AI-assisted research summary: The Minister may borrow up to 92 million ringgit for the Act’s purposes, must use the money for the Fourth Stockpile contribution, and must repay it from the Consolidated Fund if it is still unpaid two years after the International Tin Agreement 1971 ends.
041b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 6:46 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 41 AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 041b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 6:46 PM 2 AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971 Tarikh Perkenan Diraja … … … 30 Ogos 1971 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 2 September 1971 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999 DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006 041b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 6:46 PM 33 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 41 AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Kuasa untuk mendapatkan pinjaman 4. Pinjaman hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan 5. Menggunakan pinjaman 6. Membayar balik pinjaman 041b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 6:46 PM 041b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 6:46 PM 55 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 41 AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971 Suatu Akta bagi membenarkan wang sebanyak tidak lebih daripada sembilan puluh dua juta ringgit dipinjam untuk membiayai pembayaran bahagian Malaysia dalam Stok Penimbal yang akan ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971, dan bagi maksud yang bersampingan dengannya. [Seluruh Malaysia—1 Julai 1971] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman (Stok Penimbal Timah Antarabangsa) 1971, dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1971. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi kewangan; “padat timah” mempunyai erti yang diberikan kepada istilah itu oleh Akta Kawalan Timah 1954 [Akta 362]; “Stok Penimbal” ertinya Stok Penimbal yang ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971; 041b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 6:46 PM 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 41 “Stok Penimbal Keempat” ertinya Stok Penimbal yang akan ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971. Kuasa untuk mendapatkan pinjaman 3. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri dibenarkan, dari semasa ke semasa, mendapatkan wang dari dalam atau luar Malaysia, kesemuanya sebanyak tidak lebih daripada sembilan puluh dua juta ringgit. (2) Semua wang yang didapatkan di bawah Akta ini hendaklah didapatkan dengan jalan pinjaman, dari dalam atau luar Malaysia, dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri. Pinjaman hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan 4. Wang pokok yang diperoleh di bawah Akta ini serta semua bunganya dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan. Menggunakan pinjaman 5. Wang yang diperoleh di bawah Akta ini hendaklah digunakan dan diuntukkan bagi maksud membayar sumbangan Malaysia kepada Stok Penimbal Keempat; dan Menteri boleh menggunakan mana-mana wang itu untuk membeli logam timah setakat yang Malaysia dikehendaki atau dibenarkan menyumbangkan logam timah kepada Stok Penimbal Keempat. Membayar balik pinjaman 6. (1) Walau apa pun peruntukan subseksyen 13(2) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya hendaklah dibayar balik daripada hasil pendapatan apa-apa levi yang kena dibayar atas padat timah yang dilombong dalam Malaysia dan yang dikenakan dengan nyata bagi maksud ini. (2) Jika kesemua wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya tidak dibayar balik dalam 041b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 6:46 PM Pinjaman (Stok Penimbal 77 Timah Antarabangsa) tempoh dua tahun dari tarikh tamat Perjanjian Timah Antarabangsa 1971 Menteri hendaklah menguntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan dan membayar balik jumlah wang yang belum dibayar itu serta bunga yang kena dibayar atasnya. 041b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 6:46 PM 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 41 AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari – TIADA – SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA –