200 - AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947
Collections from house to house or in streets generally need a licence, and collectors must comply with police requests and licence-related rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 200 - AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
200 - AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947
AI-assisted research summary: Collections from house to house or in streets generally need a licence, and collectors must comply with police requests and licence-related rules.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 200 AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi House to House and Street Collections Act 1947. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 200 AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947 Pertama kali diperbuat … … … 1947 (Ordinan No. 18 tahun 1947) Disemak … … … … … … 1978 (Akta 200 m.b.p. 15 Februari 1978) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 200 AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pungutan dari rumah ke rumah dan di jalan hendaklah dilesenkan 4. Lesen 5. Peraturan-peraturan 6. Penggunaan lencana, dll., tanpa kebenaran 7. Pemungut hendaklah memberikan nama, dsb., kepada polis apabila diminta 8. Penalti 9. Bidang kuasa 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 200 Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 200 AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947 Suatu Akta untuk mengawal selia pungutan rumah ke rumah dan di jalan. [19 Mei 1947] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947. (2) Akta ini hendaklah dipakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika hal perkara atau konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “Ketua Polis Negara” ertinya Ketua Polis Negara sebagaimana yang ditakrifkan oleh seksyen 2 Akta Polis 1967 [Akta 344]; “lesen” ertinya lesen di bawah Akta ini; “*Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] dan termasuklah Wilayah Persekutuan; “pegawai pelesenan” ertinya, berhubung dengan pungutan yang akan dibuat— (a) dalam mana-mana kawasan tertentu dalam Semenanjung Malaysia, Ketua Pegawai Polis yang bertanggungjawab bagi polis dalam kawasan itu; dan *CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 200 (b) di seluruh Semenanjung Malaysia atau dalam mana-mana kawasan yang baginya polis dalam satu bahagiannya berada di bawah tanggungjawab Ketua Pegawai Polis yang bertanggungjawab bagi polis dalam mana-mana bahagian lain kawasan itu, Ketua Polis Negara; “hasil” ertinya, berhubung dengan pungutan, semua wang dan semua harta lain yang diberikan, sama ada sebagai balasan atau tidak, bagi menyambut rayuan yang dibuat; “penganjur” ertinya, berhubung dengan pungutan, seseorang yang menyebabkan orang lain bertindak, sama ada untuk saraan atau selainnya, sebagai pemungut bagi maksud pungutan; dan “menganjurkan” dan “anjuran” mempunyai erti yang bersamaan; “pihak berkuasa” ertinya, berhubung dengan pungutan yang hendak dibuat— (a) keseluruhannya di dalam satu Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu; dan (b) dalam mana-mana hal lain, Menteri; “pungutan” ertinya rayuan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai, yang dibuat dengan cara lawatan dari rumah ke rumah atau dengan cara pujuk rayu di jalan atau di tempat awam yang lain, atau dengan kedua-dua cara itu, supaya memberi, sama ada sebagai balasan atau tidak, wang atau harta lain yang bukan wang atau harta yang genap masa atau hampir genap masa diberikan oleh pemberinya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau obligasi di sisi undang-undang yang lain; dan “pemungut” ertinya, berhubung dengan pungutan, seseorang yang membuat rayuan sedemikian dengan salah satu cara yang tersebut itu; “rumah” termasuklah tempat perniagaan. (2) Bagi maksud Akta ini, pungutan hendaklah disifatkan dibuat bagi suatu maksud tertentu jika rayuan itu dibuat bersama dengan representasi bahawa wang atau harta yang dirayu itu, atau sebahagiannya, akan digunakan bagi maksud itu. Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 7 Pungutan rumah ke rumah dan di jalan hendaklah dilesenkan 3. