231 - *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980
This Act sets up the Malaysian Highway Authority, gives it powers over highways and tolls, and requires disclosure, reporting, audit, and confidentiality rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 231 - *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
231 - *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980
AI-assisted research summary: This Act sets up the Malaysian Highway Authority, gives it powers over highways and tolls, and requires disclosure, reporting, audit, and confidentiality rules.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 231 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980 Sebagaimana pada 1 Julai 2024 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 1980 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980 Tarikh Perkenan Diraja … … … 9 Jun 1980 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 12 Jun 1980 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1710 yang mula berkuat kuasa pada … … … 1 Julai 2024 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … … 2014 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 231 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II PENUBUHAN, KEWAJIPAN DAN KUASA LEMBAGA 3. Penubuhan Lembaga 4. Keanggotaan Lembaga 5. Anggota silih ganti 6. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 7. Kuorum, pengundian dan kekosongan 7A. Penzahiran kepentingan 8. Pelantikan pegawai dan penjawat 9. Kewajipan Ketua Pengarah 10. Penjawat awam 11. Fungsi dan kuasa Lembaga BAHAGIAN III KEWANGAN, LAPORAN DAN PENYELIAAN MENTERI 12. Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya Malaysia 13. Perbelanjaan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 Seksyen 14. Kumpulan wang rizab 15. Tol bagi kenderaan yang menggunakan lebuh raya 16. Kuasa untuk meminjam 17. Kuasa untuk melabur 17A. Kuasa untuk menubuhkan syarikat 18. Tahun kewangan dan anggaran tahunan 19. Akaun dan audit 20. Laporan tahunan BAHAGIAN IV PEMINDAHAN HAKMILIK LEBUH RAYA KEPADA LEMBAGA 21. Pemindahan hakmilik lebuh raya kepada Lembaga 21A. Penarikan balik lebuh raya daripada kawalan dan pengurusan Lembaga BAHAGIAN V PENGAMBILAN HARTA 22. Kuasa am untuk mengambil tanah BAHAGIAN VI PELBAGAI 23. Kuasa untuk mengambil bekerja ejen 24. Pemakaian Akta Pengangkutan Jalan 1987 25. Kesalahan 26. Penalti am 26A. Pendakwaan 26B. Pengkompaunan kesalahan 27. Obligasi kerahsiaan 28. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan 29. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 30. Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan Akta 31. Tanggung rugi bagi Lembaga Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 5 Seksyen 32. Pemindahan hakmilik tanah daripada Lembaga kepada Kerajaan Persekutuan 33. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 34. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 35. Kuasa untuk meminda Jadual JADUAL 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 231 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980 Suatu Akta bagi menubuhkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan, pengawalseliaan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya, untuk mengenakan dan memungut tol, untuk membuat kontrak dan untuk membuat peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [24 Oktober 1980, P.U. (B) 531/1980] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 1980. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (3) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain− “kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 8; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 12; “lebuh raya” termasuklah semua lorong lalu lintas, lorong laju, lorong perlahan, bahu jalan, garis tengah, lorong mendaki, lorong memotong, terowong, gorong kotak kereta, gantri, hentian sebelah, kemudahan sampingan, ameniti, jambatan, laluan atas, jalan bawah, jalan tembok, jalan bertingkat, jalan tuju, landasan masuk dan keluar, plaza tol, kawasan rawat, kawasan senggara, perabot lebuh raya, papan tanda dan struktur dan lekapan lain dan mana-mana kawasan lain yang berdekatan dengannya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya; “Lembaga” ertinya Lembaga Lebuh Raya Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuklah mana-mana orang yang menjalankan fungsi Pengerusi secara sementara; “pengguna” ertinya mana-mana orang yang memandu atau mengendalikan apa-apa kenderaan di atas lebuh raya; _____________________________________________________________ *CATATAN—Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah memansuhkan Ordinan Lalulintas Jalan 1958 [No.49/58] Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 9 “tol” termasuklah apa-apa levi, bayaran atau pampasan yang dibayar kepada Lembaga bagi menggunakan lebuh raya atau mana-mana bahagiannya oleh kenderaan atau lalu lintas lain. BAHAGIAN II PENUBUHAN, KEWAJIPAN DAN KUASA LEMBAGA Penubuhan Lembaga 3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Lebuh Raya Malaysia” hendaklah ditubuhkan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, memindah hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga atas apa-apa syarat yang difikirkannya patut. (2) Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga. Keanggotaan Lembaga 4. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri seperti yang berikut: (a) seorang Pengerusi; (b) seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi kerja raya; (c) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan atau wakilnya; (d) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi atau wakilnya; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 (e) Ketua Pengarah, Jabatan Kerja Raya, Semenanjung Malaysia atau wakilnya; dan (f) Ketua Pengarah. (2) Menteri boleh, sebagai tambahan kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1), melantik tidak lebih daripada empat orang lain menjadi anggota Lembaga untuk mewakili kepentingan khas mengenai lebuh raya bagi tempoh tidak melebihi dua tahun. (3) Mana-mana anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2) yang berhenti menjadi anggota Lembaga adalah layak dilantik semula. Anggota silih ganti 5. (1) Menteri boleh, berkenan dengan setiap anggota Lembaga selain Pengerusi melantik, atas penamaan anggota itu, seorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab. (2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga. (3) Anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia berhenti menjadi anggota terlebih dahulu atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, berhenti daripada menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti itu berhenti daripada menjadi anggota Lembaga. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 6. (1) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi pada bila-bila masa yang Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya bagi apa-apa sebab atau pada bila-bila masa terdapat kekosongan dalam jawatan Pengerusi dan anggota itu hendaklah disifatkan sebagai Pengerusi pada masa dia menjalankan fungsi Pengerusi. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 11 (2) Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1) atau jika pelantikan itu tidak dibuat, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan semua fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi. Kuorum, pengundian dan kekosongan 7. (1) Kuorum semua mesyuarat Lembaga ialah empat orang anggota yang hadir sebagai tambahan kepada Pengerusi. (2) Sekiranya bilangan undi atas apa-apa soalan didapati sama banyaknya, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. (3) Lembaga boleh bertindak walaupun terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya. Penzahiran kepentingan 7A. (1) Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, melalui anggota keluarganya atau sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu— (a) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 (b) tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan. (3) Anggota Lembaga atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (4) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini. (5) Bagi maksud seksyen ini— “anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa, termasuklah— (a) suami atau isterinya; (b) ibu atau bapanya termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya; (c) anaknya termasuk anak angkatnya atau anak tirinya; (d) adik-beradiknya termasuk adik-beradik suami atau isterinya; dan (e) suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan “sekutu”, berhubung dengan anggota Lembaga atau jawatankuasa, ertinya— (a) orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu; (b) firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsi; Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 13 (c) pekongsi anggota itu; (d) pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau (e) mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu. Pelantikan pegawai dan penjawat 8. (1) Lembaga boleh melantik seorang Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Lembaga dan apa-apa bilangan pegawai atau penjawat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini. (2) Pelantikan Ketua Pengarah hendaklah dibuat dengan mendapatkan kelulusan Menteri terlebih dahulu. (3) Lembaga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan sebelum mewujudkan atau mengubah suai apa-apa skim perkhidmatan bagi pegawai atau penjawatnya, termasuklah terma dan syarat perkhidmatan, gaji, elaun dan saraan lain yang kena dibayar serta faedah lain. Kewajipan Ketua Pengarah 9. (1) Ketua Pengarah hendaklah— (a) bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan dasar Lembaga dan bagi pentadbiran am hal ehwalnya; (b) menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas semua pegawai atau penjawat yang bekerja dengan Lembaga; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 (c) melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (2) Dalam menjalankan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa am dan arahan Lembaga. (3) Lembaga boleh melantik secara sementara mana-mana pegawai Lembaga untuk bertindak sebagai Ketua Pengarah bagi tempoh— (a) apabila jawatan Ketua Pengarah itu kosong; (b) apabila Ketua Pengarah tidak hadir bertugas atau tiada di Malaysia; atau (c) apabila Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipannya. Penjawat awam 10. Semua anggota, anggota silih ganti, pegawai dan penjawat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Fungsi dan kuasa Lembaga 11. (1) Fungsi Lembaga adalah— (a) untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan; (b) untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan kawasan rehat dan rawat dan kemudahan lain yang difikirkan perlu di sepanjang lebuh raya sebagaimana yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan; (ba) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya; Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 