A1665 - AKTA LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2022
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the principal agricultural marketing Act, expands the definition of “agricultural produce” to cover certain animals and their carcasses and produce, adds a new Third Schedule listing those animals, and starts on a date appointed by the Minister in the Gazette.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1665 AKTA LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1665 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Ogos 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 6 September 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1665 AKTA LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 1a 2. Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 1a dalam takrif “agricultural produce”— (a) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “and” di hujung perenggan itu; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1665 (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) the animals as specified in the Third Schedule, and the carcasses and produce of such animals; and”. Jadual Ketiga baharu 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua jadual yang berikut: “Third Schedule [Section 1a] 1. Cattle 2. Domestic fowl 3. Sheep 4. Goat 5. Deer 6. Rabbit”.