A1667 - AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022
This amendment act changes the National Forestry Act, including forest reserve procedures, licensing, enforcement powers, and higher penalties for many forest offences.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This amendment act changes the National Forestry Act, including forest reserve procedures, licensing, enforcement powers, and higher penalties for many forest offences. This provision amends the principal Act by changing subsection 111(2), updating the Second and Sixth Schedules, adding powers to prescribe a new type of pass and public inquiry procedures, and updating the listed penalty and equipment items.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1667 - AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
A1667 - AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
A1667 - AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 — segment 1
AI-assisted research summary: This amendment act changes the National Forestry Act, including forest reserve procedures, licensing, enforcement powers, and higher penalties for many forest offences.
Perhutanan Negara (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1667 AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 September 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 20 September 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perhutanan Negara (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1667 AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984. [ ] BAHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksud hanya untuk menentukan persamaan undang-undang bagi Negeri di Malaysia untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Fasal (1)(b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 dan adalah terpakai di seluruh Malaysia. (2) Akta ini tidaklah boleh berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri melainkan ia telah diterima pakai oleh suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri menurut Fasal (3) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. (3) Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Pindaan seksyen 2 2. Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memotong takrif “anggota angkatan tentera”; (b) dalam takrif “hasil hutan”— (i) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “batu batan” dengan perkataan “bahan batu”; (ii) dalam perenggan (b)— (A) dengan memasukkan selepas subperenggan (ii) subperenggan yang berikut: “(iii) tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686];”; dan (B) dengan menomborkan semula subperenggan (iii) sedia ada sebagai subperenggan (iv); (c) dengan memasukkan selepas takrif “kawasan lesen” takrif yang berikut: ‘ “kawasan lesen kecil” ertinya kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu yang diliputi oleh suatu lesen kecil mengikut seksyen 29a;’; (d) dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “take”, dengan menggantikan perkataan “cattle” dengan perkataan “livestock”; (e) dengan memasukkan selepas takrif “pegawai polis” takrif yang berikut: ‘ “pegawai yang diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 3a;’; Perhutanan Negara (Pindaan) 5 (f) dengan memasukkan selepas takrif “pokok” takrif yang berikut: ‘ “premis” termasuklah apa-apa rumah, bangunan, pondok, bangsal, struktur, platform dan tanah sama ada dipagar atau dibina di atasnya atau tidak;’; (g) dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “ternakan”, dengan memotong perkataan “gajah,”; (h) dalam teks bahasa Inggeris, dengan memasukkan selepas takrif “licensee” takrif yang berikut: ‘ “livestock” includes buffalo, horse, pony, mule, ass, pig, sheep and goat;’; dan (i) dalam teks bahasa Inggeris, dengan memotong takrif “cattle”. Seksyen baharu 3a 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3 seksyen yang berikut: “Pegawai yang diberi kuasa 3a. Pihak Berkuasa Negeri boleh memberikan kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai Jabatan Perhutanan Persekutuan untuk menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Bahagian VIII.”. Pindaan seksyen 4 4. Perenggan 4(e) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “hutan lipur” dengan perkataan “hutan simpanan kekal yang dikelaskan di bawah subseksyen 10(1)”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Pindaan seksyen 5 5. Seksyen 5 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Pengarah boleh, secara bertulis dan tertakluk kepada syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pewakilan, mewakilkan kepada mana-mana pegawai hutan penjalanan dan pelaksanaan apa-apa kuasa atau kewajipan yang diberikan atau dipertanggungkan ke atas Pengarah itu di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 10 6. Subseksyen 10(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut: “(ja) hutan taman negeri;”. Penggantian seksyen 11 7. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut: “Pihak Berkuasa Negeri boleh mengeluarkan kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal 11. (1) Tertakluk kepada seksyen 12, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu hutan simpanan kekal. (2) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, sebelum mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu hutan simpanan kekal, menjalankan suatu siasatan awam mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.”. Penggantian seksyen 12 8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 12 dengan seksyen yang berikut: Perhutanan Negara (Pindaan) 7 “Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menggantikan kawasan tanah yang dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal 12. (1) Jika Pihak Berkuasa Negeri berniat untuk mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada sesuatu hutan simpanan kekal, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengenal pasti suatu kawasan tanah yang sama luas atau lebih besar untuk menggantikan kawasan tanah yang akan dikeluarkan itu sebagai suatu hutan simpanan kekal. (2) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menjadikan kawasan tanah yang dikenal pasti di bawah subseksyen (1) sebagai suatu hutan simpanan kekal dengan menyiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan mengikut seksyen 7 dan pemberitahuan itu hendaklah disiarkan bersama dengan suatu pemberitahuan di bawah subseksyen 13(1).”