AI-assisted research summary: This amendment makes secondary education compulsory for certain children and requires their parents to register them and keep them enrolled during the secondary education period.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1770 AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1770 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 15 Oktober 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28 Oktober 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pendidikan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1770 AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan takrif “pendidikan wajib’ dengan takrif yang berikut: ‘ “pendidikan wajib” ertinya pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 29a(1) dan pendidikan menengah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen 32a(1);’. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1770 Pindaan seksyen 29a 3. Subseksyen 29a(2) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia” dengan perkataan “Tiap-tiap ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara Malaysia dan anak itu tinggal di Malaysia,”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “pendidikan wajib” dengan perkataan “pendidikan rendah”. Seksyen baharu 32a 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32 seksyen yang berikut: “Pendidikan menengah wajib 32a. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan pendidikan menengah menjadi pendidikan wajib. (2) Walau apa pun subseksyen 29a(2), tiap-tiap ibu bapa yang anaknya merupakan warganegara Malaysia dan anak itu tinggal di Malaysia, hendaklah memastikan bahawa anaknya didaftarkan sebagai murid di institusi pendidikan bagi pendidikan menengah dan terus menjadi murid di institusi pendidikan bagi pendidikan menengah sepanjang tempoh pendidikan menengah. (3) Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau membatalkan atau mengubah atau menambah syarat itu. Pendidikan (Pindaan) 5 (4) Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan seksyen ini.”.
Referenced legislation
- Akta ibu (unresolved)
- Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Pendidikan 1996 (unresolved)
- Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], (unresolved)