A1738 - AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2024
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012, updates several references from PTSKL to the Asia International Arbitration Centre, and starts on a date appointed by the Minister in the Gazette.
Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1738 AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1738 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 23 Oktober 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 1 November 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1738 AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 4 2. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 [Akta 746], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4— (a) dengan memasukkan selepas takrif “pihak yang tidak membayar” takrif yang berikut: ‘ “Presiden” ertinya Presiden Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia;’; dan (b) dengan memotong takrif “PTSKL”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1738 Pindaan seksyen 12 3. Subseksyen 12(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. Pindaan seksyen 16 4. Subseksyen 16(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. Pindaan seksyen 19 5. Seksyen 19 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”; (b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”; (c) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”; dan (d) dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. Pindaan seksyen 21 6. Perenggan 21(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Presiden”. Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 23 7. Seksyen 23 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Presiden”; (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Presiden”; dan (c) dalam perenggan (3)(b), dengan menggantikan perkataan “Pengarah PTSKL” dengan perkataan “Presiden”. Pindaan seksyen 32 8. Seksyen 32 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. Pindaan seksyen 33 9. Seksyen 33 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. Pindaan seksyen 34 10. Seksyen 34 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”; dan (b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1738 Pindaan seksyen 39 11. Seksyen 39 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. Pindaan seksyen 40 12. Seksyen 40 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “PTSKL” dengan perkataan “Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia”. Kecualian 13. Semua pelantikan yang dibuat oleh Pengarah PTSKL sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan sebagai telah dibuat oleh Presiden Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga dibatalkan oleh Presiden Mahkamah Timbang Tara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.