612 - AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001
Akta ini mewajibkan majikan yang terpakai mendaftar dengan Perbadanan dan membayar levi sumber manusia, dengan kadar biasa 1% daripada upah bulanan pekerja, tertakluk kepada pengecualian dan aturan khas.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
Akta ini mewajibkan majikan yang terpakai mendaftar dengan Perbadanan dan membayar levi sumber manusia, dengan kadar biasa 1% daripada upah bulanan pekerja, tertakluk kepada pengecualian dan aturan khas. This part creates offences for false or missing required documents, false claims for benefits, and breaches with no specific penalty, and sets fines, jail terms, court orders, and ministerial powers.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 612 - AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
612 - AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
612 - AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 — segment 1
AI-assisted research summary: Akta ini mewajibkan majikan yang terpakai mendaftar dengan Perbadanan dan membayar levi sumber manusia, dengan kadar biasa 1% daripada upah bulanan pekerja, tertakluk kepada pengecualian dan aturan khas.
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 612 AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 Sebagaimana pada 1 November 2017 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA 612 AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 15 Februari 2001 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 1 Mac 2001 Kali terakhir dipinda melalui P.U. (A) 69/2017 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 1 April 2017 Cetakan Semula Yang terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … 2002 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 2006 Pembangunan Sumber Manusia Berhad 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 612 AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PERBADANAN 3. Matlamat utama Perbadanan 4. Fungsi Perbadanan 5. Kuasa Perbadanan 6. Belanjawan 7. Lembaga 8. Anggota silih ganti 9. Jawatankuasa 10. Pemakaian Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan 11. Penzahiran kepentingan 12. Akaun 4 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Bahagian III PENDAFTARAN DAN LEVI PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Seksyen 13. Kewajipan majikan untuk mendaftar dengan Perbadanan 14. Pengenaan levi 15. Pengenaan levi bagi majikan yang memilih untuk didaftarkan 16. Pembatalan pendaftaran majikan 17. Pendaftaran semula majikan 18. Faedah bagi levi yang kena dibayar tetapi tidak dibayar mengikut masa 19. Pengecualian daripada levi 20. Syarat kelayakan 21. Kewajipan majikan untuk menyediakan dan menyimpan maklumat Bahagian IV KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 22. Penubuhan Kumpulan Wang 23. Perbadanan menjadi Pemegang Amanah Kumpulan Wang 24. Mendapatkan levi dan pinjaman 25. Tidak menggunakan Kumpulan Wang 26. Panel Pelaburan 27. Kuasa untuk melabur Bahagian V PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN 28. Pegawai diberi kuasa 29. Fungsi Pegawai Penjaga 30. Perwakilan kuasa 31. Pekhidmat awam 32. Pengemukaan kad kuasa 33. Kuasa pegawai diberi kuasa untuk meminta maklumat dan menaksir levi 34. Kuasa untuk memeriksa orang 35. Kebolehterimaan pernyataan Pembangunan Sumber Manusia Berhad 5 Seksyen 36. Kuasa untuk menggeledah dan menyita 37. Senarai benda yang disita 38. Halangan penggeledahan, dsb. 39. Pengkompaunan kesalahan Bahagian VI KESALAHAN DAN PENALTI 40. Perisytiharan tidak betul, kegagalan untuk memberikan penyata, dsb. 41. Penalti bagi percubaan untuk memperoleh atau memperoleh wang atau faedah melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan 42. Pembayaran balik 43. Penalti am 44. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau badan lain 45. Tanggungan bersesama dan berasingan bagi pengarah, dsb. 46. Permulaan pendakwaan 47. Perintah supaya mendaftar atau membayar levi Bahagian VII PERUNTUKAN AM 48. Peraturan-peraturan 49. Kuasa untuk meminda Jadual Pertama 50. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 51. Kerahsiaan 52. Maklumat daripada mana-mana pihak berkuasa awam atau badan berkanun Bahagian VIII PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN PERALIHAN 53. Pemansuhan 54. Keberterusan undang-undang, dsb. 55. Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan tugas 6 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Seksyen 56. Perpindahan harta 57. Kontrak yang sedia ada 58. Keberterusan liabiliti 59. Keberterusan prosiding sivil dan jenayah 60. Pemindahan Kumpulan Wang 61. Pegawai dan pekhidmat Majlis 62. Perpindahan pendaftaran majikan 63. Mengelakkan anomali Jadual Pertama Jadual Kedua Jadual Ketiga Pembangunan Sumber Manusia Berhad 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 612 AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih, penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang oleh Perbadanan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [16 Mei 2001, P.U. (B) 127/2001] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi kelas majikan dalam industri yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama. (3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. 8 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “kontrak perantisan” ertinya sesuatu kontrak bertulis yang dibuat oleh seseorang dengan seorang majikan yang mengaku janji untuk mengambil kerja orang itu dan melatih atau menyebabkannya dilatih secara sistematik bagi sesuatu pekerjaan selama suatu tempoh tertentu yang diluluskan oleh Ketua Eksekutif yang dalam perjalanan latihan itu perantis itu terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu; “kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, yang melaluinya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja, dan termasuk sesuatu kontrak perantisan; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di bawah seksyen 22; “Lembaga” ertinya lembaga pengarah Perbadanan; “levi” ertinya levi pembangunan sumber manusia yang dikenakan di bawah seksyen 14 atau 15; “majikan” ertinya mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai seorang pekerja, dan termasuk ejen, pengurus atau wakil perniagaan bagi orang yang mula-mula disebut itu; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia; “pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen 28; “Pegawai Penjaga” ertinya Pegawai Penjaga yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 28; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 9 “pekerja” ertinya mana-mana warganegara Malaysia yang diambil kerja dengan mendapat upah di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan, tetapi tidak termasuk mana-mana orang gaji rumah tangga; “pelatih” ertinya seseorang yang sedang menjalani program latihan amali di premis seseorang majikan; “penyedia latihan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain yang terlibat dalam latihan atau pembangunan sumber manusia; “perantis” ertinya seseorang yang sedang menjalani latihan kemahiran dalam sesuatu bidang melalui kontrak perantisan dengan seseorang majikan dan terikat untuk bekerja dalam perkhidmatan majikan itu; “Perbadanan” ertinya Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang disebut dalam seksyen 3; “persatuan majikan” ertinya mana-mana persatuan majikan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan majikan dan yang anggotanya atau mana-mana daripada anggotanya berdaftar dengan Perbadanan; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(3); “upah” ertinya gaji pokok dan elaun tetap atau emolumen lain yang serupa jenisnya yang dibayar secara tunai oleh atau bagi pihak seseorang majikan kepada seseorang pekerja, dan termasuk apa-apa bayaran cuti dan tunggakan upah tetapi tidak termasuk— (a) apa-apa caruman yang dibayar oleh seseorang majikan bagi pihak dirinya sendiri kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang simpanan, skim persaraan, skim pemberhentian, penamatan, pelepasan atau pembersaraan pekerja, skim penjimatan atau apa-apa kumpulan wang atau skim lain yang ditubuhkan bagi faedah atau kebajikan pekerja; 10 Undang-Undang Malaysia AktA 612 (b) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan; (c) apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada pekerja untuk membiayai perbelanjaan khas yang diperlukannya disebabkan oleh jenis pekerjaannya; (d) apa-apa ganjaran yang kena dibayar bagi pembuangan kerja atau persaraan; (e) apa-apa bonus atau komisen; atau (f) apa-apa elaun yang dibayar kepada seseorang perantis di bawah kontrak perantisan; “upah bulanan” ertinya upah yang dibayar oleh seseorang majikan kepada seseorang pekerja untuk keseluruhan atau sebahagian bulan pekerja itu bekerja dengan majikan itu. Bahagian II PERBADANAN Matlamat utama Perbadanan 3. Matlamat utama Perbadanan yang diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dengan nama “Pembangunan Sumber Manusia Berhad” ialah pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih dan penubuhan dan pentadbiran Kumpulan Wang. Fungsi Perbadanan 4. Fungsi perbadanan ialah— (a) menilai dan menentukan jenis dan takat latihan dan latihan semula pekerja, perantis dan pelatih selaras dengan keperluan sumber manusia bagi industri; *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 11 (b) menggalakkan dan meningkatkan latihan tenaga manusia; dan (c) menentukan terma dan syarat yang atasnya apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain akan diberikan. Kuasa Perbadanan 5. Tanpa menjejaskan kuasa Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Artikel Persatuannya, Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi, atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang disebut terdahulu— (a) memungut dan mendapatkan atau menyebabkan supaya dipungut dan didapatkan semua wang yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang; (b) mengadakan garis panduan bagi pemprosesan permohonan kepada Kumpulan Wang untuk mendapatkan bantuan kewangan; (c) menentukan terma dan syarat bagi pembuatan