A1493 - AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015
This Act amends the Chemists Act 1975 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1493 - AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1493 - AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015
AI-assisted research summary: This Act amends the Chemists Act 1975 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Ahli Kimia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1493 AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1493 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Ogos 2015 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 24 Ogos 2015 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Ahli Kimia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1493 AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Kimia 1975. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Kimia (Pindaan) 2015. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Ahli Kimia 1975 [Akta 158], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “Majlis” takrif yang berikut: ‘ “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;’. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1493 Pindaan seksyen 7 3. Seksyen 7 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) mengadakan— (i) latihan, pendidikan dan peperiksaan oleh Institut atau mana-mana badan lain, bagi orang yang bercadang untuk menjadi anggota; dan (ii) latihan dan perkembangan profesional berterusan bagi anggota yang mengamalkan atau bercadang untuk mengamalkan profesion kimia di Malaysia;”; (b) dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut: “(d) memajukan kepentingan profesion kimia dan juga meningkatkan kesedaran awam dan penghargaan terhadap bidang kimia;”; (c) dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (e) dengan koma bernoktah; dan (d) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(f) memberi maklumat dan nasihat kepada anggota dan orang awam tentang perkara yang berhubungan dengan kimia; (g) bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, badan profesional kebangsaan dan antarabangsa, organisasi saintifik kebangsaan dan antarabangsa dan institusi pendidikan tinggi tentang perkara yang berhubungan dengan kimia; (h) memberi input profesional, nasihat dan perundingan tentang isu nasional dan global yang melibatkan orang awam melalui kerjasama rapat dengan ahli akademik, badan profesional yang lain dan industri; Ahli Kimia (Pindaan) 5 (i) meluluskan atau menolak pemberian akreditasi bagi program kimia dan program berkaitan dengan kimia di institusi pendidikan tinggi awam dan institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia mengikut Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679]; (j) menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan kimia dan profesion kimia; dan (k) mempromosikan kemajuan dalam bidang kimia dan sains yang berkaitan dengan kimia dan aplikasinya.”. Pindaan seksyen 9 4. Subseksyen 9(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tiga belas” dengan perkataan “lima belas”. Pindaan seksyen 14 5. Seksyen 14 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Apabila jawatan Pendaftar kosong atas sebab kekosongan jawatan Ketua Pengarah Kimia, Menteri hendaklah melantik seseorang untuk menjalankan tugas sebagai Pendaftar sehingga Ketua Pengarah Kimia yang baru dilantik.”; (b) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “, dengan kelulusan Menteri,”; (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Pendaftar” dengan perkataan “Majlis”; dan (d) dengan memotong subseksyen (5). Pindaan seksyen 15 6. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “sebagai Fellows, Associates dan Licentiates” dengan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1493 perkataan “mengikut tiga gred, iaitu Fellow, Member dan Licentiate.”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya disiarkan dalam Warta, sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun, suatu salinan daftar itu yang mengandungi perubahan kepada senarai keanggotaan daftar bagi anggota yang telah dikeluarkan daripada daftar, dimasukkan dalam daftar atau dinaik taraf daripada Licentiate kepada Member atau Member kepada Fellow.”. Pindaan seksyen 17 7. Seksyen 17 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Fellowship, Associateship dan Licentiateship” dengan perkataan “Fellow, Member dan Licentiate”; (b) dalam perenggan (2)(a), dengan menggantikan perkataan “ijazah lulus atau ijazah kepujian” dengan perkataan “ijazah”; (c) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “seorang Associate” dengan perkataan “seorang Member”; (ii) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “ijazah lulus atau ijazah kepujian” dengan perkataan “ijazah”; dan (iii) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang daripada tiga tahun bagi ijazah atau yang setaraf dengannya Ahli Kimia (Pindaan) 7 atau tidak kurang daripada satu tahun bagi ijazah sarjana atau ijazah lebih tinggi atau yang setaraf dengannya; dan”; dan (d) dalam subseksyen (4)— (i) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “ijazah lulus atau ijazah kepujian” dengan perkataan “ijazah”; dan (ii) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) mempunyai pengalaman praktikal dalam kimia tidak kurang daripada satu tahun bagi ijazah atau yang setaraf dengannya; dan”. Pindaan seksyen 18 8. Subseksyen 18(2) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “seorang Associate” dengan perkataan “seorang Member”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “Associate bagi Institut Kimia Malaysia” dengan perkataan “Member bagi Institut Kimia Malaysia”. Pindaan seksyen 19 9. Seksyen 19 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Seseorang anggota yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan Majlis boleh menggantung keanggotaannya selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan jika disabitkan untuk kali kedua bagi kesalahan di bawah subseksyen (1), Majlis boleh menamatkan keanggotaannya serta-merta.”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1493 Pindaan seksyen 23 10. Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kedua dan berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 23a 11. Subperenggan 23a(1)(a)(i) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “ijazah lulus atau ijazah kepujian” dengan perkataan “ijazah”. Pindaan seksyen 25 12. Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “bersalah atas suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”. Pindaan seksyen 27 13. Seksyen 27 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Seseorang yang menghalang atau menggalang seseorang Pemeriksa dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.”. Ahli Kimia (Pindaan) 9 Pindaan Jadual Pertama 14. Jadual Pertama Akta ibu dipinda dalam subperenggan 5(2), dengan menggantikan perkataan “Tujuh” dengan perkataan “Sembilan”. Kecualian 15. Mana-mana orang yang, pada atau sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah didaftarkan sebagai seorang “Associate” hendaklah disifatkan telah didaftarkan sebagai seorang “Member” di bawah Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1493 - AKTA AHLI KIMIA (PINDAAN) 2015
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in