784 - AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968
This Act incorporates the Scouts Association of Malaysia and sets out its governance, property rules, and badge restrictions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 784 - AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
784 - AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968
AI-assisted research summary: This Act incorporates the Scouts Association of Malaysia and sets out its governance, property rules, and badge restrictions.
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1 (Pemerbadanan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 784 AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 (Disemak—2016) DISEMAK OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2016 2 Undang-Undang Malaysia AktA 784 AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 Disemak sehingga … … … … 1 November 2016 Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini … … 17 November 2016 Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] … … 17 November 2016 Pertama kali diperbuat dalam tahun 1968 sebagai Akta Parlimen No. 38 tahun 1968 Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 3 (Pemerbadanan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 784 AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pemerbadanan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 4. Matlamat Perbadanan 5. Tujuan dan maksud Perbadanan 6. Majlis 7. Meterai perbadanan 8. Daftar ahli 9. Kaedah-kaedah dan undang-undang kecil 10. Pemindahan hakmilik harta dan liabiliti, dsb. 11. Penggunaan pendapatan dan harta 12. Sekatan mengenai penjualan lencana, dsb., Persekutuan 13. Pemilikan dan sekatan mengenai penggunaan lencana 14. Penalti 15. Pemansuhan 4 Undang-Undang Malaysia AktA 784 Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 5 (Pemerbadanan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 784 AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 Suatu Akta untuk memperbadankan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris, “Scouts Association of Malaysia”), dan bagi maksud-maksud yang berkenaan dengannya. [21 November 1968] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap- Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968. (2) Akta ini terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Majlis” ertinya Majlis yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah Perbadanan yang disebut dalam seksyen 6; “Ordinan” ertinya— (a) Ordinan Budak-Budak Pengakap 1953 Persekutuan Tanah Melayu [Ord. P.T.M. No. 60 tahun 1953]; (b) Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Sabah [Sabah Bab 17]; atau 6 Undang-Undang Malaysia AktA 784 (c) Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Sarawak [Sarawak Bab 99]; “Pengakap” termasuklah Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana, Pemimpin Pengakap, Ahli Biasa Persekutuan atau Ahli Kumpulan Baden-Powell yang diiktiraf oleh Ordinan; “Perbadanan” ertinya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, “Scouts Association of Malaysia” yang diperbadankan oleh Akta ini; “Persekutuan” ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap yang disebut di bawah Ordinan. Pemerbadanan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 3. (1) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, menjadi ahli Persekutuan dan semua Pengakap yang selepas ini menjadi ahli Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia” atau dalam bahasa Inggeris, “Scouts Association of Malaysia” yang kekal turun-temurun. (2) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dan boleh melakukan semua perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan. (3) Perbadanan boleh— (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan (c) memindahkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan, Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 7 (Pemerbadanan) atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan. Matlamat Perbadanan 4. Matlamat Perbadanan adalah— (a) untuk mengadakan suatu organisasi yang terbuka kepada semua Pengakap di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang dinyatakan dalam seksyen 5; dan (b) untuk melakukan semua benda lain yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan dan berfaedah bagi mencapai matlamat sedemikian. Tujuan dan maksud Perbadanan 5. (1) Tujuan Perbadanan adalah untuk membangunkan warganegara yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki dengan membentuk perwatakan mereka dan untuk mencapai maksud ini dengan— (a) melatih mereka mengenai tabiat kepatuhan, ketaatan dan berdikari; (b) menanam sifat kesetiaan dan timbang rasa terhadap orang lain; (c) mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk orang awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan (d) menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan kerohanian mereka. (2) Prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pengakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedah Perbadanan. 8 Undang-Undang Malaysia AktA 784 Majlis 6. Hal ehwal Perbadanan hendaklah ditadbir oleh suatu Majlis yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah Perbadanan. Meterai perbadanan 7. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (2) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis bagi maksud itu, di hadapan orang yang menjalankan kewajipan Ketua Pesuruhjaya Negara atau Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara dan seorang lain yang diberi kuasa oleh Majlis yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu yang padanya meterai itu dicapkan. (3) Tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah di sisi undang-undang. Daftar ahli 8. (1) Majlis hendaklah menyebabkan supaya suatu daftar disimpan yang dalamnya hendaklah direkodkan butir-butir yang berikut: (a) nama tiap-tiap Pengakap yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini adalah seorang ahli Persekutuan; atau (b) nama tiap-tiap Pengakap yang selepas permulaan kuat kuasa Akta ini menjadi seorang anggota Perbadanan yang diterima masuk dengan sewajarnya; dan (c) apa-apa perkara lain yang ditentukan oleh Majlis. Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 9 (Pemerbadanan) (2) Daftar itu boleh disimpan mengikut apa-apa cara yang diputuskan oleh Majlis dan kewajipan menyimpan bahagian- bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana anggota atau pegawai Perbadanan. Kaedah-kaedah dan undang-undang kecil 9. Sah bagi Majlis dari semasa ke semasa membuat, mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah sebagaimana yang difikirkan suai manfaat bagi pengurusan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai matlamatnya dan semua kaedah-kaedah dan undang- undang kecil hendaklah mengikat anggota Perbadanan. Pemindahan hakmilik harta dan liabiliti, dsb. 10. (1) Semua harta kepunyaan Persekutuan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada yang dipegang atas nama Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu atau atas nama mana-mana orang sebagai pemegang amanah bagi Persekutuan hendaklah terletak hak pada Perbadanan. (2) Semua harta yang disebut dalam subseksyen (1) berserta dengan semua harta yang diperoleh kemudiannya, sama ada harta alih atau harta tak alih, dan semua yuran, caruman, derma, denda, wang pinjaman dan pendahuluan yang diterima atau akan diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini dan tertakluk kepada kaedah-kaedah Perbadanan. (3) Semua hutang dan liabiliti Persekutuan yang ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan. (4) Semua hutang yang kena dibayar dan yuran dan caruman yang kena dibayar kepada Persekutuan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dibayar kepada Perbadanan. 10 Undang-Undang Malaysia AktA 784 Penggunaan pendapatan dan harta 11. (1) Pendapatan dan harta Perbadanan, dari mana jua pun didapati, hendaklah digunakan semata-mata untuk memajukan matlamat Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini. (2) Tiada bahagian pendapatan dan harta Perbadanan boleh dibayar atau dipindahkan hakmilik secara langsung atau tidak langsung, melalui dividen, bonus atau selainnya melalui keuntungan kepada anggota Perbadanan. (3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pembayaran saraan yang dibuat secara suci hati kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau kepada mana-mana orang sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan kepada Perbadanan. Sekatan mengenai penjualan lencana, dsb., Persekutuan 12. Tiada seorang pun, selain Perbadanan