A1664 - AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (PINDAAN) 2022
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act may be cited as the East Coast Economic Region Development Council (Amendment) Act 2022, starts on a date set by the Prime Minister after consulting named State Authorities and publishing notice in the Gazette, and amends section 4 of Act 688.
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai 1 Timur (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1664 AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1663 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Ogos 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 6 September 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai 3 Timur (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1664 AKTA MAJLIS PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, selepas berunding dengan Pihak-Pihak Berkuasa Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 4 2. Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 [Akta 688] dipinda dalam seksyen 4 dengan menggantikan perkataan “Daerah Mersing” dengan perkataan “Daerah-Daerah Mersing dan Segamat”.