842 - AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (DISEMAK - 2023)
The Trustees of Penang Free School are turned into a body corporate, can manage school property and affairs, must keep accounts, and may make rules with the Yang di-Pertua Negeri’s approval.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 842 - AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (DISEMAK - 2023)
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
842 - AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (DISEMAK - 2023)
AI-assisted research summary: The Trustees of Penang Free School are turned into a body corporate, can manage school property and affairs, must keep accounts, and may make rules with the Yang di-Pertua Negeri’s approval.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 842 AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (Disemak — 2023) Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Penang Free School Act 1920 [Akta 842]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 Disemak sehingga … … … 15 Februari 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini … … … 22 Februari 2023 Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] … … … 1 Mac 2023 Pertama kali diperbuat dalam tahun 1920 sebagai Negeri-Negeri Selat Bab 259 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 842 AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. T ajuk ringkas 2. P emerbadanan pemegang amanah berkanun 3. B on, sekuriti dan wang tertentu yang terletak hak pada Perbadanan 4. T ujuan dan maksud am 5. Ja watankuasa pengurusan 6. P enyempurnaan dokumen 7. K eanggotaan Jawatankuasa 8. B endahari bagi Pemegang Amanah 9. A kaun 10. P emegang Amanah untuk membuat kaedah-kaedah JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 842 AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemerbadanan badan berkanun pemegang amanah Penang Free School dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Januari 1920] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penang Free School 1920. Pemerbadanan pemegang amanah berkanun 2. (1) Orang yang dilantik di bawah subseksyen 7(1) sebagai Pemegang Amanah Penang Free School dan pengganti mereka dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan di bawah nama “Pemegang Amanah Penang Free School” (“Perbadanan”) dan hendaklah kekal turun-temurun. (2) Perbadanan boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas namanya. (3) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. (4) Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan— 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 842 (a) memperoleh, membeli, memajak, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih daripada tiap-tiap perihalan; dan (b) tertakluk pada Akta ini, menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, dan memulangkan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan mana-mana harta alih dan harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan. Bon, sekuriti dan wang tertentu yang terletak hak pada Perbadanan 3. (1) Semua bon, sekuriti dan wang yang dinyatakan dan diperihalkan dalam Jadual terletak hak pada Perbadanan, berserta dengan semua faedah terakru atau yang terakru yang genap masa ke atasnya, tertakluk pada amanah dan maksud yang lebih khususnya disebut dalam Jadual. (2) Harta tak alih yang dinyatakan dalam fasal 3 Jadual terletak hak pada Perbadanan tertakluk pada apa-apa hak atau ekuiti penebusan yang wujud pada masa ini. Tujuan dan maksud am 4. Tujuan dan maksud am Perbadanan ialah— (a) untuk memegang, mengawal dan mentadbir wang, dana, sekuriti dan harta yang terletak hak pada Perbadanan atau selepas ini diberikan kepada atau dalam apa-apa cara yang diperoleh oleh atau berada dalam jagaan atau kawalan Perbadanan dan pendapatannya, mengikut amanah atau bagi maksud yang menyentuh perkara yang sama masing-masing, atau dalam ketiadaan amanah atau maksud khas, bagi maksud am Perbadanan dan khususnya untuk melabur apa-apa wang yang pada masa itu memerlukan pelaburan dalam mana-mana pelaburan Penang Free School 7 yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dana amanah