A1718 - AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024
This amendment Act changes the Sales Tax Act 2018 rules for Pulau 1, including when sales tax applies, a retail-sales approval requirement, and penalties for breach.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1718 - AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1718 - AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024
AI-assisted research summary: This amendment Act changes the Sales Tax Act 2018 rules for Pulau 1, including when sales tax applies, a retail-sales approval requirement, and penalties for breach.
Cukai Jualan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1718 AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1718 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 11 September 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 25 September 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Cukai Jualan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1718 AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)— (a) dalam takrif “kawasan ditetapkan”, dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1718 (b) dengan memasukkan selepas takrif “petroleum” takrif yang berikut: ‘ “Pulau 1” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’. Pindaan seksyen 49 3. Seksyen 49 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Dalam hal Pulau 1, Akta ini hendaklah terpakai bagi apa-apa barang bercukai yang dikilangkan di Pulau 1, selain apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta.”. Seksyen baharu 49a 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49 seksyen yang berikut: “Perniagaan runcit di Pulau 1 49a. (1) Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a) di Pulau 1 tanpa kelulusan Menteri. (2) Permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan. (3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.”. Cukai Jualan (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 50 5. Seksyen 50 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam perenggan (1)(a) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan ditetapkan” di mana-mana jua terdapat perkataan “selain Pulau 1”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Jika kawasan ditetapkan ialah Pulau 1— (a) cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang— (i) diimport ke dalam Pulau 1; atau (ii) diangkut dari Malaysia, kawasan ditetapkan atau kawasan khas ke Pulau 1, selain barang yang diisytiharkan dari semasa ke semasa oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; (b) cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1 ke Malaysia seolah-olah pengangkutan ke Malaysia itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; (c) tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1 ke kawasan ditetapkan yang lain atau kawasan khas; dan (d) nilai jualan barang bercukai yang boleh dikenakan cukai jualan mengikut perenggan (a) atau (b) hendaklah ditentukan mengikut subseksyen 9(2).”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1718 Pindaan seksyen 54 6. Seksyen 54 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perenggan 50(a)” dengan perkataan “perenggan 50(1)(a) atau 50(2)(a)”. Pindaan seksyen 57 7. Seksyen 57 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika kawasan ditetapkan di bawah subperenggan (1)(a)(iii) ialah Pulau 1, tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a) yang diangkut dari kawasan khas ke Pulau 1.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1718 - AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in