AI-assisted research summary: This Act amends the Subordinate Courts Rules Act 1955, defines “remote communication technology,” updates one reference to the Registrar of the Federal Court, and adds a rule-making purpose for hearings or proceedings by remote communication technology.
Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1623 AKTA KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RENDAH (PINDAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1622 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 10 Oktober 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Oktober 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1623 AKTA KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RENDAH (PINDAAN) 2020 Suatu Akta untuk meminda Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 [Akta 55], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “prosiding” takrif yang berikut: ‘ “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain;’. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1622 Pindaan seksyen 3 3. Subseksyen 3(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut: “(f) Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan;”. Pindaan seksyen 4 4. Seksyen 4 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah Rendah dalam segala kausa dan perkara apa jua pun dalam atau yang berkenaan dengan pendengaran apa-apa perkara atau prosiding melalui suatu teknologi komunikasi jarak jauh;”.