AI-assisted research summary: This Act amends the Pelindung Act 2006 and lets the Government start protective investigations and impose protective measures under agreed trade-agreement terms.
Pelindung (Pindaan) 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1439 AktA peLINDUNG (pINDAAN) 2012 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1439 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Ogos 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 16 Ogos 2012 Hakcipta pencetak H percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Pelindung (Pindaan) 33 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1439 AktA peLINDUNG (pINDAAN) 2012 Suatu Akta untuk meminda Akta Pelindung 2006. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelindung (Pindaan) 2012. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. pindaan seksyen 28 2. Akta Pelindung 2006 [Akta 657], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 28(2) dengan menggantikan perkataan “(1)(a) dan (b)” dengan perkataan “(1)(a), (b) dan (c)”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1439 Seksyen baru 40A 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 40 seksyen yang berikut: “pelindungan dua hala 40A. (1) Tiada apa-apa pun dalam Akta ini boleh menghalang Kerajaan daripada memulakan penyiasatan pelindungan dan mengenakan langkah perlindungan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dalam perjanjian perdagangan yang dibuat oleh Kerajaan. (2) Menteri hendaklah menetapkan terma dan syarat penyiasatan pelindungan dan langkah perlindungan bagi maksud subseksyen (1).”.