373 - AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957
This Act sets out who may exercise the Yang di-Pertuan Agong’s functions when the Deputy Yang di-Pertuan Agong cannot do so, and requires an oath and notice to Parliament.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 373 - AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
373 - AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957
AI-assisted research summary: This Act sets out who may exercise the Yang di-Pertuan Agong’s functions when the Deputy Yang di-Pertuan Agong cannot do so, and requires an oath and notice to Parliament.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 373 AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Yang di-Pertuan Agong (Exercise of Functions) Act 1957. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 373 AKTA YANG DIPERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957 Pertama kali diperbuat … … … … 1957 (Ordinan No. 72 tahun 1957) Disemak … … … … … … … 1989 (Akta 373 m.b.p. 7 September 1989) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2004 Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 373 AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Penjalanan fungsi pemerintah berdaulat oleh seorang Raja 4. Sumpah jawatan 5. Kuasa Majlis Raja-Raja 6. Parlimen hendaklah diberitahu tentang penjalanan fungsi pemerintah berdaulat 7. Pemberhentian penjalanan fungsi pemerintah berdaulat 8. Raja yang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat sakit, dsb. 9. Kecualian JADUAL 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 373 Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 373 AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja pada bila-bila masa fungsi itu kena dilaksanakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian. [30 Disember 1957] BAHAWASANYA melalui Fasal (5) Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh seorang Raja dalam hal jika fungsi itu kena di bawah Fasal (1) Perkara itu dijalankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dapat dijalankan sedemikian kerana jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong sakit, tidak ada di Malaysia atau kerana apa-apa sebab lain: DAN BAHAWASANYA melalui Fasal (5) Perkara itu undang- undang sedemikian tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja: DAN BAHAWASANYA Majlis Raja-Raja telah bersetuju meluluskan undang-undang yang berikut: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Parlimen seperti berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 373 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “fungsi pemerintah berdaulat” ertinya fungsi Yang di-Pertuan Agong. Penjalanan fungsi pemerintah berdaulat oleh seorang Raja 3. Pada bila-bila masa oleh sebab jawatan Timbalan Yang di- Pertuan Agong kosong atau kerana Timbalan Yang di-Pertuan Agong sakit atau tidak ada di Malaysia bagi satu tempoh yang dijangka akan melebihi lima belas hari, atau kerana apa-apa sebab lain, Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi pemerintah berdaulat dalam hal jika fungsi itu kena di bawah Fasal (1) Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan dijalankan olehnya, fungsi itu hendaklah kena dijalankan oleh Raja yang Negerinya ialah yang pertama dalam senarai yang disenggarakan di bawah seksyen 4 Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan jika dia boleh dan sanggup menjalankan fungsi itu atau, jika Raja itu tidak boleh dan tidak sanggup, dengan itu Raja yang pertama selepasnya (mengikut susunan terletaknya Negeri-Negeri mereka dalam senarai itu) yang boleh dan sanggup menjalankannya. Sumpah jawatan 4. Sebaik sahaja Raja yang berhak di bawah seksyen 3 menandakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kesanggupannya untuk menjalankan fungsi pemerintah berdaulat itu dia hendaklah, selepas mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Jadual di hadapan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya di hadapan hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada), berhak menjalankan dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 7, menjalankan fungsi itu sehingga pelantikan seorang Raja untuk menjalankan fungsi itu dibuat di bawah seksyen 5 oleh Majlis Raja-Raja. Kuasa Majlis Raja-Raja 5. Pada mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas itu berikutan pengangkatan sumpah oleh Raja itu di bawah seksyen 4 Majlis Raja-Raja hendaklah, melainkan jika pada tarikh itu Yang Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 7 di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalankan fungsi itu (dan tanpa menjejaskan kesahan apa-apa jua yang dibuat sebelumnya di bawah Akta ini), melalui ketetapan melantik seorang Raja (yang merupakan seorang Raja yang layak untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk menjalankan fungsi pemerintah berdaulat; dan Raja itu hendaklah, selepas mengangkat sumpah jawatan yang ditetapkan oleh seksyen 4, berhak menjalankan dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 7, menjalankan fungsi tersebut. Parlimen hendaklah diberitahu tentang penjalanan fungsi pemerintah berdaulat 6. Apabila seorang Raja telah mengangkat sumpah jawatan yang ditetapkan oleh seksyen 4 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah sesudah itu memberitahu hakikat bahawa Raja itu sedang menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong secara bertulis kepada kedua-dua Majlis Parlimen. Pemberhentian penjalanan fungsi pemerintah berdaulat 7. Seorang Raja yang sedang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat di bawah Akta ini hendaklah terhenti menjalankan fungsi itu sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di- Pertuan Agong menyambung semula atau mengambil alih fungsi itu. Raja yang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat sakit, dsb. 8. Apabila seorang Raja yang sedang menjalankan fungsi pemerintah berdaulat di bawah Akta ini tidak dapat menjalankan fungsi itu kerana sakit atau tidak ada di Malaysia bagi suatu tempoh yang dijangka tidak akan melebihi lima belas hari atau apa-apa sebab lain, fungsi pemerintah berdaulat itu hendaklah kena dijalankan oleh Raja yang sepatutnya berhak di bawah seksyen 3 untuk menjalankan fungsi itu jika pada tarikh Raja yang pertama sekali disebut terhenti menjalankan fungsi itu mana-mana kejadian yang diperihalkan dalam seksyen 3 telah berlaku terlebih dahulu; dan Akta ini hendaklah terpakai seolah-olah sebutan dalamnya mengenai Timbalan Yang di-Pertuan Agong termasuklah sebutan mengenai Raja yang pertama sekali disebut dalam seksyen ini. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 373 Kecualian 9. Tertakluk kepada Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menjejaskan penjalanan fungsi oleh seorang Raja sebagai Raja bagi Negerinya. Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 9 JADUAL [Seksyen 4] SUMPAH JAWATAN OLEH SEORANG RAJA YANG MENJALANKAN FUNGSI YANG DI-PERTUAN AGONG Kami.................................................ibni........................................................................... setelah dipilih untuk melaksanakan fungsi Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia di bawah Akta Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 1957, bersumpah dengan melafazkan: Wallahi; Wabillahi; Watallahi; maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong yang telah ditetapkan dan yang akan ditetapkan pada suatu masa ke suatu masa yang ke hadapan ini oleh undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 373 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 373 AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A885 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 24-06-1994 Yang di-Pertuan Agong (Penjalanan Fungsi) 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 373 AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 4 Akta A885 24-06-1994 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 373
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
373 - AKTA YANG DI-PERTUAN AGONG (PENJALANAN FUNGSI) 1957
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in