A1614 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020
This amendment Act changes the Labuan business activity tax law, including tax rates for non-compliance, assessment and appeal procedures, record-keeping duties, information-gathering powers, and offence handling.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1614 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1614 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020
AI-assisted research summary: This amendment Act changes the Labuan business activity tax law, including tax rates for non-compliance, assessment and appeal procedures, record-keeping duties, information-gathering powers, and offence handling.
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1614 AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 Januari 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 10 Februari 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1614 AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2020. (2) Perenggan 2(a) dan seksyen 13 dan 15 mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya Akta ini. (3) Perenggan 2(b) dan seksyen 3, 4, 5, 6, 7, 9, 10, 11, 12 dan 14 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran berikutnya. (4) Seksyen 8 disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2019. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 Pindaan seksyen 2 2. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445] yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)— (a) dengan memotong takrif “pemastautin”; dan (b) dengan memasukkan sebelum takrif “syarikat domestik” takrif yang berikut: “Pesuruhjaya Khas” ertinya Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan yang dilantik di bawah seksyen 98 Akta Cukai Pendapatan 1967;”. Pindaan seksyen 2b 3. Seksyen 2b Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) bagi suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah dikenakan cukai atas kadar dua puluh empat peratus ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu.”. Seksyen baharu 3b 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3a seksyen yang berikut: “Pemastautin 3b. Bagi maksud perkiraan percukaian dua kali yang dibuat di bawah seksyen 132 Akta Cukai Pendapatan 1967— (a) suatu entiti Labuan yang menjalankan perniagaan atau perniagaan-perniagaan adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bila-bila masa dalam tempoh asas itu pengurusan dan kawalan perniagaannya atau mana-mana satu perniagaannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dijalankan di Malaysia; dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 5 (b) mana-mana entiti Labuan yang lain adalah bermastautin di Malaysia bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pada bila-bila masa semasa tempoh asas itu pengurusan dan kawalan hal ehwalnya dijalankan di Malaysia oleh pengarahnya, pekongsinya, pemegang amanahnya atau pihak berkuasa pengawal lain.”. Pindaan seksyen 4 5. Subseksyen 4(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Keuntungan yang boleh dikenakan cukai” dengan perkataan “Tertakluk kepada Akta ini, keuntungan yang boleh dikenakan cukai”. Pindaan seksyen 6 6. Seksyen 6 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “Taksiran” perkataan “dan taksiran tambahan”; (b) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); (c) dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu— (i) dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan” dengan perkataan “mengikut seksyen 6a”; (ii) dengan memotong perkataan “, secara ke diri atau melalui pos”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perkataan “entiti Labuan berkenaan” perkataan “mengikut seksyen 6b”; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut: “(2) Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran mendapati tiada atau tiada suatu taksiran yang mencukupi telah dibuat ke atas seseorang yang boleh dikenakan cukai, boleh dalam tahun itu atau dalam tempoh lima tahun selepas tamat tempohnya membuat taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan orang itu dalam amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai atau dalam amaun cukai tambahan, yang mengikut pertimbangan terbaik Ketua Pengarah, taksiran berkenaan dengan orang itu yang sepatutnya dibuat bagi tahun itu. (3) Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran mendapati tiada atau tiada suatu taksiran yang mencukupi telah dibuat ke atas seseorang yang boleh dikenakan cukai berbangkit daripada keputusan Ketua Pengarah menurut subseksyen 17d(3), boleh dalam tahun itu atau dalam tempoh tujuh tahun selepas tamat tempohnya membuat suatu taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan orang itu dalam amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai atau dalam amaun cukai tambahan, yang mengikut pertimbangan terbaik Ketua Pengarah, taksiran berkenaan dengan orang itu yang sepatutnya dibuat bagi tahun itu. (4) Ketua Pengarah apabila mendapati bahawa— (a) apa-apa jenis fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang; atau (b) mana-mana orang telah cuai, berkaitan dengan atau berhubung dengan cukai, boleh pada bila-bila masa membuat suatu taksiran berkenaan dengan orang itu bagi mana-mana tahun taksiran untuk tujuan membetulkan apa-apa kerugian cukai yang disumbangkan oleh fraud, keingkaran sengaja atau kecuaian itu.”. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 7 Seksyen baharu 6a, 6b, 6c dan 6d 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6 seksyen yang berikut: “Borang dan membuat taksiran 6a. (1) Suatu taksiran yang dibuat di bawah seksyen 6 hendaklah— (a) dibuat dalam borang yang ditetapkan yang berkenaan; (b) menunjukkan, tambahan kepada apa-apa bahan lain yang termasuk di dalamnya, tahun taksiran yang berkenaan dan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang dikenakan atau amaun cukai atau cukai tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (c) menyatakan dalam ruangan yang berkenaan dalam borang itu tarikh borang itu telah dilengkapkan. (2) Jika borang di bawah subseksyen (1) didapati telah dilengkapkan dengan sewajarnya, taksiran itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggap telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan. Notis taksiran 6b. (1) Dengan secepat yang boleh selepas suatu taksiran dibuat di bawah seksyen 6, Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan suatu notis taksiran disampaikan, secara ke diri atau melalui pos ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya taksiran itu dibuat. (2) Jika cukai yang dikenakan di bawah suatu taksiran dinaikkan atas rayuan kepada Pesuruhjaya Khas atau suatu mahkamah, maka, secepat yang boleh selepas rayuan diputuskan hendaklah disampaikan, secara ke diri atau melalui pos ke atas entiti Labuan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan orang yang baginya suatu taksiran dibuat suatu notis taksiran tambahan. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (3) Notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah menunjukkan, sebagai tambahan kepada apa-apa bahan lain yang termasuk dalamnya— (a) dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1), tahun taksiran dan amaun atau amaun tambahan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang dikenakan; (b) dalam hal suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (2), tahun taksiran dan amaun kenaikan dalam cukai yang dikenakan; dan (c) dalam mana-mana hal— (i) tempat pembayaran perlu dibuat; (ii) kenaikan bagi pembayaran lewat yang dikenakan oleh subseksyen 13a(2); dan (iii) apa-apa hak untuk merayu yang wujud di bawah Akta ini. Taksiran muktamad 6c. (1) Taksiran yang dibuat, dipersetujui atau diputuskan, hendaklah muktamad dan konklusif bagi maksud Akta ini, jika— (a) tiada notis rayuan secara sah terhadap taksiran telah diberikan di bawah seksyen 99 Akta Cukai Pendapatan 1967 dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan; (b) suatu persetujuan telah tercapai mengenai suatu taksiran menurut subseksyen 101(2) Akta Cukai Pendapatan 1967; atau (c) suatu taksiran telah diputuskan atas rayuan dan tiada hak untuk rayuan lanjut. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan pelaksanaan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh seksyen 6. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 9 Hak untuk merayu 6d. (1) Seseorang yang terkilan dengan suatu taksiran yang dibuat ke atasnya boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas terhadap taksiran itu mengikut cara yang sama sebagaimana suatu rayuan terhadap suatu taksiran cukai pendapatan dibuat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan seksyen 99, 100, 101 dan 102 Akta Cukai Pendapatan 1967, setakat yang ia terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu, hendaklah terpakai bagi suatu rayuan terhadap suatu taksiran yang dibuat di bawah Akta ini seolah-olah— (a) tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai cukai pendapatan atau mengenai cukai adalah sebutan mengenai cukai aktiviti perniagaan Labuan; dan (b) tiap-tiap sebutan dalam seksyen itu mengenai pendapatan adalah sebutan mengenai keuntungan yang boleh dikenakan cukai. (2) Jadual 5 kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu berhubung dengan tatacara pendengaran rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dan tatacara pendengaran rayuan lanjutan.”. Pindaan seksyen 9 8. Seksyen 9 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu— (i) dengan memasukkan selepas perkataan “Walau apa pun seksyen 3,” perkataan “keuntungan”; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “boleh dikenakan cukai” perkataan “ di bawah Akta ini”; dan 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut: “(2) Bagi mengelakkan keraguan, keuntungan suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang aktiviti bukan perdagangan Labuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak termasuk apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika pendapatan itu boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan komersial hak itu. (3) Apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek yang disebut dalam subseksyen (2) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. (4) Dalam seksyen ini, “hak harta intelek” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 4(5).”