798 - AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964
This Act lets a state’s ruler declare local authorities subject to it, and lets the Minister set service conditions and provident-fund rules for local authority officers and servants.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 798 - AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
798 - AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964
AI-assisted research summary: This Act lets a state’s ruler declare local authorities subject to it, and lets the Minister set service conditions and provident-fund rules for local authority officers and servants.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 798 AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964 (Disemak—2017) Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Local Authorities (Conditions of Service) Act 1964 [Act 798]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964 Disemak setakat … … … 1 November 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini … … … 15 November 2017 Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] … … … 15 November 2017 Pertama kali diperbuat dalam tahun 1968 sebagai Akta Parlimen No. 9 tahun 1964 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 798 AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pihak berkuasa tempatan tertakluk pada Akta ini 4. Kuasa Menteri untuk mengawal selia syarat perkhidmatan 5. Kuasa Menteri untuk menubuhkan kumpulan wang simpanan 6. Kumpulan wang simpanan tidak boleh diserahhakkan atau dipindahkan, dsb. 7. Pembayaran wang daripada kumpulan wang simpanan kepada orang yang telah mati 8. Budi bicara pihak berkuasa tempatan untuk melucut hak caruman kepada kumpulan wang simpanan apabila dibuang kerja 9. Kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa dan kewajipan di bawah undang-undang bertulis lain 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 798 AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964 Suatu Akta untuk mengawal selia syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai suatu kumpulan wang simpanan atau kumpulan-kumpulan wang bagi pegawai dan pekhidmat itu. [30 Januari 1964] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964. (2) Akta ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan di suatu Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan; “kumpulan wang simpanan” ertinya suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5; “Perbendaharaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 798 Pihak berkuasa tempatan tertakluk pada Akta ini 3. Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana pihak berkuasa tempatan di Negeri itu supaya tertakluk pada Akta ini. Kuasa Menteri untuk mengawal selia syarat perkhidmatan 4. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Perbendaharaan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan— (a) kelayakan pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan; (b) skala gaji, fi dan elaun yang kena dibayar kepada pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan; (c) tempoh perkhidmatan pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan; (d) pertukaran pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan; (e) penjalanan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan, termasuk kuasa penggantungan kerja, denda, pembuangan kerja dan penurunan pangkat pegawai dan pekhidmat itu; dan (f) syarat yang di bawahnya ganjaran atau elaun ihsan boleh dibayar kepada pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan yang tercedera, atau kepada saudara masih hidup mana-mana pegawai atau pekhidmat yang terbunuh, semasa melaksanakan kewajipan mereka. Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 7 Kuasa Menteri untuk menubuhkan kumpulan wang simpanan 5. (1) Menteri boleh melalui perintah memperuntukkan— (a) penubuhan, penyenggaraan, pentadbiran, audit dan penggulungan suatu kumpulan wang simpanan bagi faedah pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan; dan (b) perkiraan antara dua atau lebih pihak berkuasa tempatan bagi penubuhan, penyenggaraan, pentadbiran, audit dan penggulungan suatu kumpulan wang bersama bagi faedah pegawai dan pekhidmat itu. (2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, walau apa pun seksyen 20 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dibuat untuk berkuat kuasa secara ke belakang pada apa-apa tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini. Kumpulan wang simpanan tidak boleh diserahhakkan atau dipindahkan, dsb. 6. Tiada ganjaran, elaun atau bayaran lain kena dibayar daripada apa-apa kumpulan wang simpanan atau tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah kumpulan wang itu boleh diserahhakkan atau dipindahkan atau bertanggungan untuk ditahan, diasingkan atau dilevikan ke atas atau berkenaan dengan apa-apa hutang atau tuntutan selain suatu hutang yang kena dibayar kepada suatu pihak berkuasa tempatan. Pembayaran wang daripada kumpulan wang simpanan kepada orang yang telah mati 7. (1) Apabila mati mana-mana orang, apa-apa wang yang dibayar daripada mana-mana kumpulan wang simpanan hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak terhadap wang itu di bawah wasiat atau kematian tidak berwasiat orang yang telah mati itu. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 798 (2) Apa-apa wang yang dibayar di bawah subseksyen (1) tidak boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pusaka orang yang telah mati itu atau tertakluk pada hutangnya. (3) Mana-mana orang boleh melalui wasiat atau melalui suatu memorandum yang ditandatangani sendiri olehnya melantik seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah bagi wang yang kena dibayar apabila dia mati daripada mana-mana kumpulan wang simpanan dan boleh membuat peruntukan bagi pelantikan seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu, dan bagi pelaburan, wang itu. (4) Jika pada masa kematian mana-mana orang atau pada bila-bila masa selepasnya tiada pemegang amanah bagi mana-mana wang yang disebut dalam subseksyen (3), atau adalah suai manfaat untuk melantik seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu, maka dan dalam mana-mana hal itu seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah atau seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim Mahkamah Tinggi. (5) Penerimaan bagi— (a) seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang dilantik dengan sewajarnya; atau (b) jika tiada pemegang amanah telah dilantik dan tiada notis bertulis bagi pelantikan itu telah diberikan kepada pihak berkuasa tempatan, wakil diri yang sah di sisi undang-undang, bagi seseorang yang telah mati hendaklah menjadi suatu pelepasan kepada pihak berkuasa tempatan itu bagi apa-apa wang yang kena dibayar atas kematiannya daripada mana-mana kumpulan wang simpanan. Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 9 Budi bicara pihak berkuasa tempatan untuk melucut hak caruman kepada kumpulan wang simpanan apabila dibuang kerja 8. Mana-mana pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa tempatan yang menjadi pencarum kepada apa-apa kumpulan wang simpanan hendaklah melucuthakkan mengikut budi bicara pihak berkuasa tempatan itu, semua atau mana-mana bahagian daripada carumannya kepada kumpulan wang itu dan faedah yang terakru pada caruman itu dan pengumpulan caruman dan faedah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan itu jika— (a) dia dibuang kerja daripada perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu bagi fraud, kecurangan atau salah laku yang melibatkan kerugian wang kepada pihak berkuasa tempatan itu; atau (b) dia bersara daripada atau meletakkan jawatannya dengan niat untuk melepaskan diri daripada pembuangan kerja berbangkit daripada fraud, kecurangan atau salah laku itu. Kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa dan kewajipan di bawah undang-undang bertulis lain 9. Segala kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan ke atas suatu pihak berkuasa tempatan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan mana-mana kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan itu oleh mana-mana undang-undang bertulis lain. 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 798 AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964 (Disemak—2017) Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1] SENARAI PINDAAN Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari -TIADA- SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI No. Tajuk Akta No. 9 tahun 1964 Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan), 1964 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 798 AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964 (Disemak—2017) SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari -TIADA- 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 798 AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964 (Disemak—2017) SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1] Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda Susunan Susunan kandungan di bawah tajuk perenggan 6(1)(vii) kandungan “ARRANGEMENT OF SECTIONS” dimasukkan Keseluruhan Akta 1. Perkataan “subsection” menggantikan perenggan 6(1)(xvi) “sub-section” 2. Nota bahu menggantikan nota birai perenggan 6(1)(xxiv) 3. Noktah pada akhir nota bahu perenggan 6(1)(xvi) ditinggalkan Tarikh kuat kuasa Perkataan “30 January 1964” perenggan 6(1)(iii) menggantikan “30th January, 1964.” Ayat mengundang- Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(f) undangkan subseksyen 1(1) Koma sebelum perkataan “1964” perenggan 