A1414 - AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2012
This Act amends the Domestic Violence Act 1994, including broader domestic violence definitions, interim protection orders, police service and arrest procedures, and court referral/service rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1414 - AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2012
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1414 - AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2012
AI-assisted research summary: This Act amends the Domestic Violence Act 1994, including broader domestic violence definitions, interim protection orders, police service and arrest procedures, and court referral/service rules.
Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1414 AktA keGANASAN rUMAh tANGGA (pINDAAN) 2012 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1414 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Januari 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Februari 2012 hakcipta pencetak h percetAkAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada kerajaan Malaysia yang dilantik). Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1414 AktA keGANASAN rUMAh tANGGA (pINDAAN) 2012 Suatu Akta untuk meminda Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. [ ] DIperbUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. pindaan seksyen 2 2. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dalam takrif “keganasan rumah tangga”— (i) dengan menggantikan perkataan “mana-mana perbuatan” dengan perkataan “satu perbuatan atau lebih”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1414 (ii) dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (d); (iii) dalam perenggan (e), dengan menggantikan koma dengan koma bertitik; (iv) dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “ (f) menyebabkan penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi kepada mangsa; (g) menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang; atau (h) dalam hal jika mangsa adalah seorang kanak- kanak, menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain,”; dan (v) dengan memasukkan selepas perkataan “oleh seseorang” perkataan “, sama ada dengan sendiri atau melalui pihak ketiga,”; (b) dengan menggantikan takrif “orang dewasa tidak berkeupayaan” dengan takrif yang berikut: ‘ “orang dewasa tidak berkeupayaan” ertinya seseorang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan atau lemah, oleh sebab kehilangupayaan fizikal atau mental secara kekal atau sementara atau tidak sihat atau usia tua, yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 5 itu, dan termasuklah mana-mana orang yang telah dikurung atau ditahan oleh orang yang dikatakan telah melakukan keganasan rumah tangga itu;’; (c) dengan memasukkan selepas takrif “orang dilindungi” takrif yang berikut: ‘ “pegawai kebajikan masyarakat” ertinya seseorang pegawai kebajikan masyarakat Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah seseorang penolong pegawai kebajikan masyarakat;’; (d) dalam takrif “pegawai penguat kuasa”, dengan menggantikan perkataan “pegawai kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat” dengan perkataan “pegawai kebajikan masyarakat”; (e) dengan memasukkan selepas takrif “pegawai penguat kuasa” takrif yang berikut: ‘ “pegawai polis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];’; (f) dalam takrif “perintah perlindungan”, dengan menggantikan perkataan “Bahagian II” dengan perkataan “seksyen 5”; (g) dengan memasukkan selepas takrif “perintah perlindungan” takrif yang berikut: ‘ “perintah perlindungan interim” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 4;’; (h) dengan memasukkan selepas takrif “saudara” takrif yang berikut: ‘ “tempat berlindung” ertinya mana-mana rumah, institusi atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang penghuni atau pemunyanya bersedia untuk menerima seseorang mangsa buat sementara waktu;’; dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1414 (i) dengan menggantikan takrif ‘ “tempat selamat” atau “tempat berlindung” ’ dengan takrif yang berikut: ‘ “tempat selamat” ertinya mana-mana rumah atau institusi yang disenggarakan atau diuruskan oleh Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan atau oleh mana-mana agensi lain atau organisasi sukarela yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud Akta ini.’. penggantian seksyen 3 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 3 dengan seksyen yang berikut: “Akta hendaklah dibaca bersama dengan kanun keseksaan, dsb. 3. Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan [Akta 574] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang melibatkan kesalahan yang berhubungan dengan keganasan rumah tangga.”