AI-assisted research summary: This Act amends the Care Centres Act 1993 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Pusat Jagaan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1564 AKTA PUSAT JAGAAN (PINDAAN) 2018 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1564 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 26 Mac 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 29 Mac 2018 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pusat Jagaan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1564 AKTA PUSAT JAGAAN (PINDAAN) 2018 Suatu Akta untuk meminda Akta Pusat Jagaan 1993. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2018. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dalam takrif “penghuni”, dengan memasukkan selepas perkataan “seseorang” perkataan “di bawah umur enam puluh tahun”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1564 Pindaan seksyen 3 3. Seksyen 3 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (e), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan; (b) dalam perenggan (f), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan dengan perkataan “; atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut: “(g) mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 [Akta 802].”. Seksyen baharu 11b 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11a seksyen yang berikut: “Orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas boleh diterima masuk 11b. Pengendali pusat jagaan berdaftar boleh menerima masuk mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas sebagai orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar dan penerimaan masuk itu hendaklah berdasarkan kriteria sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018.”.