. Pindaan seksyen 15 9. Seksyen 15 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) berhubungan dengan suatu hasil utama hutan— (i) jika isi padu adalah kurang daripada lima meter padu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; atau (ii) jika isi padu adalah lima meter padu atau lebih, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak lebih daripada dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima juta ringgit; (b) berhubungan dengan suatu tumbuhan daratan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008, 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; dan (c) berhubungan dengan suatu hasil kecil hutan selain tumbuhan daratan yang disebut dalam perenggan (b), didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Seksyen baharu 19a 10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19 seksyen yang berikut: “Pengeluaran lesen oleh Pengarah 19a. Lesen boleh, tertakluk kepada apa-apa arahan yang berlawanan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kepada mana-mana kaedah-kaedah, dikeluarkan atau dibaharui oleh Pengarah bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri.”. Pindaan seksyen 21 11. Subseksyen 21(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua belas bulan” dengan perkataan “tidak melebihi dua belas bulan”. Pindaan seksyen 25 12. Subseksyen 25(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan jika kesalahan itu kesalahan yang berterusan” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan”. Perhutanan Negara (Pindaan) 9 Seksyen baharu 29a 13. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29 seksyen yang berikut: “Kawasan lesen kecil 29a. Sebelum apa-apa lesen kecil dikeluarkan, Pengarah hendaklah menghendaki seseorang pemohon untuk mengemukakan suatu pelan kawasan atau sebahagian daripada kawasan itu yang di dalamnya kerja akan dijalankan oleh pemohon itu.”. Seksyen baharu 31a 14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 31 seksyen yang berikut: “Pemberhentian kerja, penggantungan dan pembatalan lesen kecil 31a. Peruntukan yang berhubungan dengan pemberhentian kerja dalam suatu kawasan yang dilesenkan dalam seksyen 25 dan 26 dan peruntukan yang berhubungan dengan penggantungan dan pembatalan lesen dalam seksyen 27 hendaklah terpakai bagi sesuatu lesen kecil.”. Pindaan seksyen 32 15. Seksyen 32 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 40 16. Seksyen 40 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) berhubungan dengan suatu hasil utama hutan— (i) jika isi padu adalah kurang daripada lima meter padu, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau (ii) jika isi padu adalah lima meter padu atau lebih, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya; dan (b) berhubungan dengan suatu hasil kecil hutan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 43 17. Seksyen 43 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “ianya dikeluarkan” perkataan “dan mengikut subseksyen (2a), boleh dibaharui dari semasa ke semasa”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Pengarah boleh, atas permohonan seseorang pemegang lesen pemindah yang dibuat tidak lewat dari tiga puluh hari sebelum tamat tempoh lesen pemindah itu, membaharui lesen pemindah itu bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan, dan Pengarah boleh mengubah, memotong atau menambah peruntukan yang terkandung dalam lesen pemindah itu.”; dan (c) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “Borang 5” perkataan “dan jika sesuatu lesen pemindah dibaharui, ia hendaklah diendors dengan suatu catatan mengenai pembaharuan itu dan tarikh tamat tempohnya”. Perhutanan Negara (Pindaan) 11 Pindaan seksyen 47 18. Seksyen 47 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) seseorang pemegang lesen kecil, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh lesen kecil itu;”; (ii) dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: “(da) seseorang pemegang permit jalan, pekhidmat atau ejennya, tetapi hanya bagi maksud menjalankan hak yang diberikan oleh permit jalan itu; dan”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 48 19. Seksyen 48 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “47(a), (c) dan (d)” dengan perkataan “47(a), (aa), (c), (d) dan (da)”. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Pindaan seksyen 50 20. Seksyen 50 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Pengarah” perkataan “atau oleh seseorang pegawai hutan yang diberi kuasa oleh Pengarah untuk mengeluarkan suatu permit jalan”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Seksyen baharu 50a 21. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 50 seksyen yang berikut: “Tempoh, syarat, dsb., dan pembaharuan permit jalan 50a. (1) Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, tiap-tiap permit jalan hendaklah dikeluarkan bagi suatu tempoh yang tamat tidak lewat dari akhir tahun kalendar dalam tahun ia bermula, dan mengikut subseksyen (3), boleh dibaharui dari semasa ke semasa. (2) Tiap-tiap permit jalan hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang terkandung dalam permit jalan itu, dan setakat yang tidak berlawanan dengannya, kepada mana-mana peruntukan lain yang ditetapkan. (3) Pengarah boleh, atas permohonan seseorang pemegang permit jalan yang dibuat tidak lewat dari tiga puluh hari sebelum tamat tempoh permit jalan itu, membaharui permit jalan itu bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun kalendar, dan Pengarah boleh mengubah, memotong atau menambah peruntukan yang terkandung dalam permit jalan itu.”. Perhutanan Negara (Pindaan) 13 Pindaan seksyen 58 22. Seksyen 58 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (d)— (i) dengan mengantikan perkataan “hutan lipur” dengan perkataan “hutan simpanan kekal”; dan (ii) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah dengan perkataan “; dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(f) apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam menguruskan dan menjalankan pembangunan mampan hutan simpanan kekal.”