AI-assisted research summary: This Act amends the Dangerous Drugs Act 1952, sets commencement by Gazette notice from the Minister, and changes section 39b sentencing and transitional handling.
Dadah Berbahaya (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1558 AKTA DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1558 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Disember 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 29 Disember 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Dadah Berbahaya (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1558 AKTA DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 39b 2. Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 39b— (a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1558 or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, be punished with whipping of not less than fifteen strokes.”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) In exercising the power conferred by subsection (2), the Court in imposing the sentence of imprisonment for life and whipping of not less than fifteen strokes, may have regard only to the following circumstances: (a) there was no evidence of buying and selling of a dangerous drug at the time when the person convicted was arrested; (b) there was no involvement of agent provocateur; or (c) the involvement of the person convicted is restricted to transporting, carrying, sending or delivering a dangerous drug; and (d) that the person convicted has assisted an enforcement agency in disrupting drug trafficking activities within or outside Malaysia. (2b) For the purposes of subsection (2a), “enforcement agency” means— (a) the Royal Malaysia Police; (b) the National Anti-Drugs Agency; (c) the Royal Malaysian Customs Department; (d) the Malaysian Maritime Enforcement Agency; or (e) any other enforcement agency as may be determined by the Minister.”. Dadah Berbahaya (Pindaan) 5 Peralihan 3. (1) Dalam seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) Akta ini. (2) Apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang telah dipertuduh, sama ada atau tidak perbicaraan telah dimulakan atau telah diselesaikan, dan belum lagi disabitkan di bawah seksyen 39b Akta ibu oleh Mahkamah yang berwibawa sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dikendalikan oleh Mahkamah yang berwibawa itu dan diteruskan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.