370 - AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965
This Act sets rules for unclaimed money: companies and firms must keep and file registers, the Registrar handles deposits and claims, and certain money moves into public accounts after set periods.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 370 - AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
370 - AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965
AI-assisted research summary: This Act sets rules for unclaimed money: companies and firms must keep and file registers, the Registrar handles deposits and claims, and certain money moves into public accounts after set periods.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 370 AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965 Sebagaimana pada 1 Ogos 2020 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Unclaimed Moneys Act 1965 [Act 370]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965 Pertama kali diperbuat … … … … 1965 (Akta 74 tahun 1965) Disemak … … … … 1989 (Akta 370 m.b.p. 10 Ogos 1989) Kali terakhir dipinda melalui Akta A1161 yang mula berkuat kuasa pada … … 1 Januari 2003 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 370 AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. (Dipotong) 4. Kecualian BAHAGIAN I WANG DALAM MAHKAMAH 5. Peruntukan bagi pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan dalam hal tertentu mengenai wang tak dituntut dalam mahkamah 6. Kuasa pegawai mahkamah untuk menjual sekuriti dan kuasa Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat perintah peletakhakan 7. Peruntukan bagi tuntutan, dsb., yang dibuat selepas pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan BAHAGIAN II WANG DALAM SYARIKAT DAN FIRMA 8. Tafsiran 9. Pendaftar Wang Tak Dituntut, dsb. 10. Daftar dan penyerahsimpanan wang tak dituntut 10A. Kehendak untuk menyiarkan daftar 10B. Pertanyaan mengenai wang tak dituntut 4 Seksyen 11. Pelupusan wang tak dituntut 12. Pendaftar boleh memeriksa daftar, dsb., untuk menentukan sama ada syarikat atau firma mematuhi Bahagian ini 13. Pendaftar hendaklah membayar pihak menuntut yang sah 14. Orang yang tidak dikehendaki sedemikian di bawah Bahagian ini boleh membayar wang yang tidak dituntut kepada Pendaftar 15. Peraturan-peraturan 16. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 17. Borang 18. Kuasa untuk mengecualikan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 370 AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965 Suatu Akta yang berhubungan dengan pembayaran wang tak dituntut ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. [1 Jun 1975] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Wang Tak Dituntut 1965. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan; “Akaun Amanah Disatukan” ertinya Akaun Amanah Disatukan Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(c) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 “Akaun Hasil Disatukan” ertinya Akaun Hasil Disatukan Persekutuan yang disenggarakan menurut perenggan 7(a) Akta Tatacara Kewangan 1957; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan. 3. (Dipotong oleh Akta A722). Kecualian 4. Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata sebaliknya oleh Akta ini, tiada seorang pun boleh mengikut apa-apa cara bertanggungan kepada mana-mana orang oleh sebab pembayaran apa- apa wang olehnya ke dalam Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan atau pelakuan apa-apa perbuatan lain olehnya dengan suci hati menurut Akta ini. BAHAGIAN I WANG DALAM MAHKAMAH Peruntukan bagi pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan dalam hal tertentu mengenai wang tak dituntut dalam mahkamah 5. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, rukun undang-undang atau kaedah mahkamah, dalam apa-apa hal jika apa-apa wang telah dibayar atau dibayar ke dalam mana-mana mahkamah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah mahkamah (yang berkuat kuasa hingga kini, sekarang atau kemudian daripada ini) atau menurut kuasa mana-mana kaedah amalan atau tatacara (yang berkuat kuasa hingga kini, sekarang atau kemudian daripada ini) dan tiada tuntutan, permohonan, tindakan, guaman atau prosiding lain bagi atau berkenaan dengan wang itu telah dibuat atau dibuat atau telah dimulakan atau dimulakan bagi tempoh lima belas tahun selepas pembayaran daripada mahkamah yang terakhir mana-mana bahagian Wang Tak Dituntut 7 wang itu atau (jika tiada pembayaran daripada mahkamah telah dibuat atau dibuat) selepas pembayaran ke dalam mahkamah itu, pegawai mahkamah yang berkenaan bagi mahkamah itu yang mempunyai kawalan atau jagaan ke atas wang yang dibayar ke dalam mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas tamatnya