A1670 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022
This Amendment Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and it gives the Minister powers to extend deadlines and modify imposed terms and conditions in specified circumstances.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1670 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1670 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022
AI-assisted research summary: This Amendment Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and it gives the Minister powers to extend deadlines and modify imposed terms and conditions in specified circumstances.
Eksais (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1670 AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1670 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 Oktober 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Oktober 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Eksais (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1670 AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Eksais (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan am 2. Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan”, di mana-mana jua terdapat dalam subseksyen 47(2) dan perenggan 13(1)(b), 19(1)(d), 19a(1)(e) dan 67(3a)(b), dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1670 (b) dengan menggantikan perkataan “yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 91dc dan 91k, dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”. Pindaan seksyen 5a 3. Subseksyen 5a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Mana-mana orang boleh memohon, dalam borang yang ditetapkan berserta dengan fi yang ditetapkan, kepada Ketua Pengarah” dengan perkataan “Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bersama dengan fi yang ditetapkan,”. Pindaan seksyen 16 4. Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2). Pindaan seksyen 19b 5. Seksyen 19b Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “mengikut borang yang ditetapkan” dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”. Pindaan seksyen 20 6. Subseksyen 20(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah” dengan perkataan “yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”. Eksais (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 23 7. Subseksyen 23(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan yang diluluskan oleh pegawai yang hak” dengan perkataan “, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, yang diluluskan oleh pegawai yang hak”. Seksyen baharu 44aa dan 44ab 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44a seksyen yang berikut: “Kuasa untuk melanjutkan tempoh 44aa. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum tamat tempoh itu. Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 44ab. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini. (2) Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan— (a) terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan (b) tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1670 (3) Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan. (4) Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah. (5) Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”. Pindaan seksyen 85 9. Subseksyen 85(2) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perenggan (bc); dan (b) dalam perenggan (e) dengan menggantikan perkataan “Akta ini” dengan perkataan “seksyen 35”. Pindaan seksyen 90c 10. Seksyen 90c Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu” dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”. Pindaan seksyen 91w 11. Seksyen 91w Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang-barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu” dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1670 - AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in