819 - AKTA THE DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
This Act incorporates the Mother Superior of the Daughters of Charity of the Canossian Institute (Malaya) as a corporation and gives it legal powers, including to sue and be sued, make contracts, hold and dispose of property, and use a common seal.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 819 - AKTA THE DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
819 - AKTA THE DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
AI-assisted research summary: This Act incorporates the Mother Superior of the Daughters of Charity of the Canossian Institute (Malaya) as a corporation and gives it legal powers, including to sue and be sued, make contracts, hold and dispose of property, and use a common seal.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 819 AKTA DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak – 2019) Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Daughters of Charity of the Canossian Institute (Incorporation) Act 1957 [Act 819]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 Disemak hingga … … … … 1 Disember 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini … … … 27 Disember 2019 Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuatkuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] … … 27 Disember 2019 _________________ Pertama kali diperbuat dalam tahun 1957 sebagai Ordinan Persekutuan Tanah Melayu No. 33 tahun 1957 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 819 AKTA DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemerbadanan Mother Superior of the Daughters of Charity of the Canossian Institute di Semenanjung Malaysia 4. Meterai perbadanan 5. Pemberitahuan pelantikan Mother Superior 6. Peletakhakan harta 7. Perbadanan hendaklah mempunyai pejabat di Semenanjung Malaysia 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 819 AKTA DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 Suatu Akta untuk memperbadankan Mother Superior of the Society of the Daughters of Charity of the Canossian Institute di Semenanjung Malaysia. [15 Ogos 1957] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Daughters of Charity of the Canossian Institute (Pemerbadanan) 1957. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Perbadanan” ertinya Mother Superior of the Society of the Daughters of Charity of the Canossian Institute (Malaya) sebagaimana yang diperbadankan di bawah seksyen 3; “pengganti dalam jawatan” termasuklah First Assistant of the Society of the Daughters of Charity of the Canossian Institute di Semenanjung Malaysia dari masa apabila jawatan Mother Superior of the Society menjadi kosong kerana peletakan jawatan atau kematian pemegang jawatan Mother Superior itu sehingga pengambilalihan formal jawatan oleh seorang pengganti. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 819 Pemerbadanan Mother Superior of the Daughters of Charity of the Canossian Institute di Semenanjung Malaysia 3. (1) Reverend Maria Drago, Mother Superior of the Society of the Daughters of Charity of the Canossian Institute di Persekutuan Tanah Melayu dan pengganti dalam jawatannya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “The Mother Superior of the Daughters of Charity of the Canossian Institute (Malaya)” dan adalah kekal turun-temurun. (2) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya. (3) Perbadanan boleh – (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan; dan (c) menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menukar, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan, atau selainnya melupuskan mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. Meterai perbadanan 4. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan. Daughters of Charity of the Canossian Institute (Pemerbadanan) 7 (2) Tiada surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan boleh disifatkan dimeteraikan dengan sewajarnya melainkan jika– (a) meterai itu telah dicapkan di hadapan Maria Drago atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui suatu surat kuasa wakil yang didaftarkan di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424] atau di hadapan pengganti dalam jawatannya; dan (b) surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu ditandatangani oleh Maria Drago atau wakilnya atau pengganti dalam jawatannya atau wakil bagi pengganti dalam jawatannya. (3) Penandatanganan surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu. Pemberitahuan pelantikan Mother Superior 5. Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang atau bertindak dalam jawatan Mother Superior of the Daughters of Charity of the Canossian Institute (Malaya) hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sewajarnya. Peletakhakan harta 6. Semua harta tak alih di Semenanjung Malaysia yang dipegang, dipindahhakkan, diserahhakkan, diberikan, dipajakkan, dipindahmilikkan, dipindahkan kepada atau selainnya terletak hak pada Mother Superior of the Daughters of Charity of the Canossian Institute (Singapore), Rev. M. Vittoria Garre Lady Superior of the Canossian Institute atau Institute of the Canossian Daughters of Charity terletak hak pada Perbadanan bagi estet dan kepentingan masing-masing yang baginya harta itu dipegang. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 819 Perbadanan hendalah mempunyai pejabat di Semenanjung Malaysia 7. Perbadanan hendaklah mempunyai suatu pejabat di Semenanjung Malaysia yang beralamat di Sacred Heart Convent, Jalan Bandar Hilir, Melaka. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 819 AKTA DAUGHTERS CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak – 2019) Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari -TIADA- SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI No. Tajuk Ord. P.T.M. No. 33 Ordinan Daughters of Charity of the Canossian tahun 1957 Institute (Pemerbadanan), 1957 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 819 AKTA DAUGHTERS CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak – 2019) SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA- 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 819 AKTA DAUGHTERS CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (Disemak ̶ 2019) SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1] Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda Susunan Susunan kandungan di bawah tajuk perenggan 6(1)(vii) kandungan “ARRANGEMENT OF SECTIONS” dimasukkan Bentuk Perkenan Ditinggalkan perenggan 6(1)(xxiv) Diraja Keseluruhan Akta 1. Perkataan “Act” menggantikan “Ordinance” perenggan 6(1)(v) 2. Nota bahu menggantikan nota birai perenggan 6(1)(xxiv) 3. Noktah pada akhir nota bahu ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi) 4. Perkataan “Peninsular Malaysia” perenggan 6(1)(xvii) menggantikan “Federation” Tajuk panjang Perkataan “The” menggantikan “the” perenggan 6(1)(xv) Tarikh kuat kuasa Perkataan “15 August 1957” menggantikan p e r e nggan 6(1)(iii) “15th August, 1957” Mukadimah Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(b) Ayat Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(f) mengundang- undangkan seksyen 1 Koma sebelum perkataan “1957” ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi) 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 819 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda Seksyen tafsiran Seksyen tafsiran dimasukkan sebagai seksyen 2 subperenggan 6(1)(iv)(a) baharu Tafsiran Disusun semula dan ditukar tempat sebagai tafsiran perenggan 6(1)(xii), (xiii) “Corporation” baharu “Corporation” daripada subseksyen 2(1) dan (xxiv) dengan pengubahan berbangkit dibuat Tafsiran Disusun semula dan ditukar tempat sebagai tafsiran perenggan 6(1)(xii), (xiii) “successors baharu “successor in office” daripada subseksyen dan (xxiv) in office” 2(2) dengan pengubahan berbangkit dibuat seksyen 2 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 3 perenggan 6(1)(xii) 2. Dalam nota bahu, perkataan “The” sebelum perenggan 6(1)(xxiv) perkataan “Mother Superior” digantikan dengan “the” subseksyen 2(1) 1. Perkataan ‘in this Ordinance referred to as “the perenggan 6(1)(xxi) Corporation” ’ pada akhir subseksyen 2(1) ditinggalkan 2. Perkataan “and shall have perpetual succession” perenggan 6(1)(xiii) dan ditukar tempat daripada subseksyen 2(3) dengan (xxiv) pengubahan berbangkit dibuat dan dimasukkan selepas perkataan “(Malaya)” subseksyen 2(2) Disusun semula dan ditukar tempat sebagai tafsiran perenggan 6(1)(xii), (xiii) baharu bagi “successor in office” dengan dan (xxiv) pengubahan berbangkit dibuat subseksyen 2(3) 1. Dinomborkan semula dan dibahagikan kepada perenggan 6(1)(xii), (xiii) subseksyen 3(2), perenggan 3(3)(a) dan dan (xxiv) subseksyen 4(1) dengan pengubahan berbangkit dibuat subseksyen 2(4) Dinomborkan semula, disusun semula dan perenggan 6(1)(xii), (xiii) dibahagikan kepada perenggan 3(3)(b) dan (c) dan (xxiv) dengan pengubahan berbangkit dibuat seksyen 3 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 4 dengan perenggan 6(1)(xii) pengubahan berbangkit dibuat 2. Dalam nota bahu, perkataan “Common seal” perenggan 6(1)(xxiv) menggantikan “Execution of Documents” subseksyen 3(1) Dinomborkan semula dan dibahagikan kepada perenggan 6(1)(xii), (xiii) perenggan 4(2)(a) dan (b) dengan pengubahan dan (xxiv) berbangkit dibuat Daughters of Charity of the Canossian Institute (Pemerbadanan) 13 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda subseksyen 3(2) Dinomborkan semula sebagai subseksyen 4(3) perenggan 6(1)(xii) dan dengan pengubahan berbangkit dibuat (xxiv) seksyen 4 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 5 perenggan 6(1)(xii) 2. Perkataan “the” dimasukkan selepas perkataan perenggan 6(1)(xv) dan “office of” (xxiv) seksyen 5 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 6 perenggan 6(1)(xii) 2. Dalam nota bahu, perkataan “in the perenggan 6(1)(xxiv) Corporation” ditinggalkan 3. Perkataan “heretofore” ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi) 4. Perkataan “are” menggantikan “is hereby” perenggan 6(1)(xv) 5. Perkataan “property” menggantikan “same” perenggan 6(1)(xxiv) 6. Perkataan “held” menggantikan “holden” perenggan 6(1)(xv) seksyen 6 1. Dinomborkan semula sebagai seksyen 7 perenggan 6(1)(vii) 2. Perkataan “Bandar” menggantikan “Banda” perenggan 6(1)(xvii) seksyen 7 Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(aa)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
819 - AKTA THE DAUGHTERS OF CHARITY OF THE CANOSSIAN INSTITUTE (PEMERBADANAN) 1957 (DISEMAK - 2019)
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in