A1455 - AKTA AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012 (PINDAAN) 2013
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends an earlier legal profession amendment Act, gives the Minister power to set commencement by Gazette notice, and creates rules and an offence for unauthorised persons carrying out lawyers’ functions, with a limited exception for certain foreign lawyers.
Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 1 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1455 AKTA AKTA profeSIoN UNDANG-UNDANG (pINDAAN) 2012 (pINDAAN) 2013 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1455 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 25 Oktober 2013 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 1 November 2013 Hakcipta pencetak H perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 3 (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1455 AKTA AKTA profeSIoN UNDANG-UNDANG (pINDAAN) 2012 (pINDAAN) 2013 Suatu Akta untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa— (a) peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; atau (b) semua atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang yang berlainan. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1455 pindaan seksyen 1 2. Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 [Akta A1444], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan subseksyen 1(2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa— (a) peruntukan yang berlainan dalam Akta ini; atau (b) semua atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang yang berlainan.”. penggantian seksyen 3 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 3 dengan seksyen yang berikut: “pindaan seksyen 37 3. Seksyen 37 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang melakukan atau memujuk rayu hak untuk melakukan apa-apa perbuatan yang lazimnya dalam fungsi atau tanggungjawab seorang peguam bela dan peguam cara, termasuklah tetapi tidak terhad kepada memberikan nasihat tentang undang-undang, sama ada undang-undang Malaysia atau selainnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini. Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 5 (Pindaan) (2b) Subseksyen (2a) tidaklah terpakai bagi peguam asing yang— (a) telah diberi kuasa dengan sempurna atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain Malaysia; dan (b) memasuki Malaysia untuk menasihati atau merundingi anak guam tentang perkara berkenaan undang-undang yang tidak melibatkan apa-apa aspek undang-undang Malaysia, dengan syarat bahawa tempoh terkumpul peguam asing itu tinggal tidak boleh melebihi enam puluh hari jumlahnya dalam mana-mana satu tahun kalendar dan kebenaran imigresen bagi setiap tempoh dia tinggal hendaklah diperoleh terlebih dahulu.”; dan (b) dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (2)” perkataan “, (2a)”.”. pindaan seksyen 4 4. Seksyen 4 Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 40m dalam Bahagian baru IVa dengan seksyen yang berikut: “pihak berkuasa tatatertib 40m. Seseorang peguam asing yang berdaftar dan seseorang peguam asing yang termasuk dalam kecualian yang diperuntukkan di bawah subseksyen 37(2b) hendaklah mematuhi semua kaedah-kaedah dan keputusan Majlis Peguam dan bagi maksud semua tindakan tatatertib, tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib.”.