15 (bb) untuk membentuk, melaksanakan dan memantau piawaian bagi lebuh raya; (bc) untuk melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan dan penyenggaraan lebuh raya; (bd) untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat yang berhubungan dengan lalu lintas di lebuh raya; (be) untuk menambah baik infrastruktur dan kemudahan bagi lebuh raya; (c) untuk memungut tol daripada pengguna lebuh raya dan bayaran lain daripada kemudahan di sepanjang lebuh raya; (ca) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; (d) untuk merancang dan menjalankan penyelidikan dan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan lebuh raya untuk memastikan penggunaan yang cekap lebuh raya dan kemudahan lain di sepanjang lebuh raya; dan (e) untuk melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini. (2) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang bermanfaat atau bersampingan dengan penjalanan fungsinya di bawah subseksyen (1) dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas, peraturan-peraturan itu boleh— (a) membuat peruntukan bagi pembinaan, pengendalian, pengurusan, penjagaan, pengawalseliaan atau perlindungan terhadap harta Lembaga atau mana-mana lebuh raya yang dibina atau dibina semula; 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 (b) membuat peruntukan bagi jenis kenderaan yang dibenarkan menggunakan lebuh raya atau sebahagian daripadanya dan pengelasan kenderaan itu; (c) membuat peruntukan bagi pengawalseliaan dan kawalan lalu lintas di lebuh raya; (ca) menetapkan sistem dan teknologi yang digunakan bagi pungutan tol; (cb) menetapkan piawaian bagi— (i) reka bentuk, pembinaan, pengurusan, pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya; (ii) pengurusan kemalangan dan kecemasan di lebuh raya; (iii) sistem pengawasan dan kawalan lalu lintas; (iv) sistem pungutan tol; dan (v) perkhidmatan berkaitan dengan lebuh raya yang lain; (cc) mengadakan peruntukan bagi fi atau apa-apa caj lain berhubung dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga; dan (d) mengawal selia apa-apa aktiviti yang termasuk dalam bidang fungsi Lembaga. (3) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang pada munasabahnya adalah perlu bagi, atau bermanfaat atau bersampingan dengan, penjalanan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan maksud di atas— (a) untuk menubuhkan suatu Unit Perawatan dan Pengawasan Lebuh Raya; (b) untuk mengawal jalan masuk dan jalan keluar di sepanjang lebuh raya; dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 17 (c) membentuk suatu jawatankuasa untuk mengkaji dan melaporkan apa-apa perkara yang ditetapkan oleh Lembaga dan menentukan bidang tugasnya serta elaun bagi anggotanya. BAHAGIAN III KEWANGAN, LAPORAN DAN PENYELIAAN MENTERI Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya Malaysia 12. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan dan mentadbir suatu kumpulan wang bernama “Kumpulan Wang Lembaga Lebuh Raya Malaysia”. (2) Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu— (a) apa-apa pemberian yang dibuat kepada Lembaga daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan; (b) semua wang yang dipungut atau dibayar di bawah subseksyen 15(1); (c) semua wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 16; (d) semua wang yang didapati atau diperoleh daripada apa-apa pelaburan di bawah seksyen 17 atau daripada apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Lembaga; dan (e) semua wang lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau diletak hak pada Lembaga. (3) Jika terdapat apa-apa lebihan wang dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan (2)(a) berhubung dengan pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini, lebihan wang itu hendaklah dibayar oleh Lembaga ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 Perbelanjaan dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang 13. Kumpulan Wang itu boleh dibelanjakan bagi maksud— (a) membayar apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang dilakukan sewajarnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya; (b) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 16 dan bunga yang kena dibayar atasnya; (c) meminjamkan kepada pekerja Lembaga bagi maksud membeli atau membina rumah kediaman atau membeli kenderaan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan; dan (d) secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini. Kumpulan wang rizab 14. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab. (2) Pembayaran masuk ke dalam dan keluar dari kumpulan wang rizab itu hendaklah ditentukan oleh Lembaga: Dengan syarat bahawa tiada bahagian daripada kumpulan wang rizab itu boleh digunakan bagi apa-apa maksud selain bagi maksud Lembaga. Tol bagi kenderaan yang menggunakan lebuh raya 15. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan dengan persetujuan Menteri Kewangan, membuat perintah untuk mengenakan, mengubah, menyemak semula atau memansuhkan tol bagi kenderaan yang menggunakan lebuh raya dan perintah itu boleh menyatakan jenis, amaun, kadar dan cara pembayaran tol. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 19 (2) Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun dan kadar tol yang berlainan bagi jenis dan kategori kenderaan yang berlainan. Kuasa untuk meminjam 16. Lembaga boleh meminjam dalam apa-apa bentuk dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya, menunaikan mana-mana fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini. Kuasa untuk melabur 17. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri Kewangan, melaburkan Kumpulan Wang atau mana-mana bahagiannya yang tidak dikehendaki dengan segera untuk menjelaskan obligasi Lembaga atau melaksanakan fungsinya— (a) dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan untuk pelaburan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa itu; atau (b) dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. Kuasa untuk menubuhkan syarikat 17A. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau dijalankan oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini. 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 Tahun kewangan dan anggaran tahunan 18. (1) Tahun kewangan bagi Lembaga hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. (2) Pengerusi hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran hasil dan perbelanjaan, termasuklah perbelanjaan modal, Lembaga bagi tahun kewangan yang berikutannya mengandungi apa-apa butir dan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya satu salinan anggaran itu dihantar kepada tiap-tiap anggota Lembaga tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh mesyuarat di mana anggaran itu akan dibentangkan. Akaun dan audit 19. (1) Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan pengendaliannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan. (2) Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangannya, menyebabkan supaya akaunnya diaudit oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang diluluskan oleh Ketua Audit Negara. (3) Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan suatu salinan pemerhatian yang dibuat oleh juruaudit itu mengenai apa-apa penyata akaun atau mengenai akaun Lembaga. (4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya satu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (3) dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 21 Laporan tahunan 20. (1) Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti Lembaga dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. (2) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap laporan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (1) dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen. BAHAGIAN IV PEMINDAHAN HAKMILIK LEBUH RAYA KEPADA LEMBAGA Pemindahan hakmilik lebuh raya kepada Lembaga 21. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta memindahkan hakmilik atau menyebabkan supaya dipindahkan hakmilik kepada Lembaga mana-mana lebuh raya atau bahagiannya yang merupakan jalan Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376] atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan bermula dari suatu tarikh yang hendaklah dinyatakan dalam pemberitahuan itu lebuh raya atau bahagiannya itu hendaklah terletak di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga. (1A) Mana-mana lebuh raya atau bahagiannya yang kos pembinaannya telah atau dibayar daripada Kumpulan Wang hendaklah terletak di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga. (2) Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini yang menyentuh mana-mana lebuh raya yang dipindahkan hakmilik itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Lembaga dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Lembaga telah dinamakan dalamnya atau 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 telah menjadi satu pihak kepadanya menggantikan Kerajaan Persekutuan. (3) Berikutan dengan pemberitahuan dalam subseksyen (1), semua tanah yang telah dirizabkan kepada Kerajaan Persekutuan dan, jika berkenaan, dengan persetujuan Kerajaan Negeri yang berkenaan, semua tanah yang dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, bagi maksud lebuh raya itu atau sebahagian daripadanya yang telah dipindahkan hakmilik kepada Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga dan tiap-tiap rizab itu hendaklah terus tertakluk pada undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang terpakai bagi rizab itu. Penarikan balik lebuh raya daripada kawalan dan pengurusan Lembaga 21A. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan bahawa mana-mana lebuh raya atau bahagiannya hendaklah dihentikan daripada berada di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga bermula dari suatu tarikh yang hendaklah dinyatakan dalam pemberitahuan itu, dan selagi pemberitahuan itu berkuat kuasa, Akta ini tidak boleh terpakai bagi lebuh raya atau bahagiannya itu. (2) Jika lebuh raya atau bahagiannya itu ialah jalan Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang lain, atau jika kos pembinaan lebuh raya atau bahagiannya itu dibayar daripada Kumpulan Wang, maka, walau apa pun pemberitahuan di bawah subseksyen (1), lebuh raya atau bahagiannya itu hendaklah terus atau disifatkan menjadi jalan Persekutuan sewajarnya. (3) Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (1) dan yang menyentuh lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Kerajaan Persekutuan, dan boleh dikuatkuasakan dengan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 23 sepenuhnya dan dengan berkesan, seolah-olah Kerajaan Persekutuan telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya menggantikan Lembaga. (4) Bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu di bawah subseksyen (1), semua tanah yang telah dirizabkan atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga menurut kuasa subseksyen 21(3) dan yang termasuk dalam lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Kerajaan