A1601 - AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019
This Act amends the Fisheries Act 1985 to cover monitoring and control of Malaysian fishing vessels on the high seas, adds offences for certain unlicensed fishing-gear activities there, and lets the Minister set commencement by Gazette notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1601 - AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1601 - AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019
AI-assisted research summary: This Act amends the Fisheries Act 1985 to cover monitoring and control of Malaysian fishing vessels on the high seas, adds offences for certain unlicensed fishing-gear activities there, and lets the Minister set commencement by Gazette notice.
Perikanan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1601 AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1601 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 Ogos 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Ogos 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perikanan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1601 AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Perikanan 1985. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perikanan (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan tajuk panjang 2. Akta Perikanan 1985 [Akta 317], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia,” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas;”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1601 (b) dengan memasukkan selepas perkataan “Malaysia” koma bernoktah. Pindaan mukadimah 3. Akta ibu dipinda dalam mukadimah dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas;”. Pindaan seksyen 1 4. Subseksyen 1(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “, dan di laut lepas berkenaan dengan mana-mana vesel penangkapan ikan tempatan”. Pindaan seksyen 3 5. Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia,” perkataan “dan pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas,”. Pindaan seksyen 8 6. Seksyen 8 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas,”. Pindaan seksyen 11 7. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas”; Perikanan (Pindaan) 5 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Mana-mana orang di laut lepas yang— (a) mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya; (b) mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya; atau (c) memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.”; dan (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)” dengan perkataan “subseksyen (3) dan (3a)”. Pindaan seksyen 14a 8. Seksyen 14a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perairan perikanan Malaysia” perkataan “atau di laut lepas”. Pindaan seksyen 25 9. Seksyen 25 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a)— (i) dengan menggantikan perkataan “sejuta ringgit” dengan perkataan “enam juta ringgit”; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1601 (ii) dengan menggantikan perkataan “seratus ribu ringgit” dengan perkataan “enam ratus ribu ringgit”; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) jika vesel yang berkenaan itu ialah vesel penangkapan ikan tempatan dan kesalahan itu dilakukan di laut lepas, dikenakan denda tidak melebihi empat juta ringgit;”. Pindaan seksyen 31 10. Seksyen 31 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “mana-mana pegawai perikanan boleh” dengan perkataan “Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, membuat tawaran untuk”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (1b) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.”; (c) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3),” perkataan “11(3a),”; dan Perikanan (Pindaan) 7 (d) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “mana-mana pegawai perikanan” dengan perkataan “Ketua Pengarah”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3)” perkataan “atau 11(3a)”. Pindaan seksyen 52 11. Perenggan 52(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen 11(3),” perkataan “11(3a),”. Pindaan seksyen 61 12. Seksyen 61 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “berkenaan dengan industri yang berkaitan,” perkataan “mengenai pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas,”; dan (b) dalam perenggan (m), dengan memasukkan selepas perkataan “pelesenan” perkataan “, pemantauan, pengawalan dan pengawasan”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1601 - AKTA PERIKANAN (PINDAAN) 2019
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in