. pindaan bahagian II 4. Tajuk Bahagian II Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum perkataan “PERINTAH PERLINDUNGAN” perkataan “PERINTAH PERLINDUNGAN INTERIM DAN”. pindaan seksyen 4 5. Seksyen 4 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Suatu perintah perlindungan interim hendaklah dibuat melalui suatu permohonan kepada mahkamah.”; dan Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 7 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(3) Mahkamah dalam membuat suatu perintah perlindungan interim di bawah subseksyen (1) boleh memasukkan peruntukan yang melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suami atau kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuat kuasa— (a) setelah selesai penyiasatan itu; atau (b) apabila prosiding jenayah yang berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat.”. pindaan seksyen 5 6. Seksyen 5 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “prosiding” dengan perkataan “sesuatu permohonan”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mahkamah dalam membuat suatu perintah perlindungan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau (c) boleh memasukkan peruntukan yang melarang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan rumah tangga terhadap orang yang dilindungi itu.”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1414 pindaan seksyen 6 7. Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “ (b) melarang atau menyekat orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada— (i) memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman atau kediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikut mana- mana yang berkenaan, mana-mana orang dilindungi; (ii) memasuki tempat kerja atau sekolah mana- mana orang dilindungi; (iii) memasuki mana-mana institusi lain yang mana-mana orang dilindungi ditempatkan; (iv) menghampiri mana-mana orang dilindungi pada jarak sekurang-kurangnya lima puluh meter atau pada apa-apa jarak yang difikirkan munasabah oleh mahkamah; atau (v) membuat hubungan diri dengan orang dilindungi itu selain dalam kehadiran seorang pegawai penguat kuasa atau seorang lain yang dinyatakan atau diperihalkan dalam perintah itu;” dan (b) dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “perhubungan bertulis atau telefon” dengan perkataan “perhubungan melalui apa jua cara”. pindaan seksyen 7 8. Seksyen 7 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “boleh” dengan perkataan “hendaklah”; dan Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 9 (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Jika suatu kuasa menangkap disertakan menurut kuasa subseksyen (1), seseorang pegawai polis hendaklah menangkap tanpa waran orang yang terhadapnya perintah itu dibuat apabila berlaku satu keadaan atau lebih yang berikut: (a) apabila terdapat suatu laporan keganasan rumah tangga dibuat oleh orang dilindungi di bawah perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan kepada mana-mana pegawai polis; (b) apabila pegawai polis itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat telah melanggar— (i) perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 4(1) atau 5(1); atau (ii) mana-mana perintah yang dibuat menurut perenggan 6(1)(a) atau (b); atau (c) apabila orang yang terhadapnya perintah itu dibuat memasuki mana-mana tempat yang dilarang di bawah perintah itu.”. pindaan seksyen 10 9. Seksyen 10 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 10(2)(a) dengan perenggan yang berikut: “ (a) kesakitan dan penderitaan mangsa itu, dan jenis dan takat kecederaan fizikal atau penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi yang dialami;”. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1414 pindaan seksyen 11 10. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Mahkamah boleh, dalam apa-apa permohonan yang perintah perlindungan diminta, sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada mengeluarkan perintah perlindungan, membuat suatu perintah untuk merujukkan pihak-pihak yang berkenaan kepada suatu badan pendamai.”; (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Badan pendamai yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan suatu laporan berserta dengan syornya kepada mahkamah dalam tempoh satu bulan dari tarikh rujukan itu. (1b) Mahkamah boleh, setelah menimbang laporan dan syor yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1a), memerintahkan satu pihak atau lebih dirujukkan kepada terapi pemulihan, psikoterapi atau apa-apa kaunseling pendamaian yang difikirkannya sesuai.”; (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “perenggan (1)(a) atau (b)” dengan perkataan “subseksyen (1) atau (1b)”; dan (d) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “atau (1b)”. pindaan bahagian IV 11. Tajuk Bahagian IV Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “TATACARA MENGENAI” perkataan “PERINTAH PERLINDUNGAN INTERIM DAN”. Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 11 Seksyen baru 12A dan 12b 12. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 12 seksyen yang berikut: “permohonan ex-parte 12A. Suatu perintah perlindungan interim yang diminta di bawah seksyen 12 hendaklah dibuat secara ex-parte oleh— (a) pemohon; (b) peguam pemohon itu; atau (c) seorang pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak pemohon itu. Mengetepikan perintah perlindungan interim 12b. Orang yang terhadapnya perintah perlindungan interim itu dibuat boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan.”. penggantian seksyen 14 13. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 14 dengan seksyen yang berikut: “Memfailkan permohonan 14. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis mengenai bidang kuasa wilayah mahkamah, suatu permohonan bagi suatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim yang melibatkan aduan keganasan rumah tangga boleh difailkan di dalam mana-mana daerah di mana— (a) pengadu itu tinggal; (b) orang yang terhadapnya perlindungan yang diminta itu tinggal; 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1414 (c) keganasan yang dikatakan itu berlaku; atau (d) pengadu itu ditempatkan buat sementara, dan permohonan itu hendaklah didengar oleh mahkamah secepat yang dapat dilaksanakan.”. pindaan seksyen 15 14. Seksyen 15 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Aduan” dengan perkataan “Permohonan”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “aduan, aduan” dengan perkataan “suatu permohonan di bawah seksyen 14, permohonan”. pindaan seksyen 16 15. Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “aduan”, di mana jua terdapat, dengan perkataan “permohonan”. penggantian seksyen 17 16. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 17 dengan seksyen yang berikut: “bukti penyampaian perintah perlindungan 17. (1) Dalam masa dua puluh empat jam dari pengeluaran sesuatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim, mengikut mana-mana yang berkenaan, mahkamah yang mengeluarkan perintah itu hendaklah mengemukakan suatu salinan perintah itu kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis di mana pesalah itu tinggal atau mana- mana pegawai polis di bawah perintahnya. (2) Pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis atau mana-mana pegawai polis di bawah perintahnya yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memfailkan bukti penyampaian perintah itu dengan mahkamah itu dalam masa tujuh hari selepas penyampaiannya.”. Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 13 Seksyen baru 17A 17. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17 seksyen yang berikut: “penyampaian ganti 17A. (1) Sekiranya pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis atau mana-mana pegawai polis lain di bawah perintahnya yang disebut dalam seksyen 17 tidak dapat menyampaikan salinan perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim itu kepada pesalah itu sendiri selepas tiga kali cubaan, pegawai yang berkenaan hendaklah dengan serta-merta membuat permohonan bertulis kepada mahkamah bagi suatu perintah penyampaian ganti perintah itu. (2) Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, mahkamah hendaklah membuat suatu perintah bagi penyampaian ganti perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim itu— (a) dengan meninggalkan suatu salinan perintah itu di alamat pesalah itu yang terakhir diketahui; (b) dengan menampalkan suatu salinan perintah itu di papan notis mahkamah; atau (c) dengan apa-apa cara lain yang diarahkan oleh mahkamah. (3) Penyampaian ganti salinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah dilaksanakan oleh mahkamah dan hendaklah disifatkan sebagai penyampaian perintah itu yang baik dan mencukupi kepada pesalah itu. (4) Penyampaian ganti yang dilaksanakan di bawah subseksyen (3) hendaklah dimaklumkan kepada pemohon oleh mahkamah secepat yang dapat dilaksanakan.”. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1414 Seksyen baru 18A 18. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18 seksyen yang berikut: “kesalahan boleh tangkap 18A. Kesalahan melibatkan keganasan rumah tangga hendaklah disifatkan sebagai kesalahan boleh tangkap.”. pindaan seksyen 19 19. Perenggan 19(1)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “aduan” dengan perkataan “suatu permohonan bagi perintah perlindungan interim”. pindaan seksyen 20 20. Perenggan 20(2)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “aduan” dengan perkataan “permohonan”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1414 - AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2012
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in