395 - *AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962
This Act sets rules for assigning export duty on iron ore to a State and limits royalty-style charges on iron ore.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 395 - *AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
395 - *AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962
AI-assisted research summary: This Act sets rules for assigning export duty on iron ore to a State and limits royalty-style charges on iron ore.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 395 AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Assignment of Revenue (Eksport Duty on Iron Ore) Act 1962 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962 Pertama kali diperbuat … … … … 1962 (No. Akta 27 tahun 1962) Disemak … … … … 1989 (Akta 395 m.b.p 16 November 1989) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 395 AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 1A. Tafsiran 2. Penyerahhakan keseluruhan atau sebahagian duti eksport atas bijih besi kepada Negeri 3. Sekatan peruntukan royalti dalam pajakan, dsb. 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 395 AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penyerahhakan duti eksport atas bijih besi kepada Negeri dan untuk menyekat pelevian royalti dan bayaran yang seumpamanya berkenaan dengan bijih besi. [26 Julai 1962] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport atas Bijih Besi) 1962. (2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi Negeri di *Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 1A. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— *CATATAN─ Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada “Semenanjung Malaysia” –lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 395 “bijih besi” ertinya bijih besi atau bijih padat besi tidak termasuk pirit; “duti eksport” ertinya duti eksport di bawah Akta Kastam 1952 [Akta 235]; “Menteri” ertinya Menteri Kewangan; “tarikh relevan” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1). Penyerahhakan keseluruhan atau sebahagian duti eksport atas bijih besi kepada Negeri 2. (1) Dalam hal bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri dan dieksport selepas akhir bulan September, tahun seribu sembilan ratus enam puluh dua (kemudian daripada ini disebut sebagai “tarikh relevan”), hendaklah diserah hak kepada Negeri itu duti eksport yang dilevi atas bijih itu atau sekian sebanyaknya daripadanya yang tidak melebihi 10 peratus ad voleram atas nilai bijih itu (sebagaimana yang ditentukan bagi maksud duti eksport). (2) Dalam hal bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri dan dieksport sebelum tarikh relevan Menteri boleh menyerah hak kepada Negeri itu keseluruhan, atau apa-apa kadar sebagaimana yang dianggapnya saksama, duti eksport yang dilevi atas bijih itu. (3) Menteri boleh melalui perintah mengarahkan bahawa subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dengan penggantian 10 peratus dengan apa-apa peratusan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi mana-mana perintah di bawah subseksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan tidak boleh berkuat kuasa sehingga diluluskan melalui ketetapan Dewan itu. Sekatan peruntukan royalti dalam pajakan, dsb. 3. Tiada peruntukan bagi melevi royalti atas, atau caj yang Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport atas Bijih Besi) 7 seumpamanya berkenaan dengan, bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana Enakmen Negeri, dan sama ada surat cara itu telah dibuat atau Enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas seksyen ini mula berkuat kuasa) boleh berkuat kuasa selepas tarikh relevan kecuali— (a) dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, setakat mana yang diarahkan oleh Menteri (sama ada sebelum atau selepas tarikh relevan) bahawa peruntukan itu hendaklah berkuat kuasa; (b) dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa, jika Menteri telah menandakan kelulusannya secara bertulis mengenai peruntukan itu. 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 395 AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari ─ TIADA ─ 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 395 AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari ─ TIADA ─
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
395 - *AKTA PENYERAHHAKAN HASIL (DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in