A1712 - AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024
This Act amends the Environmental Quality Act 1974, including a new ban on open burning and updated offence and penalty rules.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1712 - AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1712 - AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024
AI-assisted research summary: This Act amends the Environmental Quality Act 1974, including a new ban on open burning and updated offence and penalty rules.
Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1712 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1712 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Mei 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 6 Jun 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1712 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “orang yang layak” takrif yang berikut: ‘ “pembakaran terbuka” ertinya apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan yang tidak dihalakan ke udara bebas itu melalui serombong atau cerobong;’. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1712 Pindaan seksyen 3 3. Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (n); (b) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (o) dengan perkataan “; dan”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (o) perenggan yang berikut: “(p) menentukan pakaian seragam bagi pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2).”. Pindaan seksyen 16 4. Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya patuh kepada terma atau syarat yang dinyatakan dalamnya itu.”. Pindaan seksyen 18 5. Seksyen 18 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (1a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 5 satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”. Pindaan seksyen 19 6. Seksyen 19 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”. Pindaan seksyen 22 7. Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1712 Pindaan seksyen 23 8. Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”. Pindaan seksyen 24 9. Seksyen 24 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”. Pindaan seksyen 25 10. Seksyen 25 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”. Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 7 Pindaan seksyen 27 11. Seksyen 27 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 29 12. Seksyen 29 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. Penggantian seksyen 29a 13. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 29a dengan seksyen yang berikut: “Larangan atas pembakaran terbuka 29a. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, tiada seorang pun boleh melakukan, membenarkan, mengarahkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di mana-mana premis. (2) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengisytiharkan bahawa apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan bagi maksud apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam perintah itu bukan pembakaran terbuka sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta ini selagi aktiviti itu dijalankan mengikut atau di bawah syarat-syarat yang dinyatakan dalam perintah itu dan tidak di dalam tempat atau kawasan yang ditentukan dalam perintah itu. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1712 (3) Walaupun apa-apa kebakaran, pembakaran atau pembaraan tidak termasuk dalam takrif pembakaran terbuka di bawah subseksyen (2) atau bahawa ia adalah bagi maksud apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), Menteri, dalam hal keadaan yang dia menganggap bahawa— (a) kualiti udara di dalam kawasan itu telah mencapai tahap yang tidak sihat; dan (b) kebakaran, pembakaran atau pembaraan bagi maksud apa-apa aktiviti selain aktiviti yang ditentukan dalam perintah itu akan membahayakan alam sekeliling, boleh mengarahkan Ketua Pengarah mengeluarkan perintah larangan dalam suatu tempoh yang ditentukan dengan apa-apa cara dan mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat. (4) Ketua Pengarah boleh membatalkan perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen (3) dengan apa-apa cara atau mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.”. Pemotongan seksyen 29aa 14. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 29aa. Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 9 Pindaan seksyen 30a 15. Seksyen 30a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang tidak atau enggan mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 31 16. Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang melanggar notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas penyampaian notis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2) kepadanya.”. Pindaan seksyen 31a 17. Seksyen 31a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1712 Pindaan seksyen 32 18. Seksyen 32 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah menghendakinya mengambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalamnya itu.”. Pindaan seksyen 33 19. Seksyen 33 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang melanggar notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas penyampaian notis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) kepadanya.”. Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 11 Pindaan seksyen 34a 20. Seksyen 34a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (8) dengan subseksyen yang berikut: “(8) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”. Pindaan seksyen 34aa 21. Seksyen 34aa Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan atau perintah berhenti kerja di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.”. Pindaan seksyen 34b 22. Seksyen 34b Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut: “(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”. Pindaan seksyen 37 23. Seksyen 37 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh Ketua Pengarah untuk menjawab apa-apa soalan atau memberi apa-apa maklumat, gagal menjawab soalan itu 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1712 atau gagal memberi maklumat itu sebagaimana yang dikehendaki atau memberi apa-apa jawapan atau maklumat palsu atau mengelirukan tentang apa-apa perkara matan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 41 24. Seksyen 41 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit”. Pindaan seksyen 45 25. Seksyen 45 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Ketua Pengarah atau mana-mana Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai awam, mana-mana Jabatan Kerajaan, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana perbadanan yang kepadanya Ketua Pengarah telah mewakilkan kuasa itu secara bertulis, boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan oleh Menteri sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu, suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.”. Pindaan seksyen 48 26. Seksyen 48 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Pemunya atau nakhodanya, atau mana-mana orang yang menyebabkan kenderaan atau kapal yang ditahan itu terus bergerak sebelum ia dilepaskan melakukan suatu kesalahan Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 13 dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 48a 27. Subseksyen 48a(8) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit” dengan perkataan “melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit”. Pindaan seksyen 48ad 28. Seksyen 48ad Akta ibu dipinda— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “shall be guilty of an offence and shall be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both” dengan perkataan “commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than five thousand ringgit and not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both”; dan (b) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya” dengan perkataan “boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”. 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1712 Pindaan seksyen 51 29. Seksyen 51 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (x) dengan koma bernoktah; dan (ii) dengan memasukkan selepas perenggan (x) perenggan yang berikut: “(y) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun.”; dan (b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, sejumlah wang yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan.”. Kecualian 30. (1) Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (2) Apa-apa obligasi, liabiliti, hilang kelayakan, penalti atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 15 (3) Apa-apa kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, garis panduan atau arahan yang dibuat atau yang diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat atau diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang perkara itu terpakai baginya sehingga dibatalkan.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1712 - AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2024
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in