pemberian atau pinjaman daripada Kumpulan Wang, termasuk amaun yang boleh diluluskan berkenaan dengan setiap permohonan; (d) menentukan kadar wang daripada Kumpulan Wang yang boleh digunakan bagi pemberian atau bagi pinjaman, termasuk kadar yang boleh diberikan dalam bentuk pemberian atau sebagai pinjaman berkenaan dengan setiap permohonan yang diluluskan; (e) menguruskan, mewujudkan, meningkatkan dan menyenggarakan, atau membantu dalam pengurusan, pewujudan, peningkatan dan penyenggaraan kemudahan latihan; (f) menguruskan dan menyelia, atau membantu dalam pengurusan dan penyeliaan, pelaksanaan kursus, projek dan program latihan; 12 Undang-Undang Malaysia AktA 612 (g) memeriksa apa-apa rekod, akaun dan apa-apa dokumen lain berhubung dengan pemberian, pinjaman atau apa-apa faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana majikan untuk memastikan pemberian, pinjaman atau faedah lain itu digunakan bagi maksud ia diberikan; (h) mendapatkan apa-apa maklumat daripada majikan untuk memastikan sama ada mereka dikehendaki supaya mendaftar di bawah Akta ini; (i) mengambil kerja dan membayar ejen, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan kuasanya atau dalam menjalankan kewajipannya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud-maksud Akta ini; (j) memberikan pinjaman atau membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya daripada Kumpulan Wang bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan; (k) memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana penyedia latihan yang pada pendapat Perbadanan dapat menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia; (l) memberikan pinjaman atau membuat pemberian daripada Kumpulan Wang atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana persatuan majikan untuk digunakan bagi pembangunan sumber manusia anggotanya; (m) menetapkan tatacara untuk diikuti dalam perkara yang berhubungan dengan kewangan dan akaun Kumpulan Wang; dan (n) melakukan apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi pengurusan dan pentadbiran cekap Perbadanan dan Kumpulan Wang. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 13 Belanjawan 6. Perbadanan hendaklah, dalam setiap tahun kalendar, merangka suatu belanjawan yang menunjukkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang Perbadanan bercadang untuk menanggungnya sepanjang tahun yang berikutnya dan hendaklah mengemukakan suatu salinan belanjawan itu untuk kelulusan Menteri sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Menteri dan belanjawan itu hendaklah mengandungi peruntukan yang pada pendapat Perbadanan mencukupi untuk menjelaskan tanggungan yang ditanggung oleh Perbadanan dan bagi mengekalkan baki wang kerja. Lembaga 7. (1) Lembaga pengarah Perbadanan, yang hendaklah bertanggungjawab bagi dasar dan pentadbiran am hal ehwal Perbadanan dan Kumpulan Wang, hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang, walau apa pun peruntukan seksyen 128 *Akta Syarikat 1965, hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) sepuluh orang mewakili majikan; (b) tiga orang mewakili agensi Kerajaan dan sektor awam yang bertanggungjawab bagi pembangunan atau latihan tenaga manusia; (c) seorang wakil Kementerian Sumber Manusia; (d) seorang wakil Kementerian Kewangan; dan (e) Ketua Eksekutif. (2) Menteri boleh, sebagai tambahan bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1), melantik dua orang lain yang pada pendapat Menteri dapat memberikan sumbangan kepada kerja Perbadanan, untuk menjadi anggota Lembaga. (3) Menteri hendaklah melantik daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1) seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perbadanan. *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017. 14 Undang-Undang Malaysia AktA 612 (4) Orang yang dilantik menjadi Pengerusi hendaklah seorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a). (5) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota Lembaga. Anggota silih ganti 8. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Lembaga selain Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Eksekutif dan anggota yang dilantik di bawah subseksyen 7(2), melantik seseorang menjadi anggota silih ganti untuk hadir sebagai ganti anggota itu pada mesyuarat Lembaga yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu atas apa-apa sebab. (2) Apabila menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga. (3) Seseorang anggota silih ganti hendaklah terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga. Jawatankuasa 9. Sebagai tambahan kepada peruntukan yang terkandung dalam Memorandum dan Artikel Persatuan, Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Lembaga atau orang yang bukan anggota Lembaga atau gabungan kedua-duanya untuk menasihati atau membantu Lembaga mengenai perkara yang berkenaan dengan fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut, dan Lembaga boleh mewakilkan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang boleh dikenakannya, mana-mana fungsinya sebagaimana yang difikirkannya patut kepada mana-mana jawatankuasa itu. Pemakaian Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan 10. (1) Apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dalam Akta ini hendaklah ditentukan mengikut dan dikawal selia oleh Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 15 (2) Jika apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan Memorandum dan Artikel Persatuan itu. Penzahiran kepentingan 11. (1) Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga yang mempunyai apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa itu kewujudan kepentingannya itu dan sifat kepentingan itu. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan di dalam minit Lembaga atau jawatankuasa itu. (3) Apabila penzahiran di bawah subseksyen (1) dibuat, anggota itu— (a) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu; dan (b) tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa itu, berhubung dengan perkara itu. (4) Seseorang anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (5) Tiada perbuatan atau prosiding Lembaga atau sesuatu jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa itu telah melanggar peruntukan seksyen ini. 16 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Akaun 12. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya penyata akaunnya diaudit oleh seorang juruaudit syarikat yang diluluskan yang dilantik olehnya dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, menghantar suatu salinan penyata akaun yang telah diaudit berserta dengan suatu salinan laporan juruaudit tentangnya kepada Menteri. (2) Dalam seksyen ini “juruaudit syarikat yang diluluskan” mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 4 *Akta Syarikat 1965. Bahagian III PENDAFTARAN DAN LEVI PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Kewajipan majikan untuk mendaftar dengan Perbadanan 13. (1) Tiap-tiap majikan yang baginya Akta ini terpakai hendaklah mendaftar dengan Perbadanan dalam masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan. (2) Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (3) Jika mana-mana orang terhenti menjadi seorang majikan di bawah Akta ini, dia hendaklah dalam masa tiga puluh hari dari masa dia terhenti sedemikian, memberitahu Perbadanan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 17 (5) Perbadanan hendaklah menyenggarakan suatu daftar kesemua majikan yang didaftarkan di bawah Akta ini, berserta dengan suatu rekod (termasuk cetakan komputer) apa-apa pembayaran yang dibuat. Pengenaan levi 14. (1) Tertakluk kepada seksyen 19, maka hendaklah dibayar oleh tiap-tiap majikan yang baginya Akta ini terpakai suatu levi pembangunan sumber manusia berkenaan dengan setiap pekerjanya pada kadar satu peratus daripada upah bulanan pekerja. (2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengurangkan atau menaikkan kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (1). (3) Mana-mana majikan yang tidak membayar apa-apa levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) dalam tempoh yang ditetapkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (4) Pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) tidaklah menjejaskan hak Perbadanan untuk mendapatkan amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah Akta ini oleh majikan. Pengenaan levi bagi majikan yang memilih untuk didaftarkan 15. (1) Walau apa pun subseksyen 14(1), seseorang majikan dalam kelas yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh memilih untuk didaftarkan dengan Perbadanan, dan pendaftaran itu hendaklah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan. (2) Apabila didaftarkan di bawah subseksyen (1), maka hendaklah dibayar oleh majikan itu suatu levi pembangunan sumber manusia berkenaan dengan setiap pekerjanya pada kadar 0.5 peratus daripada upah bulanan pekerja itu. (3) Sekiranya berlaku apa-apa keingkaran dalam pembayaran mana-mana levi yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), peruntukan subseksyen 14(3) dan (4) hendaklah terpakai. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 612 (4) Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (1) meningkat kepada lebih daripada bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja. (5) Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (4) menjadi kurang daripada bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja sehingga akhir tahun semasa. (6) Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (5) kekal di bawah bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama selepas tahun semasa, kadar levi hendaklah 0.5 peratus daripada upah bulanan setiap pekerja. (7) Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (6) meningkat kepada lebih daripada bilangan maksimum bagi kelasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama, kadar levi hendaklah dengan serta-merta naik kepada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja. (8) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengurangkan atau menaikkan kadar levi yang dinyatakan dalam seksyen ini. Pembatalan pendaftaran majikan 16. (1) Tiada majikan yang telah didaftarkan dengan Perbadanan boleh dibatalkan pendaftarannya. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika bilangan pekerja seseorang majikan yang baginya Akta ini terpakai menjadi kurang daripada sepuluh orang selama tiga bulan berturut-turut, majikan itu boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Perbadanan bagi pembatalan pendaftaran berserta dengan apa-apa dokumen berkaitan sebagai bukti keberkurangan itu. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 19 Pendaftaran semula majikan 17. (1) Seseorang majikan yang pendaftarannya telah dibatalkan oleh Perbadanan di bawah subseksyen 16(2) dan didaftarkan semula dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembatalan pendaftaran itu hendaklah terus layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang layak diterima oleh majikan itu sebelum pembatalan pendaftarannya. (2) Jika seseorang majikan telah dibatalkan pendaftarannya di bawah subseksyen (1) dan telah tidak didaftarkan semula dalam tempoh dua tahun dari tarikh pembatalan pendaftaran, majikan itu hendaklah hilang kelayakan untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang layak diterima oleh majikan itu sebelum pembatalan pendaftarannya. Faedah bagi levi yang kena dibayar tetapi tidak dibayar mengikut masa 18. (1) Seseorang majikan yang tidak membayar apa-apa levi yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan, adalah bertanggungan membayar faedah bagi levi pada kadar sepuluh peratus setahun berkenaan dengan setiap hari berlaku keingkaran atau kelewatan dalam pembayaran. (2) Jika amaun faedah yang dikira mengikut subseksyen (1) kurang daripada lima ringgit, faedah yang kena dibayar adalah lima ringgit berkenaan dengan setiap bulan atau sebahagian daripada sesuatu bulan berlaku keingkaran atau kelewatan dalam pembayaran. (3) Jika amaun faedah yang dikira mengikut subseksyen (1) melebihi lima ringgit, faedah yang kena dibayar hendaklah dikira sehingga ke ringgit tertinggi yang paling hampir berkenaan dengan setiap bulan atau sebahagian daripada bulan berlaku keingkaran atau kelewatan dalam pembayaran. (4) Lembaga boleh, dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut, membatalkan keseluruhan atau sebahagian pembayaran apa-apa faedah yang kena dibayar di bawah seksyen ini. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Pengecualian daripada levi 19. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan sepenuhnya atau sebahagiannya mana-mana majikan atau kelas majikan daripada pembayaran levi dalam apa-apa hal keadaan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu. Syarat kelayakan 20. (1) Tertakluk kepada seksyen 19, mana-mana majikan yang telah didaftarkan dan membayar levi hendaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatihnya. (2) Tertakluk kepada seksyen 19, mana-mana anak syarikat majikan berdaftar yang kena didaftarkan di bawah Akta ini tetapi belum memulakan penjalanan perniagaannya hendaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatihnya. (3) Jika majikan itu terhenti daripada menjadi majikan di bawah Akta ini, majikan itu tidaklah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini. (4) Jika seseorang majikan telah memperoleh kepentingan seorang majikan lain yang didaftarkan di bawah subseksyen 13(1) atau 15(1), majikan yang mula-mula disebut itu hendaklah menggantikan majikan yang lain itu dan adalah layak untuk menerima atau untuk terus menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pekerja, perantis dan pelatih majikan yang kepentingannya telah diperoleh. (5) Mana-mana majikan yang sedang menerima, atau yang layak untuk menerima, apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah hilang kelayakannya untuk menerima bantuan kewangan atau faedah lain itu jika dia ingkar membuat apa-apa pembayaran levi dan kehilangan kelayakan itu hendaklah kekal sehingga kesemua bayaran yang belum dijelaskan dan faedah atas bayaran itu telah dibayar sepenuhnya. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 21 (6) Walau apa pun subseksyen (5), Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa budi bicara untuk memberikan bantuan kewangan atau faedah lain berhubung dengan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh mana-mana penyedia latihan bagi apa-apa latihan yang dijalankan oleh penyedia latihan itu bagi majikan yang disebut dalam subseksyen (5) jika jumlah yang belum dibayar adalah berkenaan dengan faedah atas levi sahaja. (6a) Walau apa pun subseksyen (5) dan (6), Lembaga boleh, atas permohonan bertulis kepada Perbadanan oleh mana-mana majikan yang disebut dalam subseksyen (5), membenarkan apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain diberi kepada majikan itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga. (7) Mana-mana penyedia latihan adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (8) Mana-mana persatuan majikan yang pada pendapat Perbadanan boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia anggotanya adalah layak untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini bagi maksud penggalakan pembangunan sumber manusia atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. Kewajipan majikan untuk menyediakan dan menyimpan maklumat 21. Sebagai tambahan kepada daftar yang dikehendaki supaya disediakan dan disimpan oleh seseorang majikan di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265], tiap-tiap majikan hendaklah menyimpan dokumen yang mengandungi apa-apa maklumat tentang pekerja dan upah, dan dokumen tersebut hendaklah disimpan selama suatu tempoh supaya tiap-tiap butiran yang direkodkan dalam dokumen itu adalah tersedia untuk pemeriksaan selama tempoh enam tahun selepas perekodan itu. 22 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Bahagian IV KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Penubuhan Kumpulan Wang 22. (1) Bagi maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang ke dalamnya hendaklah dibayar— (a) semua wang yang dipungut sebagai levi di bawah seksyen 14 dan 15; (b) semua wang yang boleh didapatkan daripada pinjaman dan pemberian yang diberikan di bawah Akta ini; (c) semua wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, caj, faedah atas levi atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan; (d) apa-apa hadiah, derma, sumbangan atau apa-apa jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan daripada mana-mana sumber; dan (e) semua wang lain yang didapatkan secara sah oleh Perbadanan di bawah Akta ini. (2) Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) penggalakan, pembangunan dan peningkatan kemahiran pekerja, perantis dan pelatih termasuk penyediaan, pewujudan, pengembangan, peningkatan atau penyenggaraan kemudahan latihan; (b) pemberian bantuan kewangan kepada majikan dalam bentuk pemberian, pinjaman atau selainnya bagi maksud yang disebut dalam perenggan (a), termasuk pembayaran atau pensubsidian kos yang ditanggung oleh mana-mana majikan dalam melatih atau melatih semula pekerja, perantis dan pelatihnya; (c) penjalanan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, kegiatan atau projek untuk melatih atau melatih semula orang yang telah atau akan diberhentikan kerja; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 23 (d) pembayaran apa-apa perbelanjaan yang ditanggung secara sah oleh Perbadanan termasuk apa-apa fi dan kos, saraan pegawai dan pekhidmat yang diambil kerja oleh Perbadanan, dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana anggota Lembaga atau Panel Pelaburan atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (e) pemberian bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pemberian kepada mana-mana penyedia latihan atau persatuan majikan sebagaimana yang dinyatakan masing-masing di bawah subseksyen 20(7) dan (8); dan (f) pada amnya, pembayaran apa-apa perbelanjaan bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini dan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang. Perbadanan menjadi Pemegang Amanah Kumpulan Wang 23. Perbadanan hendaklah menjadi Pemegang Amanah Kumpulan Wang. Mendapatkan levi dan pinjaman 24. Apa-apa levi yang kena dibayar atau pinjaman yang diberikan di bawah Akta ini, berserta dengan apa-apa faedah atas levi atau pinjaman itu, hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada dan boleh didapatkan oleh Perbadanan. Tidak menggunakan Kumpulan Wang 25. Jika seseorang majikan tidak membuat apa-apa tuntutan terhadap Kumpulan Wang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari tarikh pendaftarannya dengan Perbadanan atau dari tarikh bantuan kewangan atau faedah lain yang terakhir diberikan oleh Perbadanan, majikan hendaklah hilang kelayakannya untuk menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang tidak dituntut bagi tempoh itu. 24 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Panel Pelaburan 26. (1) Sebagai tambahan kepada peruntukan yang terkandung dalam Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan, maka hendaklah ditubuhkan suatu Panel Pelaburan yang hendaklah, tertakluk kepada apa-apa arahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Perbadanan, bertanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengan pelaburan Kumpulan Wang. (2) Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada— (a) Pengerusi Lembaga atau orang yang sedang melaksanakan fungsi Pengerusi Lembaga, sebagai pengerusi; (b) dua orang anggota yang dilantik oleh Lembaga daripada kalangan anggotanya; (c) Ketua Eksekutif; (d) seorang wakil Kementerian Kewangan; (e) seorang wakil Bank Negara Malaysia; dan (f) dua orang lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan kewangan yang dilantik oleh Menteri. (3) Seseorang yang dilantik mengikut perenggan (2)(f) hendaklah berkhidmat bagi tempoh dua tahun dari tarikh pelantikannya. (4) Peruntukan Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi anggota Panel Pelaburan. Kuasa untuk melabur 27. (1) Sebagai tambahan kepada peruntukan yang terkandung dalam Memorandum dan Artikel Persatuan Perbadanan, Panel Pelaburan boleh, dari semasa ke semasa, melaburkan