. Seksyen baharu 13a 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 13 seksyen yang berikut: “Cukai genap masa dan kena dibayar 13a. (1) Jika suatu taksiran dibuat di bawah seksyen 6, cukai yang kena dibayar di bawah taksiran itu hendaklah, atas penyampaian notis taksiran di bawah seksyen 6b, menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas orang yang ditaksir di tempat yang dinyatakan dalam notis itu sama ada atau tidak orang itu merayu ke atas taksiran itu. (2) Jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa tiga puluh hari selepas penyampaian notis itu, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tempoh itu hendaklah tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu boleh didapatkan seolah-olah jumlah itu adalah cukai yang genap masanya dan kena dibayar di bawah Akta ini.”. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 11 Seksyen baharu 17c dan 17d 10. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17b seksyen yang berikut: “Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi tertentu 17c. (1) Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan kesahannya dalam apa-apa keadaan lain atau bagi apa-apa maksud lain, tidak mengambil kira atau mengubah transaksi itu dan membuat pelarasan yang difikirkannya patut, termasuk pengiraan atau pengiraan semula keuntungan yang boleh dikenakan cukai, atau pengenaan liabiliti kepada cukai, atau membuat taksiran atau taksiran tambahan berkenaan dengan mana-mana orang setakat yang perlu berbangkit daripada penjalanan kuasanya, dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kesan langsung atau tidak langsung transaksi itu, jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana transaksi mempunyai kesan langsung atau tidak langsung bagi— (a) mengubah beban cukai yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh atau yang sebaliknya telah kena dibayar oleh mana-mana orang atau ditanggung oleh mana-mana orang; (b) melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang telah timbul atau yang akan selainnya timbul untuk membayar cukai atau membuat suatu penyata; (c) melarikan diri atau mengelak daripada apa-apa kewajipan atau liabiliti yang dikenakan atau yang akan selainnya telah dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini; atau (d) menghalang atau mencegah pelaksanaan Akta ini dalam apa-apa jua cara. (2) Dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah boleh melalui notis menghendaki mana-mana orang untuk membayar kepadanya dalam masa yang dinyatakan dalam notis amaun cukai yang akan ditolak oleh orang itu di bawah Akta ini berbangkit daripada penjalanan kuasa Ketua Pengarah itu. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1) dan (2), kuasa Ketua Pengarah yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah diperluaskan— (a) kepada pengenaan cukai ke atas mana-mana orang yang jika tidak kerana apa-apa pelarasan yang dibuat menurut seksyen ini tidak akan dikenakan cukai atau tidak akan dikenakan cukai setakat yang sama; dan (b) kepada pengenaan jumlah cukai yang lebih besar daripada yang boleh dikenakan jika tidak kerana apa-apa pelarasan. (4) Jika berbangkit daripada apa-apa pelarasan yang dibuat di bawah seksyen ini suatu taksiran dibuat, hak untuk pembayaran balik ditolak atau penyata cukai pembayaran balik dikehendaki, butir-butir pelarasan hendaklah diberikan dengan notis taksiran, dengan notis penolakan pembayaran balik atau dengan notis menghendaki penyata pembayaran balik, mengikut mana-mana yang berkenaan. (5) Transaksi— (a) antara orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau (b) antara orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, hendaklah disifatkan sebagai transaksi daripada jenis yang subseksyen (1) terpakai jika pada pendapat Ketua Pengarah transaksi itu tidak dibuat berdasarkan terma yang dijangkakan dibuat secara adil oleh orang bebas yang terlibat dalam aktiviti yang sama atau serupa berurusan antara satu sama lain yang bebas daripada pengaruh. (6) Bagi maksud seksyen ini— (a) seseorang dianggap mempunyai kawalan ke atas yang lain dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 139 Akta Cukai Pendapatan 1967 setakat mana seksyen itu terpakai dan dengan ubah suaian yang perlu; dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 13 (b) “transaksi” ertinya apa-apa amanah, pemberian, waad, perjanjian, perkiraan atau pelupusan lain atau transaksi yang dibuat atau dibuat secara lisan atau bertulis, sama ada sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, dan termasuklah suatu transaksi yang dibuat oleh dua orang atau lebih dengan seorang atau beberapa orang lain. Kuasa untuk menggantikan harga transaksi tertentu 17d. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun seksyen 17c dan tertakluk kepada apa-apa peraturan yang ditetapkan di bawah Akta ini. (2) Tertakluk kepada subseksyen (3), jika seseorang dalam tahun asas bagi suatu tahun taksiran membuat suatu transaksi dengan orang berkaitan bagi tahun itu untuk pemerolehan atau pembekalan harta atau perkhidmatan, maka, bagi segala maksud Akta ini, orang itu hendaklah menentukan dan menggunakan harga yang bebas daripada pengaruh untuk pemerolehan atau pembekalan itu. (3) Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa harta atau perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (2) diperoleh atau dibekalkan pada harga yang sama ada kurang daripada atau lebih daripada harga yang dijangkakan untuk ditawarkan jika pihak-pihak kepada transaksi itu adalah orang yang bebas yang berurusan bebas daripada pengaruh, Ketua Pengarah boleh dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi orang itu, menggantikan harga berkenaan dengan transaksi itu untuk mencerminkan harga yang bebas daripada pengaruh bagi transaksi itu. (4) Transaksi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah ditafsirkan sebagai transaksi antara— (a) orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau (b) orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, dalam seksyen ini disebut sebagai “orang ketiga”. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (5) Tanpa menjejaskan keluasan makna perenggan 17c(6)(a), bagi maksud subseksyen (4), “kawalan” merujuk kepada orang yang seorang daripadanya memiliki syer orang lain, atau orang ketiga yang memiliki syer kedua-dua orang, yang peratusan modal syer yang dipegang dalam mana-mana satu keadaan ialah dua puluh peratus atau lebih dan— (a) urusan perniagaan orang itu bergantung kepada hak tuan punya, seperti paten, pengetahuan teknologi bukan paten, cap dagangan atau hak cipta, yang disediakan oleh orang lain atau orang ketiga; (b) aktiviti perniagaan seperti belian, jualan, penerimaan perkhidmatan, penyediaan perkhidmatan, oleh orang itu yang ditentukan oleh orang lain, dan harga dan syarat-syarat lain yang berhubungan dengan pembekalan dipengaruhi oleh orang lain atau orang ketiga; atau (c) jika seorang atau lebih pengarah atau ahli lembaga pengarah orang itu dilantik oleh orang lain atau orang ketiga. (6) Dalam seksyen ini “transaksi” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah perenggan 17c(6)(b).”. Seksyen baharu 22b, 22c, 22d, 22e dan 22f 11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22a seksyen yang berikut: “Kuasa untuk meminta penyata spesifik atau pengemukaan buku 22b. Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada atau tidak seseorang boleh dikenakan cukai atau bagi menentukan liabilitinya, Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain— (a) untuk melengkapkan dan menghantar serah kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, apa-apa penyata yang dinyatakan dalam notis; Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 15 (b) untuk hadir sendiri di hadapan Ketua Pengarah dan mengemukakan untuk diperiksa semua buku, akaun, penyata dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah; (c) untuk menyediakan penyata mengikut perenggan (a) dan untuk juga hadir menurut perenggan (b); atau (d) untuk memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah. Kuasa untuk meminta penyata akaun bank, dsb. 22c. Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan dalam masa yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir mengenai— (a) semua akaun bank, yang merupakan akaun yang sedia ada atau telah ada pada bila-bila masa dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis,— (i) atas namanya sendiri atau nama isteri atau anak tanggungannya atau secara bersesama atas apa-apa nama itu; (ii) yang dia berkepentingan atau telah berkepentingan sama ada secara bersesama atau berasingan; atau (iii) yang orang itu berkuasa atau telah berkuasa untuk menggunakan secara bersesama atau berasingan; (b) semua akaun simpanan dan pinjaman, deposit, akaun syarikat bangunan dan akaun syarikat kerjasama yang mengenainya orang itu ada atau telah mempunyai apa-apa kepentingan atau kuasa untuk menggunakannya secara bersesama atau berasingan dalam tempoh itu; 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (c) semua aset yang orang itu dan mana-mana isteri atau anak tanggungannya sedang dimiliki atau telah dimiliki dalam tempoh itu; (d) semua hasil orang itu dan pendapatan kasar berpunca daripada hasil itu; dan (e) semua fakta mengenai tanggungannya terhadap cukai pada masa itu atau pada masa lepas. Kuasa untuk mengakses bangunan dan dokumen, dsb. 22d. (1) Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah pada setiap masa mempunyai sepenuhnya dan bebas untuk akses kepada semua tanah, bangunan dan tempat itu dan untuk melihat semua buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda dan boleh menggeledah tanah, bangunan dan tempat itu dan boleh memeriksa, menyalin atau membuat cabutan daripada mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda tanpa membuat apa-apa pembayaran sebagai bayaran atau upah. (2) Jika Ketua Pengarah menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), penghuni