352 - *AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966
This Act establishes the National Population and Family Development Board, applies throughout Malaysia, and sets rules for the Board’s membership, meetings, powers, funding, reporting, and the Minister’s role.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 352 - *AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
352 - *AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966
AI-assisted research summary: This Act establishes the National Population and Family Development Board, applies throughout Malaysia, and sets rules for the Board’s membership, meetings, powers, funding, reporting, and the Minister’s role.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 352 AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 Sebagaimana pada 1 Ogos 2013 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Population and Family Development Act 1966. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 Pertama kali diperbuat … … … 1966 (Akta No. 42 tahun 1966) Disemak … … … 1988 (Akta 352 m.b.p. 3 November 1988) Kali terakhir dipinda oleh Akta A1280 yang mula berkuat kuasa pada … … 8 Februari 2007 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 352 AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II LEMBAGA 3. Penubuhan Lembaga 3A. Fungsi Lembaga 3B. Kuasa Lembaga 3C. Kuasa tambahan Lembaga 4. Keanggotaan Lembaga 4A. Tempoh jawatan 4B. Anggota silih ganti 4C. Jawatankuasa Eksekutif 4D. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 4E. Pembatalan dan peletakan jawatan 4F. Pengosongan jawatan 4G. Anggota Lembaga tidak menanggung liabiliti 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 Seksyen 5. (Dipotong) 6. Pewakilan kuasa BAHAGIAN IIA KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA 7. Pelantikan Ketua Pengarah 7A. Pelantikan pegawai dan pekhidmat BAHAGIAN III KUMPULAN WANG, AKAUN DAN PERBELANJAAN LEMBAGA 8. Kumpulan Wang 8A. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 9. Akaun 9A. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 9B. Anggaran tahunan 9C. Laporan tahunan BAHAGIAN IV KUASA DAN FUNGSI LAIN LEMBAGA 10. Kuasa untuk meminjam 11. Pelaburan 12. Pemberian 13. Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb. BAHAGIAN V PELBAGAI 14. Anggota disifatkan sebagai pekhidmat awam Penduduk dan Pembangunan Keluarga 5 Seksyen 15. Arahan am oleh Menteri 16. Peraturan-peraturan 17. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 18. Kuasa untuk meminda Jadual JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 352 AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 Suatu Akta untuk menubuhkan dan memperbadankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan dengannya. [1 Jun 1966, P.U. 227/1966] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini― “Lembaga” ertinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a); “Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a); “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 7; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 8; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penduduk dan pembangunan keluarga. BAHAGIAN II LEMBAGA Penubuhan Lembaga 3. (1) Maka ditubuhkan suatu Lembaga yang dikenali dengan nama “Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara” (kemudian daripada ini dalam Akta ini disebut “Lembaga”) yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan Lembaga diberi kuasa bagi maksud Akta ini untuk membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, untuk membuat kontrak dan berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih itu, memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu bagi maksud awam atau sosial dan memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai harta dan kepentingan itu yang terletak hak pada Lembaga. Penduduk dan Pembangunan Keluarga 9 (2) Jadual Pertama kepada Akta ini hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Lembaga. Fungsi Lembaga 3 . Fungsi Lembaga adalah― A (a) untuk menasihati Kerajaan tentang perkara yang berhubungan dengan dasar dan program mengenai penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (b) untuk merancang, melaksanakan dan menyelaraskan program dan aktiviti penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (c) untuk menyebarkan pengetahuan dan mendidik dan menggalakkan tingkah laku positif tentang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (d) untuk bertanggungjawab bagi latihan orang yang terlibat dalam kerja penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (e) untuk mengadakan latihan bagi pelatih dalam bidang penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui pembangunan kemahiran, pendidikan berterusan, jaringan, kerjasama teknikal dalam kalangan negara dan perkongsian teknologi komunikasi maklumat dan sumber teknikal; (f) untuk bertanggungjawab dalam mengenal pasti dan menggalakkan keperluan dan keutamaan penyelidikan, dan menjalankan penyelidikan dan juga kajian terhadap penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia termasuklah kajian perubatan dan bioperubatan; (g) untuk mengadakan perkhidmatan berdasarkan keperluan semasa dan baru muncul disebabkan oleh perubahan yang 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 melibatkan penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia; (h) untuk mewujudkan dan menyenggara suatu sistem pemantauan dan penilaian berterusan yang melaluinya adalah mungkin dari semasa ke semasa untuk menilai keberkesanan program dan kemajuan ke arah pencapaian objektif negara; dan (i) untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya. Kuasa Lembaga 3 . (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan B segala benda yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa— (a) untuk menubuhkan pejabat cawangan Lembaga di mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan yang didapati patut oleh Lembaga; (b) untuk menubuhkan Majlis dan jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini; (c) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang didapatinya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau kuasanya; (d) untuk memberikan pendahuluan, pinjaman, dermasiswa dan biasiswa, kepada