Kumpulan Wang atau mana-mana bahagian Kumpulan Wang yang tidak merupakan wang yang dikehendaki dengan serta-merta bagi memenuhi kewajipan dan perbelanjaan Kumpulan Wang— (a) dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 25 (b) dalam syer dan debentur dalam mana-mana syarikat awam yang harga bagi syer dan debentur itu disebut di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia; atau (c) dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang diputuskan oleh Panel Pelaburan. (2) Apa-apa pelaburan yang dibuat di bawah Akta ini boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa. (3) Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan pembatalan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan dalam mana-mana sekuriti atau kelas sekuriti. (4) Panel Pelaburan hendaklah melaporkan status pelaburannya kepada Lembaga apabila Lembaga meminta Panel Pelaburan berbuat demikian. (5) Bagi maksud seksyen ini— “debentur” termasuk saham, bon, nota atau apa-apa sekuriti atau obligasi lain syarikat, sama ada yang membentuk suatu gadaian ke atas aset syarikat ataupun tidak, dan juga termasuk hak untuk memohon beli apa-apa debentur; “syer” ertinya syer berbayar (sama ada dibayar sepenuhnya ataupun tidak dibayar sepenuhnya) dalam modal syer syarikat dan termasuk saham dan hak untuk memohon beli apa-apa saham atau syer. Bahagian V PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN Pegawai diberi kuasa 28. (1) Bagi maksud Bahagian ini, Menteri boleh melantik daripada mana-mana jawatan awam apa-apa bilangan pegawai yang dikenali sebagai pegawai diberi kuasa, sebagaimana yang difikirkannya perlu. (2) Menteri hendaklah melantik seorang pegawai yang dikenali sebagai Pegawai Penjaga daripada kalangan pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1). 26 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Fungsi Pegawai Penjaga 29. Fungsi Pegawai Penjaga ialah— (a) mengarahkan, mengawal dan menyelia pegawai diberi kuasa; (b) memastikan bahawa Perbadanan melaksanakan tugasnya mengikut peruntukan Akta ini; (c) menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkannya dapat dilaksanakan; dan (d) mengesan dan menyiasat— (i) apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini; (ii) apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau (iii) apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Perwakilan kuasa 30. (1) Pegawai Penjaga boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah Bahagian ini, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada mana-mana pegawai diberi kuasa kecuali fungsinya di bawah perenggan 29(b), dan pegawai diberi kuasa yang kepadanya fungsi itu diwakilkan boleh melaksanakan fungsi itu mengikut cara yang sama dan dengan kesan yang sama seolah-olah fungsi itu telah diberikan kepada pegawai diberi kuasa itu di bawah Bahagian ini. (2) Perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Pegawai Penjaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang telah diwakilkan sedemikian. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 27 Pekhidmat awam 31. Semua pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Pengemukaan kad kuasa 32. Seseorang pegawai diberi kuasa apabila bertindak di bawah Bahagian ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat apa-apa kad kuasa yang diarahkan oleh Menteri supaya dibawa oleh pegawai itu. Kuasa pegawai diberi kuasa untuk meminta maklumat dan menaksir levi 33. (1) Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi memastikan sama ada mana-mana majikan dikehendaki mendaftar atau membayar levi di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang— (a) memberi pegawai diberi kuasa itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir yang dinyatakan dalam notis itu; dan (b) hadir sendiri di hadapan pegawai diberi kuasa itu dan mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. 28 Undang-Undang Malaysia AktA 612 (3) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menaksir apa-apa bayaran levi yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan pada maklumat yang ada jika majikan itu— (a) tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini; atau (b) tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini. (4) Penaksiran yang dibuat di bawah subseksyen (3) adalah menjadi bukti yang mencukupi bagi tuntutan Perbadanan untuk mendapatkan apa-apa levi di bawah seksyen 24. Kuasa untuk memeriksa orang 34. (1) Pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian. (2) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu. (3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh enggan menjawab apa-apa soalan jika jawapan kepada apa-apa soalan itu berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (4) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan. (5) Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu peruntukan subseksyen (2), (3) dan (4). Pembangunan Sumber Manusia Berhad 29 (6) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu. Kebolehterimaan pernyataan 35. (1) Jika seseorang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu menjadi suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak, dan sama ada atau tidak pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai diberi kuasa lain atau mana-mana orang lain sama ada yang berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah boleh diterima pada perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balasnya dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan dalam pemeriksaan balas atau bagi maksud mencabar kebolehpercayaan orang yang membuat pernyataan itu— (a) jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan-alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa kelebihan atau mengelak daripada apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau 30 Undang-Undang Malaysia AktA 612 (b) dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian: “Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”. (3) Walau apa pun subseksyen (2), pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberikan amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia telah tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin. (4) Seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas amaran yang disebut dalam subseksyen (2) telah diberikan kepadanya. Kuasa untuk menggeledah dan menyita 36. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bagi maksud menjalankan matlamat Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, pada mana-mana masa munasabah masuk, menyiasat dan memeriksa mana-mana tempat kerja. (2) Apabila ternyata pada seseorang Majistret berdasarkan maklumat, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh dengan waran mengarahkan mana-mana pegawai diberi kuasa supaya memasuki tempat itu, dengan kekerasan jika perlu, dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa keterangan sedemikian. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 31 (3) Pegawai diberi kuasa itu boleh, apabila perlu untuk berbuat demikian— (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja dan masuk ke dalam tempat itu; (b) masuk dengan kekerasan ke dalam tempat itu dan tiap-tiap bahagian tempat itu; (c) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; (d) menahan mana-mana orang yang ditemui dalam tempat itu sehingga tempat itu selesai digeledah; atau (e) menyita apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa perkara berhubung dengan kesalahan itu. (4) Apabila didapati oleh mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada tersembunyi atau disimpan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang disyaki mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu dan pegawai itu mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah buku, akaun atau dokumen lain itu berkemungkinan dialihkan, pegawai diberi kuasa itu boleh menjalankan dalam dan berkenaan dengan tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (1) seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2). (5) Walau apa pun subseksyen (1), (2) atau (4), pegawai diberi kuasa hendaklah mendapatkan keizinan bertulis Menteri sebelum memasuki, menyiasat dan memeriksa mana-mana tempat kerja di bawah seksyen ini. 32 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Senarai benda yang disita 37. (1) Pegawai diberi kuasa yang menyita apa-apa buku, akaun, dokumen atau benda lain di bawah Akta ini hendaklah menyediakan suatu senarai mengenai buku, akaun, dokumen atau benda lain yang disita itu dan dengan segera menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatanganinya kepada majikan atau ejen atau pekhidmatnya yang hadir di tempat penyitaan. (2) Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai suatu pernyataan, pengakuan atau pengakuan salah yang dibuat oleh majikan atau ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan penyiasatan tetapi hendaklah boleh diterima sebagai keterangan. Halangan penggeledahan, dsb. 38. Mana-mana orang yang— (a) menyerang, menghalang, menggalang atau melengah- lengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat kemasukan yang berhak dibuatnya di bawah Akta ini, atau dalam pelaksanaan mana-mana kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau (b) tidak mematuhi apa-apa permintaan yang sah yang dibuat oleh seseorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah seksyen 36, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Pengkompaunan kesalahan 39. (1) Pegawai Penjaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan, kecuali kesalahan di bawah seksyen 40 atau 41, yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu Pembangunan Sumber Manusia Berhad 33 kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pegawai Penjaga suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pegawai Penjaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pegawai Penjaga tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Pegawai Penjaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Bahagian VI KESALAHAN DAN PENALTI Perisytiharan tidak betul, kegagalan untuk memberikan penyata, dsb. 40.
