A1694 - AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023
This Act amends the Malaysia Cooperative Commission Act to replace the former executive chairperson structure with a Chief Executive Officer and Deputy Chief Executive Officers, and updates related board, delegation, and transitional rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1694 - AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1694 - AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023
AI-assisted research summary: This Act amends the Malaysia Cooperative Commission Act to replace the former executive chairperson structure with a Chief Executive Officer and Deputy Chief Executive Officers, and updates related board, delegation, and transitional rules.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1694 AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1694 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Ogos 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 11 Ogos 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1694 AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023 Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memasukkan selepas takrif “kemudahan kredit” takrif yang berikut: ‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 11a;’; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1694 (b) dengan memasukkan selepas takrif “pengarah” takrif yang berikut: ‘ “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(a);’; (c) dalam takrif “tarikh ditetapkan”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan noktah bertindih; dan (d) dengan memasukkan selepas takrif “tarikh ditetapkan” takrif yang berikut: ‘ “Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11a;’. Pindaan seksyen 6 3. Subseksyen 6(3) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “Eksekutif”. Pindaan seksyen 11 4. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu lembaga pengarah yang hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya dan hendaklah menjalankan segala kuasa dan melakukan segala tindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Suruhanjaya.”; (b) dengan memotong subseksyen (2); Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 5 (c) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut: (a) seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri; (b) Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri; (c) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau mana-mana wakil Kementerian Kewangan; (d) seorang Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha suatu kementerian sebagaimana yang dilantik oleh Menteri; (e) Gabenor, atau seorang Timbalan Gabenor atau Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia sebagaimana yang dinamakan oleh Gabenor; (f) seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 11a; dan (g) enam orang yang dilantik oleh Menteri, sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi.”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1694 (d) dengan memotong subseksyen (4), (5) dan (6); (e) dalam subseksyen (7)— (i) dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Pengerusi”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “surat pelantikan mereka masing-masing” dengan perkataan “surat pelantikannya”; dan (f) dengan memotong subseksyen (8). Seksyen baharu 11a, 11b, 11c dan 11d 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11 seksyen yang berikut: “Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 11a. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi membantu Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing. (2) Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Suruhanjaya dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak. (3) Walau apa pun subseksyen (2) dan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Ketua Pegawai Eksekutif atau Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif boleh dilantik oleh mana-mana undang-undang bertulis atau perlembagaan atau statut atau dengan kelulusan Menteri untuk menjalankan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 7 apa-apa kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa-apa gelaran jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu. Kuasa dan tugas Ketua Pegawai Eksekutif 11b. (1) Suruhanjaya hendaklah meletak hak pada Ketua Pegawai Eksekutif mana-mana kuasa dan mengenakan kepadanya apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga yang hendaklah selaras dengan Akta ini. (3) Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh memutuskan mengenai perkara dasar dan hala tuju strategik Suruhanjaya tanpa kelulusan Lembaga. (4) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah— (a) bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Suruhanjaya mengikut dasar yang ditetapkan oleh Suruhanjaya; (b) menjalankan pengawalseliaan dan kawalan ke atas semua pegawai dan pekerja Suruhanjaya; dan (c) melaksanakan apa-apa tugas lain dan menunaikan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan atau diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (5) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan yang wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1694 (6) Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar yang disebut dalam subseksyen (5) jika dia— (a) membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar; (b) tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu; (c) telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan (d) semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik Kerajaan dan Suruhanjaya. (7) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang boleh diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif 11c. (1) Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila— (a) jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong; (b) Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau (c) Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan fungsinya. (2) Sekiranya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong selama lebih enam bulan, Menteri hendaklah melantik seorang lain untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, dan atas pelantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 9 Setiausaha Lembaga 11d. (1) Suruhanjaya hendaklah melantik seorang setiausaha kepada Lembaga daripada kalangan pegawai Suruhanjaya bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya. (2) Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi— (a) penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi dan aktiviti Suruhanjaya; dan (b) pelaksanaan keputusan Suruhanjaya. (3) Setiausaha hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa. (4) Dalam menunaikan kewajipannya setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Ketua Pegawai Eksekutif dan Suruhanjaya. (5) Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekerja Suruhanjaya yang perlu untuk membantu setiausaha dalam menunaikan fungsinya secara berkesan dan cekap dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.”. Pindaan seksyen 13 6. Seksyen 13 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Pengerusi hendaklah dilantik bagi suatu tempoh tidak melebih lima tahun dan boleh dilantik semula.”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “perenggan 11(3)(c), (d), (e) dan (f)” dengan perkataan “perenggan 11(3)(b), (c), (d) dan (e)”. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1694 Pindaan seksyen 14 7. Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perenggan 11(3)(g)” dengan perkataan “perenggan 11(3)(a), (f) dan (g)”. Pindaan seksyen 15 8. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Seseorang pegawai sesuatu koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Koperasi 1993, tidak boleh dilantik atau kekal sebagai seorang pengarah.”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana pengarah tanpa memberi apa-apa sebab.”. Pindaan seksyen 19 9. Seksyen 19 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif, atau semasa ketiadaannya Timbalan Pengerusi Eksekutif,” dengan perkataan “Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya,”; (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “perenggan 11(3)(c), (d), (e) dan (f)” dengan perkataan “perenggan 11(3)(b), (c), (d) dan (e)”; Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 11 (c) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif, atau semasa ketiadaannya Timbalan Pengerusi Eksekutif,” dengan perkataan “Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya,”; (d) dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut: “(7) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, daripada membenarkan seorang pengarah untuk menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah memohon bagi kebenaran itu.”; dan (e) dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut: “(8) Pengerusi hendaklah hanya, bagi maksud subseksyen (1), (3) dan (7), menamakan pengarah yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(b), (c), (d) atau (e) untuk bertindak bagi pihaknya. (9) Bagi maksud subseksyen (7), “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.”. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1694 Pindaan seksyen 24 10. Seksyen 24 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari kepada— (a) Ketua Pegawai Eksekutif; atau (b) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10.”; (b) dalam perenggan 2(b), dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”; dan (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”. Pindaan seksyen 45 11. Seksyen 45 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya boleh” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif boleh”; (b) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”; dan (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 13 Pindaan seksyen 46 12. Perenggan 46(5)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”. Pindaan seksyen 56 13. Subseksyen 56(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”. Pindaan seksyen 60 14. Perenggan 60(2)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif”. Pindaan seksyen 62a 15. Seksyen 62a Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”. Kecualian dan peralihan 16. (1) Tiap-tiap rujukan kepada “Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia” dalam mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia”. (2) Orang yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1694 (3) Orang yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini. (4) Apa-apa perintah, arahan, garis panduan, surat pekeliling, notis, keputusan, kelulusan atau penentuan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan dibuat atau dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kekal sah.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1694 - AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (PINDAAN) 2023
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in