A1582 - AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2019
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Universities and University Colleges Act 1971 and starts on a date set by the Minister in the Gazette.
Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1582 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1582 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 Januari 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Januari 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1582 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 15 2. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 15(2)— (a) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “atau”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1582 (b) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “; atau” dengan noktah; dan (c) dengan memotong perenggan (c). Kecualian 3. Semua tindakan tatatertib terhadap mana-mana pelajar Universiti yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 15(2)(c) Akta ibu yang belum selesai di hadapan pihak berkuasa tatatertib sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.