AI-assisted research summary: This Act amends the Consumer Protection Act 1999 by increasing several penalty amounts and changing the fine for section 117(2).
Perlindungan Pengguna (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1598 AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1598 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 Ogos 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Ogos 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perlindungan Pengguna (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1598 AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 98 2. Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 98(1) dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1598 Pindaan seksyen 100 3. Subseksyen 100(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”. Pindaan seksyen 101 4. Subseksyen 101(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh lima ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”. Pindaan seksyen 117 5. Seksyen 117 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “lima ribu ringgit” dengan perkataan “sepuluh ribu ringgit”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “didenda tidak melebihi satu ribu ringgit” dengan perkataan “didenda tidak kurang daripada satu ratus ringgit dan tidak melebihi lima ribu ringgit”.