. Seksyen baharu 60a 23. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 60 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk mengurangkan, melepaskan atau mengecualikan ses pembangunan hutan 60a. (1) Walau apa pun seksyen 60, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengurangkan, meringankan atau melepaskan suatu ses pembangunan hutan, atau mengecualikan pembayaran suatu ses pembangunan hutan, berkenaan dengan mana-mana hasil hutan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, yang dikeluarkan dari mana-mana hutan simpanan kekal, tanah Kerajaan, tanah rizab, tanah lombong atau tanah beri milik. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 (2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang berlawanan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Pengarah boleh mengurangkan, meringankan atau melepaskan suatu ses pembangunan hutan, atau mengecualikan pembayaran suatu ses pembangunan hutan— (a) berkenaan dengan apa-apa hasil hutan atau kelas hasil hutan bagi maksud yang berikut: (i) bagi maksud saintifik, atau maksud bukan komersial yang lain; (ii) untuk menggalakkan penggunaan pelbagai ukuran dan jenis hasil hutan yang kurang atau tiada permintaan pasaran dan yang selainnya tidak menguntungkan jika diambil; (iii) untuk menggalakkan pengambilan hasil hutan yang dirosakkan oleh kebakaran, perosak, penyakit atau sebab lain; atau (iv) bagi pembinaan jalan hutan atau apa-apa kerja kemudahan awam; (b) berkenaan dengan apa-apa hasil hutan atau kelas hasil hutan yang dikeluarkan dari mana-mana tanah Kerajaan atau tanah beri milik oleh mana-mana orang asli— (i) bagi pembinaan dan pembaikan pondok sementara atas mana-mana tanah yang diduduki secara sah oleh orang asli itu; (ii) bagi penyenggaraan kelong menangkap ikan dan tempat mendarat; (iii) bagi kayu api atau maksud domestik lain; atau (iv) bagi pembinaan atau penyenggaraan apa-apa kerja bagi faedah bersama orang asli.”. Perhutanan Negara (Pindaan) 15 Pindaan seksyen 66 24. Seksyen 66 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan lesen” perkataan “atau kawasan lesen kecil”; (b) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan lesen” perkataan “atau kawasan lesen kecil”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “lesen” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau lesen kecil”; (c) dalam subseksyen (2)— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “lesen” perkataan “atau lesen kecil”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan lesen” perkataan “atau kawasan lesen kecil”; dan (d) dalam subseksyen (4)— (i) dalam perenggan (a), (b) dan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan lesen” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau kawasan lesen kecil”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya”. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Pindaan seksyen 67 25. Seksyen 67 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 68 26. Seksyen 68 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) kawasan lesen kecil;”; (b) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 69 27. Seksyen 69 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: Perhutanan Negara (Pindaan) 17 “(3 ) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Seksyen baharu 70a 28. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 70 seksyen yang berikut: “Pas selain pas pemindah 70a. Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengeluarkan apa-apa pas lain selain pas pemindah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada mana-mana orang yang ada dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa hasil hutan.”. Pindaan seksyen 73 29. Perenggan 73(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lesen dan hasil hutan itu” dengan perkataan “lesen, lesen kecil, permit penggunaan dan hasil hutan itu”. Pindaan seksyen 75 30. Seksyen 75 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “atau permit penggunaan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “, permit penggunaan atau permit jalan”; 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 (b) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) draf bank; (ba) cek jurubank; (bb) wang melalui pemindahan dana elektronik; atau”; dan (ii) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “(a) dan (b)” dengan perkataan “wang tunai, draf bank, cek jurubank atau wang melalui pemindahan dana elektronik”; (c) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “permit penggunaan atau lesen kecil” dengan perkataan “lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan”; dan (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Jika pemegang lesen atau pemegang lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan lesen, lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan itu, Pengarah boleh melucut hak keseluruhan atau sebahagian daripada deposit yang dibayar oleh pemegang lesen atau pemegang lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan itu.”. Seksyen baharu 75a 31. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 75 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk mengenakan dan menerima fi 75a. Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk mengenakan dan menerima apa-apa fi bagi apa-apa perkhidmatan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri.”. Perhutanan Negara (Pindaan) 19 Pindaan seksyen 81 32. Seksyen 81 Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dalam perenggan (1)(a), dengan menggantikan perkataan “cattle” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “livestock”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) jika kesalahan itu di bawah perenggan (a), didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; (b) jika kesalahan itu di bawah perenggan (b) atau (c), didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; (c) jika kesalahan itu di bawah perenggan (d), (e) atau (f), didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; dan (d) jika kesalahan itu di bawah perenggan (g), didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 82 33. Seksyen 82 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “dengan apa-apa cara yang membahayakan hutan simpanan itu” dengan perkataan “kecuali dengan kebenaran Pengarah”; dan 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 (b) dengan menggantikan subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 83 34. Seksyen 83 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut: “Larangan membuang sampah-sarap”; (b) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “secara mengganggu”; (c) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”; dan (d) dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan “secara mengganggu”. Pindaan seksyen 84 35. Subseksyen 84(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”. Perhutanan Negara (Pindaan) 21 Pindaan seksyen 85 36. Seksyen 85 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “pegawai diberi kuasa” dengan perkataan “Pengarah atau oleh pegawai hutan yang diberi kuasa oleh Pengarah”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 86 37. Seksyen 86 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh yang tidak boleh kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun tetapi tidak lebih daripada dua puluh tahun dan didenda tidak melebihi satu juta ringgit”. Seksyen baharu 86a, 86b, 86c dan 86d 38. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 86 seksyen yang berikut: “Menghalang kewajipan dan kuasa 86a. Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang mana-mana pegawai hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dipertanggungkan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 22 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Kenyataan palsu, dsb. 86b. Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa kenyataan, pernyataan, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Percubaan melakukan kesalahan 86c. Mana-mana orang yang cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan hutan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu dengan syarat bahawa hukuman yang dikenakan tidak boleh melebihi separuh daripada denda dan pemenjaraan maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Persubahatan 86d. Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan mana-mana kesalahan hutan melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan berbangkit daripada persubahatan itu, disabitkan dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.”. Penggantian seksyen 87 39. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 87 dengan seksyen yang berikut: “Penalti am 87. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, yang bagi pelanggarannya tiada apa-apa penalti diperuntukkan dengan nyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”. Perhutanan Negara (Pindaan) 23 Pindaan seksyen 88 40. Seksyen 88 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1 ) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis boleh— (a) menangkap tanpa waran— (i) mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan yang adalah suatu kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]; atau (ii) mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan selain kesalahan yang dinyatakan dalam subperenggan (i), jika orang itu enggan menyatakan nama dan alamatnya atau menyatakan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah menyatakan nama atau alamat palsu atau dia mungkin akan melarikan diri; dan (b) boleh menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.”; dan (b) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “Penolong Pegawai Hutan Daerah,” perkataan “mana-mana pegawai yang diberi kuasa,”. 24 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Pindaan seksyen 89 41. Seksyen 89 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Pengawas Hutan” perkataan “, mana-mana pegawai yang diberi kuasa”. Pindaan seksyen 90 42. Seksyen 90 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Jika ternyata pada Majistret, berdasarkan suatu maklumat bertulis daripada seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, seorang pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan untuk atau bahawa dalam mana-mana premis ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang dinamakan dalam waran itu, pada waktu malam atau siang dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Majistret boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Perhutanan Negara (Pindaan) 25 Penolong Pegawai Hutan Daerah, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan itu untuk— (a) menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; (b) mengambil sampel mana-mana hasil hutan atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan (c) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.”; (c) dalam subseksyen (2)— (i) dengan menggantikan perkataan “Mana-mana pegawai hutan atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh—” dengan perkataan “Mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang bertindak di bawah seksyen ini boleh—”; (ii) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: “(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam atau tingkap premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;”; 26 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 (iii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “subseksyen (1)” dengan perkataan “seksyen ini”; dan (iv) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “bangunan atau tempat atau di atas tanah sehingga bangunan atau tempat itu” dengan perkataan “premis sehingga premis itu”; dan (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, seorang pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen ini boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan hutan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.”. Penggantian seksyen 91 43. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 91 dengan seksyen yang berikut: “Menggeledah tanpa waran 91. Jika seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis dapati bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana premis atau mana-mana tanah Kerajaan, tanah lombong, tanah rizab, tanah beri milik atau tanah di bawah lesen pendudukan sementara ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa keterangan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dengan sebab kelambatan mendapat waran di bawah seksyen 90 keterangan itu mungkin akan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan di dalam, di atas, dan mengenai premis atau tanah Kerajaan, tanah lombong, Perhutanan Negara (Pindaan) 27 tanah rizab, tanah beri milik atau tanah di bawah lesen pendudukan sementara itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 90 seolah-olah dia diberi kuasa untuk melakukannya dengan waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.”. Seksyen baharu 91a 44. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 91 seksyen yang berikut: “Pemeriksaan orang 91a. Seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah seksyen 90 atau 91 boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan hutan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.”. Pindaan seksyen 92 45. Seksyen 92 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “dan menggeledah” dengan perkataan “, menggeledah dan menyita”; (b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Jika seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau 28 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.”; (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “pegawai hutan atau pegawai polis itu” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu”; (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian, menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam pengangkut itu sehingga selesai penggeledahan itu.”; dan (e) dengan memotong subseksyen (3). Pindaan seksyen 93 46. Seksyen 93 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perenggan 1(b) dengan perenggan yang berikut: “(b) menyediakan suatu senarai benda yang disita dan tempat di mana benda yang disita itu dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.”; Perhutanan Negara (Pindaan) 29 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada— (a) penduduk premis di mana benda yang disita itu dijumpai; atau (b) orang yang mengawal atau menjaga pengangkut atau benda yang dibawa dalam pengangkut itu jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 92 atau 96a. (1b) Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak diduduki, pegawai penyita itu hendaklah, bila-bila mungkin, menampalkan senarai barang yang disita itu supaya mudah dilihat di atau pada premis itu, atau menyerahkan suatu salinan senarai itu kepada pemilik barang sitaan itu sendiri atau secara pos ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu. (1c) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan apa-apa benda yang disita di bawah subseksyen (1), pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak atau menanda benda yang disita itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.”; dan (c) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah— (a) mengusik, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang ditanda di bawah subseksyen (1); atau (b) mengusik, merosakkan atau memecah lak atau tanda di bawah subseksyen (1c) atau memindahkan benda yang disita yang telah dilak atau ditanda, atau cuba berbuat demikian, 30 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”. Seksyen baharu 95a 47. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 95 seksyen yang berikut: “Kos memegang hasil hutan yang disita, dsb. 95a. Jika mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Pihak Berkuasa Negeri sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan hutan, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan itu, menjadi hutang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri, oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.”. Pindaan seksyen 96 48. Seksyen 96 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Pegawai hutan boleh” dengan perkataan “Kuasa untuk”; (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “seseorang pegawai hutan” dengan perkataan “seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis”; dan (c) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang menggendalakan atau menggalang mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau Perhutanan Negara (Pindaan) 31 mana-mana pegawai polis yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) atau yang enggan memberi bantuan sedemikian sebagaimana yang diperlukan oleh pegawai itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.”. Seksyen baharu 96a 49. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 96 seksyen yang berikut: “Kuasa mengadakan sekatan jalan 96a. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain, mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh seorang Pegawai Hutan Daerah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah boleh, jika didapatinya perlu untuk berbuat sedemikian bagi penguatkuasaan Akta ini, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan didirikan atau diletakkan apa-apa galangan di atas atau melintang mana-mana jalan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan pegawai itu boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang mana-mana pengangkut daripada dipandu melalui galangan itu, termasuk apa-apa langkah untuk mengejar dan memberhentikan pengangkut itu jika, setelah mengambil kira hal keadaan pada masa itu, adalah ternyata bahawa jika langkah itu tidak diambil besar kemungkinannya yang pengangkut itu akan terlepas bagi mengelakkan daripada dikesan atau selainnya. (2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa isyarat yang diberi oleh seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan berpakaian seragam atau seseorang pegawai yang diberi kuasa berpakaian seragam di bawah subseksyen (1) yang menghendaki orang atau pengangkut itu berhenti sebelum sampai ke mana-mana 32 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 galangan itu, atau cuba melintasi atau melanggar mana-mana galangan tersebut, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (3) Tiada seorang pun pegawai yang disebut dalam subseksyen (1) bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan ke atas mana-mana orang atau harta berikutan dengan langkah yang diambil di bawah subseksyen (1).”