A1546 - AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017
This Act amends the Marriage and Divorce Reform Act 1976 and lets the Minister set its commencement date by Gazette notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1546 - AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1546 - AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017
AI-assisted research summary: This Act amends the Marriage and Divorce Reform Act 1976 and lets the Minister set its commencement date by Gazette notice.
Membaharui Undang-Undang 1 (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1546 AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1546 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Oktober 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 17 Oktober 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Membaharui Undang-Undang 3 (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1546 AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 3 2. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(3)— (a) dengan menggantikan perkataan “yang di hadapannya suatu petisyen perceraian telah dibuat di bawah seksyen 51, 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1546 daripada” dengan perkataan “daripada mempunyai bidang kuasa eksklusif atas pembubaran sesuatu perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripada itu termasuklah”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “atas petisyen daripada satu pihak kepada suatu perkahwinan jika pihak yang satu lagi itu telah masuk Islam, dan dekri itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu” dengan perkataan “atau perintah lain di bawah Bahagian VII dan Bahagian VIII bagi suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 53 yang satu pihak masuk Islam selepas petisyen difailkan atau selepas dekri diisytiharkan, atau suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 51, 52 atau 53 bagi petisyen oleh salah satu pihak atau kedua-dua pihak kepada suatu perkahwinan yang satu pihak telah masuk Islam, dan dekri dan perintah yang dibuat itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu”. Pindaan seksyen 12 3. Subseksyen 12(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “bapanya” perkataan “atau ibunya”; (b) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “atau bapanya telah mati”; dan (c) dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut: “(c) jika orang itu ialah seorang anak angkat, bapa angkatnya atau ibu angkatnya; atau”. Membaharui Undang-Undang 5 (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) Pindaan seksyen 51 4. Seksyen 51 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Jika satu pihak kepada sesuatu perkahwinan telah masuk Islam— (a) salah satu pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen ini atau seksyen 53; atau (b) kedua-dua pihak boleh mempetisyen untuk perceraian di bawah seksyen 52.”; (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “membubarkan perkahwinan itu” perkataan “atau pada bila-bila masa”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “jika ada,” perkataan “di bawah Bahagian VII dan Bahagian VIII”; dan (c) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “di bawah seksyen ini” dengan perkataan “jika satu pihak telah masuk Islam”. Seksyen baharu 51a 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51 seksyen yang berikut: “Harta suami isteri selepas penukaran agama 51a. (1) Jika seseorang yang telah masuk Islam mati sebelum perkahwinan bukan Islam yang orang itu ialah suatu pihak telah dibubarkan, aset perkahwinan orang itu hendaklah 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1546 dibahagikan oleh mahkamah antara pihak-pihak berkepentingan mengikut peruntukan seksyen ini apabila permohonan dibuat oleh mana-mana pihak berkepentingan. (2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah memberi perhatian terhadap— (a) takat sumbangan yang telah diberikan oleh pihak-pihak berkepentingan itu dalam bentuk wang, harta atau kerja terhadap pemerolehan aset perkahwinan itu atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga; (b) apa-apa hutang yang terhutang oleh si mati dan pihak berkepentingan yang telah dilakukan bagi faedah bersama mereka; (c) takat sumbangan kepada kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga; (d) tempoh perkahwinan itu; (e) keperluan anak-anak, jika ada, daripada perkahwinan itu; dan (f) hak pihak berkepentingan di bawah Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] jika si mati belum menukar agama. (3) Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau “pihak-pihak berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia.”. Pindaan seksyen 76 6. Seksyen 76 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “dengan usaha bersama mereka”; Membaharui Undang-Undang 7 (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) (b) dalam subseksyen (2)— (i) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “aset itu” perkataan “atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga”; (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) takat sumbangan yang diberikan oleh pihak lain yang tidak memperoleh aset itu untuk kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga;”; (iii) dalam perenggan (c), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan (iv) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(d) tempoh perkahwinan itu,”; dan (c) dengan memotong subseksyen (3) dan (4). Pindaan seksyen 95 7. Seksyen 95 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “hilang upaya dari segi jasmani atau mental,” perkataan “atau sedang mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi,”; dan (b) dengan memasukkan selepas perkataan “keadaan hilang upaya itu terhenti,” perkataan “atau selesai pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi itu,”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1546 Peralihan 8. Apa-apa tindakan atau prosiding yang bermula atau belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1546 - AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2017
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in