tanah, bangunan dan tempat itu hendaklah menyediakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini. (3) Ketua Pengarah boleh mengambil milikan mana-mana buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda yang Ketua Pengarah itu mempunyai akses di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya— (a) pemeriksaan buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu, menyalinnya atau membuat cabutan daripadanya tidak dapat dijalankan dengan munasabah tanpa mengambil milikan terhadapnya; (b) buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu boleh diganggu atau dimusnahkan melainkan Ketua Pengarah mengambil milikan terhadapnya; atau Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 17 (c) buku, dokumen, objek, artikel, bahan dan benda itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dimulakan di bawah atau berkenaan dengan Akta ini. (4) Suatu senarai semua benda yang disita dalam menjalankan suatu penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini dan tempat di mana benda itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya. (5) Jika pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai daripada perniagaan bagi apa-apa tempoh untuk memeriksa mana-mana buku, akaun atau rekod yang disimpan selain dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, Ketua Pengarah boleh secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan semasa tempoh itu untuk mengemukakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis, suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris buku, akaun atau rekod itu. Kewajipan untuk menyimpan dokumen bagi menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar 22e. (1) Tiap-tiap orang yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata keuntungannya bagi suatu tahun taksiran di bawah Akta ini hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat dokumen mencukupi bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran itu bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar olehnya. (2) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengemukakan suatu penyata yang dikehendaki di bawah Akta ini bagi suatu tahun taksiran, orang itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubung dengan tahun taksiran itu bagi tempoh tujuh tahun selepas tamat tahun penyata itu dikemukakan. 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (3) Ketua Pengarah boleh mengetepikan semua atau mana-mana kehendak di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa keuntungan. (4) Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen ini untuk menyimpan dokumen dan— (a) berbuat demikian secara elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu dalam format elektronik yang boleh dibaca dan hendaklah menyimpan dokumen itu mengikut cara yang sebegitu rupa untuk membolehkan dokumen itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan; atau (b) telah pada asalnya menyimpan dokumen dalam bentuk manual dan kemudiannya menukarkan dokumen itu ke dalam bentuk elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu sebelum ditukarkan dalam bentuk asalnya. (5) Semua dokumen yang berhubungan dengan apa-apa keuntungan di Malaysia hendaklah disimpan dan dikekalkan di Malaysia. (6) Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya— (a) penyata keuntungan; dan (b) invois, baucar, resit dan apa-apa dokumen lain yang perlu untuk menentusahkan butiran dalam penyata. Pendakwaan 22f. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”. Pindaan seksyen 23 12. Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan— (a) dengan memotong perkataan “tanpa alasan yang munasabah”; Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 19 (b) dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (a); (c) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (b) dengan perkataan “; atau”; dan (d) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) gagal mematuhi notis yang diberikan di bawah seksyen 22b, 22c atau subseksyen 22d(5),”. Penggantian seksyen 24 13. Akta ibu dipinda dengan mengantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut: “Pengkompaunan kesalahan 24. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah seksyen 22 atau 23 dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1614 (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. (4) Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.”. Pindaan seksyen 27 14. Seksyen 27 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “selain” perkataan “suatu notis taksiran yang dikeluarkan di bawah seksyen 6 atau”. Kecualian 15. Apa-apa pengkompaunan kesalahan di bawah seksyen 24 Akta ibu sedia ada yang masih belum selesai sebelum berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada atau selepas berkuat kuasanya Akta ini, terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah seksyen 24 Akta ibu seolah-olah seksyen 24 Akta tidak dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1614 - AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) 2020
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in