414 - *AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TAK WAJAR) 1963
This Act restricts unauthorized use of listed symbols and names, and limits related registrations, unless the Minister gives written permission.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 414 - *AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TAK WAJAR) 1963
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
414 - *AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TAK WAJAR) 1963
AI-assisted research summary: This Act restricts unauthorized use of listed symbols and names, and limits related registrations, unless the Minister gives written permission.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 414 AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR) 1963 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi Emblems and Names (Prevention of Improper Use) Act 1963. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR) 1963 Pertama kali diperbuat ... ... ... 1963 (Akta No. 19 tahun 1963) Disemak … … … … … 1989 (Akta 414 w.e.f. 28 Disember 1989) Kali terakhir dipinda melalui P. U. (B) 501/1995 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 3 November 1995 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 414 AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR) 1963 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Larangan mengguna lambang, nama dan rupaan gambar dengan tidak wajar 4. Larangan mendaftar syarikat tertentu, dll. 5. Penalti 6. Sanksi bagi pendakwaan 7. Kuasa meminda Jadual JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 414 AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR) 1963 Suatu Akta bagi mencegah penggunaan tidak wajar lambang dan nama tertentu untuk maksud profesional dan perniagaan. [1 September 1963] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Tafsiran 2. Dalam akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “lambang ternyata” ertinya apa-apa lambang, mohor atau meterai, bendera, gada-gada, lambang kebesaran, tanda kumpulan, panji-panji atau jata yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual; “nama ternyata” ertinya apa-apa nama yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual dan termasuklah apa-apa singkatan bagi mana- mana nama tersebut; “pihak berkuasa kompeten” ertinya mana-mana pihak berkuasa yang kompeten di bawah mana-mana undang-undang yang sedang 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 414 berkuat kuasa untuk mendaftarkan mana-mana syarikat, firma atau kumpulan orang lain, atau apa-apa cap dagangan atau reka bentuk, atau untuk memberikan sesuatu paten. Larangan mengguna lambang, nama dan rupaan gambar dengan tidak wajar 3. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis Menteri — (a) mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion; (b) mengguna bagi maksud, atau memperagakan sebagai suatu iklan bagi, apa-apa perniagaan, perdagangan, pekerjaan atau profesion, atau menjual, apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong; (c) mengguna atau terus mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, dalam tajuk apa-apa paten, atau dalam apa- apa cap dagangan atau reka bentuk; atau (d) membuat bagi maksud jualan atau menjual atau ada dalam miliknya untuk dijual, apa-apa lambang ternyata. (2) Perenggan (1)(b) yang berhubungan dengan penggunaan apa- apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar yang tersebut dahulu tidaklah terpakai bagi penyiaran berita (sama ada dalam akhbar atau melalui apa-apa media lain) atau bagi penyiaran apa-apa makalah dalam akhbar. (3) Apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang difikirkannya patut. Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan 7 Tidak Wajar) Larangan mendaftar syarikat tertentu dll. 4. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada pihak berkuasa kompeten boleh— (a) mendaftarkan mana-mana syarikat, firma atau kumpulan orang lain di bawah apa-apa nama; (b) mendaftarkan suatu cap dagangan atau reka bentuk yang mempunyai apa-apa lambang, nama, fotograf, lukisan atau rupaan gambar lain; atau (c) memberi paten berkenaan dengan suatu ciptaan yang mempunyai tajuk yang mempunyai apa-apa lambang atau nama, jika penggunaan nama, lambang, fotograf, lukisan atau rupaan gambar tersebut adalah berlanggaran dengan seksyen 3. Penalti 5. Mana-mana orang yang melanggar seksyen 3 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. Sanksi bagi pendakwaan 6. Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan terlebih dahulu mendapat sanksi bertulis Pendakwa Raya. Kuasa meminda Jadual 7. Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menambah kepada atau meminda Jadual. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 414 JADUAL [Seksyen 2 dan 7] BAHAGIAN I—LAMBANG 1. Jogan, jata dan mohor rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. 2. Mohor Besar Persekutuan. 3. Jata Persekutuan. 4. Lambang atau meterai rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 5. Darjah Kebesaran, Lambang Kebesaran, Pingat, Lencana dan Bintang Kehormatan yang ditetapkan oleh statut Yang di-Pertuan Agong. 6. Lambang Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa yang juga dikenali sebagai “Interpol” atau “ICPO-Interpol”. 7. Lambang Bank Negara Malaysia. BAHAGIAN II—NAMA 1. Nama Yang di-Pertuan Agong. 2. Nama Raja Permaisuri Agong. 3. Nama Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa yang juga dikenali sebagai “Interpol” or “ICPO-Interpol”. 4. Nama Bank Negara Malaysia. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 414 AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR) 1963 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta 160 Akta Mata Wang 29-08-1975 (Ringgit) 1975 P.U. (B) 74/1982 Pemberitahuan di bawah Seksyen 7 19-02-1982 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 P.U. (B) 501/1995 Pemberitahuan di bawah Seksyen 7 03-11-1995 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 414 AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR) 1963 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 5 Akta 160 29-08-1975 Jadual P.U. (B) 74/1982 19-02-1982 P.U. (B) 501/1995 03-11-1995
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
414 - *AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TAK WAJAR) 1963
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in