A1709 - AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024
This Act amends Malaysia’s mutual legal assistance law, broadening several definitions to cover equipment and updating procedures and powers, including commencement by the Minister.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1709 - AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1709 - AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024
AI-assisted research summary: This Act amends Malaysia’s mutual legal assistance law, broadening several definitions to cover equipment and updating procedures and powers, including commencement by the Minister.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1709 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1709 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 Mei 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 24 Mei 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1709 AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 2 2. Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 [Akta 621], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda— (a) dalam subseksyen 2(1)— (i) dengan menggantikan takrif “institusi kewangan” dengan takrif yang berikut: 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1709 ‘ “institusi kewangan” ertinya— (a) suatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; (b) suatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; (c) suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; (d) seorang pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731]; (e) seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; (f) suatu depositori pusat di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]; (g) seorang pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]; dan (h) seorang pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705];’; Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 5 (ii) dengan memotong takrif “institusi kewangan luar pesisir”; (iii) dengan menggantikan takrif “kesalahan berat” dengan takrif yang berikut: ‘ “kesalahan berat” ertinya— (a) suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; atau (b) apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a);’; (iv) dalam takrif “kesalahan berat asing” dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) terhadap undang-undang sesuatu Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan dengannya hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang itu ialah pemenjaraan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun, atau suatu hukuman yang lebih berat; dan”; (v) dalam takrif “pegawai diberi kuasa” dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “Badan Pencegah Rasuah” dengan perkataan “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1709 (vi) dengan memasukkan selepas takrif “perakuan kekebalan undang-undang asing” takrif yang berikut: ‘ “peralatan” ertinya— (a) apa-apa benda yang digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing; atau (b) apa-apa harta yang keseluruhannya atau sebahagiannya digunakan dalam, atau berkaitan dengan, pelakuan mana-mana kesalahan berat atau kesalahan berat asing, sama ada benda atau harta itu terletak di dalam atau di luar Malaysia;’; (vii) dalam takrif “perintah pelucuthakan” dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”; (viii) dalam takrif “perintah pelucuthakan asing”— (A) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (B) dalam perenggan (b), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; (C) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) peralatan atau nilai peralatan itu;”; dan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 7 (D) dengan memotong perkataan “yang dibuat pada atau selepas tarikh perintah di bawah subseksyen 17(1) yang mengisytiharkan sesuatu Negara asing sebagai Negara asing yang ditetapkan mula berkuat kuasa atau pada atau selepas tarikh arahan khas yang diberikan oleh Menteri berkenaan dengan suatu Negara asing di bawah seksyen 18;”; dan (ix) dalam takrif “perkara jenayah sampingan”, dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”; dan (b) dalam subseksyen 2(3)— (i) dengan menggantikan perkataan “yang berupa prosiding jenayah” dengan perkataan “di sesuatu Negara asing yang ditetapkan”; (ii) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) dimulakan apabila apa-apa tindakan dibawa ke mahkamah terhadap seseorang berhubung dengan suatu kesalahan berat asing;”; dan (iii) dalam subperenggan (b)(vi), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”. Pindaan seksyen 3 3. Perenggan 3(c) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1709 Pindaan seksyen 7 4. Subseksyen 7(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “saluran diplomatik” perkataan “, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Negara asing itu”. Pindaan seksyen 13 5. Seksyen 13 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “harta berkenaan berada” dengan perkataan “harta atau peralatan berkenaan berada”; (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “dalam prosiding jenayah yang telah atau akan dimulakan di Malaysia, untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta” dengan perkataan “di Malaysia untuk menyekat urusan mengenai apa-apa harta atau peralatan”; dan (b) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “harta telah didapatkan” dengan perkataan “harta atau peralatan telah didapatkan”; (ii) dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”; dan (iii) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “harta itu didapatkan” dengan perkataan “harta atau peralatan itu didapatkan”. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 9 Pindaan seksyen 19 6. Seksyen 19 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “saluran diplomatik” perkataan “, atau jika hal keadaan menghendaki, boleh dibuat secara terus kepada Peguam Negara”; dan (b) dalam subseksyen (3)— (i) dengan memotong subperenggan (c)(i); dan (ii) dalam subperenggan (c)(iii)— (A) dalam subsubperenggan (B), dengan menggantikan perkataan “harta yang disyaki” dengan perkataan “harta atau peralatan yang disyaki”; dan (B) dengan memasukkan selepas perkataan “perihalan mengenai harta” perkataan “atau peralatan”. Pindaan seksyen 20 7. Perenggan 20(1)(h) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “tidak begitu penting kepada penyiasatan atau”. Pindaan seksyen 23 8. Subperenggan 23(4)(b)(i) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “berkemungkinan mempunyai nilai substansial, sama ada benda itu sendiri atau bersama dengan benda lain, kepada” dengan perkataan “adalah berkenaan dengan”. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1709 Pindaan seksyen 31 9. Subseksyen 31(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “harta yang” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “harta atau peralatan yang”. Pindaan seksyen 34 10. Subseksyen 34(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “atau peralatan”; dan (b) dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas subsubperenggan (i)(B) subsubperenggan yang berikut: “(C) peralatan atau nilai peralatan itu; atau”. Pindaan seksyen 36 11. Subperenggan 36(2)(b)(i) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “berkemungkinan mempunyai nilai substansial, sama ada benda itu sendiri atau bersama dengan benda lain, kepada” dengan perkataan “adalah berkenaan dengan”. Pindaan seksyen 38 12. Seksyen 38 Akta ibu dipinda dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan “berkenaan dengan pegawai diberi kuasa yang melaksanakan” dengan perkataan “kerana mematuhi”. Seksyen baharu 41a 13. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41 seksyen yang berikut: “Pemakaian undang-undang bertulis lain 41a. (1) Dalam memberikan bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini, peruntukan undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan kuasa pegawai diberi kuasa hendaklah terpakai setakat peruntukan itu tidak bercanggah dengan Akta ini. Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (Pindaan) 11 (2) Bagi maksud subseksyen (1), perlindungan dan kekebalan yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa itu dalam melaksanakan kuasa di bawah undang-undang bertulis lain itu hendaklah terpakai bagi pegawai diberi kuasa itu.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1709 - AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH (PINDAAN) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in