191 - AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947
Read the stored legal text, review its version and status evidence, or ask LexChat a question grounded in exact provisions.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 191 - AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
191 - AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 191 AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Abduction and Criminal Intimidation of Witnesses Act 1947. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 191 AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947 Pertama kali diperbuat … … … 1947 (Ordinan No. 26 tahun 1947 Disemak … … … … … … 1977 (Akta 191 m.b.p. 1 Oktober 1977) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Akta Melarikan Orang Dan Mengugut 3 Saksi Secara Jenayah 1947 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 191 AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Melarikan orang dengan niat hendak melakukan pemerasan 4. Melarikan orang untuk menghalang perjalanan keadilan 5. Mengugut orang secara jenayah untuk menghalang perjalanan keadilan 6. Subahat dan percubaan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 191 Akta Melarikan Orang Dan Mengugut 5 Saksi Secara Jenayah 1947 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 191 AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947 Suatu Akta untuk mengadakan hukuman lebih berat bagi kesalahan melarikan orang dan mengugut secara jenayah dalam hal keadaan tertentu. [10 Jun 1947] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947. (2) Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika hal perkara atau konteksnya menghendaki makna yang lain— “melarikan orang,” “subahat,” “percubaan,” “mengugut secara jenayah,” “pemerasan,” “memberikan keterangan palsu,” dan “mereka-reka keterangan palsu” dengan variasi kenahuannya dan ungkapan seasalnya mempunyai erti yang sama seperti dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]; “prosiding jenayah”, termasuklah apa-apa perbicaraan atau siasatan jenayah di hadapan Mahkamah atau tribunal yang mempunyai bidang kuasa jenayah, dan inkues atau siasatan mengenai kematian, dan penyiasatan polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. (2) Bagi maksud Akta ini, perjalanan keadilan terhalang jika mana-mana orang yang dikehendaki daripadanya apa-apa keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat dalam atau bagi maksud 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 191 apa-apa prosiding jenayah, tidak lagi boleh didapati untuk memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat itu, atau tidak memberikan keterangan, testimoni, pernyataan atau maklumat itu, atau memberikan atau mereka-reka keterangan palsu. Melarikan orang dengan niat hendak melakukan pemerasan 3. Sesiapa sahaja yang melarikan mana-mana orang— (a) dengan niat supaya orang itu ditahan untuk tebusan atau supaya pemerasan dilakukan daripada orang itu atau mana- mana orang lain; atau (b) dengan mengetahui bahawa ada kemungkinan orang itu akan ditahan untuk tebusan atau pemerasan akan dilakukan daripada orang itu atau mana-mana orang lain, hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan boleh juga didenda. Melarikan orang untuk menghalang perjalanan keadilan 4. Sesiapa sahaja yang melarikan mana-mana orang supaya dengan itu perjalanan keadilan terhalang hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan bolehlah juga dikenakan denda. Mengugut orang secara jenayah untuk menghalang perjalanan keadilan 5. Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan mengugut secara jenayah— (a) dengan niat untuk menghalang perjalanan keadilan; atau (b) supaya dengan itu perjalanan keadilan terhalang, hendaklah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda. Subahat dan percubaan 6. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis, sesiapa sahaja yang bersubahat untuk atau cuba melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Akta Melarikan Orang Dan Mengugut 7 Saksi Secara Jenayah 1947 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 191 AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari – TIADA – 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 191 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 191 AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
191 - AKTA MELARIKAN ORANG DAN MENGUGUT SAKSI SECARA JENAYAH 1947
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in