A1409 - AKTA PENCEN (PINDAAN) 2011
This Act amends the Pensions Act 1980, including changes to retirement-age references, pension calculations, and some transitional rules, and it starts on 1 January 2012.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1409 - AKTA PENCEN (PINDAAN) 2011
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1409 - AKTA PENCEN (PINDAAN) 2011
AI-assisted research summary: This Act amends the Pensions Act 1980, including changes to retirement-age references, pension calculations, and some transitional rules, and it starts on 1 January 2012.
Pencen (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1409 AktA peNceN (pINDAAN) 2011 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1409 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2011 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2011 Hakcipta pencetak H percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Pencen (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1409 AktA peNceN (pINDAAN) 2011 Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen 1980. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen (Pindaan) 2011. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. pindaan seksyen 6 2. Akta Pencen 1980 [Akta 227], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1409 pindaan seksyen 6A 3. Seksyen 6a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; (b) dalam subseksyen (5a), dengan menggantikan perkataan “1 Julai 2008” dan “lima puluh lapan” masing-masing dengan perkataan “1 Januari 2012” dan “enam puluh”; (c) dalam subseksyen (5b)— (i) dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008” masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “lima puluh enam tahun” perkataan “atau lima puluh lapan tahun”; dan (d) dalam subseksyen (5c), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”. pindaan seksyen 10 4. Seksyen 10 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; (b) dalam subseksyen (2) dan (3), dengan menggantikan perkataan “atau lima puluh lapan” dengan perkataan “, lima puluh lapan atau enam puluh”; (c) dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008” masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”; (d) dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dan “1 Julai 2008”, di mana-mana jua terdapat, masing-masing dengan perkataan “enam puluh” dan “1 Januari 2012”; dan (e) dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”. Pencen (Pindaan) 5 pindaan seksyen 12 5. Seksyen 12 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “lima puluh lima”; (b) dengan memotong subseksyen (3b); dan (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “, lima puluh lima tahun, lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun” dengan perkataan “atau lima puluh lima tahun”. pindaan seksyen 12A 6. Seksyen 12a Akta ibu dipinda— (a) d alam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut: “(2a) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.”. pindaan seksyen 15 7. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(b), dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “20 atau”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1409 pindaan seksyen 19 8. Seksyen 19 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (a); (b) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b) dengan perkataan “; atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “ (c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.”. pemotongan seksyen 20 9. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 20. pindaan seksyen 23 10. Seksyen 23 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “lima puluh lapan” dengan perkataan “enam puluh”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut: “(2a) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan.”. Pencen (Pindaan) 7 pindaan seksyen 25 11. Seksyen 25 Akta ibu dipinda dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan “dua belas tahun setengah”, di mana- mana jua terdapat, dengan perkataan “dua puluh tahun”. kecualian dan peralihan 12. (1) Pindaan dalam perenggan 5(a) dan (b) Akta ini tidaklah menjejaskan pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum 1 Januari 2012— (a) telah bersara pilihan; (b) telah melebihi umur lima puluh lima tahun; dan (c) telah mencapai umur persaraan paksanya. (2) Pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum 1 Januari 2012— (a) telah bersara pilihan; (b) telah melebihi umur lima puluh lima tahun; tetapi (c) belum mencapai umur persaraan paksanya, hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012. (3) Pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 7 dan 11 Akta ini kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, jika tempoh dua belas tahun setengah telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut: (a) tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pegawai; (b) orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga 31 Disember 2011; dan (c) pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1409 - AKTA PENCEN (PINDAAN) 2011
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in