626 - *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003
Hotels in Kuala Lumpur generally need a licence, and licensed operators must display and produce it when required.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 626 - *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
626 - *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003
AI-assisted research summary: Hotels in Kuala Lumpur generally need a licence, and licensed operators must display and produce it when required.
1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 626 AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 Sebagaimana pada 1 Ogos 2013 2 AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 Tarikh Perkenan Diraja … … … 29 Julai 2003 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 7 Ogos 2003 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2004 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2006 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 626 AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PELESENAN 3. Larangan 4. Permohonan untuk mendapatkan lesen dan pemberian lesen 5. Dokumen dan maklumat yang dikehendaki 6. Tempoh dan pembaharuan lesen 7. Lesen bagi hotel boleh dikeluarkan bersama dengan lesen lain 8. Lesen sementara 9. Lesen hendaklah dipamerkan dan dikemukakan 10. Deposit 11. Pemindahan lesen 12. Penggantungan atau pembatalan lesen 13. Rayuan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 BAHAGIAN III PENGUATKUASAAN Seksyen 14. Kuasa untuk menyiasat 15. Penggeledahan dengan waran 16. Penggeledahan tanpa waran 17. Pemeriksaan orang perempuan 18. Kuasa untuk menutup hotel 19. Kuasa untuk masuk 20. Kuasa untuk menghendaki nama, dsb., diberikan 21. Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes 22. Kuasa penangkapan 23. Senarai benda yang disita 24. Pelucuthakan 25. Benda atau barang yang mengikut tabiinya lekas rosak 26. Halangan, dsb. BAHAGIAN IV PELBAGAI 27. Kesalahan oleh pekhidmat atau ejen 28. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 29. Penalti am 30. Pendakwaan 31. Bidang kuasa Majistret 32. Pengkompaunan kesalahan 33. Wang hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang 34. Kuasa pegawai polis di bawah Akta ini 35. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 36. Pemansuhan 37. Penerusan kaedah-kaedah, dsb. 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 626 AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan hotel di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [1 April 2004, P.U. (B) 144/2004] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 “Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190]; “hotel” ertinya mana-mana premis di mana— (a) orang diberi tempat berlindung atau menginap untuk apa-apa jenis sewa atau ganjaran; dan (b) bilik-bilik dilengkapi oleh pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus premis itu untuk kegunaan domestik bagi orang yang diberi tempat berlindung atau menginap itu, tetapi tidaklah termasuk— (aa) mana-mana premis di mana aktiviti yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) sedang dijalankan oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; (bb) mana-mana kemudahan jagaan kesihatan persendirian, pusat jagaan kanak-kanak atau pusat jagaan yang penubuhan atau pengendaliannya dikawal atau dikawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; (cc) mana-mana asrama yang ditubuhkan oleh atau bagi pihak mana-mana institusi pendidikan swasta atau institusi pendidikan tinggi swasta dan dikawal atau dikawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau (dd) mana-mana premis yang disewakan atas dasar tuan rumah dan penyewa; “hotel berlesen” ertinya hotel yang berkenaan dengannya suatu lesen sedang berkuat kuasa; “lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah seksyen 4 atau lesen sementara yang diberikan di bawah seksyen 8; Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 7 “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; “orang” termasuklah sesuatu kumpulan orang, diperbadankan atau tak diperbadankan, sesuatu usaha sama atau amanah; “pemegang lesen” ertinya seseorang yang diberi lesen; “penghuni” ertinya orang yang menghuni premis yang berkenaan dengannya perkataan itu digunakan, atau yang bertanggungjawab bagi, mengurus atau mengawal premis itu sama ada untuk dirinya sendiri atau sebagai ejen seseorang lain tetapi tidaklah termasuk penginap; “syarat” atau “sekatan”, apabila digunakan berkaitan dengan lesen, ertinya sesuatu syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 4(4). BAHAGIAN II PELESENAN Larangan 3. (1) Tiada seorang pun boleh mengendalikan sesuatu hotel melainkan jika dia telah diberi lesen oleh Datuk Bandar berkenaan dengan hotel itu mengikut peruntukan Akta ini. (2) Tiada seorang pun boleh menguruskan sesuatu hotel melainkan jika hotel itu ialah suatu hotel berlesen. (3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) seseorang yang merupakan pemunya, penerima pajak, penyewa utama, penghuni atau pengurus mana-mana premis yang digunakan sebagai hotel boleh, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai mengendalikan hotel itu; dan (b) mana-mana orang yang pada masa itu terlibat dalam pengurusan atau mengawal hotel itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai menguruskan hotel itu. Permohonan untuk mendapatkan lesen dan pemberian lesen 4. (1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen— (a) hendaklah dibuat secara bertulis kepada Datuk Bandar dalam bentuk yang ditentukan olehnya; dan (b) disertakan dengan keterangan bahawa pemohon telah didaftarkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]. (2) Datuk Bandar boleh, mengikut budi bicaranya, memberikan lesen atau enggan untuk memberikan lesen kepada pemohon. (3) Jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen dibenarkan, lesen itu hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan. (4) Sesuatu lesen itu boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar untuk dikenakan. Dokumen dan maklumat yang dikehendaki 5. Bagi maksud menimbangkan suatu permohonan untuk mendapatkan lesen, Datuk Bandar boleh menghendaki pemohon Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 9 mengemukakan kepadanya apa-apa dokumen atau memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan olehnya. Tempoh dan pembaharuan lesen 6. (1) Sesuatu lesen adalah sah selama apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Datuk Bandar. (2) Datuk Bandar boleh, mengikut budi bicaranya, membaharui sesuatu lesen atau enggan untuk membaharui sesuatu lesen. Lesen bagi hotel boleh dikeluarkan bersama dengan lesen lain 7. (1) Sesuatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini boleh dikeluarkan bersama dengan mana-mana lesen lain yang Datuk Bandar mempunyai kuasa untuk memberikan atau mengeluarkannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan hotel itu atau apa-apa aktiviti yang dijalankan di atau oleh atau bersama dengan hotel itu. (2) Jika lesen yang diberikan di bawah Akta ini telah dikeluarkan bersama dengan mana-mana lesen lain, pembatalan lesen atau mana-mana lesen lain itu tidaklah menyentuh kesahan lesen yang diberikan di bawah Akta ini. Lesen sementara 8. (1) Sementara menanti Datuk Bandar menimbangkan sesuatu permohonan untuk mendapat lesen, Datuk Bandar boleh, jika berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi apa-apa syarat dan kehendak sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Datuk Bandar, mengeluarkan suatu lesen sementara kepada pemohon itu. (2) Lesen sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah sah bagi tempoh enam bulan dari tarikh dikeluarkan. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 (3) Tertakluk kepada subseksyen (4), tempoh kesahan sesuatu lesen sementara boleh dilanjutkan selama tempoh enam bulan atas permohonan yang dibuat secara bertulis oleh pemohon pada atau sebelum tamat tempoh yang pertama tetapi tidak boleh dilanjutkan lagi. (4) Jika permohonan bagi mendapatkan suatu lesen di bawah seksyen 4 telah ditolak oleh Datuk Bandar di bawah subseksyen 4(2), lesen sementara itu tidaklah sah lagi. (5) Fi yang boleh dikenakan bagi sesuatu lesen sementara atau perlanjutannya hendaklah dua kali fi yang kena dibayar di bawah subseksyen 4(3). (6) Pemegang sesuatu lesen sementara mempunyai hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sama seperti seseorang pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 4. Lesen hendaklah dipamerkan dan dikemukakan 9. (1) Seseorang pemegang lesen hendaklah mempamerkan lesennya pada setiap masa di tempat yang mudah dilihat di hotel berlesen dan hendaklah mengemukakan lesen itu jika dia dikehendaki supaya berbuat demikian oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa. (2) Seseorang pemegang lesen yang tidak mempamerkan atau mengemukakan lesennya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. (3) Bagi maksud seksyen ini, sebutan tentang sesuatu “lesen” hendaklah termasuk salinan lesen itu yang diperakui oleh Datuk Bandar sebagai salinan sebenar lesen itu. Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 11 Deposit 10. (1) Datuk Bandar boleh, sebelum mengeluarkan sesuatu lesen atau pada bila-bila masa selepas itu, menghendaki pemegang lesen itu membuat suatu deposit dalam apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan olehnya untuk memastikan bahawa syarat atau sekatan lesen itu dan peruntukan Akta ini dipatuhi dengan sewajarnya. (2) Datuk Bandar boleh melucuthakkan keseluruhan atau sebahagian daripada deposit itu jika dia berpuas hati bahawa telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini. (3) Datuk Bandar tidak boleh melucuthakkan deposit itu melainkan jika pemegang lesen telah diberi peluang untuk didengar. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang pemegang lesen yang depositnya telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (2) daripada didakwa. Pemindahan lesen 11. Tiada pemegang lesen boleh memindahkan lesennya kepada mana-mana orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Datuk Bandar. Penggantungan atau pembatalan lesen 12. (1) Datuk Bandar boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini jika telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini. (2) Datuk Bandar tidak boleh menggantung atau membatalkan sesuatu lesen melainkan jika pemegang lesen telah diberi peluang untuk didengar. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 (3) Datuk Bandar hendaklah memberitahu pemegang lesen sesuatu hotel berlesen tentang penggantungan atau pembatalan lesennya— (a) dengan menampalkan suatu salinan notis itu di tempat yang mudah dilihat di premis hotel berlesen itu; (b) dengan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada orang yang mengurus dan mengawal hotel berlesen itu; atau (c) dengan menyampaikan suatu salinan notis kepada pemegang lesen sendiri jika pemegang lesen itu bukan orang yang disebut dalam perenggan (b). (4) Mana-mana orang yang mengendalikan atau menguruskan sesuatu hotel semasa tempoh lesen yang diberikan berkenaan dengan hotel itu telah digantung, melakukan suatu kesalahan. Rayuan 13. (1) Seseorang yang terkilan— (a) dengan keengganan Datuk Bandar untuk memberikan lesen kepadanya atau membaharui lesennya; (b) dengan pembatalan atau penggantungan lesennya; (c) dengan pengenaan apa-apa syarat atau sekatan berkenaan dengan lesen yang diberikan kepadanya; atau (d) dengan pelucuthakan deposit di bawah seksyen 9, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas diberitahu secara bertulis tentang keengganan atau pembatalan itu, atau pengenaan syarat atau sekatan itu, atau pelucuthakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, merayu terhadap keputusan itu kepada Menteri. Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 13 (2) Selepas menimbangkan rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang terhadapnya rayuan itu dibuat, dan keputusan Menteri itu adalah muktamad. (3) Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang pemegang lesen sementara. BAHAGIAN III PENGUATKUASAAN Kuasa untuk menyiasat 14. Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Penggeledahan dengan waran 15. (1) Jika pada hemat seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau berkenaan dengan mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya untuk masuk ke dalam premis itu dengan apa-apa bantuan yang mungkin diperlukan, dan jika perlu, dengan kekerasan. (2) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, di dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), memeriksa— (a) apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; dan (b) apa-apa tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, dokumen, butiran, benda atau barang yang semunasabahnya 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu, dan boleh menyita mana-mana buku, akaun, dokumen atau data itu atau apa-apa salinan buku, akaun, dokumen atau data itu atau mana- mana tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda atau barang itu. (3) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu. (5) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau jumlahnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dalam premis atau bekas di mana barang itu dijumpai. (6) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan. Penggeledahan tanpa waran 16. Jika Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa, dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 15, mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 15 itu tujuan penggeledahan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan akan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan semua kuasa yang disebut dalam seksyen 15 dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu. Pemeriksaan orang perempuan 17. Tiada orang perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen 15 atau 16 kecuali oleh seorang orang perempuan lain dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan. Kuasa untuk menutup hotel 18. (1) Tanpa menjejaskan penjalanan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 14, 15 dan 16, Datuk Bandar boleh menutup mana-mana hotel berlesen bagi apa-apa tempoh yang ditentukannya selepas memberi pemegang lesen atau mana-mana pihak yang terkilan peluang untuk didengar jika dia berpuas hati bahawa— (a) telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini; dan (b) penutupan itu perlu bagi kepentingan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan. (2) Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menutup mana-mana hotel jika dia berpuas hati bahawa hotel itu beroperasi tanpa lesen yang sah. (3) Datuk Bandar boleh mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2) kepada suatu jawatankuasa yang dilantik olehnya. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 (4) Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (3) tidak boleh menjalankan kuasa untuk menutup mana-mana hotel di bawah subseksyen (1) dan (2) kecuali dengan keputusan majoriti jawatankuasa itu. (5) Jika suatu hotel berlesen ditutup di bawah subseksyen (1), lesen yang dengannya hotel itu beroperasi hendaklah disifatkan digantung dalam tempoh penutupan itu dan subseksyen 12(4) hendaklah terpakai. (6) Semasa tempoh penutupan, pemegang lesen hotel berlesen itu hendaklah mengambil langkah untuk memastikan bahawa semua syarat dan sekatan lesen dan peruntukan Akta ini dipatuhi. (7) Jika sehingga akhir tempoh penutupan pemegang lesen masih gagal untuk mematuhi mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau mana-mana peruntukan Akta ini, maka lesennya hendaklah dibatalkan. Kuasa untuk masuk 19. (1) Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, dengan atau tanpa pembantu atau pekerja, masuk ke dalam mana-mana hotel, premis atau bangunan bagi maksud— (a) membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan atau penyiasatan tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini; (b) mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk menutup secara fizikal mana-mana hotel di bawah seksyen 18; dan (c) melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu bagi pentadbiran yang cekap Akta ini. (2) Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang kemasukan mana-mana orang yang diberi kuasa atau dibenarkan di Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 17 bawah subseksyen (1) untuk masuk ke dalam mana-mana hotel, premis atau bangunan melakukan suatu kesalahan. Kuasa untuk menghendaki nama, dsb., diberikan 20. Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang yang dengan munasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan atau mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini supaya memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan butir-butir lengkapnya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu. Pemeriksaan orang yang tahu tentang kes 21. (1) Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa, apabila menjalankan kuasa penyiasatan di bawah Akta ini, boleh secara lisan memeriksa mana-mana orang yang dijangka tahu tentang fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang yang diperiksa oleh Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya cenderung untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan-soalan. (4) Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah seksyen ini hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3). 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, seboleh-bolehnya, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu. Kuasa penangkapan 22. (1) Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang— (a) yang semunasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan (b) yang enggan memberikan nama dan alamatnya apabila diminta atau jika ada sebab untuk meragui ketepatan nama dan alamat yang diberikan. (2) Seseorang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah dibawa ke balai polis dan hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret dalam masa dua puluh empat jam, melainkan jika sebelum dari masa itu nama dan kediamannya yang sebenarnya telah dapat ditentukan, dan dalam hal yang sedemikian orang itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta apabila dia menyempurnakan suatu bon untuk hadir di hadapan seorang Majistret jika dikehendaki sedemikian. (3) Apabila mana-mana orang sedemikian dibawa ke hadapan seorang Majistret, Majistret itu boleh sama ada menghendaki dia menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin untuk hadir di hadapan seorang Majistret sekiranya dikehendaki, atau boleh memerintahkan supaya dia ditahan dalam jagaan sehingga dia dapat dibicarakan. Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 19 Senarai benda yang disita 23. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang disita di bawah seksyen 15 atau 16, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita itu dan dengan serta-merta menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada pemegang lesen atau penghuni yang premisnya telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmat pemegang lesen atau penghuni itu di premis itu. (2) Jika premis itu tidak didiami, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah melekatkan senarai benda yang disita itu dengan ketara di premis itu. Pelucuthakan 24. (1) Semua buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Mahkamah yang di hadapannya pendakwaan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah diadakan, hendaklah memerintahkan pelucuthakan mana-mana buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita berkaitan dengan kesalahan itu jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika dibuktikan hingga mahkamah berpuas hati bahawa tiada kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan atau bahawa kesalahan itu telah dilakukan tetapi buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu bukanlah hal perkara bagi atau telah tidak digunakan dalam melakukan kesalahan itu, mahkamah itu boleh memerintahkan pelepasannya. (4) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita dalam menjalankan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan setelah tamat tempoh dua minggu dari tarikh penyitaannya melainkan jika suatu tuntutan telah dibuat baginya sebelum tempoh dua minggu itu habis mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (5). (5) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-mana buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita di bawah Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu tidak boleh dilucuthakkan boleh sama ada sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya. (6) Apabila diterima suatu notis di bawah subseksyen (5), Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, selepas apa-apa siasatan yang perlu, mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilepaskan atau merujukkan kes itu kepada Majistret bagi keputusannya. (7) Majistret yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu disita hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau ingkar untuk hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret itu hendaklah terus memeriksa kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilucuthakkan atau, jika tiada bukti sedemikian, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dilepaskan kepada orang yang berhak kepadanya. (8) Semua buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dilucuthakkan di bawah subseksyen (2) atau (4) hendaklah Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 21 diserahkan kepada Datuk Bandar atau seseorang pegawai diberi kuasa, yang hendaklah melupuskannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar. Benda atau barang yang mengikut tabiinya lekas rosak 25. (1) Walau apa pun seksyen 24, jika apa-apa benda atau barang yang disita dalam penjalanan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau yang mengikut tabiinya lekas rosak atau jika penjagaan benda atau barang itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan halangan atau membahayakan orang ramai, Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa boleh mengarahkan supaya benda atau barang itu dijual