AI-assisted research summary: This amendment changes the pension-law wording from “twelve and a half years” to “twenty years” in sections 4 and 5, starts on 1 January 2012, and sets transitional handling for some derived pension or retirement allowance payments.
Penyelarasan Pencen (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1411 AktA peNYeLArASAN peNceN (pINDAAN) 2011 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1411 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2011 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2011 Hakcipta pencetak H percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Penyelarasan Pencen (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1411 AktA peNYeLArASAN peNceN (pINDAAN) 2011 Suatu Akta untuk meminda Akta Penyelarasan Pencen 1980. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. pindaan seksyen 4 2. Akta Penyelarasan Pencen 1980 [Akta 238], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4 dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana- mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”. pindaan seksyen 5 3. Seksyen 5 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1411 kecualian dan peralihan 4. Pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 2 dan 3 Akta ini kepada orang selain mereka yang disebut dalam subseksyen 4(3) dan 5(4) Akta ibu, jika tempoh dua belas tahun setengah itu telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut: (a) tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pegawai itu; (b) orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan (c) pembayaran pencen terbitan atau elaun persaraan terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.