atau dalam pembelian harta tak alih yang sesuai bagi maksud am Perbadanan; (b) untuk menyediakan atau membantu dalam menyediakan gaji bagi guru Penang Free School, dan hadiah dan biasiswa bagi pelajarnya, dan untuk menggalakkan pendidikan moral, intelek dan jasmani serta kesejahteraan pelajar dan guru Penang Free School dan secara amnya untuk menggalakkan kemajuan pendidikan; dan (c) apa-apa maksud lain yang sama dengan atau berfaedah bagi mencapai mana-mana tujuan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b). Jawatankuasa pengurusan 5. Hal ehwal Perbadanan hendaklah diuruskan oleh Pemegang Amanah yang pada masa itu hendaklah mempunyai kawalan penuh ke atas dana modal dan harta Perbadanan dan pendapatannya dan hendaklah mentadbir, mengarahkan dan memutuskan semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal Perbadanan dan pencapaian tujuan dan maksud amnya, dan Pemegang Amanah hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan atau terletak hak pada Perbadanan oleh Akta ini. Penyempurnaan dokumen 6. Semua surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan di hadapan sekurang-kurangnya dua orang Pemegang Amanah yang hendaklah menandatangani setiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan, dan penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi bukti yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Perbadanan yang sah. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 842 Keanggotaan Jawatankuasa 7. (1) Pemegang Amanah hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu melaksanakan kewajipan— (a) Ketua Menteri; (b) Bendahari Negeri; (c) Pengarah Pendidikan, Pulau Pinang; dan (d) tidak kurang daripada tiga orang tetapi tidak lebih daripada lima orang lain yang dilantik bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun oleh Yang di-Pertua Negeri. (2) Atas kematian, ketidakupayaan untuk bertindak, peletakan jawatan atau ketiadaan di Negeri selama lebih daripada tiga bulan mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (1)(d), seorang anggota baharu hendaklah dalam masa yang munasabah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri. (3) Pemegang Amanah boleh bermesyuarat bersama bagi menyegerakan urusan, dan persoalan yang timbul pada mana-mana mesyuarat hendaklah diputuskan oleh majoriti undi Pemegang Amanah yang hadir pada mesyuarat itu, dan pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. (4) Ketua Menteri hendaklah menjadi pengerusi dalam mesyuarat Pemegang Amanah dan jika dia tidak hadir, anggota kanan yang disebut dalam perenggan (1)(d) dan jika kedua-duanya tidak hadir, seorang pengerusi hendaklah dipilih daripada Pemegang Amanah yang hadir di mesyuarat itu. (5) Tiada tindakan atau prosiding Pemegang Amanah boleh dipersoalkan atas sebab mana-mana Pemegang Amanah atau Pemegang-Pemegang Amanah tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat atau atas sebab apa-apa kekosongan dalam badan Pemegang Amanah. Penang Free School 9 Bendahari bagi Pemegang Amanah 8. Bendahari bagi Pemegang Amanah hendaklah menjadi Bendahari Negeri. Akaun 9. Pemegang Amanah hendaklah menyebabkan supaya buku akaun disimpan dengan sepatutnya dan dalam tempoh dua bulan selepas penutupan setiap tahun Pemegang Amanah itu hendaklah menyebabkan supaya disediakan penyata penerimaan dan pengeluaran pada tahun sebelumnya, dan perkara yang sama hendaklah tertakluk pada apa-apa audit dan diterbitkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Yang di-Pertua Negeri. Pemegang Amanah untuk membuat kaedah-kaedah 10. (1) Tertakluk pada kelulusan Yang di-Pertua Negeri,Pemegang Amanah boleh membuat kaedah-kaedah— (a) untuk mengawal selia prosiding Pemegang Amanah, panggilan mesyuarat, kuorum yang perlu bagi perjalanan urusan, pengundian Pemegang Amanah dan tatacara bagi perjalanan urusan; (b) bagi pelantikan jawatankuasa; (c) bagi pelantikan dan saraan seorang Setiausaha; (d) untuk mengagihkan tugas dan untuk mengawal selia penggunaan kuasa eksekutif oleh mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecil dan pegawai Perbadanan; (e) untuk mengawal selia penyimpanan dan pembentangan akaun; (f) secara amnya untuk melaksanakan maksud Akta ini. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 842 (2) Salinan terperaku semua kaedah-kaedah sedemikian hendaklah disiarkan dalam Warta. Penang Free School 11 JADUAL Butir-butir amanah yang menyentuh Butir-butir dana, sekuriti dan wang perkara yang sama 1. (a) 5½ peratus daripada lima Pendapatan yang digunakan bagi atau Bon $1,000 setiap satu bernombor terhadap pembayaran yuran sekolah B 03554 hingga B 03558 murid miskin dan yang memerlukan. di Negeri-Negeri Selat. Pinjaman Perang. 5½ peratus daripada dua Bon $100 setiap satu bernombor C/1 00441 dan C/1 00442 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $70. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $5,000 yang dikenali sebagai Dana Amanah Tye Kee Yoon dan faedah ke atasnya berjumlah $270. 2. (a) 5½ peratus daripada empat Bon Pendapatan yang digunakan bagi maksud $1,000 setiap satu bernombor menyediakan pendidikan percuma untuk B 03559 hingga B 03561 dan murid Cina. B 04377 di Negeri-Negeri Selat. Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $216. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $4,000 yang dikenali sebagai Dana Amanah Pertubuhan Ghi Hin dan Faedah ke atasnya berjumlah $216. 3. (a) 5½ peratus daripada tiga Bon Pendapatan yang digunakan bagi maksud $1,000 setiap satu bernombor C/3 am. 00083 hingga C/3 00085 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. 5 peratus daripada Sijil No. 67 bernilai $4,000, Sijil No. 80 bernilai $5,000 dan Sijil No. 48 bernilai $5,000 di Pulau Pinang. 6 peratus daripada Debentur Munisipal dan Sijil 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 842 Butir-butir amanah yang menyentuh Butir-butir dana, sekuriti dan wang perkara yang sama No. 48 bernilai $3,000 di Pulau Pinang. Debentur Munisipal. 5 peratus daripada Sijil No. 275 bernilai $3,000 di Singapura. Debentur Munisipal. Hutang gadai janji $18,000 yang dijamin dengan Indentur Gadai Janji bertarikh 6 haribulan Disember 1916, dan dibuat antara Khaw Joo Teang bagi satu pihak dan Jawatankuasa Pengurusan Penang Free School bagi pihak yang lain dan manfaat penuh semua sekuriti yang sama termasuk harta tak alih berikut, iaitu: Dua keping tanah yang dikenali sebagai Lot 103 dan 104, Pecah bahagi XIX Bandar, menjadi sebahagian daripada tanah yang terkandung dalam Geran No. 162 dengan mesuaj dan premis yang didirikan di atasnya dan dikenali sebagai No. 3 dan 3A, Lebuh Leith, Pulau Pinang. (b) Wang tunai $1,160. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $40,000 yang dikenali sebagai Kumpulan Dana Endowmen Penang Free School dan Faedah ke atasnya berjumlah $2,160. 4. (a) 5½ peratus daripada empat Bon Pendapatan yang digunakan bagi atau $1,000 setiap satu bernombor terhadap pembayaran perbelanjaan C/3 00086 hingga C/3 00089 pendidikan anak miskin Islam. termasuk, C/4 00182 bagi $5,000 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. Penang Free School 13 Butir-butir amanah yang menyentuh Butir-butir dana, sekuriti dan wang perkara yang sama (b) Wang tunai $169.80. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $8,700 yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Shaik Imam dan Faedah ke atasnya berjumlah $469.80. 5. (a) 5½ peratus daripada dua Bon Pendapatan yang digunakan bagi $100 setiap satu bernombor menyediakan Biasiswa yang dipanggil C/1 00447 dan C/1 00448 dan "The Gottlieb Scholarship". satu Bon bagi $1,000 bernombor C/3 00090 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $64.80. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $1,200 yang dikenali sebagai The Gottlieb Scholarship dan Faedah ke atasnya berjumlah $64.80. 6. (a) 5½ peratus daripada tiga Bon Pendapatan yang digunakan bagi atau $1,000 setiap satu bernombor terhadap pembayaran yuran sekolah B 04380 hingga B 04382 termasuk murid Cina miskin dan yang di Negeri-Negeri Selat. Pinjaman memerlukan. Perang dan 5½ peratus daripada satu Bon bagi $100 bernombor C/1 00443 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $62. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $3,000 yang dikenali sebagai Yayasan Khoo Sian Ewe dan Faedah ke atasnya berjumlah $162. 