AI-assisted research summary: This Act amends the Weights and Measures Act 1972 and gives the Minister power to set commencement and make Gazette orders to amend the Second Schedule. It also creates an offence for failing to disclose relevant information or giving false or misleading material, with penalties up to RM50,000, 4 years’ imprisonment, or both.
Timbang dan Sukat (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1530 AKTA TIMBANG DAN SUKAT (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1530 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 10 Mei 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Mei 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Timbang dan Sukat (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1530 AKTA TIMBANG DAN SUKAT (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Timbang dan Sukat 1972. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017. (2) Kecuali bagi perenggan 2(a) dan 11(b) dan seksyen 12 dan 13, Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 12 2. Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 12— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua.”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1530 (b) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”. Pindaan seksyen 14 3. Subseksyen 14(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”. Pindaan seksyen 14b 4. Seksyen 14b Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “satu” dengan perkataan “sepuluh”; (b) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “dua puluh lima”; (c) dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “lima ratus” dengan perkataan “lima ribu”; (d) dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan “satu” dengan perkataan “sepuluh”; dan (e) dalam subseksyen (10), dengan menggantikan perkataan “tiga” dengan perkataan “dua puluh lima”. Pindaan seksyen 16 5. Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”. Pindaan seksyen 17 6. Seksyen 17 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”. Timbang dan Sukat (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 18 7. Seksyen 18 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”; dan (b) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”. Pindaan seksyen 19 8. Seksyen 19 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima ratus” dengan perkataan “lima ribu”. Pindaan seksyen 20 9. Seksyen 20 Akta ibu dipinda, dalam subseksyen (1) dan (3), dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “lima puluh”. Pindaan seksyen 20a 10. Subseksyen 20a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”. Pindaan seksyen 28 11. Seksyen 28 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “empat” dengan perkataan “empat puluh”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana orang yang gagal untuk menzahirkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang berkaitan, atau memberikan, sebagai 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1530 benar, apa-apa maklumat, dokumen atau keterangan yang dia tahu atau ada sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 29 12. Subseksyen 29(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (gi) perenggan yang berikut: “(gj) menetapkan suatu penalti denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;”. Pindaan seksyen 30 13. Seksyen 30 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Ralat maksimum yang dibenarkan”; dan (b) dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan “had selisih” dengan perkataan “ralat maksimum yang dibenarkan”.