persekutuan dan semua Negeri bagi Persekutuan hendaklah ditetapkan oleh Persekutuan. Pemberian yang diberikan kepada tiap-tiap Negeri yang layak hendaklah seimbang dengan peratusan yang diperoleh daripada perbezaan antara purata negara dengan keluaran kasar dalam negeri per kapita Negeri yang layak itu berbanding dengan jumlah kesemua perbezaan antara purata negara dengan keluaran kasar dalam negeri per kapita tiap-tiap Negeri yang layak itu. Pembahagian antara Negeri mengikut peratusan keluaran kasar dalam negeri 4 . Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(c) hendaklah B dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri mengikut peratusan keluaran kasar dalam negeri bagi setiap Negeri. Keluaran kasar dalam negeri bagi Persekutuan dan semua Negeri bagi Persekutuan hendaklah ditetapkan oleh Persekutuan. Peruntukan selepas audit 5. Jumlah yang ditetapkan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c) bagi peruntukan di bawah sesuatu tahun kewangan hendaklah diperuntukkan hanya selepas akaun semua hasil yang diterima oleh Persekutuan bagi tahun kewangan yang sebelumnya ditutup dan diaudit. Maksud pemberian 6. Pemberian yang dibuat kepada sesuatu Negeri di bawah seksyen 4 dan 4 B hendaklah digunakan untuk menambah secara keseluruhan hasilnya dan pemberian yang dibuat kepada sesuatu Negeri di bawah seksyen 4 A 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 181 hendaklah digunakan bagi mana-mana atau kesemua maksud pembangunan tertentu yang berikut— (a) bekalan air; (b) perumahan awam; (c) pemajuan kawasan perusahaan; (d) kerja-kerja kecil; dan (e) apa-apa projek pembangunan lain sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Kewangan Negara yang ditubuhkan di bawah Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan. Pemberian dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan 7. Pemberian yang dibuat kepada Negeri di bawah seksyen 4, 4 dan 4 A B hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan. ___________________________ 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 181 AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk Ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1326 Akta Pemberian Pertambahan Hasil 29-12-2007 (Pindaan) 2007 Akta A475 Akta Pemberian Pertambahan Hasil 01-01-1978; (Pindaan) 1980 kecuali seksyen 2 dan seksyen 7 berhubung dengan perenggan 2(b) dan Akta ibu; 01-01-1983 P.U. (B) 430/83 Pemberitahuan Kaji Semula dan 01-01-1983 Perubahan Had-Had Pemberian-Pemberian di bawah Seksyen 2 _____________ 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 181 AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A1326 29-12-2007 P.U. (B) 430/1983 01-01-1983 Akta A475 01-01-1980 3 Akta A475 01-01-1978 4 Akta A475 01-01-1978 4 Akta A475 01-01-1978 A 4 Akta A1326 29-12-2007 B Akta A1326 29-12-2007 5 Akta A475 01-01-1978 Akta A1326 29-12-2007 6 Akta A475 01-01-1978 Akta A475 01-01-1978 7 _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
181 - *AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in