. Pindaan seksyen 97 50. Subseksyen 97(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya”. Pindaan seksyen 98 51. Subseksyen 98(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya”. Pindaan seksyen 99 52. Seksyen 99 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai hutan” di mana-mana jua terdapat perkataan “atau pegawai yang diberi kuasa”. Perhutanan Negara (Pindaan) 33 Pindaan seksyen 100 53. Seksyen 100 Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai hutan” perkataan “atau seorang pegawai yang diberi kuasa”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya”. Pindaan seksyen 101 54. Seksyen 101 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini kecuali apa-apa kesalahan di bawah seksyen 86 atau 107” dengan perkataan “, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini kecuali apa-apa kesalahan di bawah seksyen 86”; dan (b) dalam subseksyen (3)— (i) dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (ii) dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut: “(e) gabungan mana-mana bayaran, kos atau caj yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d).”. 34 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 Penggantian seksyen 103 55. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 103 dengan seksyen yang berikut: “Pemulaan pendakwaan 103. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan suatu keizinan bertulis Pendakwa Raya.”. Pindaan seksyen 104 56. Seksyen 104 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (d)— (i) dengan memotong perkataan “yang didapati berada di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan”; dan (ii) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (b) dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(f) bahawa mana-mana orang yang didapati berada di dalam atau bersebelahan dengan kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tempat pengambilan hasil hutan telah berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, telah mengambil hasil hutan itu; dan (g) bahawa mana-mana jentera, peralatan atau pengangkut yang dinyatakan dalam Jadual Keenam yang didapati berada di dalam atau bersebelahan dengan kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tempat pengambilan Perhutanan Negara (Pindaan) 35 hasil hutan telah berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, telah digunakan untuk mengambil hasil hutan.”. Pindaan seksyen 106 57. Seksyen 106 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “pegawai polis, anggota angkatan tentera” dengan perkataan “pegawai yang diberi kuasa, pegawai polis”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “pegawai polis atau anggota angkatan tentera” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis”. Pemotongan seksyen 107 58. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 107. Penggantian seksyen 109 59. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 109 dengan seksyen yang berikut: “Kesalahan yang dilakukan oleh perbadanan 109. Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan hutan ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa kelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusannya— (a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan 36 Undang-Undang Malaysia AktA A1667 (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan (ii) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”. Pindaan seksyen 111 60.
Part document.segment-2
A1667 - AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
A1667 - AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022 — segment 2
AI-assisted research summary: This provision amends the principal Act by changing subsection 111(2), updating the Second and Sixth Schedules, adding powers to prescribe a new type of pass and public inquiry procedures, and updating the listed penalty and equipment items.
Subseksyen 111(2) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan “pemegang lesen dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen” dengan perkataan “pemegang lesen atau pemegang lesen kecil dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil”; (b) dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut: “(ha) menetapkan bentuk suatu pas selain pas pemindah dan mengadakan peruntukan bagi pengeluaran, pengemukaan dan pemulangan pas itu;”; (c) dengan menggantikan perenggan (s) dengan perenggan yang berikut: “(s) mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pentadbiran, pembangunan dan aktiviti hutan simpanan kekal yang dikelaskan di bawah subseksyen 10(1);”; Perhutanan Negara (Pindaan) 37 (d) dengan memasukkan selepas perenggan (u) perenggan yang berikut: “(ua) menetapkan cara untuk menjalankan suatu siasatan awam sebelum Pihak Berkuasa Negeri mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal;”; dan (e) dalam perenggan (v), dengan menggantikan perkataan “dengan syarat penalti itu tidak melebihi penalti yang telah ditetapkan oleh seksyen 87” dengan perkataan “dengan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya”. Pindaan Jadual Kedua 61. Jadual Kedua kepada Akta ibu dipinda dalam BAHAGIAN A— (a) dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut: “(c) Kayu ditukar bentuk”; dan (b) dengan memotong perenggan (e). Pindaan Jadual Keenam 62. Jadual Keenam kepada Akta ibu dipinda— (a) dalam BAHAGIAN A – JENTERA, dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(f) Jengkaut”; dan (b) dalam BAHAGIAN C – PENGANGKUT, dengan memasukkan selepas subperenggan 1(c) subperenggan yang berikut: “(d) Lori (e) Pengangkut rendah”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1667 - AKTA PERHUTANAN NEGARA (PINDAAN) 2022
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in