Persekutuan dan tiap-tiap rizab itu hendaklah terus tertakluk pada undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang terpakai bagi rizab itu. (5) Walaupun sesuatu lebuh raya atau bahagiannya telah dihentikan daripada berada di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga menurut kuasa pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengarahkan Lembaga secara bertulis untuk menyelia atau melaksanakan penyenggaraan, sama ada secara umum atau pada aspek tertentu, lebuh raya atau bahagiannya itu, yang dalam hal demikian semua kos dan perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan arahan itu hendaklah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dengan mutlak. (6) Walau apa pun pemberitahuan di bawah subseksyen (1), apa-apa perintah di bawah seksyen 15 yang berhubungan dengan tol berkenaan dengan lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. BAHAGIAN V PENGAMBILAN HARTA Kuasa am untuk mengambil tanah 22. (1) Jika apa-apa harta tak alih, yang bukannya tanah Negeri atau tanah rizab perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini dan tidak dapat diperoleh melalui perjanjian, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 berhubungan dengan pengambilan tanah bagi suatu maksud awam yang pada masa itu berkuat kuasa di Negeri itu dan apa-apa akuan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu yang menyatakan bahawa tanah itu adalah diperlukan sedemikian bolehlah dibuat walaupun pampasan akan dibayar daripada wang Lembaga, dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah akuan itu ialah suatu akuan yang menyatakan bahawa tanah itu adalah diperlukan bagi suatu maksud awam yang dibuat mengikut undang-undang bertulis itu. (2) Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga. (3) Jika apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil dokumen hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan ke atas harta itu. BAHAGIAN VI PELBAGAI Kuasa untuk mengambil bekerja ejen 23. Lembaga boleh mengambil bekerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuklah peguam bela dan peguam cara, pengurus bank, broker saham, jurukur atau penilai atau orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan kewajipannya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini. Pemakaian Akta Pengangkutan Jalan 1987 24. Tertakluk pada apa-apa ubah suaian oleh mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua peraturan-peraturan, kaedah dan perintah yang dibuat di bawahnya hendaklah terpakai bagi mana-mana lebuh raya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 25 Kesalahan 25. (1) Mana-mana orang yang meletakkan sampah, kaca, rumput-rampai, sampah-sarap atau apa-apa benda lain yang berbahaya dalam kawasan hak lalu-lalang lebuh raya itu *melakukan suatu kesalahan. (2) Mana-mana orang yang— (a) menggunakan apa-apa tiket atau kupon tiruan atau palsu untuk membayar apa-apa tol yang dikehendaki dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini atau cuba menggunakan lebuh raya itu tanpa membayar tol yang ditetapkan oleh Lembaga; atau (b) dengan sengaja, dengan niat jahat dan dengan paksaan memecahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta Lembaga termasuklah apa-apa alat pungutan tol berjentera atau elektronik kepunyaan Lembaga atau apa-apa alat perlengkapannya, **melakukan suatu kesalahan. Penalti am 26. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, yang baginya tiada apa-apa penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi ***dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. _____________________________________________________________ *CATATAN—Dahulunya “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit”–lihat perenggan 11(a) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 [Akta A1710]. **CATATAN—Dahulunya “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya” –lihat perenggan 11(b) Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 [Akta A1710]. ***CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit” –lihat seksyen 12 Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 [Akta A1710]. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 Pendakwaan 26A. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Pengkompaunan kesalahan 26B. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan— (a) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan (b) kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu. (2) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 27 (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Ketua Pengarah, boleh memulangkan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. (5) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang. Obligasi kerahsiaan 27. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga— (a) tiada anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai atau pekhidmat atau ejen Lembaga atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan (b) tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Lembaga boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan bertulis 28. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan bertulis mengenai apa-apa aspek fungsi Lembaga kepada Lembaga dan tiap-tiap arahan itu hendaklah mengikat Lembaga. (2) Lembaga hendaklah memberikan kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 29. Menteri hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan itu boleh menetapkan pengkompaunan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan cara mengkompaunnya. Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan Akta 30. (1) Semua perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya yang selaras dengan tujuan dan maksud am Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan di bawah Akta ini dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau dilakukan akibat daripada melakukan perbuatan atau perkara itu termasuklah apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga. (2) Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini ditetapkan bahawa subseksyen (1) tidak membenarkan pelantikan anggota, pegawai atau penjawat Lembaga kecuali setakat untuk membenarkan pelantikan sementara orang itu sehingga pelantikan yang sewajarnya dibuat di bawah Akta ini. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 29 Tanggung rugi bagi Lembaga 31. Kerajaan Persekutuan hendaklah menanggung rugi Lembaga terhadap apa-apa perbelanjaan, kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Lembaga berbangkit daripada apa-apa tuntutan dalam apa-apa bentuk jua oleh mana-mana orang akibat Lembaga dihentikan daripada mempunyai kawalan dan pengurusan akan sesuatu lebuh raya atau bahagiannya oleh sebab sesuatu pemberitahuan di bawah seksyen 21A. Pemindahan hakmilik tanah daripada Lembaga kepada Kerajaan Persekutuan 32. Jika mana-mana tanah yang terletak hak pada Lembaga termasuk dalam mana-mana lebuh raya atau bahagiannya yang ditetapkan dalam sesuatu pemberitahuan di bawah seksyen 21A, Kerajaan Persekutuan dan Lembaga hendaklah mencapai suatu perkiraan bagi pemindahan hakmilik tanah itu kepada Kerajaan Persekutuan. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 33. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 34. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian. Kuasa untuk meminda Jadual 35. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini. JADUAL [Seksyen 3] 1. (1) Seseorang anggota Lembaga yang— (a) tidak hadir dan juga tidak pula diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengan anggota itu di mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran bertulis Pengerusi; (b) telah didapati atau disahkan sebagai tidak sempurna akal; (c) telah menjadi bankrap atau membuat sesuatu perkiraan dengan pemiutangnya; atau (d) telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, hendaklah berhenti daripada memegang jawatan. (2) Subperenggan (1), selain butiran (a), hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti. (3) Terma dan syarat pelantikan dan saraan anggota Lembaga hendaklah ditentukan oleh Menteri. (4) Apa-apa elaun hendaklah dibayar kepada mana-mana anggota atau anggota silih ganti Lembaga bagi menghadiri mesyuarat Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (5) Pelantikan tiap-tiap anggota dan anggota silih ganti Lembaga hendaklah disiarkan dalam Warta. Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Perbadanan) 31 (6) Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh menanggung atas dirinya sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau peninggalan dalam mentadbir hal ehwal Lembaga melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah dilakukan dengan sengaja atau disebabkan oleh tindakan melulu atau kecuaian yang keterlaluan. 2. (1) Menteri hendaklah memanggil mesyuarat yang pertama bagi Lembaga. (2) Lembaga hendaklah bermesyuarat dengan kerap sehingga jarak tempoh antara suatu mesyuarat dengan suatu mesyuarat yang berikutnya tidak lebih daripada tiga bulan. (3) Jika pada sesuatu mesyuarat Lembaga, Pengerusi dan juga anggota yang pada masa itu menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada bilangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu. (4) Tertakluk pada perenggan ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri. (5) Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi dan seorang anggota Lembaga dan apa-apa dokumen yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai Lembaga dan disahkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dimeterai dengan sahnya sehingga dibuktikan sebaliknya. 32 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 231 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari Akta A678 Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia 01-11-1987 (Perbadanan) (Pindaan) 1987 Akta A1710 Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia 01-07-2024 (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024 33 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 231 AKTA LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk Panjang Akta A1710 01-07-2024 2 Akta A1710 01-07-2024 4 Akta A1710 01-07-2024 7A Akta A1710 01-07-2024 9 Akta A1710 01-07-2024 11 Akta A678 01-11-1987 Akta A1710 01-07-2024 12 Akta A1710 01-07-2024 16 Akta A1710 01-07-2024 17A Akta A1710 01-07-2024 21 Akta A678 01-11-1987 21A Akta A678 01-11-1987 25 Akta A1710 01-07-2024 26 Akta A1710 01-07-2024 26A Akta A1710 01-07-2024 26B Akta A1710 01-07-2024 27 Akta A1710 01-07-2024 28 Akta A678 01-11-1987 31 Akta A678 01-11-1987 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 231 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 32 Akta A678 01-11-1987 33 Akta A1710 01-07-2024 34 Akta A1710 01-07-2024 35 Akta A1710 01-07-2024 Jadual Akta A1710 01-07-2024
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
231 - *AKTA LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA (PERBADANAN) 1980
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in