7. (a) 5½ peratus daripada satu Bon Pendapatan yang digunakan bagi bagi $1,000 bernombor B 04378 menyediakan hadiah sekolah dan satu di Negeri-Negeri Selat. Pinjaman Biasiswa. Perang. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 842 Butir-butir amanah yang menyentuh Butir-butir dana, sekuriti dan wang perkara yang sama (b) Wang tunai $54. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $1,000 yang dikenali sebagai Biasiswa Lee Boon Choe dan Faedah ke atasnya berjumlah $54. 8. (a) 5½ peratus daripada satu Bon Pendapatan yang digunakan bagi bagi $1,000 bernombor B 04379 menyediakan hadiah sekolah. di Negeri-Negeri Selat. Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $54. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $1,000 yang dikenali sebagai Yayasan Yeap Gaik Ee Neoh dan Faedah ke atasnya berjumlah $54. 9. (a) 5½ peratus daripada satu Bon Pendapatan yang digunakan bagi bagi $1,000 bernombor B 04383 menyediakan Biasiswa. di Negeri-Negeri Selat. 5½ peratus daripada Pinjaman Perang dan Satu Bon bagi $500 bernombor C/2 00266 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $81. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $1,500 yang dikenali sebagai Biasiswa Khoo Cheow Teong dan Faedah ke atasnya berjumlah $81. 10. (a) 5½ peratus daripada satu Bon Pendapatan yang digunakan bagi hadiah bagi $500 bernombor C/2 00267 sekolah. di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. Penang Free School 15 Butir-butir amanah yang menyentuh Butir-butir dana, sekuriti dan wang perkara yang sama (b) Wang tunai $27. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $500 yang dikenali sebagai Biasiswa Jubli Intan dan Faedah ke atasnya berjumlah $27. 11. (a) 5½ peratus daripada satu Bon Pendapatan tahunan yang digunakan bagi bagi $100 bernombor C/1 00449 menyediakan biasiswa kepada murid dan satu Bon bagi $500 bernombor Islam. C/2 00264 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $32.40. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $600 yang dikenali sebagai Biasiswa Tunku Syed Husin dan Faedah ke atasnya berjumlah $32.40. 12. (a) 5½ peratus daripada satu Bon Pendapatan tahunan yang digunakan bagi bagi $1,000 bernombor B 04384 menyediakan Biasiswa. di Negeri-Negeri Selat. Pinjaman Perang dan 5½ peratus daripada 2 Bon $100 setiap satu bernombor C/1 00444 dan C/1 00445 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. (b) Wang tunai $73.30. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $1,208.07 yang dikenali sebagai Biasiswa Keamanan dan Faedah ke atasnya berjumlah $65.23. 13. (a) 5½ peratus daripada satu Bon Pendapatan yang digunakan bagi atau bagi $100 bernombor C/1 00446, terhadap pembayaran yuran sekolah satu Bon $500 bernombor murid miskin dan yang memerlukan. C/2 00265 dan satu Bon bagi $1,000 bernombor C/3 00091 di Negeri-Negeri Selat. Penukaran Pinjaman Perang. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 842 Butir-butir amanah yang menyentuh Butir-butir dana, sekuriti dan wang perkara yang sama (b) Wang tunai $39.95 iaitu Wang Runcit $20 Deposit Bank Simpanan Fu Shin Tseng $17.05 dan Wang Tunai $2.90. Semua sekuriti dan wang tunai mewakili dana $1,555.93 yang dikenali sebagai Dana Ihsan dan Faedah ke atasnya berjumlah $84.02. 17 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 842 AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (Disemak—2023) Butiran di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) dalam Akta Semakan Undang-undang 1968 [Akta 1] SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari P.T.M. Ord. No. 1/1948 Ordinan Pemindahan Kuasa 1948 0 6 - 0 3 - 1 9 4 8 P.T.M. Ord. No. 9/1953 Ordinan Penang Free School (Pindaan) 1953 19-02-1953 P.U. 192/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 10-07-1958 (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan Penang Free School) 1958 SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI No. Tajuk N.N.S. Bab 259 Ordinan Penang Free School 1920
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
842 - AKTA PENANG FREE SCHOOL 1920 (DISEMAK - 2023)
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in