A1713 - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2024
This amendment lets student councils and student bodies collect money or receive contributions, but they must follow Board rules and students cannot do so unless it is on behalf of those bodies.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1713 - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1713 - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2024
AI-assisted research summary: This amendment lets student councils and student bodies collect money or receive contributions, but they must follow Board rules and students cannot do so unless it is on behalf of those bodies.
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1713 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1713 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Jun 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 27 Jun 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1713 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Penggantian seksyen 15a 2. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 15a dengan seksyen yang berikut: 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1713 “Majlis Perwakilan Pelajar atau badan pelajar boleh membuat, dsb., pungutan wang atau menerima wang atau sumbangan lain 15a. (1) Majlis Perwakilan Pelajar Universiti atau mana-mana badan pelajar Universiti boleh, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, membuat, menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang atau menerima wang atau apa-apa sumbangan lain daripada mana-mana orang atau kumpulan orang. (2) Dalam membuat atau menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang atau menerima wang atau sumbangan lain daripada mana-mana orang atau kumpulan orang di bawah subseksyen (1), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti atau badan pelajar Universiti hendaklah mematuhi peraturan-peraturan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga. (3) Tiada seorang pun pelajar Universiti boleh membuat, menganjurkan atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang atau menerima wang atau apa-apa sumbangan lain daripada mana-mana orang atau kumpulan orang melainkan jika pembuatan atau penganjuran atau pengambilan bahagian dalam pungutan wang itu atau penerimaan wang atau apa-apa sumbangan lain itu adalah atas nama atau bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti atau mana-mana badan pelajar Universiti. (4) Mana-mana pelajar Universiti yang melanggar subseksyen (3) boleh dikenakan tindakan tatatertib.”. Pindaan seksyen 16b 3. Seksyen 16b Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Naib Canselor” dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga”; (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Naib Canselor yang” dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang”; Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 5 (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Jawatankuasa Tatatertib Pelajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor sebagai pengerusi dan pekerja Universiti yang dilantik oleh Lembaga.”; (d) dengan memotong subseksyen (3); (e) dalam subseksyen (3a), dengan menggantikan perkataan “Naib Canselor, atau Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (3),” dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib Pelajar”; (f) dalam subseksyen (3d), dengan menggantikan perkataan “Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan,” dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib Pelajar”; (g) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja atau jawatankuasa pekerja, mengikut mana-mana yang berkenaan,” dengan perkataan “Jawatankuasa Tatatertib Pelajar”; dan (h) dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut: “(8) Tiada seorang pun ahli Jawatankuasa Tatatertib Pelajar boleh menjadi ahli Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.”. Pindaan Jadual Pertama 4. Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda— (a) dalam seksyen 48— (i) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “satu tahun akademik”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1713 (ii) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(4a) Walau apa pun subseksyen (4), Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian MPP dan pemegang jawatannya.”; (iii) dengan memotong subseksyen (11); (iv) dengan memasukkan selepas subseksyen (11) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut: “(11a) Universiti boleh menubuhkan apa-apa kumpulan wang atau memiliki apa-apa harta untuk diuruskan atau disenggara oleh MPP mengikut tatacara kewangan Universiti. (11b) Walau apa pun subseksyen (11a), MPP boleh, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, menubuhkan, menguruskan atau menyenggara apa-apa kumpulan wang mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga.”; dan (v) dengan memasukkan selepas subseksyen (12) subseksyen yang berikut: “(12a) Bagi maksud seksyen 15a Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan cara bagi pembuatan atau penganjuran atau pengambilan bahagian dalam pungutan wang atau penerimaan wang atau sumbangan lain oleh MPP.”; dan (b) dalam subseksyen 49(2), dengan menggantikan perkataan “(11), (12) dan (13)” dengan perkataan “(11), (11a), (11b), (12), (12a), (13) dan (14)”. Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 7 Kecualian 5. Semua prosiding tatatertib yang diambil terhadap pelajar-pelajar Universiti yang telah dimulakan dan masih belum selesai di hadapan Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, pekerja Universiti atau jawatankuasa pekerja Universiti, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus diuruskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1713 - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in