atau seseorang yang diberi kuasa secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Perbadanan, boleh menjual atau mempamerkan untuk jualan apa-apa lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pengakap di bawah kaedah-kaedah Perbadanan. Pemilikan dan sekatan mengenai penggunaan lencana 13. (1) Tiada seorang pun, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam dengan cara yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pengakap, apa-apa lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seseorang Pengakap di bawah kaedah-kaedah Perbadanan. (2) Tiada seorang pun boleh memiliki tanpa kebenaran atau alasan yang sah— (a) apa-apa reka bentuk yang begitu menyerupai mana-mana lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pengakap di bawah kaedah-kaedah Perbadanan sehingga menyebabkan reka bentuk itu dipercayai sebagai lencana, tanda atau lambang sedemikian; Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 11 (Pemerbadanan) (b) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang begitu menyerupai apa-apa perkataan atau tulisan yang biasanya digunakan untuk memperihalkan mana-mana Pengakap sehingga boleh dikira bertujuan untuk memperdaya atau mengelirukan; atau (c) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan “Pengakap” atau “Pengakap-Pengakap”. Penalti 14. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan. Pemansuhan 15. Undang-undang yang berikut dimansuhkan: (a) Ordinan Budak-Budak Pengakap 1953 Persekutuan Tanah Melayu; (b) Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Sabah; dan (c) Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Sarawak setakat yang Ordinan itu terpakai bagi Budak-Budak Pengakap. 12 Undang-Undang Malaysia AktA 784 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 784 AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 (Disemak—2016) Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 143 Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap 23-08-1974 Malaysia (Perbadanan) 1974 SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIAN-BAHAGIANNYA YANG DIGANTIKAN No. Tajuk Akta No. 38 Tahun 1968 Act (Perbadanan) Persekutuan Budak2 Pengakap Malaysia, 1968 Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 13 (Pemerbadanan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 784 AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 (Disemak—2016) SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Mukadimah Akta 143 23-08-1974 1 Akta 143 23-08-1974 2 Akta 143 23-08-1974 3 Akta 143 23-08-1974 13a Akta 143 23-08-1974 14 Undang-Undang Malaysia AktA 784 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 784 AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968 (Disemak—2016) SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1] Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda Susunan Susunan kandungan diubah perenggan 6(1)(vii) kandungan Keseluruhan 1. Ejaan dikemas kini perenggan 6(1)(xxa) Akta 2. Perkataan “Akta” menggantikan perenggan 6(1)(xxa) “Act” 3. Nota bahu menggantikan nota perenggan 6(1)(xxiv) birai Tarikh kuat Perkataan “21 November 1968” perenggan 6(1)(iii) kuasa menggantikan “21hb November, 1968.” Ayat Ditinggalkan subperenggan 6(1) mengundang- (i)(f) undangkan subseksyen 1(1) Perkataan “Akta Persekutuan subperenggan 6(1) Pengakap-Pengakap Malaysia (i)(e) (Pemerbadanan) 1968” menggantikan “Act (Perbadanan) Persekutuan Budak2 Pengakap Malaysia, 1968” subseksyen 1(2) 1. Perkataan “terpakai di seluruh” perenggan 6(1)(iii) menggantikan perkataan dan (xxa) “hendak-lah di-pakai di- seluroh” 2. Perkataan “Malaysia” perenggan 6(1)(xvii) menggantikan “Persekutuan” Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 15 (Pemerbadanan) Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda seksyen 2 1. Perkataan “konteksnya” perenggan 6(1)(iii) menggantikan “kandongan ayat-nya” 2. Tafsiran “Majlis” dimasukkan perenggan 6(1)(xxiv) sebelum tafsiran “Ordinan” 3. Dalam tafsiran “Ordinan”— a. koma selepas perkataan perenggan 6(1)(xvi) “Pengakap” di mana-mana jua terdapat ditinggalkan b. perkataan “1953 Persekutuan perenggan 6(1)(iii) Ta n a h M e l a y u ” dan (xxiv) menggantikan “Negeri2 Tanah Melayu” c. perkataan “Ord. P.T.M. perenggan 6(1)(iii) No.” dimasukkan sebelum nombor “60” d. noktah selepas