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada pungutan boleh dibuat melainkan jika kehendak Akta ini mengenai lesen untuk menganjurkan pungutan itu dipenuhi. (2) Jika mana-mana orang menganjurkan pungutan, dan pungutan dibuat di mana-mana tempat menurut anjurannya, maka, melainkan jika ada berkuat kuasa, sepanjang tempoh yang pungutan itu dibuat di tempat itu, suatu lesen yang membenarkannya, atau yang membenarkan seorang lain yang di bawah kuasa orang itu dia bertindak, menganjurkan pungutan itu di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda dan pemenjaraan itu kedua-duanya. (3) Jika mana-mana orang bertindak sebagai pemungut di mana- mana tempat bagi maksud pungutan, maka, melainkan jika ada berkuat kuasa pada setiap masa apabila dia bertindak sedemikian, suatu lesen yang membenarkan seorang penganjur yang di bawah kuasanya pemungut itu bertindak, atau yang membenarkan pemungut itu sendiri, menganjurkan pungutan itu di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan. Lesen 4. (1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk menganjurkan suatu pungutan hendaklah memohon mengikut cara yang ditetapkan kepada pegawai pelesenan yang menyatakan maksud yang baginya dan kawasan yang dalamnya pungutan itu hendak dibuat. (2) Kecuali dalam apa-apa hal yang ternyata pada pegawai pelesenan bahawa permohonan itu patut ditolak atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam subseksyen (4) pegawai pelesenan itu hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada pihak berkuasa yang akan menyatakan kepada pegawai pelesenan itu sama ada atau tidak permohonan itu akan ditolak atas alasan dasar awam atau kerana pungutan itu berlawanan dengan kepentingan awam. (3) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini pegawai pelesenan hendaklah memberi pemohon suatu lesen yang memberi kuasa kepada pemohon itu menganjurkan suatu pungutan tetapi tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh pegawai pelesenan patut dikenakan. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 200 (4) Pegawai pelesenan boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menolak untuk memberikan sesuatu lesen atau boleh, pada bila- bila masa, membatalkan sesuatu lesen jika ternyata padanya— (a) bahawa jumlah amaun yang mungkin digunakan bagi maksud pungutan itu daripada hasilnya (termasuk apa- apa amaun yang telah digunakan sedemikian) tidak cukup kadarnya berbanding dengan nilai hasil yang mungkin diterima (termasuk apa-apa hasil yang telah diterima); (b) bahawa saraan yang berlebihan berhubung dengan jumlah amaun yang disebut terdahulu mungkin, atau telah, disimpan atau diterima daripada hasil pungutan itu oleh mana- mana orang; (c) bahawa pemberian sesuatu lesen mungkin memudahkan pelakuan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang- undang bertulis, atau bahawa apa-apa kesalahan sedemikian telah dilakukan berkaitan dengan pungutan itu, dan khususnya, bahawa apa-apa kekerasan, ugutan atau paksaan mungkin, atau telah, digunakan untuk mendapatkan apa- apa sumbangan bagi maksud pungutan itu; (d) bahawa pemohon bagi atau pemegang sesuatu lesen ialah seorang yang tidak layak dan sesuai untuk memegang lesen oleh sebab hakikat bahawa dia pernah disabitkan, sama ada di dalam Persekutuan atau di tempat lain, atas apa-apa kesalahan yang sabitan baginya semestinya melibatkan atau menimbulkan dapatan bahawa dia telah bertindak secara fraud atau secara curang, atau atas apa- apa kesalahan daripada jenis yang mungkin dilakukan dengan mudah dengan pemberian suatu lesen; (e) bahawa pemohon bagi atau pemegang sesuatu lesen, dalam menganjurkan suatu pungutan yang mengenainya suatu lesen telah diberikan kepadanya, telah tidak menjalankan usaha yang sewajarnya untuk menjamin bahawa orang yang diberi kuasa olehnya untuk bertindak sebagai pemungut bagi maksud pungutan itu ialah orang yang layak dan sesuai, untuk menjamin pematuhan, pada pihak orang yang diberi kuasa sedemikian, peruntukan Akta ini atau peruntukan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, atau untuk mencegah lencana yang ditetapkan atau perakuan kuasa yang ditetapkan daripada diperoleh oleh orang yang tidak diberi kuasa sedemikian; Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 9 (f) bahawa pungutan itu adalah untuk membantu, atau bahawa penganjur atau mana-mana daripada pemungut itu ialah anggota suatu pertubuhan haram, atau bahawa maksud pungutan itu adalah haram atau diada-adakan; (g) bahawa pemohon bagi atau pemegang sesuatu lesen telah memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa pelesenan, atau telah enggan atau abai untuk memberikan pihak berkuasa pelesenan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki bagi maksud membolehkan pihak berkuasa pelesenan itu mengetahui mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan yang disebut terdahulu. (5) Jika di bawah peruntukan subseksyen (2) pihak berkuasa telah menyatakan kepada pegawai pelesenan bahawa pungutan itu dibantah atas alasan dasar awam, atau bahawa permohonan lesen itu perlu ditolak demi kepentingan awam, pegawai pelesenan hendaklah menolak permohonan lesen itu. (6) Jika pada bila-bila masa ternyata pada pihak berkuasa bahawa pembatalan sesuatu lesen yang telah diberikan dahulunya adalah perlu demi kepentingan awam pihak berkuasa boleh mengarahkan supaya pegawai pelesenan membatalkan lesen itu dan pegawai pelesenan hendaklah dengan serta-merta membatalkan lesen itu dengan sewajarnya. (7) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, sesuatu lesen yang diberikan di bawah peruntukan seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalamnya yang tidak melebihi satu bulan, dan boleh dibaharui dari semasa ke semasa. (8) Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen hendaklah menyatakan suatu alamat di dalam Persekutuan bagi penyampaian pada pemohon apa-apa notis atau perhubungan lain yang dikehendaki disampaikan padanya. (9) Jika pegawai pelesenan menolak untuk memberikan sesuatu lesen atau membatalkan sesuatu lesen yang telah diberikan dia hendaklah dengan serta-merta memberikan notis bertulis kepada pemohon atau pemegang lesen itu yang menyatakan atas satu alasan atau lebih yang manakah yang dinyatakan dalam subseksyen (4) atau (5) atau (6) lesen itu telah ditolak atau dibatalkan dan yang memberitahunya hak rayuan yang diberikan oleh seksyen ini, dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 200 pemohon atau pemegang lesen itu boleh dengan itu merayu kepada pihak berkuasa terhadap penolakan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan keputusan pihak berkuasa itu adalah muktamad: Dengan syarat bahawa jika pemberian sesuatu lesen ditolak atau sesuatu lesen dibatalkan mengikut peruntukan subseksyen (5) atau (6), rayuan itu hendaklah dibuat kepada Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat, mengikut mana- mana yang berkenaan, bagi Negeri jika pihak berkuasa itu ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri dan kepada Yang di-Pertuan Agong jika pihak berkuasa itu ialah Menteri. (10) Tidaklah perlu bagi pegawai pelesenan untuk menyatakan dalam apa-apa notis yang diberikan di bawah peruntukan subseksyen (9) apa-apa sebab atau untuk menzahirkan sifat atau sumber maklumat yang apa-apa penolakan atau pembatalan didasarkan. (11) Masa yang dalamnya apa-apa rayuan boleh dibawa hendaklah empat belas hari dari tarikh notis diberikan di bawah subseksyen (9). (12) Sekiranya sesuatu rayuan di bawah subseksyen (9) dibenarkan, pegawai pelesenan hendaklah diberitahu secara bertulis dan hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan suatu lesen atau mengkensel pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Peraturan-peraturan 5. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan oleh Akta ini dan bagi mengawal selia cara yang mengenainya pungutan berlesen boleh dijalankan dan pengendalian penganjur dan pemungut berhubung dengan pungutan itu, dan pada amnya untuk menguatkuasakan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana- mana perkara yang berikut, iaitu— (a) bagi menghendaki dan mengawal selia penggunaan oleh pemungut lencana yang ditetapkan dan perakuan kuasa yang ditetapkan, dan pengeluaran, penjagaan, pengemukaan, pemameran dan pengembalian lencana dan Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 11 perakuan itu, dan, khususnya, bagi menghendaki pemungut, apabila diminta oleh seorang pegawai polis atau oleh mana-mana penduduk sesuatu rumah yang dilawati atau orang yang dipujuk rayu untuk mengemukakan perakuan kuasa pemungut itu; (b) bagi pengesahan perakuan kuasa yang ditetapkan dan bagi menunjukkan maksud pungutan dengan jelas dalam lencana yang ditetapkan; (c) bagi melarang orang di bawah umur yang ditetapkan daripada bertindak, dan orang lain daripada menyebabkan atau membenarkan orang di bawah umur itu bertindak, sebagai pemungut; (d) bagi mencegah kegusaran kepada penduduk rumah yang dilawati atau kepada mana-mana orang ramai lain; (e) bagi menghendaki maklumat yang ditetapkan mengenai maksud, perbelanjaan, hasil dan penggunaan hasil pungutan diberikan oleh pemegang lesen kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen dan bagi menghendaki maklumat itu diperakui dan disahkan mengikut cara yang ditetapkan; (f) bagi menetapkan penalti bagi pelanggaran, atau kegagalan untuk mematuhi, mana-mana peraturan itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini. Penggunaan lencana, dll., tanpa