A1699 - AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (PINDAAN) 2023
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Act 2006, including commencement, disciplinary powers, contract limits, and restrictions on use of the Commission’s symbols.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1699 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (PINDAAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1699 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Disember 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 29 Disember 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1699 AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (PINDAAN) 2023 Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 9 2. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 9(2) dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “tiga”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1699 Pindaan seksyen 14 3. Subseksyen 14(3) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “shall be guilty of” dengan perkataan “commits”. Pindaan seksyen 16 4. Subseksyen 16(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (d). Pindaan seksyen 17 5. Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan dengan perkataan “; atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(d) mana-mana pekerja Suruhanjaya.”. Seksyen baharu 19a 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19 seksyen yang berikut: “Sekatan ke atas penggunaan lambang atau representasi Suruhanjaya 19a. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya dan selepas itu mempamerkan atau menunjukkan lambang atau representasi itu berkaitan dengan aktiviti atau hal ehwalnya. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 5 (2) Lambang atau representasi yang dipilih atau dicipta oleh Suruhanjaya hendaklah disiarkan dalam Warta. (3) Mana-mana orang yang menggunakan suatu lambang atau representasi Suruhanjaya tanpa mendapatkan kelulusan bertulis Suruhanjaya, atau menggunakan apa-apa lambang atau representasi yang menyerupai lambang atau representasi Suruhanjaya, atau mencipta apa-apa lambang atau representasi yang merujuk kepada Suruhanjaya hingga memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, atau berkemungkinan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 23 7. Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “, dengan kelulusan Menteri,”. Seksyen baharu 23a 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 23 seksyen yang berikut: “Tatatertib 23a. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu. (2) Suruhanjaya boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya.”. Pindaan seksyen 31 9. Seksyen 31 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “selepas berunding dengan Menteri;”; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1699 (b) dengan menggantikan perkataan “setakat yang dapat dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa” dengan perkataan “mengikut apa-apa cara yang dibenarkan”. Pindaan seksyen 34 10. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan seksyen yang berikut: “Had untuk berkontrak 34. Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun— (a) yang tidak melebihi sepuluh juta ringgit; (b) yang melebihi sepuluh juta ringgit tetapi tidak melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan Menteri; atau (c) yang melebihi lima puluh juta ringgit, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan.”. Pindaan seksyen 35 11. Seksyen 35 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “dan kelulusan Menteri”. Pindaan seksyen 41 12. Subseksyen 41(2) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “shall be guilty of” dengan perkataan “commits”.