mana-mana orang, pegawai dan pekhidmat Lembaga bagi maksud keperluan tenaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga 11 manusia bagi organisasi atas terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga; (e) untuk berusaha sesama dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, sektor swasta, agensi antarabangsa yang berkaitan dan mana-mana individu dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan program, aktiviti dan perkhidmatan; dan (f) untuk melakukan benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dan kuasanya secara berkesan. Kuasa tambahan Lembaga 3 . (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan kebenaran C Menteri Kewangan― (a) jika ternyata diperlukan, berfaedah atau memudahkan bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan penjalanan aktiviti Lembaga, memasuki penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bersama-sama, atau selainnya, dengan― (i) sesuatu perusahaan, syarikat atau pengusahaan swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; (ii) Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; (iii) mana-mana pihak berkuasa berkanun; atau (iv) sesuatu suruhanjaya; 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 (b) menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancang atau yang sedang dijalankan oleh Lembaga; atau (c) melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan, dengan nama yang didapati patut oleh Lembaga, untuk menjalankan dan mempunyai tanggungjawab terhadap, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya. (2) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan (c). Keanggotaan Lembaga 4. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri; (b) seorang Ketua Pengarah; (c) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan penduduk dan keluarga atau wakilnya; (d) tidak lebih daripada sembilan anggota yang setiap seorang daripada mereka hendaklah wakil bagi mana-mana Kementerian atau agensi kerajaan yang didapati suai manfaat oleh Menteri; dan (e) tidak lebih daripada sembilan anggota yang dilantik oleh Menteri daripada kalangan anggota organisasi awam dan CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) Akta 777. Penduduk dan Pembangunan Keluarga 13 bukan kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Tempoh jawatan 4 . Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(a) dan (e) A hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atas apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, dan layak untuk dilantik semula. Anggota silih ganti 4 . (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang B dilantik di bawah perenggan 4(d) dan (e), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu atas apa-apa sebab. (2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga. (3) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga. Jawatankuasa Eksekutif 4 . Pengerusi, Ketua Pengarah dan tiga anggota lain Lembaga yang C ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Pengerusi hendaklah membentuk Jawatankuasa Eksekutif Lembaga. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 4 . (1) Jika Pengerusi kerana apa-apa sebab tidak dapat D melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi. (2) Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi tidak hadir atau jika mesyuarat diadakan semasa mana-mana tempoh kekosongan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 4(d) untuk mempengerusikan mesyuarat itu. Pembatalan dan peletakan jawatan 4 . (1) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa E dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (2) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri. Pengosongan jawatan 4 . (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah F dikosongkan― (a) jika dia meninggal dunia; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan― (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; Penduduk dan Pembangunan Keluarga 15 (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda; (c) jika dia menjadi bankrap; (d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri; (f) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 4 dan 4A. Anggota Lembaga tidak menanggung liabiliti 4 . Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh menanggung G liabiliti sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh suatu perbuatan salah yang disengajakan olehnya. 5. (Dipotong oleh Akta A1280). 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 Pewakilan kuasa 6. (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada syarat, batasan atau sekatan yang didapatinya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana kuasanya di bawah perenggan 3B(2)(a), (c) dan (d) dan perenggan 7A(1)(b) Akta ini kepada Jawatankuasa Eksekutif Lembaga dan mana-mana kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh Jawatankuasa Eksekutif, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga. (2) Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa yang diwakilkan sedemikian. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua Pengarah— (a) kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga; dan (b) kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang dinyatakan oleh Lembaga. BAHAGIAN II A KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA Pelantikan Ketua Pengarah 7. (1) Menteri hendaklah melantik seorang yang layak dan sesuai dengan pengalaman dan kepakaran yang berkaitan sebagai Ketua Pengarah Lembaga atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri. Penduduk dan Pembangunan Keluarga 17 (2) Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah mana-mana kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi pelaksanaan dasar kerajaan yang berkaitan dengan kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia, dan apa-apa dasar lain yang difikirkan patut oleh Lembaga. (4) Ketua Pengarah adalah juga bertanggungjawab bagi— (a) pentadbiran dan pengurusan sewajarnya hal ehwal Lembaga; (b) penyediaan— (i) segala program, skim, projek dan aktiviti; (ii) anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan (iii) anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga; (c) pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan (d) pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga. (5) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga. (6) Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga. (7) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga. (8) Jika Ketua Pengarah tiada buat sementara di Malaysia atau menjadi tidak berupaya buat sementara kerana sakit atau kerana 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah pada masa itu kosong, Lembaga boleh mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipannya semasa ketiadaan, ketidakupayaan atau kekosongan buat sementara itu. (9) Bagi maksud subseksyen (8)— (a) jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua Pengarah, Lembaga hendaklah menamakan seorang Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan (b) jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu. (10) Ketua Pengarah hendaklah melakukan segala perkara atau benda lain yang perlu atau yang bersampingan dengan atau yang berbangkit daripada penjalanan kuasa, fungsi atau kewajipan di bawah Akta ini. Pelantikan pegawai dan pekhidmat 7 . (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah A subseksyen (3), Lembaga boleh― (a) dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah; (b) melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga. (2) Tiada seorang pun layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa Penduduk dan Pembangunan Keluarga 19 bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga. (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya. BAHAGIAN III KUMPULAN WANG, AKAUN DAN PERBELANJAAN LEMBAGA Kumpulan Wang 8. (1) Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara” yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga ditubuhkan. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen; (b) wang yang dipinjam oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan; (c) wang yang diterima oleh Lembaga sebagai endowmen, pemberian, derma, hadiah atau bekues yang dibuat kepada atau bagi faedah Lembaga; (d) wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; (e) wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 (f) wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini; (g) wang yang diperoleh daripada perundingan, penasihat, atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga dan termasuk wang yang diperoleh daripada jualan penerbitan Lembaga; dan (h) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya. (3) Perbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada wang Lembaga mengikut anggaran yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 9B. Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 8 . Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud A membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuklah fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan dan rawatan perubatan dan pergigian. Akaun 9. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun dan rekod lain yang sepatutnya berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan. (2) Akaun Lembaga hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau mana-mana juruaudit lain yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Penduduk dan Pembangunan Keluarga 21 (3) Selepas berakhirnya setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun Lembaga telah diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun dihantar kepada Menteri berserta dengan suatu salinan mengenai apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain mengenai apa-apa penyata atau ke atas akaun Lembaga. (4) Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di setiap Majlis Parlimen. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 9 . Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 A [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini. Anggaran tahunan 9 . (1) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga B hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan mengenai apa-apa butir yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan November pada tahun itu memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara am atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan. (2) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu yang dimasukkan dalamnya. Laporan tahunan 9 . Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun C menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun yang sebelumnya 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 dan yang mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. BAHAGIAN IV KUASA DAN FUNGSI LAIN LEMBAGA Kuasa untuk meminjam 10. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya. Pelaburan 11. Wang Lembaga boleh, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan. Pemberian 12. Lembaga boleh menasihati Menteri berhubung dengan membuat pemberian dan dengan kelulusan Menteri, membuat pemberian daripada peruntukan Parlimen bagi maksud yang berkaitan dengan fungsi Lembaga. Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb. 13. Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuklah peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk Penduduk dan Pembangunan Keluarga 23 menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik. B V AHAGIAN PELBAGAI Anggota disifatkan sebagai pekhidmat awam 14. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Arahan am oleh Menteri 15. Sah bagi Menteri dari semasa ke semasa untuk mengeluarkan arahan am kepada Lembaga yang selaras dengan Akta ini; dan Lembaga hendaklah mematuhi arahan itu. Peraturan-peraturan 16. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan maksud dan peruntukan Akta ini dengan patut. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi segala atau mana-mana maksud yang berikut: (a) pemasaran produk dan bahan yang dicipta, dibangunkan, direka, diterbit atau dikeluarkan oleh Lembaga; (b) menetapkan pengenaan dan pengutipan fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan dan perundingan, latihan, 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 penyelidikan, harta intelek atau perkara yang diberikan oleh Lembaga; (c) pemerolehan dan pelupusan apa-apa harta; (d) penubuhan dan pengurusan suatu kumpulan wang latihan bagi latihan pekerja dan pegawai Lembaga yang berpotensi; dan (e) apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 17. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian. Kuasa untuk meminda Jadual 18. Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda, menambah atau mengubah Jadual kepada Akta ini. __________________________ Penduduk dan Pembangunan Keluarga 25 JADUAL PERTAMA [Subseksyen 3(2)] 1. (1) Orang yang berikut hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik sebagai atau menjadi anggota Lembaga: (a) seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan tugas-tugasnya; (b) seorang bankrap; (c) seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, atau keburukan akhlak, suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda. (2) (Dipotong oleh Akta A1280). 2. Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh Pengerusi. 3. (1) Kuorum Lembaga ialah lapan orang. (2) Jika atas apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota lain yang bertindak sebagai Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. (3) Tertakluk kepada subperenggan (1) dan (2), Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri. (4) Meterai Lembaga hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah dan mana-mana dokumen yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah sehingga ditunjukkan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sahnya. (5) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Lembaga. (6) Sehingga suatu meterai disediakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi logo dan perkataan “ ………… ” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 (7) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga. (8) Meterai perbadanan bagi Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. 4. (Dipotong oleh Akta A1280). 5. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga fakta dan jenis kepentingannya, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak itu. 6. Anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Menteri dengan kelulusan Menteri Kewangan. _______________ JADUAL KEDUA [Subseksyen 3C(2)] Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan 1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 3C(1)(c), membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan― (a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan; (b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu; (c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan (d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu. Batasan kuasa untuk menubuhkan perbadanan 2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas ruang lingkupnya daripada maksud atau tujuan yang baginya Penduduk dan Pembangunan Keluarga 27 Lembaga ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk dalam hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini. Kuat kuasa peraturan-peraturan 3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini. Pindaan peraturan-peraturan 4. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan. Daftar perbadanan 5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar mengikut bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah perenggan 3C(1)(c) dan daftar itu, bersama-sama dengan salinan segala peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya. Penggulungan 6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan. (2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah kepada dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan. (3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 3C(1)(c) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga kepadanya dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan, yang baginya ia ditubuhkan, boleh membuat kontrak, dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau alih dan boleh 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 352 melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan suatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal. Meterai perbadanan bagi perbadanan 8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu, sebagaimana yang didapati patut oleh perbadanan, dengan kelulusan Lembaga. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan hendaklah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi perbadanan itu. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan itu, dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, yang disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara amnya atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu. (4) Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman. _______________________________ 29 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 352 AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A327 Akta Kanun Keseksaan (Pindaan 31-03-1976 dan Perluasan) 1976 Akta A363 Akta Perancangan Keluarga 29-10-1976 (Pindaan) 1976 Akta A592 Akta Perancangan Keluarga 29-06-1984 (Pindaan) 1984 Akta A1280 Akta Penduduk dan 08-02-2007 Pembangunan Keluarga (Pindaan) 2006 _________________ 30 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 352 AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A363 29-10-1976 Akta A1280 08-02-2007 3 Akta A363 29-10-1976 Akta A1280 08-02-2007 3A– 3C Akta A1280 08-02-2007 4 Akta A363 29-10-1976 Akta A1280 08-02-2007 4A– 4G Akta A1280 08-02-2007 5 Akta A592 29-06-1984 Akta A1280 08-02-2007 6 Akta A592 29-06-1984 Akta A1280 08-02-2007 Bahagian IIA Akta A1280 08-02-2007 7 Akta A363 29-10-1976 Akta A592 29-06-1984 Akta A1280 08-02-2007 7A Akta A1280 08-02-2007 8 Akta A363 29-10-1976 Akta A1280 08-02-2007 Penduduk dan Pembangunan Keluarga 31 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 8A Akta A1280 08-02-2007 9A– 9C Akta A1280 08-02-2007 Bahagian IV Akta A1280 08-02-2007 10 Akta A1280 08-02-2007 11 Akta A1280 08-02-2007 12 Akta A327 31-03-1976 Akta A1280 08-02-2007 13 Akta A1280 08-02-2007 Bahagian V Akta A1280 08-02-2007 14 18 Akta A1280 08-02-2007 – Jadual Pertama Akta A1280 08-02-2007 Jadual Kedua Akta A1280 08-02-2007 Keseluruhan Akta A363 29-10-1976 Akta Akta A592 29-06-1984 _________________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
352 - *AKTA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA 1966
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in