kebenaran 6. (1) Mana-mana orang yang berkaitan dengan apa-apa rayuan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai untuk yuran atau sumbangan wang atau harta lain— (a) mempamerkan atau menggunakan lencana yang ditetapkan atau perakuan kuasa yang ditetapkan, selain lencana atau perakuan yang dia diberi kuasa, di bawah atau menurut mana-mana peraturan, yang dibuat di bawah Akta ini, supaya dipamerkan atau digunakan, atau (b) mempamerkan atau menggunakan apa-apa lencana, tanda, lambang, perakuan atau dokumen lain, yang dimaksudkan, dikira atau mungkin menyebabkan mana-mana orang mempercayai bahawa orang yang mempamerkan atau 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 200 menggunakannya ialah pemungut yang diberi kuasa bagi maksud pungutan berlesen sedangkan yang demikian bukan hal yang sebenarnya, melakukan suatu kesalahan. (2) Mana-mana orang yang, dalam memberikan apa-apa maklumat bagi maksud Akta ini atau maksud apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan disedarinya atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan yang palsu mengenai apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan. Pemungut hendaklah memberikan nama, dsb., kepada polis apabila diminta 7. Mana-mana pegawai polis boleh menghendaki mana-mana orang yang dipercayainya bertindak sebagai pemungut bagi maksud pungutan supaya menyatakan kepada pegawai polis itu dengan segera nama dan alamatnya, dan jika mana-mana orang gagal mematuhi kehendak yang dibuat kepadanya dengan sewajarnya di bawah seksyen ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit. Penalti 8. (1) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada penalti khas diperuntukkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau didenda dan dipenjarakan kedua-duanya. (2) Jika apa-apa kesalahan terhadap Akta ini dilakukan oleh mana-mana perbadanan, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang, tiap-tiap orang yang dipertanggungjawabkan dengan, atau kena mengena dengan atau bertindak dalam, mengawal atau menguruskan hal ehwal atau aktiviti perbadanan, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum dengan sewajarnya melainkan jika dibuktikan oleh mana-mana orang itu bahawa, bukan dengan apa-apa pengabaian atau peninggalan pada pihaknya, dia tidak sedar bahawa kesalahan itu sedang atau hampir dilakukan atau bahawa dia telah mengambi1 segala langkah yang munasabah untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan. Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 13 Bidang kuasa 9. (1) Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini dan untuk mengawardkan apa-apa hukuman yang dinyatakan atau ditetapkan baginya. (2) Pada penutup apa-apa perbicaraan dalam Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret mengenai suatu kesalahan yang dikatakan terhadap Akta ini, apabila perbicaraan itu berakhir dengan sabitan, Mahkamah boleh membuat suatu perintah supaya dipulangkan kepada pemunyanya, jika diketahui, atau supaya dilucuthakkan atau dirampas, apa-apa wang atau harta lain yang dikemukakan kepada Mahkamah itu atau yang ada dalam jagaan Mahkamah itu atau dalam jagaan polis atau jagaan mana-mana pekhidmat awam, yang, pada pendapat Mahkamah itu, telah diperoleh dengan atau diakibatkan oleh suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 200 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 200 AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari Ord. 35/1947 Ordinan Pungutan Rumah ke Rumah 18-09-1947 dan di Jalan (Pindaan), 1947 Ord. 48/1956 Ordinan Pungutan Rumah ke Rumah 20-12-1956 dan di Jalan (Pindaan) 1956 L.N. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Perisytiharan), 1958 Akta A46 Akta Pungutan Rumah ke Rumah 30-04-1971 dan di Jalan (Pindaan) 1971 Akta A192 Akta Pungutan Rumah ke Rumah 30-03-1973 dan di Jalan (Pindaan) 1973 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-1975 1975 P.U. (A) 209/1980 Perintah Penyemakan Undang- 15-02-1978 Undang (Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947) 1980 P.U. (A) 426/2002 Perintah Penyemakan Undang- 25-10-2002 Undang (Pembetulan Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947) 2002 Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 200 AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Ord. 35/1947 18-09-1947 Akta A46 30-04-1971 Akta A192 30-03-1973 4 Ord. 48/1956 20-12-1956
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
200 - AKTA PUNGUTAN RUMAH KE RUMAH DAN DI JALAN 1947
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in