perkataan perenggan 6(1)(xvi) “tahun 1953”, “Bab 17” dan “Bab 99” ditinggalkan 4. Dalam tafsiran “Pengakap”— a. perkataan “Pengakap Kanak- perenggan 6(1)(xvii) Kanak” menggantikan dan (xxiv) “Anak Serigala” b. perkataan “Pengakap Muda” perenggan 6(1)(xvii) menggantikan “Budak dan (xxiv) Pengakap” c. perkataan “Pengakap perenggan 6(1)(xvii) Remaja” menggantikan dan (xxiv) “Pengakap Kanan” d. perkataan “Biasa” perenggan 6(1)(xvii) menggantikan “Pereman” dan (xxiv) e. perkataan “diiktiraf” perenggan 6(1)(xxa) menggantikan “di-iktiraf dan (xxi) sa-demikian” 5. Dalam tafsiran “Perbadanan”, perenggan 6(1)(xvi) kurungan ditinggalkan 6. Dalam tafsiran perenggan 6(1)(iii) “Persekutuan”, perkataan “disebut”menggantikan “di-rujok” 16 Undang-Undang Malaysia AktA 784 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda seksyen 3 Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(vi) “Pemerbadanan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia” menggantikan “Memperbadankan Persekutuan Budak² Pengakap, Negeri² Tanah Melayu dan Persekutuan Budak² Pengakap di-Sabah dan Sarawak” subseksyen 3(1) 1. Perkataan “Mana-mana perenggan 6(1)(iii), orang yang, sebaik sebelum (xiii),(xxa),(xvi),(xxi) permulaan kuat kuasa Akta dan (xxiv) ini, menjadi ahli Persekutuan dan semua Pengakap yang selepas ini menjadi ahli Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah- kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia” atau dalam bahasa Inggeris, “Scouts Association of Malaysia”’ menggantikan “Orang² yang sa-belum sahaja Act ini mula berkuatkuasa menjadi ahli Persekutuan dan semua Pengakap yang sa-lepas ini menjadi ahli Perbadanan menurut peruntokan2 Act ini atau mana² Kaedah2 yang di-buat di-bawah-nya hendak- lah menjadi suatu pertubohan yang di-perbadankan dengan nama Persekutuan Budak2 Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris “Boy Scouts Association of Malaysia”)” subseksyen 3(2) Perkataan “yang kekal turun- perenggan 6(1)(xiii) temurun” ditransposisi dan dan (xxiv) dimasukkan dalam subseksyen 3(1) dengan pengubahan berbangkit subseksyen 3(2) Dibahagikan kepada subseksyen perenggan 6(1)(iii), dan (3) 3(2) dan perenggan 3(3)(a), (b) dan (xii) dan (xxiv) (c) dengan pengubahan berbangkit dibuat Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 17 (Pemerbadanan) Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda seksyen 4 Dibahagikan kepada perenggan perenggan 6(1)(xii), 4(a) dan (b) dengan pengubahan (xvi) dan (xxiv) berbangkit dibuat seksyen 5 Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(xxa) “maksud” menggantikan dan (xxi) “maksud²” subseksyen 5(1) Perkataan “Tujuan Perbadanan perenggan 6(1)(xv), adalah untuk membangunkan (xxa) dan (xxi) warganegara yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki dengan membentuk perwatakan mereka dan untuk mencapai maksud ini dengan—” menggantikan “Tujuan Perbadanan ia-lah bagi menggalakkan kewarganegaraan yang baik di-kalangan budak² dengan membentok watak mereka dan bagi menchapai maksud ini dengan—” perenggan 5(1)(a) Perkataan “melatih mereka perenggan 6(1)(xv), mengenai tabiat kepatuhan, ketaatan (xxa) dan (xxi) dan berdikari” menggantikan “melateh mereka mengenai perangai patoh, ta’at dan bergantong kapada diri sendiri” perenggan 5(1)(b) Perkataan “menanam sifat kesetiaan perenggan 6(1)(xv), dan timbang rasa terhadap orang (xxa) dan (xxi) lain” menggantikan “menanam sifat² setia dan bertimbangrasa kapada orang lain” perenggan 5(1)(c) Perkataan “mengajar mereka perenggan 6(1)(xv), perkhidmatan yang berguna untuk (xxa) dan (xxi) orang awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri” menggantikan “mengajar mereka perkhidmatan² yang berguna untok ‘awam dan pertukangan tangan yang berguna untok mereka sendiri” perenggan 5(1)(d) Perkataan “menggalakkan perenggan 6(1) (xv), perkembangan jasmani, mental dan (xxa) dan (xxi) kerohanian mereka” menggantikan “memperbaiki kesuboran jasmani, akal dan rohani mereka” 18 Undang-Undang Malaysia AktA 784 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda subseksyen 5(2) Perkataan “Prinsip dan amalan perenggan 6(1)(iii), Perbadanan hendaklah berdasarkan (xv), (xxa) dan (xxi) Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pengakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah- kaedah