6(1)(xvi) ditinggalkan subseksyen 1(2) 1. Perkataan “does not apply” perenggan 6(1)(iii) menggantikan “shall not apply” 2. Perkataan “the States of Singapore,” perenggan 6(1)(xviii) dan (xvi) ditinggalkan seksyen 2 1. Perkataan “, unless the context subperenggan 6(1)(iv)(a) otherwise requires” dimasukkan selepas perkataan “Act” Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 13 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda 2. Dalam tafsiran “Minister”, perkataan perenggan 6(1)(xv) “the” dimasukkan sebelum perkataan “responsibility” 3. Tafsiran “provident fund” dimasukkan perenggan 6(1)(xxiv) selepas tafsiran “Minister” 4. Dalam tafsiran “the Treasury”— subperenggan 6(1)(iv)(a) a. perkataan “the” sebelum perkataan “Treasury” ditinggalkan b. perkataan “Financial Procedure perenggan 6(1)(xix) Act 1957 [Act 61]” menggantikan “Financial Procedure Ordinance, 1957 [62 of 1957]” seksyen 3 1. Nota bahu “Local authority to be perenggan 6(1)(xxiv) subject to this Act” dimasukkan 2. Perkataan “Yang di-Pertua Negeri” perenggan 6(1)(xvii) menggantikan “Governor of a State” 3. Koma dimasukkan selepas perkataan perenggan 6(1)(xvi) “may” dan “Gazette” 4. Perkataan “published” menggantikan perenggan 6(1)(iii) “notified” 5. Perkataan “the provisions of” perenggan 6(1)(xxi) ditinggalkan seksyen 4 1. Dalam nota bahu, perkataan perenggan 6(1)(xxiv) “conditions of service” menggantikan “Conditions of Service” subseksyen 4(1) 2. Perkataan “with the approval of the perenggan 6(1)(xiii) dan (xvi) Treasury” ditukar tempat dan diletakkan selepas perkataan “may” dan koma dimasukkan sebelum perkataan “may” dan “Treasury” subseksyen 4(2) 1. Perkataan “the provisions of” perenggan 6(1)(xxi) ditinggalkan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 798 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda 2. Perkataan “and” dimasukkan pada perenggan 6(1)(xxiv) hujung perenggan (e) subseksyen 5(1) Perkataan “and” dimasukkan pada perenggan 6(1)(xxiv) hujung perenggan (a) subseksyen 5(2) 1. Dinomborkan semula sebagai p e renggan 6(1)(xii), (xxi) dan seksyen 6 dengan pengubahan (xxiv) berbangkit dibuat 2. Nota bahu “Provident fund not perenggan 6(1)(xxiv) assignable or transferable, etc.” dimasukkan sebelum seksyen 6 yang baharu subseksyen 5(3) 1. Dibahagikan dan dinomborkan semula perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan sebagai subseksyen 7(1) dan (2) (xxiv) dengan pengubahan berbangkit dibuat 2. Nota bahu “Payment of moneys out perenggan 6(1)(xxiv) of provident fund to deceased persons” dimasukkan sebelum seksyen 7 yang baharu subseksyen 5(4) 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan subseksyen 7(3) dengan pengubahan (xxiv) berbangkit dibuat 2. Perkataan “new trustee or trustees” perenggan 6(1)(xxi) menggantikan “new trustee or new trustees” 3. Perkataan “for the investment” ditukar perenggan 6(1)(xiii) dan (xvi) tempat dan dimasukkan sebelum perkataan “of such money” dan koma dimasukkan sebelum perkataan “trustees” dan “investment” 4. Perkataan “thereof” pada hujung perenggan 6(1)(xxi) subseksyen ini ditinggalkan subseksyen 5(5) 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii) subseksyen 7(4) 2. Perkataan “subsection (3)” perenggan 6(1)(xvi) dan (xix) menggantikan “sub-section (4)” Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 15 Peruntukan Butir-butir pindaan Kuasa untuk meminda 3. Perkataan “of the High Court” perenggan 6(1)(xxi) menggantikan “thereof” subseksyen 5(6) Dibahagikan dan dinomborkan semula perenggan 6(1)(xii), (xiii), sebagai perenggan 7(5)(a) dan (b) (xxi) dan (xxiv) dengan pengubahan berbangkit dibuat subseksyen 5(7) 1. Dibahagikan dan dinomborkan semula perenggan 6(1)(xii), (xiii), sebagai perenggan 8(a) dan (b) (xxi) dan (xxiv) dengan pengubahan berbangkit dibuat 2. Nota bahu “Discretion of local perenggan 6(1)(xxiv) authority to forfeit contribution to the provident fund upon dismissal” dimasukkan sebelum seksyen 8 yang baharu subseksyen 5(8) 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii) subseksyen 5(2) 2. Perkataan “the provisions of” perenggan 6(1)(xxi) ditinggalkan 3. Perkataan “section 20 of the perenggan 6(1)(xix) Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388]” menggantikan “sub-section (2) of section 22 of the Interpretation and General Clauses Ordinance, 1948 [M.U. 7 of 1948]” seksyen 6 1. Dinomborkan semula sebagai perenggan 6(1)(xii) seksyen 9 2. Dalam nota bahu, perkataan “Powers perenggan 6(1)(xxiv) and duties conferred or imposed under this Act are in addition to powers and duties under other written law” menggantikan “Saving.”
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
798 - AKTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SYARAT PERKHIDMATAN) 1964
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in