607 - AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000
This Act repeals the 1965 port workers employment law, dissolves the Port Labour Board, and transfers its powers, assets, money, liabilities, and related legal matters to the Government.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 607 - AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
607 - AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000
AI-assisted research summary: This Act repeals the 1965 port workers employment law, dissolves the Port Labour Board, and transfers its powers, assets, money, liabilities, and related legal matters to the Government.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 607 AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 607 AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000 Tarikh Persetujuan Diraja … … … … 21 Disember 2000 Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... … 23 Disember 2000 Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 3 (Pembubaran) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 607 AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemansuhan dan pembubaran 4. Perpindahan kuasa, hak, dsb. 5. Perpindahan hak milik harta 6. Pemindahan wang 7. Akaun Amanah 8. Kontrak yang sedia ada, dsb. 9. Penerusan prosiding 10. Penerusan undang-undang, dsb. 11. Pencegahan kesukaran atau anomali 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 607 Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 5 (Pembubaran) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 607 AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000 Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 1965, untuk membubarkan Lembaga Buruh Pelabuhan Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah Akta itu, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berbangkit dan bersampingan: [1 Januari 2001, P.U. (B) 467/2000] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) (Pembubaran) 2000. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan; “Lembaga” ertinya Lembaga Buruh Pelabuhan Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 dan 4 Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 1965 [Akta 419]; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 607 “Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349]; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2). Pemansuhan dan pembubaran 3. Akta Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 1965 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta itu dibubarkan. Perpindahan kuasa, hak, dsb. 4. Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan. Perpindahan hak milik harta 5. (1) Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan. (2) Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga atau pada mana- mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan. Pemindahan wang 6. Semua wang yang ada pada, atau yang kena dibayar kepada, Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, dipindahkan atau kena dibayar kepada, dan terletak hak pada Kerajaan. Akaun Amanah 7. (1) Wang yang disebut dalam seksyen 6 hendaklah disimpan dalam suatu Akaun Amanah yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi menyelesaikan segala hutang Lembaga yang Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 7 (Pembubaran) belum dijelaskan dan bagi pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga berikutan dengan pembubaran Lembaga. (2) Akaun Amanah itu hendaklah dikendalikan bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Menteri Kewangan dan apa-apa baki wang yang dipegang dalam Akaun Amanah pada akhir tempoh itu hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan. Kontrak yang sedia ada, dsb. 8. Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang dipindahkan hakmiliknya di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh, sama ada menentang atau memihak kepada Kerajaan, dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan telah dinamakan dalamnya dan telah menjadi suatu pihak kepadanya, dan bukan Lembaga atau mana- mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya. Penerusan prosiding 9. (1) Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana- mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana- mana orang atau badan sedemikian jika Akta ini tidak pernah diluluskan. (2) Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga jika Akta ini tidak pernah diluluskan. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 607 Penerusan undang-undang, dsb. 10. (1) Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan. (2) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) mengenai Lembaga hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang membawa erti sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Pencegahan kesukaran atau anomali 11. (1) Jika apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau mencegah kesukaran atau anomali itu tetapi Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas tamat tempoh tiga tahun dari tarikh yang ditetapkan. (2) Dalam seksyen ini, “ubahsuaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini. Pekerja-Pekerja Pelabuhan (Peraturan Pekerjaan) 9 (Pembubaran) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 607 AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari – TIADA – 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 607 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 607 AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari – TIADA –
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
607 - AKTA PEKERJA-PEKERJA PELABUHAN (PERATURAN PEKERJAAN) (PEMBUBARAN) 2000
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in