558 - *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997
This Act sets up the Malaysian Financial Reporting Foundation and the Malaysian Accounting Standards Board, and gives them powers over accounting standards and related reporting matters.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 558 - *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
558 - *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997
AI-assisted research summary: This Act sets up the Malaysian Financial Reporting Foundation and the Malaysian Accounting Standards Board, and gives them powers over accounting standards and related reporting matters.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 558 AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 Sebagaimana pada 1 September 2012 2 AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 6 Februari 1997 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … … 6 Mac 1997 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1427 yang mula berkuat kuasa pada … … … … … 1 Januari 2012 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 558 AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II YAYASAN LAPORAN KEWANGAN DAN LEMBAGA PIAWAIAN PERAKAUNAN MALAYSIA 3. Penubuhan Yayasan 4. Fungsi Yayasan 5. Anggota Yayasan 6. Mesyuarat Yayasan 7. Penubuhan dan fungsi Lembaga 8. Anggota Lembaga 9. Mesyuarat Lembaga 10. Hilang kelayakan 11. Saraan 12. Tempoh jawatan 13. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan 14. Pengosongan jawatan 15. Arahan Menteri 16. Kuasa dan kewajipan lain Yayasan dan Lembaga 17. Pengambilan khidmat ketua pegawai eksekutif dan orang lain 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 Seksyen 18. Pengambilan kerja pegawai dan pekhidmat BAHAGIAN III KEWANGAN 19. Kumpulan Wang 20. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 21. Tahun kewangan Yayasan 22. Pelaburan 23. Laporan tahunan 24. Akaun 25. Ketidakpakaian Akta 240 26. Kuasa meminjam BAHAGIAN IIIA PIAWAIAN 26A. Badan pengeluar yang lain 26B. Piawaian bagi syarikat asing 26C. Piawaian bagi orang selain syarikat asing 26D. Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan BAHAGIAN IV AM 27. (Dipotong) 28. Kerahsiaan 29. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 30. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 558 AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 Suatu Akta bagi menubuhkan Yayasan Laporan Kewangan dan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia; bagi mengadakan peruntukan tentang fungsi dan kuasanya; dan bagi mengadakan peruntukan tentang perkara yang berkaitan dengannya. [6 Mac 1997, P.U. (B) 69/1997] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yang berikut: B I AHAGIAN PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Laporan Kewangan 1997. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 “Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; “buletin isu” ertinya pernyataan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga di bawah subseksyen 7(1A) berkenaan dengan tafsiran, pemakaian atau pelaksanaan mana-mana piawaian perakaunan diluluskan atau perkara yang berhubungan dengan piawaian perakaunan diluluskan atau apa-apa perkara yang berhubungan dengan amalan perakaunan yang digunakan bagi penyediaan penyata kewangan, sama ada secara am atau berhubungan dengan apa-apa prinsip atau transaksi perakaunan yang khusus; “Institut Akauntan Malaysia” ertinya badan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Akauntan 1967 [Akta 94]; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 19(1); “Lembaga” ertinya Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 7; “Lembaga Pemantauan Audit” ertinya Lembaga Pemantauan Audit yang ditubuhkan di bawah seksyen 31C Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]; “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “pegawai utama”, berhubungan dengan sesuatu syarikat awam tersenarai, ertinya seseorang, dengan nama apa jua disebut, yang bertanggungjawab bagi perjalanan perniagaan dan pentadbiran syarikat awam tersenarai itu, dan termasuk pengerusi bukan eksekutif syarikat awam tersenarai itu; “Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat yang dilantik di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “piawaian perakaunan” ertinya pernyataan amalan perakaunan yang lazim yang digunakan bagi menyediakan penyata kewangan; “piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima” ertinya piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh badan-badan pengeluar piawaian Laporan Kewangan 7 perakaunan yang lain yang diberi pengiktirafan oleh Lembaga di bawah seksyen 26A; “piawaian perakaunan diluluskan” ertinya — (a) piawaian perakaunan baru yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(a); (b) piawaian perakaunan yang sedia ada yang diterima pakai oleh Lembaga di bawah perenggan 7(1A)(b); dan (c) berhubungan dengan syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia, piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima; “piawaian