pada bila-bila masa dan seksyen 24 hendaklah terpakai bagi hasil jualan itu. (2) Datuk Bandar atau pegawai diberi kuasa itu tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, walau apa pun sebabnya, dalam kualiti apa-apa benda atau barang yang disita di bawah Akta ini. Halangan, dsb. 26. Seseorang yang— (a) mengamang, menggalang, menghalang atau melengah-lengahkan Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang melaksanakan kewajipannya menurut undang-undang di bawah Akta ini; (b) tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah yang dibuat secara wajar kepadanya oleh seseorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini; (c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini; (d) tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya; (e) memberikan maklumat yang palsu, tidak benar atau yang mengelirukan kepada seseorang pegawai diberi kuasa; atau (f) tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang berhubungan dengannya pegawai itu ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau yang boleh disita di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. BAHAGIAN IV PELBAGAI Kesalahan oleh pekhidmat atau ejen 27. Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana pekhidmat atau ejen mana-mana pemegang lesen, atau oleh mana-mana pekhidmat atau ejen pemunya atau penghuni sesuatu hotel yang tidak berlesen, maka pemegang lesen, pemunya atau penghuni itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira segala hal keadaan, dia membuktikan— Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 23 (a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan (b) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 28. Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang ahli lembaga pengarah, seorang pengurus, seorang setiausaha atau seorang pegawai yang memegang suatu jawatan atau suatu kedudukan yang serupa dengan jawatan pengurus atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman yang sama dengan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu di bawah Akta ini. Penalti am 29. Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. Pendakwaan 30. Tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap kesalahan di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 Bidang kuasa Majistret 31. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan mengawardkan hukuman yang sepenuhnya bagi mana-mana kesalahan itu. Pengkompaunan kesalahan 32. (1) Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara khas dengan bertulis oleh Datuk Bandar bagi maksud itu boleh dengan keizinan Pendakwa Raya mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Datuk Bandar sejumlah wang yang tidak melebihi jumlah maksimum denda bagi kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Datuk Bandar atau pegawai yang diberi kuasa secara khas itu, pendakwaan terhadap kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat. (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan. Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 25 (4) Kesemua wang yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar kepada kumpulan wang yang diwujudkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kerajaan tempatan. Wang hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang 33. Datuk Bandar hendaklah membayar semua wang yang dipungut atau diterima dan semua deposit yang dilucuthakkan di bawah Akta ini ke dalam kumpulan wang yang diwujudkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kerajaan tempatan dan wang atau deposit itu hendaklah menjadi sebahagian daripada kumpulan wang itu. Kuasa pegawai polis di bawah Akta ini 34. Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh mengurangkan kuasa seseorang pegawai polis untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 35. (1) Datuk Bandar boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh— (a) mengadakan peruntukan bagi tatacara pelesenan hotel, penggantungan dan pembatalan lesen yang diberikan di bawah Akta ini, borang yang hendaklah digunakan dan fi yang hendaklah dibayar berkenaan dengan lesen itu; (b) mengawal selia pengurusan dan kawalan hotel berlesen; 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 626 (c) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang menginap di hotel berlesen dan pelawat di dalam bilik mereka dan pekhidmat dan ejen hotel berlesen; (d) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu; (e) mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan hotel berlesen dan kebersihannya; dan (f) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Datuk Bandar bagi maksud Akta ini. Pemansuhan 36. Enakmen Rumah Tumpangan [N.M.B. Bab 87], yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206], dimansuhkan setakat yang terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penerusan kaedah-kaedah, dsb. 37. Semua kaedah, borang, arahan, surat pemberikuasaan dan lesen yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang kaedah, borang, arahan, surat pemberikuasaan dan lesen itu selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh Akta ini. ______________________________________ 27 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 626 AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari – TIADA – _________________ 28 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 626 AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari – TIADA – _________________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
626 - *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in