Part document.segment-2
612 - AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
612 - AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 — segment 2
AI-assisted research summary: This part creates offences for false or missing required documents, false claims for benefits, and breaches with no specific penalty, and sets fines, jail terms, court orders, and ministerial powers.
(1) Mana-mana orang yang— (a) membuat secara bertulis, atau menandatangani apa-apa perisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir; atau 34 Undang-Undang Malaysia AktA 612 (b) tidak atau enggan memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya diberikan atau dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Jika mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, Mahkamah hendaklah memerintahkan orang itu supaya memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya diberikan atau dikemukakan. Penalti bagi percubaan untuk memperoleh atau memperoleh wang atau faedah melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan 41. Mana-mana orang yang— (a) cuba untuk memperoleh apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan; atau (b) memperoleh apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain yang diperuntukkan di bawah Akta ini melalui pernyataan atau dokumen yang palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Pembayaran balik 42. Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen 41, Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada pengenaan penalti di bawah seksyen itu, memerintahkan orang itu supaya membuat pembayaran balik amaun wang atau nilai faedah yang diperoleh secara salah itu berserta dengan faedah pada kadar sepuluh peratus setahun berkenaan dengan setiap hari dari hari dia menerima bantuan kewangan atau faedah lain itu. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 35 Penalti am 43. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan atau badan lain 44. Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain— (a) mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain atau pekongsi dalam pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu; atau (b) berupa bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah, bersama dengan pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu berlaku. Tanggungan bersesama dan berasingan bagi pengarah, dsb. 45. Jika apa-apa levi masih tidak dibayar oleh seseorang majikan yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain, pengarah pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang lain itu dalam tempoh levi kena dibayar, atau dalam hal sesuatu firma, pekongsi firma itu, termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam tempoh levi kena dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah berserta dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu bertanggungan bersesama dan berasingan bagi levi yang terhutang dan kena dibayar kepada Perbadanan. 36 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Permulaan pendakwaan 46. Tiada pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Perintah supaya mendaftar atau membayar levi 47. (1) Jika seseorang majikan didapati bersalah atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen 13(2), Mahkamah hendaklah memerintahkan majikan itu supaya mendaftar dengan Perbadanan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) dan memerintahkan majikan itu supaya membayar amaun levi yang tertunggak, berserta dengan apa-apa faedah baginya, yang terhutang dan kena dibayar kepada Perbadanan. (2) Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 14(3), Mahkamah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar levi, berserta dengan faedah baginya, yang terhutang dan kena dibayar kepada Perbadanan. Bahagian VII PERUNTUKAN AM Peraturan-peraturan 48. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan— (a) pendaftaran majikan bagi maksud Akta ini; (b) perkara-perkara yang berhubungan dengan penguatkuasaan; (c) pengenaan dan pemungutan levi; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 37 (d) kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara untuk mengkompaunkan kesalahan itu; atau (e) apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini. Kuasa untuk meminda Jadual Pertama 49. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, membatalkan, mengubah atau meminda Jadual Pertama. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 50. Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini kepada Perbadanan dan Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan sedemikian. Kerahsiaan 51. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan atau pegawai diberi kuasa boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang diperolehnya dalam perjalanan tugasnya di bawah Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Maklumat daripada mana-mana pihak berkuasa awam atau badan berkanun 52. Perbadanan boleh meminta maklumat daripada mana-mana pihak berkuasa awam atau badan berkanun berhubung dengan mana-mana majikan yang telah didaftarkan di bawah Akta ini atau yang kena didaftarkan di bawah Akta ini. 38 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Bahagian VIII PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN PERALIHAN Pemansuhan 53. Pada tarikh yang ditetapkan— (a) Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992 [Akta 491] (dalam Bahagian ini disebut “Akta yang dimansuhkan”) adalah dimansuhkan; dan (b) Majlis Pembangunan Sumber Manusia (dalam Bahagian ini disebut “Majlis”), yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu, hendaklah terhenti wujud. Keberterusan undang-undang, dsb. 54. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala undang-undang bertulis, perintah, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang menyentuh atau bagi perlindungan Majlis dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini, terus berkuat kuasa pada dan selepas tarikh yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan; dan apa-apa sebutan di dalamnya mengenai Majlis hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perbadanan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya. (2) Segala perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, setakat yang perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan itu selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah, arahan pelantikan, pemberitahuan dan peraturan-peraturan itu digantikan, dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ini. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 39 Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan tugas 55. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan Majlis hendaklah dari tarikh itu turun kepada Perbadanan. Perpindahan harta 56. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Majlis sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada Perbadanan tanpa apa-apa pemindahakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik. Kontrak yang sedia ada 57. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 56 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh terhadap atau memihak kepada Perbadanan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan secara berkesan seolah-olah Perbadanan, dan bukannya Majlis mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya. Keberterusan liabiliti 58. Mana-mana majikan yang tidak mendaftar di bawah Akta yang dimansuhkan boleh didakwa dan Perbadanan berhak untuk mendapatkan apa-apa amaun levi yang kena dibayar kepada Majlis di bawah Akta yang dimansuhkan. 40 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Keberterusan prosiding sivil dan jenayah 59. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, baik pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidaklah menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Majlis atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan. (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Majlis seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan. Pemindahan Kumpulan Wang 60. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua wang atau levi yang berada dalam, dan kena dibayar kepada, Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 9 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 41 Pegawai dan pekhidmat Majlis 61. (1) Perbadanan hendaklah menerima ke dalam penggajiannya pada tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu ialah seorang pegawai atau pekhidmat Majlis dan yang telah diberi pilihan oleh Majlis dan telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan. (2) Tiap-tiap orang yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan. Perpindahan pendaftaran majikan 62. Tiap-tiap majikan yang didaftarkan di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini. Mengelakkan anomali 63. (1) Jika apa-apa kesukaran timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang diperuntukkan dalam Bahagian ini, Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan itu sebagaimana yang didapatinya perlu bagi mengatasi atau mengelakkan apa-apa kesukaran. (2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan. (3) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini. 42 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Jadual Pertama [Subseksyen 1(2) dan 15(1)] Bahagian i Kelas Majikan Industri A. Sektor Perkilangan (1) Majikan yang mempunyai Pengilangan, iaitu pembuatan atau sepuluh orang pekerja pemprosesan sesuatu barang dengan atau lebih menggunakan buruh atau mesin atau kedua-duanya, termasuk mengubah bahagian atau komponen kepada barang lain yang mempunyai sifat atau ciri yang berbeza, melalui pengubahan, pengadunan, penghiasan, pengemasan atau selainnya mengawet atau menyesuaikan apa-apa barang atau bahan supaya ia dapat digunakan, dijual, diangkut, dihantar atau dilupuskan, termasuk pembinaan kapal atau pemasangan bahagian-bahagian kapal. (2) Perubahan bilangan pekerja Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan A(1) menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu. B. Sektor Perkhidmatan (1) Majikan yang mempunyai (i) Hotel, iaitu penyediaan dengan sepuluh orang pekerja dibayar fi, tempat penginapan atau lebih dalam hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan, rumah sewaan, chalet, tempat peranginan atau tempat serupa itu yang lain, sama ada yang terbuka kepada orang awam atau terhad kepada anggota sesuatu organisasi tertentu; (ii) Pengangkutan udara, iaitu penyediaan pengangkutan melalui udara, dengan dibayar fi atau berasaskan suatu kontrak, bagi penumpang atau angkutan sama ada dengan perkhidmatan biasa atau carter persendirian, termasuk perkhidmatan pembaikpulihan, pembaikan, penyenggaraan dan pembersihan pesawat udara; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 43 Kelas Majikan Industri (iii) Pengusahaan pelancongan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan perniagaan, pengendalian atau pengurusan pelancongan dalam Negeri atau ke luar Negeri atau apa-apa perniagaan agensi pengembaraan mengikut pengertian Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]; (iv) Telekomunikasi, iaitu penyediaan suatu sistem bagi pembawaan, dengan menggunakan tenaga elektrik, magnet, elektro-magnet, elektro-kimia atau tenaga eletro- mekanik bagi— (A) percakapan, muzik dan bunyi lain; (B) imej tampak; (C) isyarat yang menyampaikan (sama ada antara orang dengan orang, benda dengan benda atau orang dengan benda) apa-apa perkara selain dalam bentuk bunyi atau imej tampak; atau (D) isyarat yang digunakan bagi menggerakkan atau mengawal mesin atau radas; (v) Penghantaran angkutan, iaitu apa-apa perkiraan angkutan melalui udara, laut atau darat dari pangkalan muatan/asal ke pangkalan pemunggahan/ destinasi, atau penyediaan kegiatan logistik menyeluruh dan termasuk perniagaan ejen penghantar, iaitu, yang melibatkan kegiatan mendapatkan pelepasan kastam bagi angkutan, tetapi tidak termasuk pengangkutan penghantaran oleh unit perniagaan bagi penggunaan mereka sendiri; 44 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Kelas Majikan Industri (vi) Perkapalan, iaitu pengendalian vesel bagi pengangkutan angkutan atau penumpang ke luar negara atau menyusuri pantai, termasuk perkhidmatan menunda di laut lepas atau di dalam pelabuhan, pengendalian vesel untuk pengangkutan melalui sungai, terusan dan jalan air pedalaman lain, termasuk feri yang dikendalikan menyeberangi sungai, tasik dalaman atau di dalam pelabuhan, perkhidmatan bot tambang, bot persiaran, penundaan atau kapal tunda di jalan air pedalaman, dan termasuk pembaikpulihan, pembaikan, penyenggaraan dan pembersihan kapal; (vii) Pos atau kiriman cepat, iaitu penghantaran barang pos seperti surat, poskad, akhbar, buku, dokumen, risalah, pola atau paket contoh, paket kecil, bingkisan, bungkusan atau apa-apa barang atau benda lain yang boleh dihantar melalui pos atau perkhidmatan kiriman cepat; (viii) Pengiklanan, iaitu penyediaan perkhidmatan pengiklanan oleh agensi pengiklanan untuk atau bagi pelanggan dengan dibayar fi atau berasaskan suatu kontrak dalam pelbagai jenis media atau melakukan kerja penyelidikan pasaran; (ix) Perkhidmatan komputer, iaitu pembangunan atau penambahbaikan perisian, penyenggaraan perisian atau pangkalan data, penyepaduan atau perangkaian sistem, pembekalan kakitangan secara kontrak, pengurusan kemudahan, pemasangan komputer atau perkhidmatan penyenggaraan, atau penyediaan perkhidmatan nasihat atau khidmat runding; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 45 Kelas Majikan Industri (x) Tenaga, iaitu membekalkan dan menyediakan tenaga elektrik atau elektrik apabila dijanakan, dihantar, diagihkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi penghantaran apa-apa perhubungan atau isyarat; (xi) Latihan, iaitu perniagaan menyediakan latihan atau kemahiran yang umum atau khusus oleh mana- mana pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang tetapi tidak termasuk latihan oleh penyedia latihan Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri; (xii) Pendidikan tinggi, iaitu penyediaan ajaran atau latihan mengenai atau pengajaran kursus pengajian yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudah tamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajian itu atau penyediaan pendidikan jarak jauh, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi atau pendidikan jarak jauh yang disediakan oleh institusi pendidikan yang ditubuhkan dan diuruskan secara langsung oleh Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau disediakan oleh mana-mana Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] atau Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] atau Politeknik Ungku Omar yang ditubuhkan di bawah Akta Politeknik Ungku Omar 1974 [Akta 145]; (xiia) Pengangkutan darat perdagangan, iaitu penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam darat (tidak termasuk perkhidmatan pengangkutan kereta api), terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan 46 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Kelas Majikan Industri awam darat itu, termasuk penyediaan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan bagi mengangkut penumpang atau barangan iatu bas, bas carter, bas ekspres, bas pengantara, bas mini, bas berhenti-henti, bas sekolah, bas persiaran, bas lapangan terbang, bas pekerja, teksi lapangan terbang, kereta sewa, teksi mewah, teksi, dan kereta sewa dan pandu bagi pelancong; (xiib) Perkhidmatan pengangkutan kereta api, iaitu penyediaan apa-apa pengangkutan kereta api untuk kegunaan awam bagi mengangkut penumpang atau barangan atau kedua-duanya termasuk tren, komuter, monorel, sistem rangkaian transit aliran ringan dan apa-apa pengangkutan kereta api yang berkaitan dengan dibayar upah, fi atau berasaskan suatu kontrak; (xiii) Jualan langsung, iaitu jualan pintu ke pintu atau jualan pesanan pos mengikut pengertian *Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500]; (xiv) Perkhidmatan pelabuhan, iaitu pengusahaan semua atau apa-apa kerja daripada apa-apa perihalan berkaitan dengan pengurusan atau pengendalian sesuatu pelabuhan oleh mana-mana pelabuhan persendirian, pelabuhan pedalaman atau, mana-mana syarikat, firma atau orang yang diberi kuasa dengan dilesenkan untuk mengusahakan kerja sedemikian; (xv) Perkhidmatan sokongan dan penyenggaraan kejuruteraan, iaitu pengendalian, pengujian atau penyenggaraan kejuruteraan elektrik, elektronik atau perisian atau sistem mekanikal dan kelengkapan, *CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Jualan Langsung 1993 [Akta 500]—lihat Akta Jualan Langsung (Pindaan) 2010 [Akta A1379]. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 47 Kelas Majikan Industri termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengujian dan pemasangan mana- mana kelengkapan baru yang perkhidmatannya diberikan kepada mana-mana syarikat, perniagaan, kilang atau pihak berkuasa awam; (xvi) Penyelidikan dan pembangunan, iaitu penjalanan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang termasuklah— (A) penyelidikan tulen seperti kerja eksperimental atau teoretikal yang dijalankan terutamanya untuk mendapatkan pengetahuan saintifik atau teknikal yang baru; (B) penyelidikan gunaan seperti penyelidikan asal atau kritikal yang dijalankan untuk mendapatkan pengetahuan saintifik atau teknikal yang baru, atau yang menjurus kepada objektif praktikal yang tertentu; dan (C) penggunaan pengetahuan saintifik atau teknikal bagi menghasilkan material, peranti, produk atau perkhidmatan yang baru atau yang telah diperbaiki secara substantif untuk memasang proses atau sistem yang baru sebelum permulaan pengeluaran atau aplikasi komersial, atau memperbaiki secara substantif material, peranti, produk atau perkhidmatan yang telah dihasilkan atau dipasang; (xvii) Perkhidmatan penggudangan, iaitu penyediaan gudang dalam bon atau mana-mana tempat lain yang dilesenkan bagi penggudangan barang-barang berduti yang termasuklah semua barang yang; 48 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Kelas Majikan Industri tertakluk kepada pembayaran duti kastam dan yang ke atasnya duti itu masih belum dibayar lagi; (xviii) (Dipotong oleh P.U. (A) 452/2005); (xix) (Dipotong oleh P.U. (A) 452/2005); (xx) Perkhidmatan keselamatan, iaitu penyediaan perkhidmatan keselamatan persendirian yang termasuklah penyediaan pengawal dan rondaan, khidmat runding keselamatan, kereta berperisai atau penyediaan nasihat berhubung dengan keselamatan harta, premis, kakitangan, loji dan kelengkapan; (xxi) Perkhidmatan hospital swasta, iaitu penyediaan rawatan atau wad kepada pesakit dalam mana- mana premis selain hospital atau institusi Kerajaan dan termasuklah mana-mana rumah bersalin swasta tetapi tidak termasuk rumah jagaan kejururawatan swasta mengikut pengertian Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; (xxii) Perbekalan gas, wap dan pendingin udara, iaitu pengumpulan, pembekalan, pengagihan atau penyediaan gas, wap dan pendingin udara termasuk pengagihan bahan api berunsur gas melalui saluran utama, pengumpulan dan pengagihan wap dan air panas bagi maksud pemanasan, tenaga atau maksud lain, pengagihan udara dingin atau air yang disejukkan bagi maksud pendinginan, dan pembekalan ais bagi maksud makanan dan bukan makanan atau bagi maksud pendinginan; (xxiii) Perawatan dan pembekalan air, iaitu proses perawatan air daripada pelbagai sumber dan pembekalan atau pengagihan air melalui pelbagai cara bagi keperluan domestik dan industri. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 49 Kelas Majikan Industri (xxiv) Pembetungan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan penyediaan, penyenggaraan atau pengendalian sistem pembetungan atau kemudahan rawatan kumbahan termasuk penakungan dan rawatan air buangan dari kawasan kediaman atau perindustrian yang dibawa melalui apa-apa cara jua bagi maksud pelambakan, pelupusan atau penukaran kepada bentuk bukan toksik; (xxv) Perkhidmatan pengurusan sisa dan pemulihan semula bahan, iaitu apa-apa aktiviti yang melibatkan pengumpulan, rawatan atau pelupusan bahan sisa pepejal, cecair atau bergas yang dibuang, ditolak, tidak dikehendaki atau ditinggalkan untuk diguna semula, dikitar semula, diproses semula, dipulih semula atau ditulenkan melalui suatu proses yang berasingan termasuk aktiviti pemulihan dan perkhidmatan pengurusan sisa yang lain; (xxvi) Penerbitan wayang gambar, video dan program televisyen, rakaman bunyi dan penerbitan muzik, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan— (A) pembuatan atau penerbitan wayang gambar, filem, video dan program televisyen atau iklan komersial; (B) aktiviti pascapenerbitan filem, video dan program televisyen, atau iklan komersial untuk radio, televisyen atau filem; 50 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Kelas Majikan Industri (C) aktiviti pengedaran atau aktiviti bagi mendapatkan hak pengedaran filem, pita video, DVD atau penerbitan yang seumpamanya bagi maksud komersial; (D) aktiviti penayangan wayang gambar atau pita video; (E) penerbitan rakaman induk (bunyi) asal, perkhidmatan rakaman bunyi dan perkhidmatan yang berkaitan; atau (F) aktiviti penerbitan muzik dan perkhidmatan yang berkaitan; (xxvii) Perkhidmatan maklumat iaitu penyediaan dan pembekalan data, pengetahuan atau maklumat kepada pelanggan bagi maksud komersial termasuk penyediaan perkhidmatan memproses data dan perkhidmatan pengehosan, perkhidmatan portal web, perkhidmatan agensi berita dan sindiket berita, dan perkhidmatan yang berkaitan; (xxviii) Perkhidmatan bangunan dan landskap, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan pengurusan, penyenggaraan, penjagaan atau pembersihan bangunan, landskap, kelengkapan enjin, jentera atau pembersihan perindustrian yang lain; (xxix) Perkhidmatan pengurusan acara, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa-apa perihalan yang melibatkan pengurusan, promosi atau penganjuran konvensyen, pameran perniagaan atau perdagangan, atau acara awam atau persendirian; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 51 Kelas Majikan Industri (xxx) Pendidikan awal kanak-kanak, iaitu penyediaan penjagaan atau pendidikan awal kepada kanak- kanak berumur di bawah enam tahun oleh taman bimbingan kanak-kanak dan taman didikan kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas untuk kanak-kanak termasuk penyediaan pendidikan khas untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat ini tetapi tidak termasuk penjagaan atau pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh taman bimbingan kanak-kanak atau taman didikan kanak-kanak yang dimiliki atau yang dikendalikan oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau oleh mana- mana badan berkanun; (xxxi) Perkhidmatan sokongan kesihatan, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perkhidmatan makmal perubatan atau kesihatan, pusat dialisis, pusat fisioterapi atau terapi pekerjaan, akupuntur, atau ahli herba dan homeopati, tetapi tidak termasuk— (A) aktiviti hospital dan rumah bersalin; (B) aktiviti amalan perubatan am atau pergigian; (C) aktiviti penjagaan di rumah; (D) perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh jururawat, bidan, ahli krioterapi, tukang urut tradisional, pengamal Ayurveda atau pengamal perubatan alternatif lain, atau pengamal paramedikal; 52 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Kelas Majikan Industri (E) perkhidmatan ambulans; dan (F) perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain mengikut pengertian Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; (xxxii) Francais, iaitu berhubung dengan perniagaan francais, apa-apa jenis perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perjanjian francais atau yang melibatkan pembelian hak untuk menjual atau mengedar produk, perkhidmatan, maklumat, teknik atau harta intelek tertentu oleh pemegang francais daripada pembeli francais. Perkataan “francais” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Francais 1998 [Akta 590]; (xxxiii) Penjualan dan pembaikan kenderaan bermotor, iaitu perdagangan atau penjualan, sama ada secara borong atau runcit, apa-apa jenis kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor oleh pengilang, pembekal, pemborong, peruncit atau ejen dan penyediaan perkhidmatan yang bersampingan dengan penjualan kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor itu atau penyediaan perkhidmatan selepas jualan secara berkala, termasuk penyenggaraan atau pembaikan, semasa atau selepas sesuatu kenderaan bermotor atau komponen kenderaan bermotor dijual; (xxxiv) Perkhidmatan penyiaran swasta, iaitu apa-apa aktiviti bagi mencipta kandungan atau mendapatkan hak untuk mengedarkan kandungan bagi rancangan radio, televisyen atau rancangan kabel dan penyiaran kandungan itu kepada umum; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 53 Kelas Majikan Industri (xxxv) Sekolah memandu, iaitu apa- apa aktiviti yang melibatkan penyediaan perkhidmatan oleh sesuatu sekolah memandu atau institut memandu; (xxxvi) Perkhidmatan veterinar, iaitu penyediaan perkhidmatan pengawalan dan penjagaan kesihatan untuk haiwan ternakan atau peliharaan oleh doktor veterinar atau pekerja veterinar termasuk— (A) pemeriksaan klinikopatologi dan diagnosis; (B) diagnosis, penyembuhan, peringanan, rawatan atau pencegahan apa- apa penyakit, kecacatan, luka atau kecederaan pada haiwan; (C) perkhidmatan ambulans haiwan; dan (D) perkhidmatan ujian spesimen haiwan. Perkataan “perkhidmatan veterinar” hendaklah termasuk kesemua aktiviti atau perkhidmatan yang disediakan oleh klinik haiwan, pusat veterinar atau hospital veterinar; (xxxvii) Perkhidmatan pasar raya besar, pasar raya dan gedung serbaneka, iaitu penjualan item seperti barang- barang runcit, keperluan harian, hasil tanaman, daging, konfeksi, minuman, perkakasan domestik dan keperluan tandas, pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak dan apa-apa jenis pakaian yang lain, barangan elektrik, perabot atau apa-apa barangan untuk jualan yang lain; 54 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Kelas Majikan Industri (xxxviii) Perkhidmatan makanan dan minuman, iaitu apa-apa perniagaan atau aktiviti mengenai apa- apa perihalan yang melibatkan perkhidmatan bekalan makanan atau minuman untuk pelanggan atau untuk suatu acara (tetapi tidak termasuk aktiviti pengilangan makanan dan minuman). (2) Perubahan bilangan pekerja Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan B(1) menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu. C. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian (1) Majikan yang mempunyai Perlombongan dan pengkuarian, iaitu apa-apa sepuluh orang pekerja perniagaan atau aktiviti yang melibatkan atau lebih proses pengekstrakan mineral yang terjadi secara semula jadi sebagai pepejal, cecair atau gas termasuklah— (A) perlombongan batu arang keras dan lignit (batu arang coklat atau perang), bijih besi, bijih logam bukan besi, atau mineral kimia dan baja; (B) perlombongan atau pengkuarian bahan pelelas, asbestos, mil fosil bersilikon, grafit semula jadi, steatite (talkum), batu permata, asfalt semula jadi, asfaltit dan batu berasfalt, bitumen pepejal semula jadi, kuartza dan mika; (C) pengekstrakan minyak petroleum mentah, syal bitumen atau syal minyak dan pasir tar, gas asli, kondensat, hidrokarbon cecair, metana, etana, butana atau propana; Pembangunan Sumber Manusia Berhad 55 Kelas Majikan Industri (D) pengekstrakan dan pengumpulan tanah gambut dan garam, termasuk pengekstrakan garam melalui penyejatan air laut atau air masin lain; (E) pengkuarian batu, pasir dan tanah liat; atau (F) perkhidmatan sokongan khusus perlombongan atau pengkuarian yang disediakan berdasarkan fi atau kontrak. (2) Perubahan bilangan pekerja Sekiranya bilangan pekerja bagi majikan di bawah subperenggan C(1) menjadi kurang daripada sepuluh orang, kadar levi yang dikenakan hendaklah kekal pada satu peratus daripada upah bulanan setiap pekerja itu. Bahagian ii Kelas Majikan Industri A. Sektor Perkilangan Industri perkilangan yang berhubungan dengan Sektor Perkilangan sebagaimana Majikan yang mempunyai lima yang dinyatakan dalam subperenggan hingga sembilan orang pekerja A(1) Bahagian I B. Sektor Perkhidmatan Semua industri yang berhubungan dengan Sektor Perkhidmatan sebagaimana yang Majikan yang mempunyai lima dinyatakan dalam subperenggan B(1) hingga sembilan orang pekerja Bahagian I C. Sektor Perlombongan dan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Pengkuarian yang berhubungan dengan Sektor Perlombongan dan Pengkuarian Majikan yang mempunyai lima sebagaimana yang dinyatakan dalam hingga sembilan orang pekerja subperenggan C(1) Bahagian I. 56 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Jadual Kedua [Subseksyen 7(5)] 1. Tertakluk kepada peruntukan perenggan ini, tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah memegang dan mengosongkan jawatannya mengikut terma pelantikannya dan, apabila terhenti daripada menjadi anggota, adalah layak untuk dilantik semula. 2. (1) Seseorang anggota Lembaga— (a) yang pada tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut, tanpa sebab yang munasabah atau kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi, yang tidak hadir dan tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengan anggota itu; (b) yang telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; (c) yang telah menjadi bankrap atau membuat perkiraan dengan pemiutang-pemiutangnya; (d) yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah, fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak, atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (e) yang peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (f) yang pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, hendaklah terhenti menjadi anggota Lembaga. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Lembaga oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan itu. (3) Peruntukan subperenggan (1), selain subsubperenggan (a), hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti. 3. Tertakluk kepada perenggan 4, seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula. 4. (1) Pelantikan seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 57 (2) Seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri. 5. (1) Menteri hendaklah memanggil mesyuarat pertama Lembaga. (2) Lembaga hendaklah bermesyuarat dengan seberapa yang kerap supaya tidak lebih daripada tiga bulan berlalu antara mesyuarat. (3) Kuorum Lembaga ialah sepuluh orang. (4) Jika atas apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Lembaga terdapat pembahagian undi yang sama banyak, Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. 6. Maka hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri kepada anggota atau anggota silih ganti Lembaga kerana menghadiri mesyuarat Lembaga. 7. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana- mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau perbincangan itu. 8. Tiada seorang pun anggota Lembaga menanggung liabiliti sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga atau Perbadanan melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan secara sengaja atau kerana perbuatan melulu atau kecuaian melampau. 9. Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri. 10. Meterai Perbadanan hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota Lembaga dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai Perbadanan dan disahkan sedemikian hendaklah, sehingga ditunjukkan sebaliknya, disifatkan sebagai telah dimeteraikan secara sah. 58 Undang-Undang Malaysia AktA 612 Jadual Ketiga [Subseksyen 26(4)] 1. Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai, atau untuk menjadi seorang anggota Panel Pelaburan: (a) seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak; (b) seseorang bankrap; atau (c) seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan tugasnya. 2. Seseorang anggota Panel Pelaburan hendaklah terhenti menjadi anggota jika— (a) dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Panel Pelaburan secara berturut- turut tanpa kebenaran Pengerusi Panel Pelaburan; atau (b) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dalam hal seseorang yang dilantik di bawah perenggan 26(2)(f). 3. Seseorang anggota yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan 26(2)(f) boleh meletakkan jawatan sebagai anggota Panel Pelaburan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis yang ditujukan kepada Menteri. 4. Jika mana-mana anggota Panel Pelaburan mempunyai apa-apa kepentingan benefisial dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Panel Pelaburan, dia hendaklah dengan segera mengisytiharkan jenis dan takat kepentingannya dalam perkara itu kepada Pengerusi dan Panel Pelaburan hendaklah memutuskan sama ada atau tidak dia boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat Panel Pelaburan itu apabila perkara itu dipertimbangkan, walau apa pun kepentingannya dalam perkara itu. 5. (1) Panel Pelaburan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki supaya berbuat demikian oleh Pengerusi Panel Pelaburan. (2) Pengerusi Panel Pelaburan dan tiga orang anggota lain Panel Pelaburan membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Panel Pelaburan. 6. Seseorang anggota Panel Pelaburan boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri kerana menghadiri mesyuarat Panel Pelaburan. Pembangunan Sumber Manusia Berhad 59 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 612 AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 428/2004 Perintah Pembangunan Sumber 01-01-2005 Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2004 P.U. (A) 452/2005 Perintah Pembangunan Sumber 01-01-2005 Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2005 P.U. (A) 376/2007 Perintah Pembangunan Sumber 01-12-2007 Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2007 Akta A1323 Akta Pembangunan Sumber 20-02-2008 Manusia Berhad (Pindaan) 2007 P.U. (A) 110/2014 Perintah Pembangunan Sumber 21-04-2014 Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2014 P.U. (A) 69/2017 Perintah Pembangunan Sumber 01-04-2017 Manusia Berhad (Pindaan Jadual Pertama) 2017 60 Undang-Undang Malaysia AktA 612 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 612 AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A1323 20-02-2008 2 Akta A1323 20-02-2008 3 Akta A1323 20-02-2008 4 Akta A1323 20-02-2008 20 Akta A1323 20-02-2008 22 Akta A1323 20-02-2008 Jadual Pertama P.U. (A) 428/2004 01-01-2005 P.U. (A) 452/2005 01-01-2005 P.U. (A) 376/2007 01-12-2007 P.U. (A) 110/2014 21-04-2014 P.U. (A) 69/2017 01-04-2017
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
612 - AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD 2001
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in