perakaunan diluluskan MASB” ertinya piawaian perakaunan diluluskan selain piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima; “Suruhanjaya Sekuriti” ertinya Suruhanjaya Sekuriti yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]; “syarikat asing” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Syarikat 1965; “Yayasan” ertinya Yayasan Laporan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3. B II AHAGIAN YAYASAN LAPORAN KEWANGAN DAN LEMBAGA PIAWAIAN PERAKAUNAN MALAYSIA Penubuhan Yayasan 3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Yayasan Laporan Kewangan” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya itu dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Yayasan mengikut apa-apa terma yang didapatinya patut. Fungsi Yayasan 4. (1) Fungsi Yayasan adalah— (a) untuk menyelia penjalanan fungsi oleh Lembaga di bawah seksyen 7; dan (b) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Yayasan dalam subseksyen (1), Yayasan hendaklah bertanggungjawab— (a) memberikan pandangannya kepada Lembaga tentang apa-apa perkara yang hendak diusahakan atau dilaksanakan oleh Lembaga berhubung dengan fungsi Lembaga di bawah seksyen 7; (b) mengkaji semula prestasi Lembaga; dan (a) bagi segala perkiraan pembiayaan bagi operasi Lembaga, termasuk meluluskan belanjawan Lembaga. (3) Yayasan tidak boleh, menurut atau berkaitan dengan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), mengarahkan Lembaga supaya mengusahakan atau tidak mengusahakan mana-mana projek atau kegiatan tertentu atau selainnya menyentuh penjalanan kuasa Lembaga atau pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini. Laporan Kewangan 9 Anggota Yayasan 5. (1) Yayasan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya; (b) Gabenor Bank Negara atau wakilnya; (c) Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti atau wakilnya; (ca) Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit atau wakilnya; (d) Pendaftar Syarikat atau wakilnya; (e) Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad atau wakilnya; (f) Presiden Institut Akauntan Malaysia atau wakilnya yang hendaklah merupakan seorang anggota majlis bagi Institut Akauntan Malaysia; (g) Pengerusi Lembaga; (h) empat orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara perakaunan kewangan dan dalam satu atau lebih daripada bidang yang berikut: (i) perakaunan; (ii) undang-undang; (iii) perniagaan; atau (iv) kewangan. (2) Menteri boleh melantik seorang Pengerusi daripada kalangan orang yang disebut dalam subseksyen (1). Mesyuarat Yayasan 6. (1) Enam orang anggota Yayasan hendaklah membentuk kuorum pada 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 semua mesyuarat Yayasan. (2) Pengerusi Yayasan hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Yayasan. (3) Jika Pengerusi Yayasan tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Yayasan, anggota yang hadir pada mesyuarat Yayasan itu hendaklah memilih seorang daripada anggota yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a) hingga (f) yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu. (4) Mana-mana anggota Yayasan boleh mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Yayasan dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain. (5) Seseorang anggota Yayasan yang mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Yayasan dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain disifatkan telah menghadiri mesyuarat itu. (6) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3), (4) dan (5), Yayasan boleh menentukan penjalanan prosidingnya. Penubuhan dan fungsi Lembaga 7. (1) Maka ditubuhkan suatu badan dengan nama “Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia” sebagai badan penggubal piawaian Yayasan yang fungsinya ialah penentuan dan pengeluaran piawaian perakaunan bagi penyediaan penyata kewangan, yang dikehendaki untuk disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat. (1A) Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Lembaga dalam subseksyen (1), Lembaga hendaklah bertanggungjawab— (a) mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan; (b) mengkaji semula, menyemak, atau menerima pakai sebagai piawaian perakaunan diluluskan, piawaian perakaunan yang sedia ada; Laporan Kewangan 11 (c) meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa piawaian perakaunan diluluskan keseluruhannya atau sebahagiannya; (d) mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa buletin isu keseluruhannya atau sebahagiannya; (e) mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa pernyataan tentang prinsip, apa-apa keluaran teknikal dan keluaran lain dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan laporan kewangan walau dikenali dengan apa nama jua pun keseluruhannya atau sebahagiannya; (f) menaja atau mengusahakan pembangunan piawaian perakaunan yang berkemungkinan; (g) bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain dan mengawasi pembangunan piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain; (h) menyertai dalam dan menyumbang