tempoh lima belas tahun itu membayar wang itu ke dalam Akaun Hasil Disatukan: Dengan syarat bahawa dalam apa-apa hal jika dokumen yang difailkan di mahkamah menzahirkan kewujudan pada bila-bila masa seseorang yang sepatutnya berhak untuk membuat atau memulakan suatu tuntutan, permohonan, tindakan, guaman atau prosiding seperti yang disebut terdahulu jika tidak kerana tidak cukup umur atau ketidakupayaan di sisi undang-undang yang lain atau yang sepatutnya menjadi berhak sedemikian apabila berlakunya sesuatu kejadian, tempoh lima belas tahun yang disebut terdahulu tidak boleh dalam apa-apa keadaan disifatkan telah mula berjalan— (a) sehingga hari yang (mengikut keterangan yang memuaskan yang difailkan di mahkamah) orang itu menjadi cukup umur atau ketidakupayaan lain itu ditamatkan atau kejadian itu berlaku (mengikut mana-mana yang berkenaan); atau (b) sehingga hari yang (mengikut keterangan yang memuaskan yang difailkan di mahkamah) orang itu mati— mengikut mana-mana hari yang lebih awal. Tafsiran “wang yang dibayar ke dalam mahkamah” hendaklah termasuk sekuriti, bunga, dividen, dsb. (2) Bagi maksud Bahagian ini, “wang yang dibayar ke dalam mahkamah” ertinya wang atau apa-apa sekuriti yang dibayar ke dalam mahkamah atau dibayar ke dalam mana-mana bank (sama ada atas nama atau pada kredit mana-mana pegawai mahkamah atau selainnya) atau yang dibayar ke dalam mana-mana Bank Simpanan Nasional, tertakluk pada perintah atau pelupusan mahkamah, dan dari masa pembayaran itu termasuklah apa-apa sekuriti atau wang yang ke dalamnya apa-apa wang atau sekuriti yang mula-mula disebut itu atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 mana-mana bahagian wang atau sekuriti itu ditukarkan atau telah ditukarkan dan segala bunga dan tiap-tiap dividen atau keuntungan lain yang terakru atau yang terakru daripada mana-mana wang atau sekuriti sedemikian sehingga masa pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan, dan bagi maksud pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan itu termasuklah hasil penjualan atau penukaran kepada wang apa-apa sekuriti di bawah seksyen 6. Kuasa pegawai mahkamah untuk menjual sekuriti dan kuasa Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat perintah peletakhakan 6. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang, bagi maksud apa-apa pembayaran wang ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah subseksyen 5(1), pegawai mahkamah yang berkenaan yang disebut terdahulu adalah dengan ini diberikan kuasa selepas habis tempoh lima belas tahun itu untuk menjual atau selainnya menukarkan kepada wang apa-apa sekuriti yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen tersebut dan untuk memudahkan pembayaran itu ke dalam Akaun Hasil Disatukan, seorang Hakim Mahkamah Tinggi, atas permohonan oleh atau bagi pihak pegawai itu, boleh membuat suatu perintah yang meletakhakkan pada pegawai itu harta atau kepentingan mengenai mana-mana sekuriti itu atau dalam mana-mana wang mengenai mana-mana bank yang disebut dalam subseksyen (2) seksyen itu. Peruntukan bagi tuntutan, dsb., yang dibuat selepas pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan 7. (1) Jika selepas mana-mana wang dibayar ke dalam Akaun Hasil Disatukan menurut Bahagian ini seperti yang disebut terdahulu, apa-apa tuntutan, guaman, tindakan, permohonan atau prosiding lain bagi atau berkenaan dengan wang itu dibuat atau dimulakan oleh mana-mana orang, tuntutan, guaman, tindakan, permohonan atau prosiding lain itu hendaklah didengar dan ditentukan dalam segala hal seolah-olah wang itu masih berada dalam mahkamah dan mahkamah itu boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang bagi pembayaran kepada mana-mana orang wang yang disebut terdahulu atau mana-mana bahagian wang itu. Wang Tak Dituntut 9 Peruntukan bagi pembayaran daripada hasil mengikut perintah mahkamah (2) Apabila mana-mana perintah sedemikian dibuat dan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Menteri, Menteri hendaklah, dalam mematuhi perintah itu tanpa apa-apa kuasa lanjut atau kuasa lain selain Akta ini, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu (tanpa bunga dari tarikh pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan) kepada orang yang kepadanya diarahkan oleh perintah itu untuk membuat pembayaran sedemikian; dan amaun itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan (yang dengan ini diuntukkan setakat yang perlu bagi maksud itu dengan sewajarnya). BAHAGIAN II WANG DALAM SYARIKAT DAN FIRMA Tafsiran 8. Dalam Bahagian ini melainkan jika tidak selaras dengan konteks atau hal perkara— “syarikat” ertinya suatu syarikat mengikut pengertian *Akta Syarikat 2016 [Akta 777], atau suatu syarikat asing yang baginya Penggal 2 Bahagian XI Akta itu terpakai, dan hendaklah termasuk— (a) mana-mana Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang simpanan pekerja, skim persaraan atau mana-mana kumpulan wang lain yang berhubungan dengan faedah persaraan; (b) semua pertubuhan dan koperasi yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pertubuhan atau koperasi; dan _____________________________________________________________ *CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) Akta 777. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 (c) semua perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; “firma” ertinya suatu kumpulan orang yang tidak diperbadankan (sama ada terdiri daripada individu atau perbadanan atau sebahagiannya individu dan sebahagiannya perbadanan) yang disekutukan bersama bagi maksud menjalankan perniagaan; “pegawai”— (a) berhubung dengan suatu syarikat termasuklah— (i) mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja syarikat itu; dan (ii) seorang penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara, tetapi tidak termasuk mana-mana penerima yang bukan juga seorang pengurus, dan mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh suatu mahkamah; dan (b) berhubung dengan suatu firma termasuklah mana-mana pekongsi, anggota, pengurus atau pekerja firma itu; (c) (Dipotong oleh Akta A1161); “pemunya” ertinya orang yang berhak kepada apa-apa wang tak dituntut dan termasuklah wasi, pentadbir atau penerima serah hak orang itu atau, dalam hal suatu syarikat mengikut pengertian *Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat itu, atau wakil atau ejen orang itu atau syarikat itu di Malaysia; _____________________________________________________________ * CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) Akta 777. Wang Tak Dituntut 11 “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Wang Tak Dituntut yang dilantik di bawah seksyen 9; “wang tak dituntut” ertinya— (a) semua jumlah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada pemunya dan masih belum dibayar bagi suatu tempoh tidak kurang daripada satu tahun selepas wang itu menjadi kena dibayar; (b) semua jumlah wang dalam kredit suatu akaun yang tidak dikendalikan mengikut apa jua cara oleh pemunya bagi suatu tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun; dan (c) semua jumlah wang dalam kredit suatu akaun perdagangan yang masih dorman bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun. Pendaftar Wang Tak Dituntut, dsb. 9. (1) Menteri boleh melantik mana-mana pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang diberikan di bawah Bahagian ini kepada Pendaftar. (2) Menteri boleh melantik satu orang pegawai atau lebih dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Timbalan Pendaftar Wang Tak Dituntut atau Penolong Pendaftar Wang Tak Dituntut bagi maksud Bahagian ini. (3) Tertakluk pada arahan dan kawalan am Pendaftar dan pada apa-apa sekatan dan batasan sebagaimana yang ditetapkan, apa-apa jua yang dilantik atau diberi kuasa atau dikehendaki supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 Pendaftar dan adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar. (4) Tiada seorang pun yang berurusan dengan mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh mengambil berat untuk melihat atau bertanya sama ada apa-apa sekatan atau had telah ditetapkan, dan tiap-tiap perbuatan atau peninggalan oleh seseorang Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar setakat yang menyentuh mana-mana orang itu adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditinggalkan oleh Pendaftar. Daftar dan penyerahsimpanan wang tak dituntut 10. (1) Tiap-tiap syarikat atau firma yang memegang wang tak dituntut hendaklah menyenggarakan suatu rekod bagi semua wang tak dituntut dalam suatu daftar yang hendaklah disimpan di pejabat utama atau tempat perniagaan syarikat atau firma itu di Malaysia mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar. (2) Syarikat atau firma itu hendaklah pada setiap tahun, tidak lewat daripada hari terakhir bulan Mac, menyerah simpan dengan Pendaftar di pejabat Pendaftar suatu salinan daftar itu yang hendaklah mengandungi butir-butir semua wang tak dituntut yang masih belum dibayar hingga hari terakhir bulan Disember tahun sebelumnya bersama-sama dengan semua wang tak dituntut yang dilaporkan dalam daftar itu. (3) Pendaftar boleh, atas permohonan syarikat atau firma itu, memberikan suatu pelanjutan masa bagi penyerahsimpanan daftar itu bersama-sama dengan wang tak dituntut kepada Pendaftar di bawah subseksyen (2). (4) Suatu syarikat atau firma yang tidak mematuhi subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan syarikat atau firma itu dan tiap-tiap pegawai syarikat atau firma itu yang ingkar boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. Wang Tak Dituntut 13 (5) Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang yang berlawanan, apa-apa hak pemunya berkenaan dengan wang tak dituntut yang wujud pada masa catatan dibuat dalam daftar di bawah subseksyen (1) tidaklah terjejas atau tersentuh oleh pembuatan catatan itu, tetapi wang itu boleh didapatkan balik daripada syarikat atau firma itu oleh pemunya itu pada bila-bila masa sebelum wang itu diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (2). (6) Jika wang tak dituntut telah diserah simpan dengan Pendaftar, pemunya wang tak dituntut itu boleh mendapatkan balik wang itu daripada Pendaftar mengikut peruntukan Bahagian ini. Kehendak untuk menyiarkan daftar 10A. (1) Suatu syarikat atau firma yang memegang wang tak dituntut hendaklah pada setiap tahun dalam bulan Mac, sebelum daftar wang tak dituntut dan wang tak dituntut yang dilaporkan dalam daftar itu diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen 10(2), mengemukakan suatu salinan daftar itu, yang hendaklah termasuk suatu rekod wang tak dituntut yang dipegang hingga hari terakhir bulan Disember tahun sebelumnya, untuk disiarkan dalam Warta dan segala caj yang dilakukan bagi penyiaran dalam Warta itu hendaklah ditanggung oleh Pendaftar. (2) Mana-mana syarikat atau firma yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan. Pertanyaan mengenai wang tak dituntut 10B. Tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar, mana-mana orang boleh membuat pertanyaan mengenai kewujudan wang tak dituntut yang dipunyai oleh orang itu dengan Pendaftar apabila dibayar fi yang ditetapkan. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 Pelupusan wang tak dituntut 11. (1) Pendaftar hendaklah mengkreditkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan semua wang tak dituntut yang telah diserah simpan dengannya di bawah subseksyen 10(2). (2) Mana-mana wang tak dituntut yang dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan (setakat yang wang tak dituntut itu belum dibayar daripada Akaun Amanah Disatukan di bawah Bahagian ini) hendaklah, apabila luput lima belas tahun dari tarikh wang itu dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan, dipindahkan kepada Akaun Hasil Disatukan. (3) Tiada faedah boleh kena dibayar ke atas semua wang yang dipegang dalam Akaun Amanah Disatukan atau dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Bahagian ini. Pendaftar boleh memeriksa daftar, dsb., untuk menentukan sama ada syarikat atau firma mematuhi Bahagian ini 12. (1) Bagi maksud menentukan sama ada suatu syarikat atau firma mematuhi peruntukan Bahagian ini, Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar boleh, tanpa pembayaran apa-apa fi, memeriksa daftar yang dikehendaki disimpan oleh syarikat atau firma itu menurut Bahagian ini dan apa-apa buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen yang disimpan oleh atau bagi pihak syarikat atau firma itu menurut mana-mana undang-undang bertulis atau dalam penjalanan urusan dan jika Pendaftar atau orang yang diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa syarikat atau firma itu tidak mematuhi Bahagian ini, Pendaftar atau orang yang diberi kuasa itu boleh menyita dan menahan mana-mana buku, daftar, rekod atau dokumen sedemikian yang boleh memberikan keterangan mengenai ketidakpatuhan itu. Wang Tak Dituntut 15 Akuan kerahsiaan (2) Tiada seorang pun boleh membuat pemeriksaan di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia telah membuat suatu akuan kerahsiaan dalam borang yang hendaklah ditentukan oleh Pendaftar. Penalti (3) Seseorang— (a) yang membuat pemeriksaan di bawah subseksyen (1) sebelum dia membuat akuan di bawah subseksyen (2); atau (b) yang selepas dibuat akuan di bawah subseksyen (2) membuat, kecuali bagi maksud Bahagian ini, atau dalam perjalanan mana-mana prosiding jenayah, suatu rekod mengenai, atau mendedahkan atau menyampaikan kepada mana-mana orang lain, apa-apa maklumat yang telah diperoleh oleh orang itu oleh sebab pemeriksaan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit. Penalti (4) Suatu syarikat atau firma dan mana-mana pegawai suatu syarikat atau firma— (a) yang apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau seorang yang diberi kuasa sedemikian untuk mengemukakan apa-apa buku (termasuk buku minit), daftar, rekod atau dokumen sedemikian enggan mengemukakan, mengelak daripada mengemukakan atau menghalang pengemukaan buku, daftar, rekod atau dokumen itu; 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 (b) yang apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau seorang yang diberi kuasa sedemikian untuk membetulkan apa-apa kesilapan yang didapati dalam mana-mana buku (termasuk buku minit), daftar, rekod atau dokumen sedemikian enggan atau tidak membetulkan kesilapan itu; atau (c) yang menghalang atau menggalang Pendaftar atau orang yang diberi kuasa sedemikian semasa menjalankan mana-mana kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. Pendaftar hendaklah membayar pihak menuntut yang sah 13. (1) Jika mana-mana pihak menuntut membuat apa-apa tuntutan terhadap Pendaftar bagi apa-apa wang tak dituntut yang dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan, Pendaftar apabila berpuas hati bahawa pihak menuntut itu ialah pemunya wang itu, hendaklah membenarkan pembayaran wang tak dituntut itu dibuat kepada pihak menuntut itu daripada Akaun Amanah Disatukan atau, jika wang itu telah dipindahkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan, Menteri hendaklah mengarahkan pembayaran amaun yang sama dibuat kepada pihak menuntut itu; dan amaun itu hendaklah pada Kumpulan Wang Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan. (2) Jika mana-mana wang tak dituntut yang dibayar kepada mana-mana pihak menuntut kemudiannya dituntut oleh mana-mana orang lain, orang lain itu tidak berhak kepada pembayaran wang tak dituntut, tetapi orang itu boleh mengambil tindakan terhadap pihak menuntut itu yang kepadanya wang tak dituntut itu telah dibayar. Wang Tak Dituntut 17 Orang yang tidak dikehendaki sedemikian di bawah Bahagian ini boleh membayar wang yang tidak dituntut kepada Pendaftar 14. (1) Mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa wang, selain wang tak dituntut, yang belum dituntut oleh pemunya boleh menyerah simpan wang itu dengan Pendaftar seolah-olah wang itu ialah wang tak dituntut yang kena dibayar kepada Pendaftar di bawah subseksyen 10(2). (2) Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana wang yang dibayar ke dalam mahkamah menurut Bahagian I Akta ini. Peraturan-peraturan *15. Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan— (a) penyerahsimpanan dokumen dan masa dan cara pengemukaan dokumen untuk diserah simpan; (b) (Dipotong oleh Akta A1161); (c) penetapan fi bagi maksud Bahagian ini; (d) pemeriksaan termasuk kaedah pemeriksaan dan hari dan masa apabila pemeriksaan boleh dibuat; (e) secara amnya segala perkara dan benda yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bahagian ini untuk ditetapkan atau yang perlu atau sesuai untuk ditetapkan bagi melaksanakan atau menjalankan Bahagian ini dan melindungi Bahagian ini daripada pengelakan dan pelanggaran. _____________________________________________________________ *CATATAN—Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan ini: P.U. (A) 15/1976, P.U. (A) 16/1976, P.U. (A) 257/1982, P.U. (A) 127/1985 dan P.U. (A) 120/1988 telah dibatalkan oleh Akta A1161. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 16. (1) Pendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Bahagian ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pendaftar suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Borang 17. Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, menentukan borang yang dikehendaki bagi maksud Bahagian ini. Wang Tak Dituntut 19 Kuasa untuk mengecualikan 18. Menteri boleh melalui perintah dalam Warta mengecualikan suatu syarikat atau firma daripada peruntukan Bahagian ini. 20 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 370 AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 146 Akta Bank Simpanan Nasional 1974 0 1-12-1974 Akta A303 Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 01-06-1975 1975 Akta A325 Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 01-01-1976 1976 Akta A722 Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 01-06-1989 1989 Akta A1161 Akta Wang Tak Dituntut (Pindaan) 01-01-2003 2002 21 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 370 AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A722 01-06-1989 4 Akta A1161 01-01-2003 5 Akta 146 01-12-1974 7 Akta A722 01-06-1989 8 Akta A722 01-06-1989 Akta A1161 01-01-2003 9 Akta A303 01-06-1975 10 Akta A325 01-01-1976 Akta A722 01-06-1989 Akta A1161 01-01-2003 10A Akta A1161 01-01-2003 10B Akta A1161 01-01-2003 11 Akta A325 01-01-1976 Akta A722 01-06-1989 Akta A1161 01-01-2003 12 Akta A325 01-01-1976 Akta A722 01-06-1989 Akta A1161 01-01-2003 13 Akta A722 01-06-1989 Akta A1161 01-01-2003 14 Akta A1161 01-01-2003 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 370 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 15 Akta A1161 01-01-2003 16 Akta A303 01-06-1975 Akta A1161 01-01-2003 17 Akta A1161 01-01-2003 18 Akta A1161 01-01-2003
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
370 - AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in