848 - AKTA FI (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2023
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act validates fees collected by Jabatan Penyiaran Malaysia for television program supply during the stated period and bars legal actions, proceedings, and refunds for those fees.
Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 848 AKTA FI (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia Tarikh Perkenan Diraja ... ... 22 Julai 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28 Julai 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 848 AKTA FI (JABATAN PENYIARAN MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2023 Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen oleh Jabatan Penyiaran Malaysia semasa tempoh mulai 15 Mac 2001 hingga 28 Februari 2022. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023. Pengesahan dan tanggung rugi 2. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Penyiaran Malaysia berkenaan dengan apa-apa pembekalan program televisyen semasa tempoh mulai 15 Mac 2001 hingga 28 Februari 2022 hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah. 4 Undang-Undang Malaysia (2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa atau dimulakan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa atau dimulakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah, dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.