kepada pembangunan suatu set tunggal piawaian perakaunan bagi kegunaan antarabangsa; (i) mengendalikan apa-apa perundingan awam yang perlu untuk menentukan kandungan konsep, prinsip dan piawaian perakaunan; (j) membangunkan suatu rangka kerja konsep bagi maksud menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan; (k) membuat apa-apa perubahan kepada bentuk dan kandungan piawaian perakaunan yang dicadangkan sebagaimana yang dianggapnya perlu; (l) mengawasi pengendalian piawaian perakaunan diluluskan untuk menilai keberterusan kaitannya dan keberkesanannya; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 (m) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (2) Lembaga hendaklah, berhubung dengan fungsi-fungsinya di bawah perenggan (1A)(a), (b), (c), (d), (e), (j) atau (k), meminta pandangan Yayasan. (3) Piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diterima pakai di bawah subseksyen (1A) boleh dinyatakan terpakai berhubungan dengan— (a) apa-apa akaun yang disiarkan bagi sesuatu pengusahaan komersial, industri atau perniagaan di Malaysia dan subsidiari seberang laut dan perbadanan berkaitan jika akaun itu akan digabungkan dalam akaun disatukan di Malaysia; dan (b) tempoh perakaunan atau tempoh perakaunan interim; dan boleh─ (aa) mempunyai pemakaian secara am atau khusus; (bb) berbeza mengikut perbezaan masa atau hal keadaan. (4) (Dipotong oleh Akta A1233). Anggota Lembaga 8. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) Pengerusi; (b) Akauntan Negara; dan (c) enam orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara akaun dan laporan kewangan dan dalam satu daripada bidang yang berikut atau lebih: Laporan Kewangan 13 (i) perakaunan; (ii) undang-undang; (iii) perniagaan; (iv) kewangan. (2) Sekurang-kurangnya lima orang daripada anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah anggota Institut Akauntan Malaysia. (3) Menteri boleh melantik tiga orang penasihat kepada Lembaga untuk mewakili— (a) Suruhanjaya Sekuriti; (b) Bank Negara; dan (c) Pendaftar Syarikat. (4) Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah dilantik daripada kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perakaunan, undang-undang, perniagaan atau kewangan. (5) Penasihat yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang ditentukan oleh Menteri. Mesyuarat Lembaga 9. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi pelaksanaan fungsinya. (2) Enam orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Lembaga. (2A) Mana-mana anggota Lembaga boleh mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Lembaga dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 (2B) Mana-mana anggota Lembaga yang mengambil bahagian dalam sesuatu mesyuarat Lembaga dengan menggunakan cara telepersidangan atau videopersidangan atau cara elektronik yang lain disifatkan sebagai telah menghadiri mesyuarat itu. (3) Penasihat kepada Lembaga berhak menghadiri mesyuarat Lembaga tetapi tidak berhak mengundi. (4) Sesuatu persoalan yang dibangkitkan pada mana-mana mesyuarat Lembaga hendaklah ditentukan oleh tidak kurang daripada enam undi anggota yang hadir dan mengundi. (5) Tertakluk kepada subseksyen (2), (2A), (2B), (3), (4) dan (6), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan prosidingnya. (6) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud mendapatkan pandangan tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu. Hilang kelayakan 10. (1) Seseorang— (a) yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan kewajipannya; (b) yang telah disabitkan dan telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun; (c) yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, atau keburukan akhlak; atau (d) yang bankrap, tidak layak dilantik menjadi anggota Yayasan atau Lembaga, atau jika dia sedang menjadi anggota Yayasan atau Lembaga hendaklah terhenti menjadi Laporan Kewangan 15 anggota sedemikian. Saraan 11. Anggota Yayasan dan Lembaga dan penasihat kepada Lembaga tidak berhak mendapat apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Tempoh jawatan 12. Tertakluk kepada seksyen 10, 13 dan 14, seseorang anggota Yayasan atau Lembaga selain daripada anggota ex-officio hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula bagi satu tempoh berturutan saja. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan 13. (1) Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan menghantar notis bertulis kepada— (a) Menteri, dalam hal Pengerusi; atau (b) Pengerusi, dalam hal anggota lain. (2) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan, tanpa memberikan apa-apa sebab baginya, pelantikan seseorang anggota Yayasan atau Lembaga jika difikirkannya suai manfaat untuk dia berbuat demikian. Pengosongan jawatan 14. (1) Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga terhenti memegang jawatan apabila dia mati. (2) Seseorang anggota Yayasan atau Lembaga hendaklah disifatkan telah 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 mengosongkan jawatannya jika dia tidak menghadiri tiga mesyuarat Lembaga