439 - *AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990
This Act provides a monthly memorial allowance of RM400 to a recipient of the Seri Pahlawan Gagah Perkasa honour, with separate allowances for multiple awards, and a one-time RM20,000 payment for certain surviving family members in some death cases.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 439 - *AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
439 - *AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990
AI-assisted research summary: This Act provides a monthly memorial allowance of RM400 to a recipient of the Seri Pahlawan Gagah Perkasa honour, with separate allowances for multiple awards, and a one-time RM20,000 payment for certain surviving family members in some death cases.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA _________ VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI _________ Akta 439 AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 Sebagaimana pada 1 Januari 2013 2 AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 Tarikh Persetujuan Diraja … … … 23 April 1990 Tarikh diterbitkan dalam Warta … … … 10 Mei 1990 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 439 AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemberian elaun kenangan 4. Pemberhentian pemberian elaun kenangan 5. Pemberian kepada waris kadim penerima jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas kematian 6. Pemberian kepada waris kadim penerima yang telah mati sebelum Akta mula berkuat kuasa 7. Menteri mengagihkan amaun yang akan dibayar 8. Elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 9. Elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserah hak, dsb. 4 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 439 AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pemberian elaun kenangan kepada penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [11 Mei 1990] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat, sebelum kematian penerima, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, adat atau kelaziman; Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 6 “Darjah Kebesaran” ertinya Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dianugerahkan di bawah Statut Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) [G.N. 3150 tahun 1960]; “elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3 (1); “Menteri” ertinya Perdana Menteri; “penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran; “suami” atau “isteri” ertinya balu atau duda penerima yang mati yang perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman. Pemberian elaun kenangan *3. (1) Maka bolehlah diberi kepada seorang penerima suatu elaun kenangan sebanyak empat ratus ringgit sebulan, dan jika Darjah Kebesaran dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberi kepadanya suatu elaun kenangan berasingan sebanyak empat ratus ringgit sebulan berkenaan dengan setiap Darjah Kebesaran yang dianugerahkan kepadanya, dan elaun itu hendaklah dibayar secara tunggakan tidak awal dari penghujung setiap bulan. (2) Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima masih hidup pada tarikh kuat kuasa itu, elaun kenangan hendaklah dibayar secara kebelakangan kepada penerima, mulai dari bulan Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya, tetapi tidak boleh lebih awal dalam apa-apa keadaan, dari bulan Jun 1983. *CATATAN─ Lihat seksyen 4 dan 5 Akta A1136 bagi penghitungan dan cara pembayaran dan pemberian kepada waris kadim penerima yang mati sebelum permulaan kuat kuasa Akta. Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 7 (3) Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima secara bulanan dengan tunggakan, mulai dari bulan bila Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepadanya. Pemberhentian pemberian elaun kenangan 4. (1) Pemberian elaun kenangan hendaklah terhenti─ (a) apabila penerima itu mati; (b) apabila penerima itu disabitkan bagi suatu kesalahan oleh mahkamah undang-undang dalam Persekutuan dan dikenakan hukuman mati, atau dipenjarakan bagi apa-apa tempoh selain dipenjarakan sebagai ganti pembayaran denda; atau (c) apabila penganugerahan Darjah Kebesaran itu dikenselkan atau dibatalkan mengikut seksyen VIII Statut Seri Pahlawan Gagah Perkasa, dan tiada elaun kenangan boleh dibayar mulai dari bulan bila kematian itu berlaku, atau hukuman itu dikenakan, atau penganugerahan Darjah Kebesaran dikenselkan atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (1A) Bagi maksud subseksyen (1), bulan yang hukuman itu dikenakan ertinya bulan yang hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah yang membicarakan atau jika ada rayuan terhadap hukuman itu bulan yang hukuman itu disahkan atas rayuan itu. (2) Jika penerima menerima pengampunan bebas berkenaan dengan sabitan tersebut, atau jika Darjah Kebesaran yang dikenselkan atau yang dibatalkan itu diberi semula kepadanya, elaun kenangan hendaklah diberi semula kepadanya mulai dari bulan pengampunan bebas itu diterima atau pemberian semula Darjah Kebesaran itu dibuat. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 439 Pemberian kepada waris kadim penerima jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas kematian 5. (1) Jika Darjah Kebesaran telah dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, maka bolehlah diberi suatu jumlah wang sebanyak dua puluh ribu ringgit hanya sekali— (a) kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau (c) jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian. (2) Jika Darjah Kebesaran dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, maka bolehlah diberi suatu jumlah wang sebanyak dua puluh ribu ringgit hanya sekali─ (a) kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak kepada penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Darjah Kebesaran itu; (b) jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau (c) jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian. Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 9 Pemberian kepada waris kadim penerima yang telah mati sebelum Akta mula berkuat kuasa 6. Jika Darjah Kebesaran telah dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penerima telah mati sebelum tarikh permulaan kuat kuasa itu, maka bolehlah diberi suatu jumlah wang sebanyak dua puluh ribu ringgit hanya sekali— (a) kepada suami atau isteri atau isteri-isteri dan anak-anak penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) jika pada tarikh demikian tiada suami atau isteri atau anak yang masih hidup, kepada ibu bapanya atau ibunya atau bapanya yang masih hidup pada tarikh demikian; atau (c) jika pada tarikh demikian tiada ibu atau bapa yang masih hidup, kepada datuk neneknya atau datuknya atau neneknya yang masih hidup pada tarikh demikian. Menteri mengagihkan amaun yang akan dibayar 7. Amaun yang akan dibayar kepada suami atau isteri atau isteri-isteri, anak-anak, ibu bapa atau datuk nenek, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah seksyen 5 atau 6 hendaklah mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Elaun kenangan dan jumlah wang hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 8. Elaun kenangan dan jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 439 Elaun kenangan dan jumlah wang tidak boleh diserah hak, dsb. 9. Apa-apa elaun kenangan atau jumlah wang yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, atau ditahan, diasingkan atau dilevi berkenaan dengan apa-apa tuntutan. 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 439 AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1136 Akta Seri Pahlawan 28-12-2001 Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2001 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 439 AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A1136 28-12-2001 4 Akta A1136 28-12-2001
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
439 - *AKTA SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) 1990
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in