534 - *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995
This Act repeals the 1952 ordinance, dissolves the fund, and transfers its assets, money, and related matters to KTMB, with some depositor amounts transferred to EPF.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 534 - *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
534 - *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995
AI-assisted research summary: This Act repeals the 1952 ordinance, dissolves the fund, and transfers its assets, money, and related matters to KTMB, with some depositor amounts transferred to EPF.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 534 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MEELAYU (PEMBUBARAN) 1995 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995 Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … 7 Februari 1995 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 16 Februari 1995 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 534 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERATAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemansuhan dan pembubaran 4. Pemansuhan 5. Pemindahan wang 6. Kontrak sedia ada 7. Pemindahan kumpulan wang pendeposit kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 8. Penerusan prosiding sivil 9. Pemansuhan kaedah-kaedah 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Act 534 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995 Suatu Akta untuk memansuhkan Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Kertapi Tanah Melayu 1952, untuk membubarkan Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu yang ditubuhkan di bawah Ordinan itu, untuk memindahkan semua hartanya kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Ogos 1995, P.U.(B) 350/1995] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas. 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu (Pembubaran) 1995. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “KTMB” ertinya Keretapi Tanah Melayu Berhad; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 534 “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu 1952[Ord. 21/1952]; “Lembaga” ertinya Lembaga pengurus yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu 1952; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan. Pemansuhan dan pembubaran 3. Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu 1952 dimansuhkan dan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan. Pemindahan harta 4. Segala harta alih dan aset yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini telah terletak hak pada Kumpulan Wang atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dipindahkan kepada, dan diletakhakkan pada, KTMB. Pemindahan wang 5. Tertakluk kepada seksyen 7, semua wang yang ada dalam Kumpulan Wang atau kena dibayar kepada Kumpulan Wang hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dipindahkan kepada, dan diletakhakkan pada, KTMB. Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu (Pembubaran) 1995 7 Kontrak sedia ada 6. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang masih berkuatkasa sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan di bawah seksyen 4 dan 5, hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau untuk KTMB dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah KTMB dan bukan Lembaga, Kumpulan Wang, Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, atau mana- mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, KTMB telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya. Pemindahan kumpulan wang pendeposit kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 7. Segala amaun yang ada pada kredit setiap pendeposit dalam Kumpulan Wang yang merupakan caruman kepada Kumpulan Wang itu oleh kedua-dua Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu sebagai majikan dan pendeposit sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa- apa dividen, bonus dan bunga di atasnya hendaklah dipindahkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan di bawah subseksyen 24(1) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], dan hendaklah diuruskan mengikut peruntukan Akta itu. Penerusan prosiding sivil 8. (1) Mana-mana prosiding sivil atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap KTMB sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 534 (2) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap sesuatu keputusan permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya telah menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap KTMB. Pemansuhan kaedah-kaedah 9. Semua kaedah yang dibuat di bawah seksyen 11 Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Keretapi Tanah Melayu 1952 dimansuhkan sebaik sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 534 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda -TIADA- 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 534 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa Meminda Berkuat kuasa dari -TIADA-
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
534 - *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN KERETAPI TANAH MELAYU (PEMBUBARAN) 1995
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in