berturut-turut tanpa kebenaran daripada─ (a) Menteri, dalam hal Pengerusi; atau (b) Pengerusi, dalam hal anggota lain. Arahan Menteri 15. (1) Menteri boleh memberi Yayasan atau Lembaga arahan yang bersifat am yang konsisten dengan peruntukan Akta ini tentang pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Yayasan atau Lembaga, dan Yayasan atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan kuat kuasa kepada arahan itu. (2) Yayasan dan Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kegiatannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. Kuasa dan kewajipan lain Yayasan dan Lembaga 16. Yayasan dan Lembaga hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini. Pengambilan khidmat ketua pegawai eksekutif dan orang lain 17. (1) Lembaga boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana perkara yang tertentu, mengambil khidmat, atas terma dan syarat pengambilan khidmat yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Yayasan, mana-mana orang untuk memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang diperlukan atau ditentukan oleh Yayasan atau Lembaga berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Yayasan atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini. (2) Yayasan hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang fungsi dan kewajipannya hendaklah termasuk Laporan Kewangan 17 membantu Lembaga dalam pentadbiran harian Lembaga dan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. Pengambilan kerja pegawai dan pekhidmat 18. (1) Yayasan boleh dari semasa ke semasa mengambil bekerja orang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, dan hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Yayasan. (2) Yayasan boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya, termasuk ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 17(2), dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, ganjaran atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Yayasan. BAHAGIAN III KEWANGAN Kumpulan Wang 19. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan oleh Yayasan. (2) Kumpulan Wang ini hendaklah mengandungi— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini; (b) apa-apa sumbangan yang dibuat oleh mana-mana orang termasuk kumpulan industri dan perbadanan; (c) fi atau bayaran lain yang dibayar kepada Yayasan atau Lembaga; dan (d) segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada Yayasan atau Lembaga atau terletak 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 hak pada Yayasan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya. (3) Yayasan boleh mewakilkan fungsinya di bawah subseksyen (1) kepada─ (a) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Yayasan; (b) Lembaga; atau (c) mana-mana pegawai Lembaga. (4) Apa-apa pewakilan di bawah subseksyen (3) tidaklah menghalang penjalanan serentak oleh Yayasan fungsi Yayasan yang diwakilkan sedemikian. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 20. Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud— (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang telah dilakukan dengan sah oleh Yayasan atau Lembaga termasuk fi dan kos, sama ada fi guaman atau selainnya, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang diambil bekerja oleh Yayasan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran; (b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang sebenarnya dilakukan atau disetuju terima oleh Yayasan atau Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain Yayasan atau Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (d) secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Laporan Kewangan 19 Tahun kewangan Yayasan 21. Tahun kewangan Yayasan hendaklah bermula pada satu haribulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Disember pada setiap tahun. Pelaburan 22. Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang tidak perlu dibelanjakan oleh Yayasan di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut cara yang didapati sesuai oleh Yayasan. Laporan tahunan 23. Yayasan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tamat setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan tentang kegiatan Yayasan dan Lembaga, kedua-duanya, sepanjang tahun kewangan itu dan menghantar satu salinan laporan itu kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan satu salinan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Akaun 24. (1) Yayasan hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas tamat setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan untuk tahun kewangan itu suatu penyata akaun bagi Yayasan yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan penyata aliran tunai. (2) Yayasan hendaklah menyebabkan penyata akaunnya diaudit oleh juruaudit yang dilantik olehnya. (3) Yayasan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menghantar satu salinan penyata akaunnya yang sudah diaudit berserta satu salinan laporan juruaudit tentangnya kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 satu salinan penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Ketidakpakaian Akta 240 25. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] tidaklah terpakai bagi Yayasan. Kuasa meminjam 26. Yayasan boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, pada kadar faedah dan bagi tempoh dan atas terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Yayasan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau obligasi Lembaga atau menjalankan mana-mana fungsinya atau fungsi Lembaga. BAHAGIAN IIIA PIAWAIAN Badan pengeluar yang lain 26A. Lembaga boleh memberikan pengiktirafan kepada badan pengeluar piawaian perakaunan yang lain jika Lembaga berpendapat bahawa ─ (a) badan pengeluar piawaian perakaunan itu mempunyai kedudukan dan reputasi bertaraf antarabangsa; dan (b) piawaian perakaunan badan pengeluar piawaian perakaunan itu boleh diterima bagi maksud penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang- undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia. Laporan Kewangan 21 Piawaian bagi syarikat asing 26B. Penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia hendaklah mematuhi pada keseluruhannya dengan sama ada— (a) mana-mana piawaian perakaunan diiktiraf antarabangsa yang boleh diterima; atau (b) piawaian perakaunan diluluskan MASB. Piawaian bagi orang selain syarikat asing 26C. Penyata kewangan yang dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat oleh mana-mana orang selain syarikat asing yang disenaraikan di bursa saham di Malaysia hendaklah mematuhi piawaian perakaunan diluluskan MASB sahaja. Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan 26D. (1) Jika penyata kewangan dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat, penyata kewangan itu hendaklah disifatkan tidak mematuhi kehendak undang-undang itu melainkan penyata kewangan itu telah disediakan dan dikendalikan mengikut piawaian perakaunan diluluskan tertakluk kepada apa-apa spesifikasi, garis panduan atau peraturan-peraturan yang boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara berkenaan dengan penyata kewangan itu menurut apa-apa undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara. (2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pihak berkuasa yang berikut: (a) Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan perbadanan yang disenaraikan dalam bursa saham atau mana-mana entiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti; 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 558 (b) Bank Negara berkenaan dengan mana-mana entiti yang diselia oleh Bank Negara; atau (c) Pendaftar Syarikat berkenaan dengan semua entiti lain yang tidak termasuk di bawah perenggan (a) atau (b). BAHAGIAN IV AM 27. (Dipotong oleh Akta A1233). Kerahsiaan 28. Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau bagi maksud membantu mana-mana pihak berkuasa atau agensi untuk melaksanakan atau menjalankan fungsi atau kuasanya di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia, Yayasan dan Lembaga hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat yang diberikan kepada Yayasan atau Lembaga secara sulit daripada digunakan atau didedahkan tanpa kebenaran. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 28. Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi menjalankan atau memberikan kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 30. (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibuat atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap— (a) mana-mana anggota Yayasan atau Lembaga; (b) mana-mana pegawai atau pekerja Yayasan; dan Laporan Kewangan 23 (c) mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan terhadap, Akta ini, apa-apa piawaian perakaunan diluluskan, buletin isu, tafsiran, panduan atau keluaran atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati. (2) Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah mana-mana ketua pegawai eksekutif atau pegawai lain yang dilantik oleh Yayasan di bawah Akta ini. 24 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 558 AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari meminda Akta A1233 Akta Laporan Kewangan (Pindaan) 01-01-2005 2004 Akta A1427 Akta Laporan Kewangan (Pindaan) 01-01-2012 2012 25 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 558 AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997 SENARAI PINDAAN Seksyen Kuasa Meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A1233 01-01-2005 Akta A1427 01-01-2012 4 Akta A1427 01-01-2012 5 Akta A1233 01-01-2005 Akta A1427 01-01-2012 6 Akta A1233 01-01-2005 Akta A1427 01-01-2012 7 Akta A1233 01-01-2005 Akta A1427 01-01-2012 9 Akta A1233 01-01-2005 17 Akta A1233 01-01-2005 18 Akta A1233 01-01-2005 Bahagian IIIA Akta A1233 01-01-2005 26A Akta A1233 01-01-2005 26B Akta A1233 01-01-2005 26C Akta A1233 01-01-2005 26D Akta A1233 01-01-2005 Akta A1427 01-01-2012 27 Akta A1233 01-01-2005 30 Akta A1427 01-01-2012
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
558 - *AKTA LAPORAN KEWANGAN 1997
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in