Perbadanan” menggantikan “Prinsip² dan amalan² Perbadanan hendak-lah berdasarkan kapada Ikrar Pengakap dan Undang² Pengakap dan prinsip² dan amalan² lain sa- bagaimana yang di-peruntokkan dalam Kaedah² Perbadanan” subseksyen 6(1) 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii) seksyen 6 2. Perkataan “Hal ehwal perenggan 6(1)(iii), Perbadanan hendaklah (xv), (xxa) dan (xxi) ditadbir oleh suatu Majlis yang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah Perbadanan” menggantikan “Urusan² Perbadanan hendak-lah di- tadbirkan oleh suatu Majlis yang di-tubohkan menurut Kaedah² Perbadanan yang ada pada masa itu” subseksyen 6(2) Ditinggalkan subperenggan 6(1) (i)(aa) seksyen 7 Dalam nota bahu, perkataan “Meterai perenggan 6(1)(iii) perbadanan” menggantikan “Meteri Perbadanan” subseksyen 7(1) Perkataan “Perbadanan hendaklah perenggan 6(1)(iii), mempunyai suatu meterai (xxi), (xxa) dan (xxiv) perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan” menggantikan “Perbadanan hendak- lah mempunyai suatu meteri dan meteri itu boleh dari sa-masa ka-samasa di-pechahkan, di-tukar, di-ubah dan di-buat yang lain sa- bagaimana yang di-fikirkan patut oleh Perbadanan.” Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 19 (Pemerbadanan) Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda subseksyen 7(2) Dibahagikan kepada subseksyen 7(2) perenggan 6(1)(xv), dan (3) dengan pengubahan (xvi), (xxa) dan (xxiv) berbangkit dibuat seksyen 8 Dalam nota bahu, perkataan “ahli” perenggan 6(1)(xxi) menggantikan “ahli2” subseksyen 8(1) Dibahagikan kepada perenggan perenggan 6(1)(xiii), 8(1)(a), (b) dan (c) dengan (xvi) dan (xxiv) pengubahan berbangkit dibuat subseksyen 8(2) Perkataan “Daftar itu boleh perenggan 6(1)(xxa), disimpan mengikut apa-apa (xxi) dan (xxiv) cara diputuskan oleh Majlis dan kewajipan menyimpan bahagian- bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana anggota atau pegawai Perbadanan.” menggantikan “Daftar itu boleh- lah di-simpan mengikut chara sa-bagaimana yang di-putuskan oleh Majlis dari sa-masa ka- samasa dan kewajipan menyimpan bahagian² daftar itu boleh di- wakilkan kapada mana² ahli atau pegawai Perbadanan.” seksyen 9 Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(iii), “Kaedah-kaedah dan undang- (xv) dan (xxa) undang kecil” menggantikan “Kaedah² dan Undang²-kechil” seksyen 10 Dalam nota bahu— a. perkataan “Pemindahan perenggan 6(1)(xxa) hakmilik” menggantikan “Memindah milek” b. perkataan “ liabiliti” perenggan 6(1)(xxa) menggantikan “tanggongan” subseksyen Dibahagikan kepada subseksyen perenggan 6(1)(xiii), 10(1) 10(1) dan (2) dengan pengubahan (xvi), (xxi) dan (xxiv) berbangkit dibuat subseksyen Dinomborkan semula dan perenggan 6(1)(xiii), 10(2) dibahagikan kepada subseksyen (xvi), (xxi) dan (xxiv) 10(3) dan (4) dengan pengubahan berbangkit dibuat 20 Undang-Undang Malaysia AktA 784 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda seksyen 11 1. Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(xxi) “Penggunaan” menggantikan “Menggunakan” 2. Dibahagikan kepada subseksyen perenggan 6(1)(xiii), 11(1), (2) dan (3) dengan (xvi), (xxi) dan (xxiv) pengubahan berbangkit dibuat seksyen 12 1. Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(xxi) “mengenai” menggantikan “atas” 2. Perkataan “Tiada seorang perenggan 6(1)(xv), pun, selain Perbadanan (xxa) dan (xxi) atau seseorang yang diberi kuasa secara bertulis untuk berbuat demikian oleh Perbadanan, boleh menjual atau mempamerkan untuk jualan apa-apa lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pengakap di bawah kaedah-kaedah Perbadanan.” menggantikan “Tiada-lah sa- siapa jua, sa-lain daripada Perbadanan atau sa-saorang yang di-berikuasa dengan bertulis untok berbuat demikian oleh Perbadanan, boleh menjual atau mempamir untok di-jual apa² lenchana, tanda atau lambang yang khusus-nya di- sesuaikan untok di-guna oleh sa-saorang Pengakap di-bawah Kaedah² Perbadanan.” seksyen 13 Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(xxi) “Pemilikan dan sekatan mengenai penggunaan lencana” menggantikan “Memiliki lenchana dan sekatan atas menggunakan lenchana” subseksyen 13(1) Perkataan “Tiada seorang pun, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam dengan cara yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang Pengakap, apa- apa lencana, tanda atau lambang Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 21 (Pemerbadanan) Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda yang digunakan secara khusus perenggan 6(1)(xv) oleh seseorang Pengakap di bawah dan (xxiv) kaedah-kaedah Perbadanan.” menggantikan “Tiada-lah sa-siapa jua, yang bukan sa-orang Pengakap, boleh memakai, membawa atau menunjokkan di-tempat ‘awam sa-chara yang akan menyebabkan orang itu di-sangkakan sa-bagai sa-orang Pengakap mana² lenchana, tanda atau lambang yang khusus- nya di-sesuaikan untok di-guna oleh sa-saorang Pengakap di-bawah Kaedah² Perbadanan.” subseksyen 13(2) Perkataan “Tiada seorang pun boleh perenggan 6(1)(xxi) memiliki tanpa kebenaran atau dan (xxiv) alasan yang sah—” menggantikan “Tiada-lah sa-siapa jua boleh memileki dengan tiada kebenaran atau sebab yang sah di-sisi undang²—” perenggan 13(2)(a) Perkataan “apa-apa reka bentuk perenggan 6(1)(iii), yang begitu menyerupai mana- (xv), (xxi) dan (xxiv) mana lencana, tanda atau lambang yang digunakan secara khusus oleh seorang Pengakap di bawah kaedah- kaedah Perbadanan sehingga menyebabkan reka bentuk itu dipercayai sebagai lencana, tanda atau lambang sedemikian; atau” menggantikan “apa² tanda yang hampir² sa-rupa dengan mana² lenchana, tanda atau lambang yang khusus-nya di-sesuaikan untok di-guna oleh sa-saorang Pengakap di-bawah Kaedah² Perbadanan hingga menyebabkan bahawa tanda tersebut di-perchayai sa-bagai lenchana, tanda atau lambang itu; atau” perenggan 13(2)(b) Perkataan “apa-apa lencana, tanda perenggan 6(1)(iii), atau lambang yang mengandungi (xv), (xxi) dan (xxiv) apa-apa perkataan atau tulisan yang begitu menyerupai apa-apa perkataan atau tulisan yang biasanya 22 Undang-Undang Malaysia AktA 784 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda digunakan untuk memperihalkan mana-mana Pengakap sehingga boleh dikira bertujuan untuk boleh memperdaya atau mengelirukan; atau” menggantikan “apa² lenchana, tanda atau lambang yang mengandongi apa² perkataan atau tulisan yang hampir² sa-rupa dengan mana² perkataan atau tulisan yang biasa-nya di-guna bagi memperihalkan mana² Pengakap hingga menjadi boleh tertipu atau terkeliru oleh-nya; atau” perenggan 13(2)(c) Perkataan “apa-apa lencana, perenggan 6(1)(iii), tanda atau lambang yang (xxb), (xxi) dan (xxiv) mengandungi perkataan “Pengakap” atau “Pengakap-Pengakap”.” menggantikan “apa² lenchana, tanda atau lambang yang mengandongi perkataan² “Budak Pengakap” atau “Budak² Pengakap”.” seksyen 13a 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii) seksyen 14 2. Perkataan “Mana-mana orang subperenggan 6(1)(iv)(b), yang melanggar mana-mana perenggan 6(1)(xxi) peruntukan Akta ini melakukan dan (xxiv) suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan.” menggantikan “Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan.” seksyen 14 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii) seksyen 15 2. Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(xxiv) “Pemansuhan” menggantikan “Pemansokhan” Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 23 (Pemerbadanan) Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa yang meminda 3. Perkataan “Undang-undang perenggan 6(1)(xxi) yang berikut dimansuhkan:” menggantikan “Undang² yang berikut ada-lah dengan ini di- mansokhkan:” perenggan 14(a) Perkataan “Ordinan Budak-Budak perenggan 6(1)(iii), Pengakap 1953 Persekutuan Tanah (xxi) dan (xxiv) Melayu;” menggantikan “Ordinance Budak² Pengakap Negeri² Tanah Melayu [60 tahun 1953.];” perenggan 14(b) Perkataan “Ordinan Persekutuan perenggan 6(1)(iii), Budak-Budak Pengakap Sabah; (xxi) dan (xxiv) dan” menggantikan “Ordinance Persekutuan Budak² Pengakap, Sabah [Bab 17.]; dan” perenggan 14(c) Perkataan “Ordinan Persekutuan perenggan 6(1)(iii), Budak-Budak Pengakap Sarawak (xv), (xvi), (xxi) dan setakat yang Ordinan itu terpakai (xxiv) bagi Budak-Budak Pengakap.” menggantikan “Ordinance Persekutuan Budak² Pengakap, Sarawak [Bab 99.] sa-takat yang peruntokan²-nya di-pakai bagi budak² pengakap.” Tarikh Perkenan Ditinggalkan perenggan 6(1)(xxiv) Diraja
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
784 - AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1968
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in